SmartUsaha Bukan Pesaing Anda

* Tajuk kali ini adalah untuk usahawan internet Malaysia, namun yang belum jadi usahawan internet pun boleh baca juga..

Satu pendapat peribadi yang panjang, dari orang yang biasa-biasa jer.. 😉

Di dalam perniagaan, pesaing dianggap sebagai ‘musuh’ anda. Hakikatnya yang sebenar, pesaing bukanlah musuh kita sebaliknya merekalah salah satu faktor yang meningkatkan usaha kita di dalam memajukan bisnes. Merekalah sahabat dan orang yang benar-benar buatkan kita terus berusaha untuk mengekalkan perniagaan kita.

Lainlah jika kedatangan mereka dibawa bersama dengan fitnah, tuduhan, sindiran tidak membina dan lain-lain, maka terserah kepada anda untuk meletakkan mereka di dalam golongan yang mana. tetapi, nak tak nak anda tetap perlu menghadapi mereka agar perniagaan anda terus mantap dan kukuh. Jahat atau baik mereka itu, anda tetap perlu menghadapai mereka.

Namun, saya di smartusaha, tidak pernah menganggap usahawan internet lain sebagai pesaing dari segi kemajuan diri, agama dan bangsa, tetapi di dalam konsep berniaga, anda tetap pesaing saya. Yang penting kita kena bersaing secara sihat dan jauhi daripada mengata-ngata orang tu tak bagus atau mengangkat-angkat diri sendiri. Lama-lama nanti orang akan muak dengan kita walaupun kita berniat ikhlas.

Di smartusaha, dari awal lagi saya meletakkan objektif untuk mahu bersama-sama dengan usahawan internet yang lain membina kejayaan pada diri sendiri DAN dalam masa yang sama membantu agama dan bangsa maju. Jika kita di kalangan usahawan sendiri bertikam lidah dan tuding menuding, bagaimana untuk melahirkan mereka yang lain sebagai usahawan internet yang sebenar? Di tulisan saya yang lepas, saya ada menyatakan bahawa usahawan yang sebenar bukan hanya dilihat pada keuntungan yang dijana, tetapi pada dalaman juga. Jika dalaman kita penuh atau ada ciri-ciri yang tidak bagus seperti dengki, berkata tidak benar, memfitnah, bercakap belakang, bertindak dan berkata tanpa analisis dan fakta, terburu-buru, dan lain-lain, maka adakah kita layak dikatakan usahawan yang sebenar? Ya, kita adalah manusia biasa, tetapi bagaiamana jika ia sering diulang-ulang walau kita tahu ia salah? Maka alasan manusia itu lemah mungkin sudah tidak boleh diguna-pakai.

Kepada usahawan internet Malaysia, marilah kita bergabung tenaga, saling bekerjasama antara satu sama lain. Jika sebelum ini ada terluka hati di antara satu sama lain, maka saya rasa jalan terbaik adalah bermaaf-maafan. Orang kata, belajar daripada kesilapan. Maafkanlah kesilapan pertama orang yang ‘melukai’ hati kita. Buang yang keruh.. Namun jika ada persoalan peribadi, maka ia adalah peribadi, yang penting adalah industri ini. Asingkan pendapat atau pegangan peribadi dan jangan jadikan ia sebab untuk anda tidak mahu bekerjasama di antara satu sama lain.

Apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakan usahawan internet di Malaysia lebih suka bergerak sendiri-sendiri. Jika menceritakan sesuatu pun, hanya menceritakan kejayaan atau berita terkini yang berkaitan dengan diri-sendiri. Susah betul untuk menceritakan kejayaan usahawan internet yang juga saudara kita bukan? Ketahuilah, tidak rugi untuk anda berkongsi-kongsi cerita kejayaan. 🙂 Sebaliknya apa yang saya perhatikan, kita sering menceritakan kejayaan orang-orang luar. Fuuh, kalau nak senaraikan memang banyak sekali. Tapi, usahawan internet di Malaysia pun tak kurang juga ada yang hebatnya. Dulu, saya ada senaraikan usahawan-usahawan internet yang telah berjaya dan berpengalaman. Antaranya adalah seperti Kidino, Saifulsham, Dr Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Cikgu Fairuz dan lain-lain lagi. Tapi, kita jarang mendedahkan diri mereka bukan? Itu hanya satu contoh apa yang saya perhatikan. Kontadiksi daripada apa yang saya perhatikan adalah, kita yang mahu diangkat-angkat oleh orang ramai TETAPI kita tidak mahu ‘mengungkit-ungkit’ perihal orang lain yang boleh memberi manfaat yang besar kepada orang lain.

Antara lain ‘kesalahan’ yang saya perhatikan (juga pernah dilakukan saya dahulu) adalah begitu cepat kita menganggap negatif kepada usahawan yang lain. Jika ada sedikit kepelikan kepada mereka, kita terus menganggap negatif. Ya, jika mereka betul-betul salah, pertamanya, JANGAN terus percaya pada tanggapan pertama kita. Langkah pertama adalah, hubungi mereka samada melalui emel atau telefon. Tanya mereka apa yang anda musykil. Bukan terus menyebar-nyebarkan aib mereka. Inilah satu kesilapan yang pernah saya lakukan.. Jadikan ia pengajaran. Jika mereka betul-betul melakukan kesalahan (seperti skim cepat kaya) dan tidak mahu menerima pendapat dan nasihat kita, maka memberitahu orang lain itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk kebaikan bersama.

Berbalik kepada topik, wujudnya saya di dalam bidang ini bukanlah untuk bersaing dengan sesiapa dari segi konteks untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sebaliknya saya mahu bersama-sama dengan anda semua bagi menjayakan diri sendiri DAN di antara satu sama lain.

Persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda adalah: Bagaimana cara bekerjasama itu? Buat satu projek dan kongsi keuntungan? Tidak semestinya hanya itu, banyak lagi yang boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Mungkin anda tahu apa yang boleh dilakukan dalam bentuk kerjasama itu selagi mana ia tidak merugikan perniagaan anda. 😉

“Bisnes tetap bisnes, kawan tetap kawan”, kata-kata ini akan betul atau tidak bergantung kepada keadaan. Anda boleh fikirkannya sendiri.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “SmartUsaha Bukan Pesaing Anda

  1. Memang, memang hebat artikel ni. Tahniah diucapkan sebab buat artikel sebegini hebat. Semoga maju jaya. 🙂 (Tak tau nak cakap apa lagi)

  2. Persaingan yang sihat bermaksud… tak de penyakit (hati), kalau ada, carilah ubatnya. Kena cari ke? ya, wajib…Di mana?..dalam rumah kita pun boleh, masjid lagi baik. Macamana? Berdoa dan belajarlah? Belajar apa? Tauhid dan Tasauf

    …hmm boleh kot..

  3. Payah nak cakap pasal hal ni. Takkan nak kata bangsa pulak kan..
    Pada saya, tak salah bekerjasama dengan sesiapa sahaja..
    yang penting kena berfikiran terbuka.. jangan berfikiran tertutup..

  4. pertama – templete blog memang menarik. tahniah!

    kedua – sikap usahawan di malaysia masih boleh diubah/ berubah
    kerana kita semua masih baru dan muda. Jangan lupakan yang utama, niat berniaga bukan untuk berlawan tapi mencari makan secara halal dan berkat.

  5. Saya perhatikan dikalangan internet marketers di luar negara ramai yang bekerjasama diantara mereka walaupun mereka competitors. Mereka saling tolong-menolong promote e-book, software, seminar masing-masing dan juga beri support. Sebagai contoh, adakalanya Mike Filsaime akan bagi testimonial support untuk product John Reese, dan John Reese pula akan buat teleseminar bersama Mike pula pada kemudian hari. Yelah, sebenarnya komuniti kita ni, walaupun semakin berkembang, masih baru lagi dan kita kenalah saling sokong-menyokong dan bekerjasama. Kita di Malaysia lagilah banyak cabaran kerana memang baru lagi bagi kita dan juga masalah-masalah fraud dan mistrust yang sering dikaitkan dengan negara asia. Kita juga ketinggalan berbanding dengan negara seperti India, Korea dan China yang semakin agresif menerokai bidang Internet Marketing.

  6. Yup, itulah maksud saya bahawa, ada persaingan lagi bagus. Itu yang akan menyebabkan kita lebih usaha. Tapi dalam bab lain seperti kita dalam satu agama dan bangsa, maka kerjasama jangan dilupakan. 😉

    PS. Tengah letih lagi, baru balik dari Kuantan. Badan pun masih berbisa..

  7. persaingan bagus utk memajukan biz sendiri. Tanpa persaingan, kualiti biz kita rendah. So, jgn bunuh pesaing anda. Berikan mereka sebahagian peratus pasaran. Rezeki amat byk.

    Jgn ske buat biz monopoli mcm kes korporat besar kat negara kita. Kualiti produk & servis terus pun buat derk aje…

    p/s: tensen dgn kualiti broadband kat Malaysia

  8. Ya apa yang berjaya untuk kita mungkin tidak sesuai kepada orang lain begitu juga kejayaan oarng lain maybe tak sesuai untuk kita….

  9. hehe…

    Saya tak tau la nak kata camner, tapi kdg2 kita yang kecil2 ni malu juga, takut di kata nak tumpang glamer, hidung tak mancung pipi tersorong2… dll.. Kalau sesama kita yang dah kenal2 selalu juga berhubung, tak gitu Zul? 😉

    Tapi kalau nak buat secara besar-besaran, kena ada yang start. Insyallah, SaifulSham terbuka dalam hal ini… : )

  10. Zul, saya bersetuju dengan apa yang zul cuba bawakan…kawan tetap kawan, business tetap business…mungkin dengan usaha para IM especially yang berbangsa Melayu boleh menghakis sifat PhD yang tertanam sejak sekian lama dalam diri masyarakat kita. Alhamdulillah, sekarang pun lebih baik, taklah macam dulu…jadi, kita tambah baikkan lagi…IM agen perubahan 🙂

  11. kalo takder saingan mcam mana nak tingkatkan kemajuan? asyik duk takuk lama je setiap hari? persaiangan yang sihat memang menguntungkan… jadikan saingan sebagai pemangkin ke arah kemajuan diri sendiri…

    1. saya setuju dengan abdfatah…
      takde pesaing maknanya takde peningkatan atau kemajuan…
      kalau ada pesaing lebih mencabar…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *