Strategi Caj Murah : Bidang Perkhidmatan

Baiklah. Seperti yang saya janjikan di artikel sebelum ini, tambahan pula ada mereka yang salah anggap tulisan saya, maka saya percepatkan artikel ini. Cuma ingin saya nyatakan, saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau tak puas hati, I’m sorry. Saya hanya memberikan idea, pandangan dan secebis pengalaman sahaja. Saya ulangi lagi seperti yang saya nyatakan dulu-dulu, apa sahaja yang orang kata, apa sahaja yang orang tulis, ia BUKAN SATU TITIK NOKTAH untuk kita. begitu juga tulisan saya, ia bukan kata-kata muktamad untuk anda. Jadilah seorang yang bijak menganalisis dan jangan ‘taklid’ begitu sahaja tanpa berfikir.

Baiklah. Di artikel yang lepas saya kata, amat rugi jika kita letak harga yang rendah untuk servis kita. Saya tak kata tak boleh letak harga rendah, maka ada yang salah faham lantas mengatakan, tulisan saya tak membina. Apa yang tidak membinanya? Di akhir tulisan saya menyatakan, ada strategi untuk letak harga murah, tapi insan tersebut seolah-olah membaca sambil lewa tulisan saya tersebut. Saya simpati akan dirinya. πŸ™‚ Lain kali, sebelum bagi komen, faham betul-betul dulu tulisan orang yer.

Strategi Letak Caj Murah

Saya dahulu pun letak caj murah. Tapi saya ada rancangan tersendiri. Biar saya bongkarkan. Saya letak caj murah di saat awal bidang perkhidmatan membina laman web adalah bertujuan untuk mendapatkan beberapa portfolio. Itulah tujuannya. Tapi entah di mana silapnya, saya tidak begitu fokus akan matlamat BEBERAPA itu dan terus menerus menerima pesanan projek laman web. Ya, kini saya sudah ada banyak portfolio atau bilangan projek laman web yang telah saya buat. Rata-rata projek laman web bermula dengan harga RM350 dan paling tinggi adalah RM750.

Maka, saranan saya jika anda baru berkecimpung dalam bidang ini, anda boleh guna cara tersebut. Letak caj murah untuk beberapa projek dan kemudian bila dah ada portfolio, naikkan caj bayaran tersebut. Kekurangan cara ini adalah, anda akan terlekat dengan caj murah itu sebab anda rasa berat hati dan TIDAK YAKIN nak naikkan harga bayaran perkhidmatan anda.

Jika anda tanya saya hari ini, maka saya kata, kenapa tidak terus letak caj yang berpatutan iaitu tak murah sangat dan tak mahal sangat? Gunakan fomula yang saya berikan iaitu nilai masa sejam darab dengan tempoh masa untuk anda siapkan projek tersebut.

Mengapa Harga Berpatutan dan Kenapa Tidak Murah?

Ok, saya tidak ada kata kena letak harga tinggi, tetapi ‘term’ yang saya gunakan adalah BERPATUTAN. Caj bayaran perlu berpatutan dengan nilai masa anda. Setiap orang ada nilai masa sendiri. Mungkin RM300 sudah BERPATUTAN bagi dirinya, namun bagi orang lain, RM300 amat sikit dan tak berpadanan dengan nilai masanya. Maka di sini jelas, amat amat jelas. Jika anda faham formula yang saya berikan di artikel lepas, maka tidak ada pertikaian nak letak harga berapa sekalipun untuk perkhidmatan anda. Jika nilai masa sejam untuk satu jenis projek adalah Rm30, maka kos untuk satu projek yang disiapkan dalam masa 15 jam adalah RM450. Nilai masa ini ada dua iaitu nilai masa diri anda dan
nilai masa untuk projek. Anda mesti bezakan keduanya kerana ia adalah berbeza, amat berbeza. Ada ke nilai masa sejam anda bersamaan RM30? Oh, murahnya nilai masa anda yer. πŸ™‚ Gurau jer, kan ada pulak yang terasa.

Saya tak akan sentuh mengenai nilai masa diri, sebab ia terlalu subjektif dan setiap orang berbeza cara kiranya sebab banyak parameter yang berkaitan perlu diambil kira. Apa yang kita bincang sekarang adalah NILAI MASA SEJAM untuk satu projek. Setiap jenis perkhidmatan, perlu ada nilai masa sejam yang tersendiri. Sila rujuk tulisan saya yang lepas.

Anda jangan ‘zalim’ terhadap diri anda sendiri. Percayalah, kelak anda mungkin akan kecewa sebab anda telah habiskan banyak masa dengan meletak caj yang murah. “Tak berbaloi!” kata anda. Percayalah… Jadilah seorang yang sayang akan masa sendiri. Sekali lagi, murah dan berpatutan dua perkara yang berbeza.

Strategi Harga Murah

Oklah, kalau nak letak sangat harga murah, inilah caranya. Katakan satu servis laman web biasanya berharga RM800, tapi anda nak letak RM300 sahaja. Ok, caranya adalah anda hadkan caj itu untuk beberapa projek sahaja. Contoh, “Khidmat membina laman web hanya untuk 10 orang sahaja! RM300 untuk satu web”. Kelebihan cara ini, anda akan dapat RM3000 untuk 10 projek. TAPI, duit memang sedap, namun semasa nak buat projek, mungkin anda akan memerah kepala untuk siapkan projek itu. Lagi-lagi jika mendapat pelanggan yang teramat cerewet. hehe.. Bersiap-sedialah.

Cara lain? Ada. Gunakan cara ‘bawah-tanah’. Saja jer nama tu, hehe.. Caranya adalah anda bagi special price murah tu untuk kenalan-kenalan sahaja. Atau kepada ‘list’ anda. Bukan secara umum di laman web. Cara ini biasa digunakan oleh ramai orang. Maksudnya, di laman web harga berpatutan, tetapi untuk kenalan, pelanggan lama atau yang anda rasa patut, berikan harga murah kepada mereka.

Nak lagi strategi lain? Ok, dah tak ada dah. Kalau ada, saya kongsi lain kali.

Anda Perlu Tahu

Anda perlu tahu bahawa, jika webmaster lain yang betul-betul buat servis web tahu anda letak harga ciput yang murah tu, mereka akan marah, bahkan mungkin akan perhambat anda dengan penyapu. Sebab, kebanyakan webmaster iaitu designer web ada prinsip asas : Minimum caj = RM1000. πŸ™‚ Tak percaya? Cuba anda tanya mana-mana freelancer web design atau web developer yang bergerak secara underground atau yang ada company. Kalau mereka tahu anda letak RM200 untuk satu laman web, mereka akan senaraikan paling kurang 10 ‘komen membina’ untuk anda.

Ya, jawapan anda mungkin akan kata, “alah, ikut suka hati aku lah nak caj berapa…”. Mungkin begitulah kata-kata kebanyakan orang. Ya, saya juga kata begitu. Namun, kita perlu sedar bahawa, dalam meletakkan harga, kita jangan takut tak dapat projek. Kalau orang lain letak caj RM800, kita jangan letak RM200 untuk projek yang sama. Banyak kekurangannya berbanding kebaikan. Nak tahu? InsyaAllah, ada masa saya tulis lagi. Pokok ceritanya, kalau anda buat promosi dan cara ‘marketing’ yang betul, projek akan tetap masuk. Satu perkara lain, KUALITI. Jaga baik-baik kualiti perkhidmatan dan hasil kerja anda.

Pendek kata untuk isu ini, tidak ada titik noktah tertentu untuk anda. Yang menentukan adalah diri anda sendiri. Nak letak harga murah ke, sedang-sedang ke, tinggi ke, itu semua anda perlu tanya diri anda sendiri. Salah satu cara, tentukan apakah nilai masa anda? Bagi saya sekarang, masa adalah satu perkara yang amat BERNILAI bagi saya. Sebab itu, saya sudah ada cara lain untuk buat bidang perkhidmatan (terutama web design). Allah kurniakan saya 24 jam sehari, maka saya perlu manfaatkan setiap saat yang ada untuk aktiviti yang amat produktif untuk diri dan perniagaan saya. Untuk kini dan masa depan. Saya dulu dan kini sudah berbeza. Kehendak dan keperluan saya kini, memerlukan masa yang lebih untuk perkara yang lebih utama berbanding menghabiskan banyak masa untuk satu-satu projek perkhidmatan. Saya sudah tidak boleh jadi ‘one man show’ lagi.

Itu diri saya, cerita saya. Bukan cerita anda. Maka, anda buatlah cerita untuk hidup anda sendiri. Saya tak tahu keperluan anda. Saya tak tahu apa yang patut anda lakukan dalam sehari-hari. Saya tak tahu apa perkara yang berkaitan dengan diri anda. Saya tak tahu apa-apa. Saya tidak ada kuasa nak tentukan untuk anda. Maka anda sendiri yang perlu tentukan, apakah nilai masa anda, apa yang perlu anda buat untuk diri anda, perniagaan anda dan hidup anda. Sila ukur baju di badan sendiri. Begitu juga dalam meletak harga produk atau perkhidmatan, saya tiada formula untuk diri anda. Tetapi anda yang perlu tentukan sendiri bagaimana caranya dan berapa perlu anda letak. Tiada siapa berhak halang anda nak letak harga berapa, TETAPI fikirlah, fikirlah sebaik-baiknya dalam meletak harga. Saya juga masih mengkaji mengenai cara meletak harga ini. Ia satu topik yang ‘kritikal’ juga rupanya, walau ia hanya sepatah perkataan iaitu HARGA. Banyak faktor atau parameter yang perlu diambil kira sebelum meletak harga.

Akhir kata, datang saya dan blog ini, atau ebook-ebook saya, hanya sekadar membantu
dan memberi idea, bukan satu titik noktah untuk anda.

Sekilas…

Sekali lagi saya ulangi. Cara saya menulis adalah suka berterus-terang. Jika ada yang tak suka, maka maafkan saya. Saya tak mahu bersusah-payah nak jaga hati semua orang. Jika anda tak suka, itu hal anda, bukan hal saya. Saya menulis dengan cara macam mana pun, itu cara saya, bukan cara anda. Saya adalah diri saya sendiri. Apa yang saya tulis, adalah untuk berkongsi idea, pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada. Jika ada kekurangan, berikan komen yang membina, bukan mengutuk atau menyorok di sebalik nickname rekaan. Kita adalah bersaudara dan di dalam bidang perniagaan Internet yang sebenar lagi. Perlukah kita bermusuh kerana hal yang kecil? Jika ya, anda tak layak jadi
usahawan. Anda perlu baiki pemikiran dan sikap anda dahulu. Kita sekarang dalam proses pertukaran idea, maka janganlah memberikan komen yang negatif. Kita sama-samalah berdiskusi dengan cara yang baik-baik agar sama-sama berjaya. Kalau anda ego dan saya ego, kita tak akan sampai ke mana.

Jika anda ada teguran yang membina, sila gunakan contact form di blog ini. Saya sudi mendengarnya (membaca) dan kita selesaikan dengan jalan yang baik. Bukan simpan di dalam hati atau berkata di belakang. Saya tak nak bermusuh, dan tak nak cari musuh. Saya anggap semua orang adalah kawan saya.

Ikhlas,
Mohd Zulfadli
Insan yang biasa.

PS. InysaAllah, bab harga ni saya akan sentuh lagi nanti. Banyak benda sangat nak tulis. Tapi sikit-sikit lah yer.. πŸ™‚

PPS. Harga murah atau mahal, itu bukan soal pokoknya. Yang menjadi soal pokok adalah _________________. Saya akan isi tempat kosong itu di artikel yang akan datang. Kalau anda nak jawab, silakan.

PPPS. Skim cepat kaya dan pelaburan haram di Internet rupanya sudah ada tanda-tanda nak mati : “The Death Of Skim Cepat Kaya”. Bagi yang ada angan-angan nak masuk mana-mana pelaburan mengarut yang banyak bersepah sekarang ni, fikir-fikirkan duit anda yer. Tak kisah anda pegawai ke, best student ke, ada PhD ke, ustaz ke, kaya ker, itu bukan soalnya. Soalnya adalah, di manakah akal dan pertimbangan anda yang sihat?

PPPPS. Bagi yang buat servis bina laman web, ada lagi satu cara nak tentukan harga. Nantikan tulisan akan cara tersebut. πŸ™‚

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Strategi Caj Murah : Bidang Perkhidmatan

  1. Terus terang saya katakan, saya memang suka cara Zul menulis…
    SIMPLE + SMART…

    Saya setuju dengan cadangan Zul…
    Yang kritik negetif + melampau = delete
    Sepatutnya, kritikan membina… itu yang penting…

    Kita ingin mencari rakan, bukan musuh…
    Banyakkan perbincangan… idea… kritikan membina…
    Nak baca pun tak sakit hati… tak gitu Zul?

  2. hai, shueqry di sini.. Zul pekabar?

    stail tulisan Zul direct to the point, jujur dan santai..

    very good, interesting and informative post..

    cadangan saya, lebih baik kiranya satu perenggan
    hanya ada 2 atau 3 ayat saja, lebih santai untuk mata
    pembaca blog kesayangan diorang ni…ni cadangan
    saya saja, depend pada Zul cemana, cuba try test..

    Thanks, πŸ™‚

    Shueqry,
    kota kinabalu, sabah.

  3. Apa khabar semua..

    Memang betul dalam dunia perniagaan tak kiralah internet ke..atau yg konvensional ke.. strategi meletak rege ni memang teramat penting. Tak boleh main tangkap muat jer..

    Macam yg sedara Zul cakap, harga untuk bakal pelanggan anda kene di “standardize” dengan harga semasa pasaran. Manakala harga untuk pelanggan lama/tetap dan kengkawan, boleh bagi harga special. Sebabnya, anda kene jaga periuk nasik peniaga lain yang berniaga benda yang sama dan membolehkan persaingan yang sihat dibiasakan dikalangan rakyat Malaysia khususnya.

    Pasal nak pelanggan lebih, terus kasik harga yang tak munasabah. Anda mungkin dapat keuntungan jangka masa pendek, tapi jangka masa panjang?…renung-renungkan lah…

    BTW, Zul post yang bagus.. boleh mendidik anak bangsa kiter..keep it up.

  4. hm..
    ni yang sedang saya praktikkan sekarang ni…
    jangan letak harga terlalu murah dan terlalu mahal…
    customer hanya tau nak cepat siap jer…
    kerja yang cepat siap memerlukan kita bertungkus lumus dan berhempas pulas tanpa mengira masa…so…setimpallah dengan tenaga dan masa kita…
    tq bebanyak atas bantuan zul… πŸ™‚

  5. ASM wr.wb

    Percaya atau tidak harga pembikinan laman web bolih mencecah ke ratusan ribu ringgit untuk syarikat-syarikat koporat dan swasta. Bikin lama web bolih bikin duit tau, jika kena gaya nya.

    Abang Ngah.

  6. Syahid, thanks. Betul la tu. Saya tak kisah kalau orang nak komen, tapi jangan la guna style dayus, “lontar batu sorok tangan”. Komen dengan membina lah. Kalau tak berani, rasanya diam jalan yang terbaik. πŸ™‚

    shueqry, maaf atas kesulitan. Saya tahu pasal perenggan yg pendek, tapi kalau dah menulis tu kadang2 tak ingat dunia.. πŸ˜€

    eZam, saya suka perkataan “standardize” tu, tapi macam mana nak buat tu, ia sedikit sukar. MUNGKIN hanya untuk certain produk atau perkhidmatan sahaja? Macam produk kawalan lah (gula, minyak, etc..). πŸ™‚

    adila, good luck! Ada lagi cara nak letak harga bagi web design. Dan nanti saya akan tulis bagaimana nak dapatkan pelanggan selain daripada pelanggan cari kita tanpa perlu ada laman web atau dengan laman web.

    Talib, betul tu! Kalau caj untuk company, jangan letak bawah RM1000. Kadang2 starting price lebih2 untuk company yg bermodal besar, kita boleh start dgn RM10k. Tu untuk web biasa, tak cakap pasal CMS ke apa lagi. Yang saya tulis sekarang adalah khusus untuk web statik untuk individu.

    ambsmart, tungguu… πŸ™‚ InsyaAllah.

    Thanks all.

  7. Wahh Zul…ada ebook terbaru bakal lahir ke, tajuk yang menarik tu. Tak sabar nak baca kerana sesuai dengan isu skrg.

    Satu teguran yang membina untuk industry perniagaan internet ni. Teruskan usaha anda walaupun ada sorang yang tak senang duduk.

