Ruangan Soal Jawab Perniagaan Internet

Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk membuka satu ruangan soal jawab mengenai perniagaan internet, komputer dan apa saja soalan berbentuk teknikal.

Cuma yang membuatkan saya terfikir, bagaimana caranya? Perlukah guna blog yang sedang anda layari ini? Atau bina satu blog baru khas untuk soal jawab, atau buat satu forum? Yang pasti, saya tidak akan buat forum sebab ia terlalu mengambil masa dan saya akan ‘lost control’. Buat masa ni, saya lebih terarah kepada membuka satu blog yang khas..

Selama ini, saya banyak juga membalas emel daripada pengunjung blog ini. Soalan-soalan mereka ada berkaitan dengan idea bisnes, cara promosi, strategi perniagaan, motivasi, hal teknikal dan pelbagai lagi.

Dan saya rasakan, adalah amat rugi jika saya tidak kongsikan jawapan saya tersebut kepada orang lain kerana:

1. Yang tahu hanya seorang dan bukan ramai orang (yang bertanya saja tahu). Jadi bagi yang bertanya selepas ini, saya akan jawab emel secara peribadi tapi dalam masa yang sama saya kongsikan dengan orang lain di blog soal jawab.

2. Saya rugi masa. Jika 100 orang tanya soalan yang sama, saya perlu taip emel jawapan yang sama kepada mereka. Ia satu kerja yang kurang produktif padahal ada cara yang lebih menjimatkan masa. Berbeza jika saya meletak jawapan terhadap persoalan itu di blog soal jawab, maka saya hanya perlu berikan mereka link URL sahaja untuk mereka rujuk dan baca.

InsyaAllah, setelah saya buka ruangan soal jawab ini, saya akan umumkan. Tapi bermula pada hari ini, anda dah boleh hantar soalan kepada saya menggunakan contact form di atas atau guna emel ini:

soaljawab@smartusaha.com

Segala emel dan persoalan, cepat atau lambat saya jawab, ia tiada jaminan. Ya lah.. Dah nama percuma, maka saya cuba yang terbaiklah ya. Doakan saya agar ada masa dan kesempatan untuk menjawab persoalan anda.

Walaupun saya sibuk dengan pelbagai projek, tapi saya tetap akan cuba meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu dan membantu mana yang saya mampu dan sempat. InsyaAllah, ruangan soal jawab ini adalah percuma sahaja.

Niat saya adalah ikhlas dan saya anggap ia sebagai satu bentuk ‘khidmat saya kepada masyarakat’. Itu saja yang saya mampu lakukan setakat ini. Bagi saya, untuk membantu orang lain, tak semestinya dengan duit. Membantu dengan ilmu pun boleh juga, malah ia lebih berguna berbanding memberikan duit.

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan, disebar dan dikongsi-kongsikan dengan orang lain.

Wassalam.

ps. Lupa nak bagitahu. Ada offer terhad TAMAT malam ni:

http://malaysiasoho.com/pvm/offer.html

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Ruangan Soal Jawab Perniagaan Internet

  1. Salam Cekgu;-)

    Saya sangat menyokong perancangan cekgu ni. Dengan adanya blog soal jawab ni, pelanggan cekgu Zul dapat mencari jawapan untuk masalah mereka dalam blog terlebih dulu sebelum email kepada cekgu.

    Saya sendiri contohnya, selalu juga hendak email soalan kepada saudara, tapi saya fikir dulu perlu atau tidak. Ini kerana saya faham semua orang ada masa yang sama 24 jam sehari tapi dalam masa yang sama semua orang menghadapi tugas dan kesibukan yang berbeza.

  2. Bagus cadangan Zul, dengan adanya blog soal jawab, tak perlu Zul nak taip jawapan bagi soalan yang sama.

    Blog tersebut boleh dijadikan rujukan untuk semua usahawan internet. Tahniah dan terima kasih SmartZul! 🙂

  3. Salam Zul,
    Saya telah bermula dari mebeli e-book panduan asas membena blog dari anda, telah dapat membena, sekarang ini telah membeli beberap buah e-bok lagi dan ada ebook yang memberi kebenaran saya untuk memepasarkan kembali, saya masih kehari ini tidak tahu bagaimana nak memasarkan e-book-book itu. Harap dapat anda tolong saya.

    Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *