SmartZul ‘Sibuk’…
Dalam minggu ini, saya mempunyai beberapa projek yang perlu disiapkan termasuk projek untuk ‘client’ saya. Di antara perkara yang sedang saya lakukan sekarang adalah:
1. ‘Re-design’ semula pakej KitBlogger 1 dan akan di’re-launch’ semula dalam minggu hadapan. Tunggu yer…
– http://bloggingsteps.com/kit.
2. Persiapan untuk bengkel perniagaan internet di UKM Bangi pada 27/1/07 ini. Jika anda para peserta kali ini, ada sesuatu ‘add value’ yang akan anda dapatkan. Kepada peserta sebelum ini, jangan risau, anda juga akan mendapatnya.
3. Merancang ‘kursus’ 4 langkah 3 hari seperti yang saya maklumkan sebelum ini
4. Menyiapkan konfigurasi sistem affiliate untuk dua orang pelanggan dan menyiapkan mini-site untuk salah seorangnya (akan dilancarkan dalam masa terdekat)
Ia satu cabaran. Adakah sempat siap? Dalam satu minggu, multi-task (banyak kerja, buat sorang diri).. Nak tak nak mesti siap. Menjadi seorang yang sibuk dalam usaha untuk meraih kejayaan adalah satu perkara yang amat menyeronokkan walaupun ia agak sedikit mencabar. Dan, hasil yang diperolehi dari penat dan lelah, lebih bernilai daripada mendapat hasil tanpa usaha yang kuat (macam skim pelaburan XYZ yang illegal)..
Tahukah anda, di saat awal saya menceburi bidang perniagaan internet ini, saya lupakan waktu untuk bersenang-senang seperti kawan-kawan yang lain. Saya tidur sedikit, menggunakan wang yang ada untuk membeli sesuatu yang membantu bisnes, menggunakan masa yang ada untuk mengkaji dan belajar mengenai perniagaan internet. Kini, saya bertambah yakin (insyaAllah), apa yang saya impikan akan diraih jua kelak.
Kerana? Sebab saya jelas apa yang saya mahukan dan saya FOKUS…
Anda pula bagaimana? Lebih tidur? Makan lebih? Jika anda mahukan apa yang anda impikan, caranya sudah pasti perlu berusaha dengan gigih dan bijaksana.
PS. Pelajari 4 modul dalam 1 hari di bengkel perniagaan internet ebizmalaysia.com. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
PPS. Kita akan start ‘kursus’ 4 langkah 3 hari tu Selasa ini yer.
InsyaAllah. Saya akan bekalkan guide (mungkin) dalam bentuk file PDF.
Wassalam.









Gud luck Zul,
Jeles betul tengok Zul sibuk
Em..saya ingat lagi satu ayat ni .Kata orang, seseorang yang sibuk ialah orang yang boleh diberi tanggungjawab dan mereka juga golongan orang berjaya kerana mereka tidak akan gunakan masa mereka untuk sesuatu yang tidak memberi faedah.
Good Luck Zul… Moga tercapai apa diusahakan…
)
p/s: semalam 1 Muharram 1428H
Alhamdulillah, bznya.. tapi itu bermakna makin murah rezeki saudara. Memang penat kene buat keje banyak. Tapi kalau kita pandai urus masa tak terasa sgt kerja2 itu kan
yang penting semangat! Jgn luntur
zul, semoga anda dpt menggunakan 24 jam sehari dgn sebaik mungkin.
setakat berkecimpung dgn dunia ebiz ni, saya hanya tidur pkl 11.30pm, bangun pkl 4.30am. mkn? tgh diet sikit.
yg bestnya, 24 jam sehari tu, saya rasakan sedikit saja krn banyak perkara yg hendak dibuat, terima kasih zul dan pakar IM yg lain, kerana berkongsi ilmu ebiz ni dgn saya.
sibuk, masa inilah peluang terbaik kita utk menjadi seorang pengurus masa yg terbaik utk diri kita dan masyarakat lain.
Janganlah kita cemburu terhadap kejayaan orang lain di sekeliling kita. Cemburu yang dimaksudkan ialah cemburu yang boleh merosakkan kareer dan punca pendapatan mereka yang berjaya itu.
Tetapi adalah lebih elok jika cemburu kita itu adalah satu cemburu yang membina..iaitu cemburu yang menjadikan diri sendiri berjaya seperti mereka yang berjaya mencapai kejayaan. jadi, kita seharusnya bekerja keras untuk mencapai kejayaan.
Berusahalah untuk kejayaan.
Yakin BOLEH..
Apa added value tu?? bila bleh saya dptkan tu??
Untuk berjaya mesti ada semangat utk menguasai bidang yang berkaitan. Utk menguasai bidang tersebut kita perlukan korbankann masa, duit, tidur dan sebagai dan yang paling manis apabila perniagaan menunjukkan peningkatan..