  8. Zul, nak buat “standardize” ni memang susah sikit tapi tak mustahil. Kalau ader kerja sama dikalangan otai2 usahawan internet tempatan, insyaallah boleh. Feedback daripada customers diorang boleh dianalisis dari masa ke semasa untuk dijadikan sebagai “pricing benchmark”. Ini akan memberikan manafaat kepada peniaga dan pelanggan.

    Macam yang Zul cakap, contohnya kalau buat website design service, better kita charge pelanggan by hour. Ini memang sudah cukup bagus coz ia adalah hasil analisis dari pengalaman Zul sendiri setakat ini. Saya faham apa yang sedara maksudkan “pelanggan cerewet”, memang fenin kita dibuatnyer. Tapi, katakan kiter claim ngan pelanggan kita 24 hours dimana website siap dalam masa 3 hari. Kekadang customer ni boleh argue ngan kita pasal idle time pastu mintak ubah sana ubah sini kemudian dia mintak diskaun. Pening2..

    Tapi kekadang dia akur bila tengok some figure yang “solid”. Ini kire main psyco sket la..he..he.. πŸ™‚ Camner kalau untuk website design service, kita charge pakai byte movement (nama buat sendiri) atau dengan kata lain kita charge by website size? Katakan rate adalah 1 sen setiap byte, manakala website yang siap katakan bersaiz 120,000 bytes dengan charge sebanyak RM1200. Pastu customer mintak ubah, saiz turun kepada 80,000 bytes; beza sebanyak 40,000 bytes dengan charge RM400. Pastu mintak lagi ubah, saiz bertambah kepada 90,000 bytes dan kiter charge RM100 untuk kerja sebanyak 10,000 bytes. Jadi jumlah keseluruhan charge ialah RM1700, adil bukan?

  9. Betul tu…yang bagi murah2 tu sebenarnya terdesak.Yang penting kata Abg Zul,servis murah lebih banyak keburukan daripada kebaikan..Aku setuju!

  10. Pendapat Saya

    Sebenarnya nilaian sebenar sesuatu produk bergantung kepada qualitinya.
    Kita tak boleh letak harga pakai hentam keromo saja.
    Harus ada asas-asasnya.

    Biasanya dikategorikan kepada beberapa tahap. Asas -> komplek.
    Kalau produk asas ini harganya, dan kalau komplek ini harganya.

    Contoh : Harga Design
    – Harga asas = xx.xx
    – Harga komplek = xxx.xx

    Contoh : Harga Programming
    – dengan web statik = xxx.xx
    – dengan web dinamik = xxxx.xx

    Contoh : Programming dengan security
    – simple security = xxx.xx
    – high security = xxxx.xx

    Contoh : Programming dengan SEO
    – basic SEO = xxx.xx
    – full SEO =xxxx.xx

    Contoh : Masa
    Biasanya orang akan curiga bila kita ambil masa sebagai asas pembayaran. Anda paham-paham le sebabnya.

    Ada banyak lagi kategori yang anda boleh masukkan sebagai asas pembayaran.

    Contoh : Setup dan Installation = xxx.xx

    Semoga dapat jadi panduan. Wallahualam!.

  11. Pingback:   Aduh sakitnya !! by blog.percuma.net
  12. apohal baca dan ikut-ikut aje. kalo dah baca kena buat penilaian dan analisis berkaitan dengan apa yang ingin dibaca… takkan nak membaca semata-mata dan terus mengikut ikut suka hati je…

    kena nilai dan membuat pertimbangan yang sewajarnya. pendek kata jangan sekadar hentam kromo aje baca….

    Kalo harga best… khidmat juga mesti best punya laa. berkualiti tinggi…

    “Harga murah atau mahal, itu bukan soal pokoknya. Yang menjadi soal pokok adalah ____KUALITI_____________.”

    saya dah isi tempat kosong…

    kalo bukan skim tersebut yang mati? siapakah yang akan mati akal kalo dah hilang duit… lain citer laa kalo hilang akal kalo dah terlibat dengan Ò€œThe Death Of Skim Cepat KayaÒ€.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *