Di mana saya & apa yang saya lakukan sekarang? Ini jawapannya….

Saya tidak pastilah sama ada pembaca-pembaca blog ini dan ‘pengikut’ saya ada tertanya pada diri masing-masing, mengapa smartzul sudah mendiamkan diri? Blog tidak update, FB Page ‘tersadai’, produk baru tiada, emel sunyi sepi.. Tiada sebarang perkembangan semasa.

Tiada apa-apa yang akan kekal di dunia ini, jika kekal pun, pasti ada perubahan berlaku. Begitu juga saya. Dan tiada sesiapa pun terlepas daripada kesilapan dan kegagalan. Begitu juga saya.

Dulu, sewaktu saya memulakan bisnes Internet Marketing, matlamat saya adalah mahu dikenali dan membantu ramai orang memahami apa itu perniagaan online dan cara memulakannya. Namun kini, saya lihat ia tidak lagi relevan untuk saya Mahu belajar IM? Petik saja kekunci di Google dan kita dapat temui banyak maklumat yang dimahukan.

Lantas saya membawa diri dan mengubah visi & misi kepada yang lebih realistik. Apa yang telah berlaku dahulu, saya ‘padam’kan. Ia tidak memberikan apa-apa nilai lagi kepada saya, sama ada yang berguna ataupun tidak, yang sedih mahupun gembira. Kegemilangan lampau sudah menjadi sejarah. Ia sesuai dijadikan tatapan, tetapi tidak untuk kemajuan di masa hadapan. Saya mahu bina laluan baru.

Kesilapan Bisnes…

Kesilapan adalah guru kehidupan yang paling bagus walaupun ia meninggalkan parut yang mungkin tidak akan hilang. Namun daripada kesilapan dan kegagalan itulah kita akan terus menjadi matang, melihat dunia ini dengan lebih bijak dan akan lebih mengenal Allah dan apa itu manusia. Allah sentiasa mahu mengampunkan kita, jadi mengapa kita tidak mahu memberikan peluang dan memaafkan diri sendiri?

Cuma, sedikit pesanan. Kesilapan yang kita lakukan hanya berguna jika kita mengambil ia secara serius dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Tetapi andaikata kita masih melakukannya dan tidak berusaha untuk mengelaknya, agak sukar untuk kita pergi lebih jauh.

Permulaan Baru…

Dengan visi dan misi yang baru, maka bermaksud saya kembali dengan cara dan perlaksanaan yang ‘serba baru’. Dunia ini cukup luas untuk kita melangkah lebih jauh dan sesiapa pun boleh melakukannya, serta tiada sesiapa pun boleh menghalang kita untuk pergi lebih jauh.

….

Banyak sebenarnya yang saya mahu tulis di blog yang berusia hampir 10 tahun ini. Tetapi biarlah masa yang menentukan bagaimana “permulaan baru” yang akan berlaku kelak. Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa. Allah lebih tahu. Doakan yang hebat-hebat untuk saya. Kepada-Nya kita berserah.

Wassalam.

smartzul

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *