SmartZul Nak Bagi Hadiah!
Pertama sekali, mari kita mulakan hari ini sebagai hari yang lebih baik berbanding hari yang semalam agar hari esok dan seterusnya kita mendapat sesuatu yang bermanfaat.
Kedua, hari ini ialah 19 Ramadhan 1428. Cepat betul bulan puasa berlalu dan terus berlalu dan kemudian akan meninggalkan kita. Harapnya di 10 terakhir Ramadhan ini kita pertingkatkan amalan khusus (solat ‘malam’, zikir…) sebab bulan ini hanya sekali dalam setahun.
Ketiga, hari ini adalah 1 Oktober 2007. Hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2008. Adakah matlamat tahun ini telah anda capai? Atau adakah perancangan hanya tinggal perancangan? Atau apa yang dirancang tidak menjadi atau terbiar begitu sahaja?
Walau apapun keadaannya atau hasilnya, usaha dan kecekalan mesti dikekalkan dan ditingkatkan agar segala kemahuan, matlamat dan keinginan kita tercapai jua akhirnya. InsyaAllah…
SmartZul Nak Bagi Hadiah…
Sebelum ini saya tidak mengamalkan pemberian hadiah untuk mereka yang memberikan komen di blog ini. Tapi saya rasa tidak salah untuk saya mencuba agar blog ini meriah dan meriah setiap hari. Dengan harapan pembaca ada motivasi untuk meninggalkan komen di blog ini.
Bermula pada hari ini, tiga pemberi komen terbanyak akan mendapat hadiah yang bervariasi setiap bulan (sekali sebulan).
Apa yang perlu anda buat ialah berikan komen pada setiap tulisan saya di blog ini. Tapi janganlah komen seperti “bagus artikel ni”, “TQ Zul!”, “hai zul!”. Bukan tidak boleh, tapi kurang enaklah. Berikan komen yang berkaitan dengan tulisan saya, iaitu PENDAPAT BERNAS anda.
Jadi, untuk percubaan pertama ini, saya telah memutuskan untuk memberikan hadiah berbentuk wang tunai kepada tiga pemberi komen terbanyak. Hadiah ini akan terus dimasukkan ke akaun bank pemenang.
Berikut adalah senarai hadiah untuk tiga orang pemberi komen terbanyak:
Hadiah Bulan Oktober 2007:
Tempat 1: RM45.00
Tempat 2: RM25.00
Tempat 3: RM15.00
Hadiah akan diberikan selepas 31 Oktober 2007, mungkin pada keesokannya iaitu 1 November 2007 (Khamis) jika tiada halangan.
Walaupun hadiahnya tidaklah begitu lumayan, namun kita tengok perjalanan dan hasilnya. Nanti-nanti mungkin hadiahnya lebih lumayan. InsyaAllah.
Carta Kedudukan:
Anda boleh melihat carta kedudukan semasa di bahagian tepi (sidebar) kanan blog ini. Berikut adalah contoh ranking (kedudukan) pemberi komen:

Tujuan dan Matlamat
Perkara ini dilakukan adalah bertujuan dan dengan harapan:
1. Memotivasikan anda agar memberikan komen. Mungkin sebelum ni nak bagi komen, tapi sebab tak ada apa-apa yang anda dapat, maka anda kata, “tak apalah…”.
2. Sebagai penghargaan kepada anda. Disebabkan anda rajin bagi komen, maka anda patut diberikan sesuatu sebagai ucapan terima kasih daripada saya. Saya ada perhatikan beberapa orang yang amat kerap bagi komen di sini. Maka dari situ saya berfikir, mereka ini patut diberi sedikit ganjaran sebagai penghargaan.
3. Memeriahkan blog ini. Walaupun ratusan hingga ribuan orang memasuki blog ini setiap hari, namun penyertaan dari segi memberikan pendapat amat kurang. Maka saya ingin mencuba kaedah ini agar blog ini meriah. Kita tukar-tukar pendapat…
4. Asah ‘skill’ anda. Kebanyakan orang takut untuk memberikan komen. Ada mereka yang sudah lama menjadi pembaca tetap blog ini mengatakan kepada saya mereka hanya membaca, tapi tidak memberikan komen. Bagi saya, berilah komen agar terlatih diri kita di dalam memberikan pendapat atau input. Wujudkan hubungan dua hala, jangan pasif.
5. Memotivasikan saya sebagai penulis blog ini. Jika ikut kepada prinsip saya, tidak dapat satu komen pun tak apa, sebab setiap hari akan ada orang masuk, ratusan orang. Tapi adalah lebih bagus jika ada komen agar saya merasakan tulisan saya ada ‘nilai’. Saya amat seronok jika saya menerima komen yang bernas daripada anda.
Oklah, itu sahaja untuk kali ini. Jadi, ‘pertandingan’ pemberi komen terbanyak kali pertama ini bermula pada hari ini, 1 Oktober 2007 dan akan tamat pada 31 Oktober 2007 (sebulan).
Di kesempatan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sentiasa melawat ke blog ini. Saya doakan anda semua maju jaya dan bahagia selalu.
Nota:
Sebenarnya, carta kedudukan ‘Top Commentators’ tersebut anda boleh gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan trafik percuma dari blog ini. Caranya, pastikan anda termasuk ke dalam 10 orang paling banyak memberikan komen.
Semasa memberikan komen, pastikan anda bukan sahaja memasukkan nama anda, tetapi sertakan sekali URL blog atau laman web anda (link affiliate dan link web skim cepat kaya tidak dibenarkan). Di carta tersebut, akan dipaparkan nama anda beserta link ke URL anda.















oh, sudah tentunya menarik perhatian ramai yang datang berkunjung di sini…
saya rasa ramai pelawat lari sebab abdfatah laju sangat…
mereka mengalah dari awal…hehe…
tapi kalau awal bulan tu mereka berani juga nak cuba…
han
Memeng betul, bila banyak maklumat masuk tapi tak buat apape, kita jadi keliru.Saya juga jenis tak pandai bercerita jadi nak sampaikan sesuatu rasa janggal. Sebelum ni ada jugak bagi komen blog lain tapi pendek2 je. Ni paling panjang agaknya. Dengan harapan dpat hadiah! esok sy dtg lagi zul! Booking hadiah utama tu….
kena usahakan memberikan komen di samping mendapatkan maklumat dari blog zul ini sebagai rujukan tambahan perniagaan internet masa kini…
bila bagi komen, kita terpaksa membaca post tu…
jadi kita pun boleh membaca post dulu2 tu…
banyak tips yang saya dapat…
han
satu teknik yang bagus untuk membawa pelawat samada yang lama atau baru untuk melawat blog en.zul , secara tak langsung bagi kami yang bari nie , dapat menimpa ilmu internet kat sini .
Hanya kena banyak membaca dan perlu fokus dalam selok belok internet nie. Harap jgn lepaskan membuka minda anda dalam pembelajaran internet nie.
Sedihnya…saya baru bagi sedikit komen kat blog abg zul
Tapi takpe.Boleh start segala-galanya dari sekarang
slmt pagi zul,
idea yang bagus zul… mesti ramai yang tinggal komen lepas ni…
traffic pun akan meningkat lagi dr sblm ni…
haha…di sreen shot tu saya ada di kedudukan 3…hehe…
kalau bulan lepas zul bagi dah dpt tu RM15…
Takpe..kali ni mesti dpt kedudukan 1 pula…
sebelum ni dah pernah dpt kedudukan 1 beberapa kali…hehe…
tak boleh lepas kan peluang ni…
bukan senag zul nak bagi hadiah…
jom kita ramai2 tinggalkan komen sblm tinggalkan blog zul ni…
han
Bagus jugak idea Zul tu. Yela..sesetengah orang memerlukan dorongan untuk membuat sesuatu. Antara dorongan tersebut selain kata-kata motivasi ialah melalui wang ringgit atau hadiah
Sebab saya pun kadang-kadang macam tu. Hihihihi. Okey.. semoga kita bersaing secara sihat. Biarlah komen yang ditinggalkan itu mampu juga membuat pembaca lain berfikir. Chaiyok2x…
memberikan komen yang jugak bleh dapat membina minda dan memberikan dorong motivasi yang berganda kpd ramai orang…
tu sudah mestinya…
beri komen mesti yang berfaedah…
dan bila beri komen kita juga dapat ilmu yang baru…
han
bagus la zul…dulu rajin gak komen kat sini pastu lama hilang…he he … elok gak ada hadiah ni..nak start beri komen yg bernas kat sini balik…
Tengok saya sudah komen haha (pembaca senyap), yup peraduan antara 1 langkah membina pelawat yang ramai, sedikit wang dilaburkan tapi manfaat nya banyak
saya juga akan melakukan hal yang sama bila penulisan blog saya makin stabil nanti
akan dinantikan apakah hadiah yang akan dibekalkan oleh rjunan nanti tatkala blog anda dah stabil nanti…
kita tunggu lah ye…hehe
pembaca senyap pun bagi komen tu…
nak blog kita blog juga buat mcm zul ni…
baru penuh dengan komen…hehe
han
Wah..ni nak tarik pembaca aktif.. mcm naem diariadsense buat just untuk top komentator je..zul wat untuk 3 tempat je..
Satu cara yang bagus untuk tarik respon orang…Buktikan pada pembaca senyap tu komen pun leh dapat duit.. rasanya cara ni akan digunakan ramai orang nanti..
huhu.. ye ker zul.. bagusnye ada peluang camnih
…
Saya ada la juga komen bila saya rasa saya mampu memberi komen yang berkaitan dengan posting zul.. lepas ni, ada la “turbo” yang menggalakkan minda saya ni lebih advance memberi komen
setuju dengan kaedah zul ni, sebagai penghargaan pada pengunjung setia blog ni. selain itu, pengkomen pun dapat le manfaat. kalau tak menang pun, dapatla manfaat link di blog “artis popular” ni
hehehe..
Salam,
Wah ini menaikkan semangat ku
insyaALLAH cuba meluangkan masa lebih sikit untuk bagi respon. Yang lebih pentingnya, pertukaran idea tu
p.s Lama tak nampak Raymond kat sini..
Pernah jugak joint blog-blog lain yang memberikan komen & dapat hadiah tapi entah tak pernah lagi dapat hadiah. Cuba-cuba pulak di sini. Mana tau dapat rezeki…
Ha… ada hadiah pulak.
Saya rajin masuk ke blog ni sejak bulan puasa ni . Hari-hari bagi komen sebab ada banyak masa terluang. Tup-tup ada peraduan plak. Ini cara untuk dapatkan free trafik. One of the technic that can attract people. Bagus ni. Mike Filsaime pun tak terfikir ni . Ada satu lagi cadangan… kalau hadiah wang tunai tu ditukar kepada langganan webhosting setahun pun bagus . :lol
Wah bertambah semangat ni
InsyaAllah semoga tercapai matlamat yang dinyatakan
Mane tau ble dapat traffic FREE lagi
nampaknya persaingan akan menjadi lebih sengit untuk bulan oktober ini dengan pemberian hadiah yang lumayan dari zul smartusaha. bukan sekadar memberikan info yang berguna kepada masyarakat pengkomen dan juga pembaca senyap…
takkan senyap2 je nak membaca? dan kali ini cabarannya akan menjadi lebih meriah lagi dengan hadiah istimewa dari zul.
apohal pun ia akan menarik perhatian ramai…
tahniah dan teruskan berusaha… walau tidak sebarapa ia tetap memadai bagi mereka yang mahu meluangkan masa untuk menjengah blog yang sedia dah popular dengan info perniagaan internet…
sekian terima kasih…
Bagi komen pun dapat duit, harap pro-blogger yang lain pun dapat buat konsep yang sama ya, ramai-ramaikan blogger Malaysia
hahaaa… nampaknya akan muncul secara tak langsung mereka yang menjadi pembaca senyap dan mengaktifkan diri mereka untuk memberikan komen yang bermakna setelah sekian lama hanya menjadi pembaca senyap…
sedikit sebanyak akan melatih skill untuk memberikan komen yang berlipat-lipat dan bermanfaat untuk ramai orang…
langkah sedemikian rupa memang bagus sebagai penghargaan kepada pengunjung tetap yang setia setelah sekian lama datang menjengah tiba…
kebanyakan pro-blogger yang mendapat reader yanga banyak2 dalam satu masa akan memberikan penghargaan kepada pengunjungnya dengan reward yang tertentu manakala hadiah wang adalah sebahgian darinya….
sekian terima kasih…
Terima kasih semua. Tak dapat saya reply setiap komen-komen anda tu.
Cuma, tip saya ialah ‘take it simple’. Bagi komen macam biasa je. Nak bagi 2,3 kali komen kat satu artikel pun tak kisah. Janji bernas. Tak perlu lah panjang sangat, tapi kalau boleh juga jangan hanya dua tiga huruf.
Saya akan bagi hadiah kepada Top 3, bukan hanya yg terbanyak sahaja. Malah, saya MUNGKIN akan buatkan kejutan-kejutan tertentu terutama untuk 10 orang yg tersenarai dalam carta. Maksudnya, selain yg 3 tu dapat hadiah, yg tujuh lagi MUNGKIN akan dapat ganjaran juga. InsyaAllah.
Berkaitan hadiah, utk Oktober ni, saya akan bagi wang tunai. Hadiah2 lain mcm webhosting atau domain, insyaAllah akan diusahakan. Mungkin bulan depan. Satu idea yg baik…
Tip: Anda bukan sahaja perlu komen artikel2 yg akan datang, malah silakan juga memberi komen pada artikel2 yg lepas.
ps. Nampaknya dah muncul beberapa orang pembaca senyap. hehe…
pps. Nampak gaya abdfatah dah mulakan pecutan.
tak boleh jadi ni…
abdfatah dah mengatasi saya ni…hehe…
nanti saya kejar dari belakang abdfatah…
nanti saya komen banyak kat artikel lepas…
zul,
kalau boleh, bagi lah sesuatu yang boleh tambah ilmu utk perniagaan internet sebagai ganjaran…
contoh mcm rahsia zul ke…hehe… atau ebook yang berguna… atau apa2 hadiah yang boleh tambah ilmulah…
han
Kalo bagi duit , tak perlu banyak. RM75 tu banyak sebenarnya.
Apa kata buat kuiz bersiri, tiap tiap hari bagi soalan. Jawapan paling banyak betul …adalah pemenang.
Emph, menarik juga ni ….. boleh mencuba ni
hohoho..abg zul pun dah mula nak bagi hadiah untuk pengkomen plak..satu motivasi yang baik..saya nak join juga la..bukan apa..selalu datang sini, tapi jarang nak tinggalkan komen..
ps: saya terlupa plak nak sambung peraduan komen mengkomen tu..hehehe..memang bagus juga buat macam ni..skang traffik blog saya agak menurun..so, nanti saya nak kena hidupkan balikla..
maybe buat pertandingan lain pula kot..contohnya macam 3 top komentar yang maintain 20 patah perkataan setiap hari selama 30 hari dapat kereta kancil..hehehe
Hehe.. Nanti saya spam kat sini
. Eh, komen.. Jangan marah
kejor yop kejor….


polon kedah polon…..
hobeng jang hobeng….
Ayuh kita kayuh, biar sampai penat..
Hadiah ni kita taruh ..motivasi kita dapat ..
adesh… kejar laa jangan tak kejar. mai kita main kejar-kejar….
hahahaaa…. memang mata ganjaran sungguh laaa nampaknya untuk komen kali ini. sebelum ni pun saya komen tak seberapa juga. pakai hentam komen begitu begini aje…
banyak kali ok ke? tapi kalo banyak kali komen memang seronok baca sebabnya ia menjadikan komen berbalas dan ideapun berkembang vrooooom-vroooom bunyinya… takpe laaa kalo dah ada ganjaran untuk topten…
takleh balas takpe, skrol baca aje zul. lepas nih kena tambah brian threded komen laa pulak…
sekian terima kasih…
naem , hang buat satu lagi peraduan.
Mai kita serbu blog dia . Mau havoc satu Malaysia. Jangan bakar bendera plak.
Akan wujud penyakit baru , blogmania atau blogaholic. bloggerholic, bloggerolic
Apa istilah yang tepat ya
Ermm, pyan, tak apa. In ibaru permulaan. Semua idea dan cadangan anda semua akan saya simpan dan kita akan tambah-baikkan dari semasa ke semasa.
Spt yg saya maklumkan, saya mungkin akan lakukan kejutan dari segi hadiahnya. Kalau saya rasa nak tambah hadiah, sy akan tambah tanpa memberitahunya dahulu. MISTERI.
Duit? Tak apalah. Dapat duit tu boleh beli mana-mana Ebook atau Hosting ke. RM15.00 dah boleh dapat sebuah Hosting kat SempoiHosting.
RM45.00 pula, rasanya selain boleh beli domain dan Hosting, boleh juga dapatkan Ebook yg sama harganya dengan tunai tersebut.
yer betul tu… dapat duit beli hosting untuk tambah mega bait atau giga bait. nak tambah giga bait pulak laa lepas nih.
eh… nak tanya laa kalo2 kena spam block oleh wordpress camana haa? kena approve dulu laa nampaknya? gitu…? wp bukan tahu apa-apa komen bernas atau tidak. cuma jangan terlalu dekat-dekat sangat nak komen… bermaksudnya biarlah berjarak sedikit sebanyak… berselang seli..
hahaa… komen dan rehat sekejap. bukan rehat dan rawat tatkala memandu…
sekian terima kasih…
Memberi komen dan pandangan sebenarnya merupakan satu tindakan yang baik. Tapi tak ramai yang nak memberi komen samada komen yang baik ataupun yang tak baik. sebabnya pembaca blog ini hanya nak sekadar membaca tulisan di dalam sesebuah blog saja.
Tapi pada pandangan saya, akan ramai yang memberi komen yang baik. Boleh untuk kita memberi komen yang “kurang baik’ tapi pastikan komen tu taklah sampai menyinggung perasaan dan boleh membuat orang lain membenci kita. Jadi, berilah komen yang membina dan yang dapat membina jalinan kemesraan dan persahabatan antara pembaca blog dan penulis blog.
Tak gitu Zul…
That all for now..bye…
Wassalam…
slmt pg semua,,
nampaknya komen post ni masih tak dapat mengatasi post utk produk RM20 tu…
takpe…nanti kita sama2 letup kan post ni…
rasa letih lah pl nak kejer2 dgn abdfatah…hehe…
han
adesh… takpe laa saya dah join affiliate han. dan mungkin sedikit sebanyak boleh menjana income dari situ. tak dapat top 3 takpe, asalkan kita ada apa yang diperlukan oleh ramai orang yang mahu belajar berkenaan dunia perniagaan internet atau belajar buat website…
apa macam? tak rugi apopun… still win-win situation…
begitu juga kalo tak dapat apa-apa dengan cabaran video percuma tempohari. macam mana mereka boleh main kejar-kejar gitu? dengan senarai nama yang berjela2 dan mantap sedemikian rupa?
apa yang anda akan dapat adalah pengalaman memberikan komen dan menjana idea-idea yang bakal anda perolehi dalam perjalanan sebulan tersebut…
orang kata kalo pergi ke supermarket bawak duit dan fokus kepada apa yang kita nak beli aje. namun dalam perjalanan ke supermarket tersebut banyak menda yang akan kita jumpa dan ambil pelajaran…
sekian terima kasih…
thanks abdfatah 4 join affiliate saya…
betul tu…kalau tak dpt pun takpe…
yang penting seronok bila bekejar-kejaran gini..hehe…
nampak abdfatah terus memecut…
saya dan pyan sedang mengejar ni…
terus memecut…
han
huh…dah dpt mengatasi abdfatah…
hah letih btl…
barhenti dulu lah…
nanti ada masa saya datang lagi utk kejar lagi…
utk sesiapa yang dibelakang tu…
terus mengejar…
zul nak bagi hadiah ni…
han
adesh… nak kena skrol banyak2 nih bau dapat nak tulis komen, lepas komen rehat kejap tinjau2 baca komen yang lain. dapat idea nak komen terus sahaja komen semula mana yang patut..
nak komen pun kena ada idea jugak… miahahaha…
jom kita dapatkan hadiah dari zul yang julungkali memberikan hadiah kepada pengunjung bertuahnya it…
sekian terima kasih…
abdfatah,
saya lawat blog abdfatah tadi…
tapi saya nak komen sikit…jangan marah ye…
kenapa selepas saya komen ia tak balik ke homepage?
ni menyusahkan pelawat kalau nak terus membaca blog abdfatah…
dan abdfatah akan kehilangan pelawat utk terus membaca…
buat lah macam blog zul…hehe…
senang kan…
han
Kadang-kadang saya perhatikan counter komen terbanyak tersebut macam ter’reset’ secara automatik. Adakah kerana selepas satu bulan Zul reset balik ke 0 atau camner?
wah…….. ada hadiah rupanya jika memberikan komen. hebat juga En.zul nih, saya sendiri tak terfikir perkara macam nih.
waaa boleh dapat hadiah ker?
best la kalau macam ni.
saya pun selalu la juga komen blog saudara zul ni sejak akhir2 ni.
so, lepas2 ni boleh la komen tiap2 kali ada post terbaru.
Count on me Saudara Zul.
Saya akan menyahut cabaran komen terbanyak ini.
Saya target sekurang2nya dapat no3…insyaAllah.
hmmm…? kenapa? saya pun tak tau kenapa jadi camgitu… kena reset balik agaknya. nantilah saya try godeh2 semula… hihiii…
kalo reset komen secara bulanan dah tentu akan reset otomatik dari 0 bermula bulan baru. kalo mingguan pun boleh jugak. untuk beberapa hari pun boleh jugak…
sekian terima kasih…
Azahari,
utk top komen tu, kita boleh edit di plugin editor do WP…
kita boleh set (’hourly’, ‘daily’, ‘weekly’, ‘monthly’, ‘yearly’, ‘#’)
ni yang menarik di WP…
tak payah kita yang buat utk setiap bulan kalau kita nak ia di reset pada setiap bulan…
betul zul?
han
Wah,macam seronok pertandingan ini!Ia mungkin dapat menambah minat kepada orang ramai untuk memberi komen.
anwar,
memang seronok berlumba2 begini…
mcm sedang berbual dgn kawan2 pula…
walaupun berseorang di dpt komputer ni…ada lah juga peluang utk berbual…
han
Wah.. semakin hangatlah blog Zul nie..
Saya pun terhangat juga ni nak membalas komen pembaca.
A’kum,
Satu cara yg amat baik untuk bukan sahaja membina traffic tetapi utk credibility. Dan ini adalah lebih penting..
Dan cara ini juga adalah win-win situation dan saya harap bro Zul dapat mengadakan lagi acara-acara yg semacam ini agar sama-sama semua blogger mendapat manfaat.
Terima Kasih.
InsyaAllah. Begitulah harapnya.
pyan,
tak kejar ke?
tengah hangat ni…
mcm di chat room pula…hehe…
10 sehari mana cukup…
palung kurang pun 30 sehari…hehe…
han
Tak larat saya.
Banyak lagi keje lain kena buat, sebab saya tak bleh mangadap komputer lama lama atas nasihat doktor.
berapa banyak mau skrol daaa… hahaa.. terhangat nak komen? komen laa mana yang patut mana boleh komen. dengan threaded komen nih meriah jugaklah nak komen… banyak punya skrol sampai bila nak sampai ke kotak komen nih???
sekian terima kasih…
takpe abdfatah…
kita biar blog zul ni penuh dgn komen je…hehe…
kalau tak, sia-sia zul nak bagi hadiah…
zul bagi hadiah mengharapkan blog dia penuh dgn komen…
jadi kita buat lah sampai penuh…hehe…
han
takpe laa hadiah punya pasal, kita pulun sehabis baiknya. fokuskan komen dan dapatkan manfaat dua tiga perkara dalam satu masa…
komen pun dapat untung sakan pun dapat…
komen ni boleh tambah ilmu penyampai kita…
belajar menaip lebih cekap…
kalau komen di sini ada kelebihannya…hehe…
dapat hadiah!!!
bukan gitu…
3 faedah yang kita dapat…
han
oleh yang demikian rupa… beranikan diri anda untuk membuat komen. komen dengan sepenuh minat hati anda. jangan gundah gulana untuk komen. meriahkan komen di sini dengan semeriah hari raya yang bakal menjelang….
hehe…
raya dah dekat…
jadi meriahkan lah blog ni dengan komen2…
mana tahu boleh duit raya dari zul…
bukan gitu abdfatah?
han
yea betul, dapat duit raya beli hosting tambah megabait. tak ada megabait bleh senyap sepi dibuatnya…
semacam review pulak jadinya tatkala nak komen. baca post, lepas tu pikir punya fikir dan kemudian tulis komen…
lepas tu jelajah post pulak… baca kejap… lepas tu fikir lagi nak tulis apa yang hendak dikomen… hihiiii…
sementara nak komen tu, jenguk2 baca pulok komen2 yang lain… adesh.
skrol dan skrol lagi… huhuuu…
boleh meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
tapi jenuh la tangan dok menaip
abdfatah,
siapa agak nya yang dapat hadiah zul ni?hehe…
segik nampaknya…
dah letih tiap2 hari menaip komen…
tapi tak boleh putus asa…
han
hahaa… entahlah rezeki nih takleh nak dijangka kalo nak dapat. target yang lain dapat yang lain… ini hanyalah permulaan dan sebahgian dari teknik tarikan traffik selain dari cara2 lain untuk menarik traffik… sebelum nih pun memang dah tersenarai… kalo tak nomor satu, sekitar nomor satu hingga sepuluh… ada chalenge pulok penat jugak nak kejor mengejor… bleh jadi terapi menaip dibuatnya..
itu belum lagi jika ada top trackback… zul tak buat top trackback ke?
hehe…
kejor mengejor ni rasa seronok juga…
tapi kadang2 rasa letih pula…
kelajuan menaip dah meningkat ni…hehe…
han
Hai han dan fatah,
Laju nya lari… macam lari maraton pulak, saya baru cecah 11km …
kamu berdua dah sampai 200+km lebih ,wah tak larat saya mengejor
.. laju sangat .
Hai zul, dia orang lari pakai turbo kot..
memang tengah berkejor kejor dgn abdfatah ni…hehe…
isman boleh kejor juga dari belakang…
han
dah jadi macam tempat chat plak. Bagus untuk zul
pyan,
ni lah yang best ni…
kongsi2 pengalaman…
kalau nak chat di YM, susah lah sikit sebab duk kena layan ia…
kalau di sini, kita boleh tinggal je bila ada kerja…
han
ahahahahaaa… banyak laa nak kena skrol. menaip dah macam tak berapa nak tengok keyboard dah. nampaknya kena mahirkan lagi skill penaipan yang lebih pantas nih….
takpe laa tak terkejar pun. bulan depan ada lagi… jangan risau gundah gulana… yang penting dapat info dan dapat review balik post2 yang ada kat sini. hihiiiii
haha…
betul tu abdfatah…
bulan depan ada lagi…
kalau tak salah saya, zul ada nyatakan di atas tempat 1 hingga 10 zul akan bagi hadiah…
buka 1 hingga 3 je…
han
hehe…
adalah harapan untuk bln depan ya… agaknya,
ok bln depan nak polon ..
polon?
takpe kita polon sama2 ye…hehe…
han
Tidakkah ini menggalakkkan komen-komen yang tidak bernas? Seperti chatting dan tidak menjadi “sumeber motivasi, inspirasi & perniagaan internet”?
Banyak yang reply, tetapi, tidak mengandungi isi yang bernas akan mengurangkan kualiti blog ini.
Biar quality dan bukan Quantity. Pendapat saya sahaja.
kalo ikut topik yang dibicarakan okeh je. jangan lari dari topik yang telah diutarakan… dengan memberikan pendapat dan cadangan yang berkaitan dengan topik yang disediakan…
kualiti juga memang penting dari kuantiti. apohal pun terpulanglah kepada budi bicara zul. setakat ini apa yang saya dapat… saya bleh review balik topik yang lepas2 secara tak langsung…
betul tu abdfatah…
kita boleh baca semula artikel yang lepas…
jadi mungkin kita dah lupa pasal2 artikel2 lepas…
bila zul buat cam ni, kita boleh baca semula dan boleh digunakan semula ilmu yang ada…
jadi tak sia2 artukel yang lama…
han
artikel lama sebagai rujukan. terkini dan semasa untuk masa depan. banyak panduan yang berguna jika nak berjaya dalam perniagaan internet. membuat rujukan dan menilai sndiri mana yang bermanfaat dan mengikut kemampuan dari sudut ukur baju dibadan sndiri…
takleh ukur sendiri upah tukang jahit tolong ukurkan dan terhasil laa baju raya idaman hati…
alah…
kalau nak ukur baju tu, tak payah upah tukang jahit pun…
isteri, mak kan ader…
suruh je mereka tolong ukur…hehe
betul tu abdfatah…
yang lama sebagai rujukkan…
atau ia juga boleh mengingati kembali tip lama…
han
hahaaa.. sudah penat dah nak memotong. bulan depan nak masuk kerja dah. takleh nak online selalu laa. bagi peluang berganda kpda orang lain.
memang best jugak pertandingan nih. berlumba-lumba dan tahniah laa kepada yang bakal meraih hadiah tempat pertama tu. peluang sudah tersedia dah… rasa tak tau nak komen apa dah. balik2 yang itu2 jugak penat jugak nak skrol yang lepas2 nun… wiahahahaa… bulan depan nak komen apa pulak??? rasanya tak terkomen apa dah agaknya…
bulan depan dah nak mula kerja…
kerja apa tu abdfatah?
bisnes sendiri ke?
semoga berjaya dengan kerja tu…
kerja betul2 tu…jgn main2 pula…hehe
han
kerja kat pejabat perubatan (klinik pak saudara saya)
merangkap pembantu kpd staffnya yang akan beranak tak lama lagi. saya pulak yang kena kerja…
bleh cari idea buat content dalam blog. huhuuu…
kerja oh kerja.
wah! dah makin laju ke komen? beberapa jam lagi sebelum jam 12 malam akhir bulan dan 31 oktober.
bagus lah tu…
ada juga kerja untuk dibuat…
nanti boleh buka satu blog untuk perubatan pula..hehe
laju? hehe…boleh lah…
tinggal berapa jam lagi dah nak habis bulan OCT ni.
kena buat perancangan baru pula…
han
mak aih dah panjang melebar dah nih… lambat lagi nak habis nih. banyak jugak nak kena mikir dan nak taip… lenguh jari dibuatnya nak kejor… idea tak datang2 laaa untuk komen… muahahahahaaaa