Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Strategi Pemasaran Perniagaan : Social Network Tools

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua.

Kali ni saya mahu membawakan satu tip atau teknik ‘pemasaran’ yang begitu ‘panas’ dibincangkan di kala ini. Satu ‘benda’ yang selama ini dianggap membazir waktu tetapi kini sudah ramai yang mula sedar akan ‘kehebatannya’. Mudah citer, dulu saya pun ‘anti’ dengan benda ni. hehe..

Social network tools yang saya maksudkan adalah friendster.com dan myspace.com.

Mungkin anda ketawa atau pelik, bagaimana benda tu yang ‘membazir masa’ boleh memberikan manfaat kepada perniagaan anda?

Untuk tidak memeningkan kepala, kekuatan tools tersebut adalah pada fungsi “networking”nya serta bilangan pengguna di kedua-dua tools tersebut mencecah puluhan ribu malah jutaan. Malahan, tools tersebut adalah percuma untuk membuka akaun dan terdapat banyak fungsi yang percuma tanpa perlu membayar.

Daripada sedikit kajian yang saya lakukan, saya dapati ramai internet marketer berjaya seperti Mike Filsaime, Shawn Collin dan lain-lain menggunakan myspace untuk aktiviti social mereka di internet. Jika pakar mengaplikasikannya, mengapa tidak anda? Bahkan, banyak company yang besar atau kecil menggunakan myspace untuk memasarkan produk mereka. Ada yang mendapat hasil berganda berbanding tidak menggunakan social network tool ini.

Daripada data, didapati myspace.com lebih popular berbanding dengan friendster.com. Namun, saya menggunakan kedua-duanya sebab ia ada kekuatan masing-masing. :)

Sebelum ini saya mempunyai satu akaun friendster dan myspace, tapi ia agak ‘peribadi’. So, saya create yang baru khusus untuk networking bagi tujuan bisnes. Berikut adalah link URL friendster saya dan alamat emel untuk anda invite saya ke akaun friendster anda. Myspace? InsyaAllah, sampai masanya saya akan berikan nanti. Buat masa sekarang, kita main-main dengan friendster dulu ya. :)

http://www.friendster.com/smartzul

E-Mel saya: smartusaha[@]gmail.com

Sila buang tanda [ ].

Lain-Lain:

Id YM Yahoo saya: smartzul

Id Skype: smartusaha

* Saya jarang online YM atau sykpe, tapi jika anda mahu ber-chit chat dengan saya, boleh buat appoinment dengan saya dulu.. hehe..

Tip: Dalam perniagaan internet, anda perlu menggunakan apa sahaja cara yang ada (pastikan legal) untuk memecah pasaran anda walaupun ia simple pada pandangan mata anda, jangan perlekehkan. Cuma apa yang perlu anda tekankan adalah, aspek mengutamakan yang utama dan masa. Jangan hanya tumpu satu dua kaedah sahaja dalam satu masa, sebaliknya banyakkan masa untuk teknik yang lebih efektif.

Wassalam.

PS. Sertai bengkel asas perniagaan internet di UKM Bangi. Klik di sini.

Facebook comments:

13 Responses to “Strategi Pemasaran Perniagaan : Social Network Tools”

  1. fai says:

    Saya sbnarnya dulu tcari2 juga pmasaran melalui friendster ni.. Tapi xtau bagaimana.. Tapi lepas Bitol bagitau saya dan lps baca e-book syed, nampaknya saya dah tau bagaimanakah cara pemasaran dengan menggunakan frienster dan myspace..

    PS: err zul.. mana tau saya ada kat friendster ni.. :D

  2. hapisol says:

    zul,

    selama ini saya hanya dpt makluman drpd pelajar saya mengenai keseronokan mereka mendapatkan kawan2, photo, videoklip melalui social network ini. rupanya, saya silap. nampaknya, ia sangat berguna kpd kita yg bergelar ebiz. ok, lepas ni, saya mesti buka satu akaun. tq for info.

  3. Azahari says:

    Saya pun nak cuba la marketing tempat-tempat macam tu..biasa dengar yang negatif je pasal myspace ni… tapi jangan kita pulak jadi negatif benda-benda tu sudah la.. kita gunakan untuk marketing atau jual produk kita.. apa salahnya ye tak?Member saya jual insuran melalui myspace… dia cari kenalan pastu sambil tu selit insuran dia.. menarik jugak tu… tak terpikir pulak saya nak aktif dalam marketing… lagipun myspace tengah hot sekarang ni…

  4. BAGAK says:

    saya pun kena wujudkan akaun baru.
    akaun lama lebih bersifat peribadi

    dulu tak suka, sekarang dah suka
    hati manusia selalunya berubah..hehheee

  5. ismail says:

    Assalamualaikum Semua,

    Topik yang menarik zul, saya pun sudah banyak terjumpa e-book yang menerangkan bagaimana kita boleh buat duit melalui Myspace, cuma e-book tersebut dalam bahasa inggeris dan saya masih belum mampu utk membelinya.

    sebenarnya kaedah ini memang ada kelebihannya :)

  6. sham says:

    Saya ada friendster tapi tak penah update lepas buat dulu..ni pun sebab “mem’” suruh buat…:p

  7. walikard says:

    Saya pun anti gak dengan benda ni…macam mana pun, saya dah buka mata tentang kelebihannya dan dah register satu akaun malam tadi

  8. salihinO2Hro says:

    relationship…… bila kita buat relationship diorang lebih mudah percayakan kita dan mudah untuk menerima kempen kita.

    ada perniagaan yang tak menggunakan website tapi dapat passive income.

    upload video kepada video sharing site seperti money.cnn.com . setahu saya money.cnn.com mengenakan bayaran yang agak rendah berbanding video sharing site yang lain.

    contoh video, tukang urut, tukang cat, chef, magic, dan macam-macam

  9. cikgubiz says:

    wa aku pun sama gak pada member2 yang sudi add aku tq

    ni aku nyer myspace & firendster

    http://www.friendster.com/maizul
    http://www.myspace.com/maizul

  10. ismail says:

    saya pun ada akaun friendster, setup dulu sebab awek (skrg bini) yang invite, lepas tu langsung tak update, nampaknya sekarang dah ada kegunaan, boleh la update.

    add la http://www.friendster.com/ismailhusin

  11. smartzul says:

    Apapun, pastikan anda semua tahu cara guna dia dengan sebaik yang mungkin. Satu sebab mudah kenapa anda mesti mengaplikasikan benda macam ni, sebab ia PERCUMA! :) Tak rugi pun kalau guna sebab tak perlu bayar.

    Seperti member kita yang bagitahu tu, antara cara guna frenster dan myspace tu adalah post video. Selain tu, gunakan fungsi blog, album gambar, bulletin dan lain2. Konsepnya lebih kurang sama dengan blog biasa, tapi ia lebih sikit sebab wujudnya “sasaran” sedia-ada. Kita just “hubungkan” jer dan bina rangkaian.

    Wassalam.

  12. han says:

    saya pun ade friendster dan myspace.. tp kwn tak byk…mmg malas nak add ramai2…. tp skrg ni dah kena add ramai2 ni….hehe…boleh bt duit kan….

  13. Syed_Ikhwan says:

    :) Banyak kelebihannya MS & FS ni. Sekarang ni saya tumpukan sepenuhnya pada kajian marketing Friendster. Masing² sebenarnya mempunyai kekuatannya yg tersendiri.

    Ni tips 20 sen yg seberapa lagi dari saya, buat marketing melalui video plak. Banyak tempat leh wat asalkan kena cara. Contohnya youtube.com …. Berfikir sesuatu di luar kotak.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)