SmartUsaha.Com kena Hack!
Dalam pagi semalam, semua web termasuk blog ini telah dicerobohi / hack oleh hacker dari Turkey. Mereka sekarang begitu ‘bermaharajalela’ menunjukkan kehebatan mereka dalam kegiatan tidak bermoral atau menyalahkan ilmu ini.
Apapun, alhamdulillah, mereka tak ganggu dan merosakkan apa-apa fail dan database.
Saya hampir kecewa dan terkejut dengan kejadian ini, tapi saya perlu mencari penyelesaian.. Rupa-rupanya, ohh, hack mereka bukanlah hack yang membahayakan. Mungkin mereka dapat menceroboh masuk kerana saya lebih banyak menggunakan perisian open source.
Nantikan post saya mengenai langkah pencegahan dan apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan anda semua tidak menyesal di kemudian hari.
Berikut adalah imej yang hacker tu letak dalam semua web saya:










Bila tgk, si hackernya cam bebudak jee.. Siap link dr mysite.mynet.com. Siap ada Midi music lagi tuhh..! Mcm source code yg digunakan
http://by.sao.sitemynet.com -> Bila buka laman ni, cam mamat baru bljr javascript jee.. :p
Entahlah… Tapi at least dapat gak dia pecah masuk.. Dah kira terer lah tu..
Mulanya terkejut jugak.apa dah jadi,blog ni telah di hack.Yang hairannya,mengapa hackers dari turkey plak yang meng”hack” blog ni?Lepas ni ‘pagar’ betul-betul blog ni.
Thanks.. Hmm, saya pun tak tahu sangat modua operandi dia macam mana. Namunbegitu, lepas kena hack, tak pasal-pasal datang beberapa idea bisnes! hehe.. Orang kata, kalau masalah datang, cuba intai, peluang apa yang dia bawa bersama..
Anda semua pun kena berjaga-jaga jugak..
1. Backup all data
2. Update sekuriti web/sistem
3. Lain2 tips kemudian atau anda semua boleh tambah..
dulu pun kena deface jugak, kan?? kat bahagian artikel tu?? keluar nama kumpulan kalu x salah team bios ntah apa ntah, x ingat dah…
walau apa pun, syukurlah blog saudara boleh berjalan semula…
Yang web artikel tu dia overwrite terus file index.. Alhamdulillah ada file backup..
Hampeh tul Hacker aku punya blog pun kene hack tajuk jadi “hi” pastu kuar gambar orang senyum
nak kena buat back-up nih..
ya ya.. saya pun nak juga buat back up file lump sum. Keje edit website berbulan-bulan senang2 je rosakkan atau kacau… nak kena gempa bumi kali ke 6 kamal artartuk ketuk ketuk dalam kubur!! Last week, website joomla saya pun di kasi offline. Dorang ni pandai.. tapi nasib baik saya buka komputer laptop lain tuk masuk ke public h, dorang kan detect password kita jika buka cpanel dari tempat yang sama. Dorang ni memang p#$*&@ betul!!
apa pun.. syukur kerna smartusaha.com sudah pulih seperti sediakala. Sayang betul jika semua yang ditulis tu hilang..
Nasib baik takde fail yang hilang.. Kesian dia
Salam bro… harap dapat kongsikan dalam post akan datang, “BAGAIMANA MEMULIHKAN BLOG/WEB YG KENA HACK”, terima kasih untuk semua perkongsian ilmu! Semoga bermanafaat untuk semua…
bahaya tul, urm.. Aku pakai blog lagi potensi kena hack..huhu