Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

SmartZul Sedang ‘Cuti Bekerja’

Assalamu’alaikum semua.

Ya, saya tahu. Anda sentiasa tertunggu-tunggu tulisan terbaru saya pada setiap hari bukan? Dan mesti anda tertanya-tanya, ke mana kah saya menghilang?

Jawapannya, saya sekarang sedang bercuti di kampung. Tapi bermula hari ini (Ahad, 27/4/08), saya kembali berada di Johor untuk beberapa hari bagi menguruskan perpindahan ke rumah sewa yang baru.

Sejak minggu lepas, saya berada di Kelantan iaitu di kampung saya. Dah lama tak balik dan lagipun nenek saya tak sihat. So, saya baliklah untuk jaga dia sehingga sembuh.

Walaupun begitu, saya tetap meluangkan sejam dua sehari di kampung untuk menguruskan pesanan daripada para pembeli dan memberi support kepada pelanggan sedia ada.

Support Kit Blogger

Kit Blogger adalah satu-satunya produk yang saya sediakan forum support. Saya tahu, mesti ramai yang bertanyakan soalan terutama berkaitan dengan masalah teknikal. Saya mohon maaf sebab seminggu yang lepas saya tidak masuk ke forum tersebut sebab berada di kampung.

InsyaAllah, pada hari ini saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab segala persoalan di forum tersebut. Namun saranan saya, kebanyakan persoalan sudah pun ada jawapan dan dibincangkan. Jadi sebelum bertanya, rajin-rajinkanlah diri untuk mencari perbincangan sedia-ada. ;)

Projek, JV dan Jemputan

Saya ada beberapa projek yang perlu disiapkan. Dan ada lebih kurang 3 projek JV yang sedang saya lakukan bersama dengan usahawan Internet yang lain. Dan sebelum saya balik hari tu, saya telah membuat satu rakaman audio ringkas soal jawab soalan daripada seorang individu. Audio tu hanya suara saya sahaja. Saya jawab soalan yang beliau berikan.

Then, pada malam nanti, saya akan ditemubual oleh seorang usahawan Internet. Siapa dia dan apa audio tersebut, anda kena tunggu beliau umumkan nantilah. Tak tahulah dia nak bagi percuma atau pakejkan dengan produk. Kemudian ada satu lagi jemputan untuk ditemuramah juga. Saya masih menimbang-nimbang untuk menerimanya atau tidak.

Sibuk memang sibuk. Tapi semakin kita sibuk, kita sebenarnya semakin laju ke hadapan. Kalau tak sibuk, biasanya kita akan rasa senang dan mulalah bergoyang kaki. Sibuk yang bagus ialah sibuk yang produktif dan kita pandai menguruskannya sebaik mungkin.

Semakin kita sibuk dan semakin pandai menguruskan masa dan kerja, maka kita akan semakin cekap di dalam perniagaan dan kehidupan seharian. Jadi jangan anggap sibuk itu tidak bagus.

Mungkin rabu atau khamis ini saya akan kembali balik ke kampung dan akan stay kat sana sampailah nenek saya sihat semula. Kemudian baru saya akan kembali ke Johor.

Di kampung, saya ada dua talian Internet. Satu GPRS dan satu lagi dial up. Yup, memang slow sikit. Tapi bolehlah nak buka emel dan surf Internet. InsyaAllah, saya dalam usaha untuk sambung Streamyx lepas ni untuk rumah di kampung.

Oklah semua, saya ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Maaf dipinta sebab tidak menulis seperti biasa di blog ini. Saya janji, selepas habis tempoh sibuk ini, saya akan kembali menulis seperti biasa.

p/s. Saya akan buka peluang pengiklanan di blog ini nanti. Ramai yang berminat dan sering bertanya. Saya dah pun merancang pakej iklan yang di blog ini dan saya akan umumkan nanti. Harap maklum.

Facebook comments:

6 Responses to “SmartZul Sedang ‘Cuti Bekerja’”

  1. labanon says:

    Ingatkan cuti nak uruskan proses perkahwinan ho ho ho!

    Anyway bro SmartZul salah seorang usahawan Internet yang cukup humble :) dan sentiasa cuba membantu usahawan Internet yang baru sedang hendak naik ;)

    Semoga sentiasa diberkati Allah…

    • IM Dreamer says:

      yup! most agree! harap2 Zul akan terus tanpa jemu mendidik IM Malaysian untuk terus lebih maju jaya… insyaALLAH, ALLAM Maha Kaya… Zul dapat banyak keberkatan insyaALLAH… :D

  2. olie says:

    Tabik la Zul. Dalam kesibukan, sempat juga untuk menjaga nenek kat kampung. Memang cucu mithali. Harap semua boleh contohi Zul.

  3. Han says:

    slmt mlm zul,
    apa yang penting di sini, jaga lah nenek zul dengan baik…
    pasal biz tu boleh jalan kan juga di kampung…
    ini lah kelebihan perniagaan internet…

    han

  4. titan says:

    patutlah. ingatkan gi bertunang ke apa..

  5. IM Dreamer says:

    patut ar ek…. cucu nenek…. bagus tuh! amalan baik tuh! boleh masuk calon cucu mithali kebangsaan ginih! :D

    tak sabar2 nantikan jawapan Zul di ruangan forum tu… banyak yang perlu saya belajar lagi…… tak sabar juga nantikan produk2 Zul seterusnya… :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)