Streamyx Oh Streamyx | Kerja Saya | Strategi
Assalamu’alaikum,
Semoga anda sihat semua.. Syukur kepada Allah, sebab beberapa perkara sudah selesai, tapi ada lagi yang tak selesai. Tak apa, masalah itu adalah perkara yang normal bagi manusia yang hidup.. hehe.. Tak ada masalah, tak normal lah tu..
Apapun, kini saya dah boleh online 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di rumah sendiri.
Pagi tadi baru dapat online setelah ‘bertungkus-lumus’ setting sendiri untuk sambungan ke internet.’
Kini, dapatlah saya memfokus segala kudrat yang ada untuk membuat ebisnes yang selama ini hanyalah sekadar part time yang juga sumber sara hidup. Mungkinkah saya akan melakukan ebisnes ini secara full-time? Mungkin ya, mungkin tidak.. Perancangan dan strategi perlu diatur. Yang perlu makan dan minum bukan hanya perut sendiri, tetapi tanggungjawab untuk keluarga juga sudah mula terpikul di bahu ini.
Jika shuth (http://mohdsuhaimy.com) mendapat income pertama di internet sebanyak RM9.00, saya pula mendapat RM5.00 hasil menjual CD Linux Knoppix. Saya cuba menjual untuk mendapatkan pengalaman dan trial and error. Daripada situ, satu demi satu saya menjual dan membuat servis secara online. Serius dari hati, saya amat kurang suka keluar dari rumah untuk melakukan bisnes kerana ia begitu memakan masa yang amat banyak. Namun, tiada jalan senang dan tidak boleh kita menumpukan kepada satu teknik atau cara sahaja. Offline jangan ditinggalkan jika ia memberikan kita pendapatan.. Siapa tak nak duit? Sila angkat tangan.. yang penting adalah perancangan dan strategi anda. InsyaAllah, anda akan lebih jelas dan mudah melakukan jika ada panduan yang terang.
Oklah, setelah ber-offline lebih kurang 2 minggu, kini saya akan ber-online setiap hari jika tiada aktiviti atau program di luar.
Wassalam.
PS. Kepada yang belum ada streamyx, rasailah dunia broadband ini. Untuk mendaftar, boleh hubungi saya melalui emel sales(@)smartusaha.com.









yaa.. akhirnya abg smartusaha kita dah kembali… lam tak nampak.. windu lah.. eke keke ke..
yup.. smartusaha dah kembali… InsyaAllah, akan terus ‘berjuang’ untuk industri ini..
hehe…
hoho.. ni mesti gi bertapa.. ilmu apa lak dia akan tunjukkan kali ni
hehe.. hari tu baru gi cari guru… Lepas ni baru nak gi berguru, bertapa..
haha…
Tahniah kepada saudara smartzul dah boleh online 24 jam. Semoga bertambah murah rezeki yang melimpah ruah di internet ni.
Semakin kencang la bisnes lepas ni yer…good luck!
InsyaAllah.. Terima kasih. Eleh, Termin pun dah kencang juga kan??
Masih belum berjalan lagi…tengah dalam proses trial & error…hehe