Bagaimana Strategi Jualan Pada Masa Ekonomi Merudum

Pada masa ekonomi yang tidak menentu ini, sudah pasti semakin ramai orang termasuklah orang-orang kaya akan berhati-hati dan memilih untuk membeli sesuatu (mengeluarkan wang). Mereka akan utamakan yang perlu sahaja, manakala yang bukan keutamaan, akan ditangguhkan. Kalau mereka membeli pun, bajet akan dikurangkan dan mereka akan berjimat-cermat.

Pada keadaan ekonomi yang menyebabkan ramai semakin berhati-hati, selain faktor perlaksanaan GST, harga bahan api yang tidak tetap dan harga barang yang naik ‘dalam diam’, para peniaga dan usahawan harus melakukan sesuatu dengan segera. Saya tidak pasti sama ada kita sudah boleh menekan butang panik ataupun tidak, walaupun kita belum merasa ‘tikaman’ kegawatan yang sebenar.

Antara strategi jualan yang boleh dilakukan adalah:

1. Turunkan sedikit harga, tetapi nilai masih tetap sama. Berhati-hati menggunakan cara ini, jangan sampai mengcekik diri sendiri.

2. Pelbagaikan saiz pakej terutama produk yang hanya mempunyai satu pilihan sahaja.

3. Pakejkan (gabungkan) beberapa produk menjadi satu pakej eksklusif dengan harga yang menarik. Bandingkan harga pakej dengan harga jika dibeli secara berasingan.

4. Senaraikan sebanyak mungkin nilai dan manfaat yang akan pelanggan perolehi.

5. Jual produk yang boleh bertahan lama penggunaanya. Ini bagi produk pakai, habis dan perlu beli kembali.

6. Tawarkan diskaun untuk pembelian lain jika pelanggan membeli sejumlah produk. Contohnya jika beli dua, maka pembelian produk yang ketiga diberi diskaun 15%.

7. Jaga pelanggan sedia ada sebaik-baiknya kerana mereka akan umpama emas dan berlian. Kita tidak perlu menghabiskan wang untuk pengiklanan berbayar bagi mencari pelanggan.

Walau apa pun cara jualan yang dilakukan, pastikan keuntungan tetap diutamakan kerana daripada keuntungan itu tadilah akan digunakan untuk perbelanjaan yang lain seperti gaji pekerja, gaji diri sendiri, bil-bil utiliti dan lain-lain lagi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Bagaimana Strategi Jualan Pada Masa Ekonomi Merudum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *