Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Skali Lagi.

Saya rasa saya perlu berkongsi dengan anda mengenai satu buku ini yang bertajuk “Skali Lagi” tulisan Tengku Farith Rithauddeen. Buku ini mengisahkan jatuh bangun dan sepak terajang di dalam dunia keusahawanan beliau bersama rakan kongsinya.

(Sumber imej: www.pts.com.my)

Sudah lama niat di hati untuk membeli buku ini, tapi saya sering lupa dan menangguh. Lantas Ahad lepas saya terus ke kedai buku untuk membelinya. Sebelum saya terlupa, buku versi Bahasa Melayu ini adalah terbitan PTS Profesional.

Saya tidak mahu menyatakan berapa bab yang ada dalam buku ini malah saya sendiri pun tidak baca sangat nombor babnya. Akibat begitu menarik sekali perkongsian cerita oleh Tengku Farith, saya teruja, asyik dan lupa perkara yang lain sehinggakan tajuk besarnya pun saya tak ingat.

Bagi saya, bayaran RM18.00 untuk buku ini hanyalah bayaran untuk cetakan buku sahaja. Tetapi nilai sebenar perkongsian oleh Tengku Farith tiada nilainya. Nilai pengalaman beliau bersama rakan kongsi di dalam mencipta kejayaan adalah amat besar sekali dan amat bernilai kepada sekalian para usahawan.

Apa yang menjadi dasar utama penulisan buku ini adalah jatuh bangun penulis bersama rakan kongsinya di dalam membina empayar perniagaan dot com di bawah jenama SKALI sehingga mencapai kejayaan di hari ini.

Walaupun bisnes yang mereka ceburi adalah berbentuk skala besar (projek juta-juta), namun secara asasnya, nilai keusahawanan mereka sesuai kepada sesiapa sahaja termasuk usahawan berskala kecil.

Semangat, motivasi, kegagalan, kekecewaan, konflik dan sebagainya yang menjadi asam garam dunia keusahawanan semuanya telah digarapkan dengan baik di dalam buku ini.

Mungkin ada yang tertanya, apakah produk SKALI? Dulu, di peringkat permulaan, projek besar mereka adalah enjin pencari dan pengiklanan online dengan kerjasama pihak AltaVista. Kini, hala tuju mereka telah berubah iaitu kepada syarikat penyedia e-bisnes seperti penyedia simpanan data.

Untuk pengetahuan anda, pihak SKALI adalah antara pihak awal yang menyediakan khidmat data center. Pada masa itu kata mereka, pihak Telekom dan Jaring belum lagi memiliki data center sendiri.

Hasrat anak-anak muda di SKALI ini di peringkat permulaan begitu tinggi dan kejayaan sudah diimpikan di dalam fikiran masing-masing. Lagi-lagi merekalah perintis kepada projek sebegitu (enjin carian).

Namun, kejayaan hanyalah mimpi di siang hari. Satu demi satu masalah telah dihadapi oleh mereka. Manis yang diharap, pahit yang terpaksa ditelan hari demi hari bertahun lamanya.

Bayangkan, daripada puluhan pekerja, akhirnya sehingga tahap maksimum, yang tinggal hanyalah rakan kongsi sahaja. Itu pun tanpa bergaji atau paling banyak RM200 sebulan! Malah, Tengku Farith hanya menunggang skuter sahaja pada saat genting mereka.

Walaupun begitu, mereka terus menghadapi dengan cekal. Mereka survive habis-habisan walaupun sampai satu tahap mereka bertegang sesama sendiri. Namun, mereka tetap bersama dan berdiri teguh dengan cita-cita mereka.

Kini, SKALI bukan lagi seperti dulu. Mereka sudah ada tapak dan payung. Penat lelah dan perit jerih mereka selama hampir 10 tahun sudah terbalas..

Itu hanyalah ringkasan sahaja. Anda boleh baca rentetan cerita mereka dengan membaca buku ini.

Satu Pasukan Yang HEBAT! (Sumber Imej: skalilagi.net)

Antara pelajaran penting yang saya pelajari daripada buku ini adalah:

1. Jangan lakukan sesuatu yang bukan kemampuan kita. Salah satu punca pihak SKALI menghadapi masalah adalah kerana mengambil projek di luar daripada skop/kemampuan mereka.

2. Fokus. Pentingnya fokus kepada kekuatan atau skop perniagaan. Saya (malah mungkin anda), berkali-kali lari fokus. Kejap Ebay, kejap lelong, kejap produk digital, kejap adsense. Akhirnya semua tak dapat.

Anda tidak perlu risau mengenai MSI (multiple streams of income) sebab ia boleh dilakukan kelak. Yang PENTING adalah bina dahulu empayar dalam satu bidang.

3. Kerjasama. Salah satu yang dipelajari oleh pihak SKALI adalah jangan tamak di dalam mendapatkan tender projek. Sebaliknya, boleh bekerjasama dengan pihak yang memenangi tender itu dengan menyediakan sesuatu yang kita mampu sediakan.

Contohnya, tawarkan bahagian yang pihak pemenang tender itu dengan sesuatu yang mereka tidak pakari. Pelajaran di sini, jangan mahu mendominasi pasaran secara tamak (sorang-sorang). Jika boleh bahagi keuntungan dengan pihak lain, lakukannya.

4. Rundingan. Pihak SKALI begitu banyak menghadapi masalah terutama kewangan. Tapi mereka pandai berunding dan mencadangkan jalan penyelesaian kepada pihak yang menuntut sesuatu daripada mereka. Salah satunya pihak pemiutang.

Jadi, jika anda dilanda masalah, jangan terus menyerah kalah. Cuba berunding dan senaraikan beberapa cadangan kepada pihak berkaitan.

5. Bijak berfikir. Pentingnya berfikir dengan tenang dan bijak di dalam menyelesaikan masalah dan jangan mudah berputus-asa. Pihak SKALI mungkin tidak akan berjaya seperti sekarang jika mereka tidak duduk semeja dan merancang strategi dan tindakan.

6. Nilai KEGAGALAN. Mereka banyak mengalami kegagalan demi kegagalan. Kini, sudah pasti mereka semakin matang dan profesional. Yang lebih penting, mereka tidak takut gagal malah semakin berani melakukan sesuatu yang orang lain takut melakukannya.

7. Perkongsian. Sewaktu SKALI menghadapi zaman kejatuhan, ada beberapa pihak membantu mereka. Sebab itu mereka mampu lagi bernafas. Jadi pesan Tengku Farith, jika kita sedang berjaya, apa salahnya membantu mereka (usahawan) yang sedang mengalami kesusahan.

8. Perlu menilai orang dari dalam dan luar. SKALI pernah kerugian masa selama satu tahun di dalam mendidik satu syarikat milik tiga orang anak muda. Mereka dipilih kerana bagusnya idea produk mereka.

Namun, tidak disangka rupanya nilai dalaman anak-anak muda itu terlalu rapuh. Pelajaran yang pihak SKALI perolehi adalah, jangan menilai pada bagusnya hitam putih pada kertas atau produk, tapi nilai juga dalaman manusia yang terlibat.

9. Persamaan pendapat bukan titik tolak kejayaan satu pasukan. Rakan kongsi di dalam SKALI mempunyai corak pemikiran yang berbeza. Akibat daripada perbezaan itulah SKALI kekal sehingga ke hari ini.

Mungkin selama ini kita menganggap perlunya sama pemikiran bagi semua satu pasukan perniagaan. Ia satu anggapan yang salah. Dengan berbezanya pendapat dan cara berfikir, di situlah wujudnya ranting demi ranting idea dan strategi.

Dalam kes SKALI, Tengku Rithauddeen memang tidak sama pemikirannya dengan rakan kongsi yang lain. Katanya, beliau jenis cool dan seorang rakan kongsi yang lain amat tegas sekali.

Jadi, jika anda melakukan sesuatu secara berpasukan, elakkan sifat “yes man”. Ia boleh meleburkan usaha yang dilakukan. Biarlah rakan kongsi terasa hati sedikit demi kebaikan bersama. Sudah pasti, sifat saling memahami dan terbuka teramatlah penting.

10. Jangan takut berimpian besar. Pasukan SKALI memang bercita-cita besar. Impian itu bukan sekadar impian, tapi dilakukan dengan penuh kesungguhan. Sebab itu mereka kekal sehingga sekarang.

11. Tukar Model Perniagaan. Setelah melihat projek enjin pencari tidak memberikan keuntungan yang besar, lantas Team SKALI menukar strategi dengan melihat apakah skop lain yang mereka boleh ceburi dan sudah semestinya yang mempunyai harapan yang cerah.

Bagi anda para usahawan, jika anda rasakan apa yang anda lakukan sekarang tidak sesuai atau merasakan ia tidak dapat membawa anda kepada impian yang dicitakan, cubalah beralih kepada usaha atau idea yang lain.

Banyak lagi pelajaran penting di dalam buku ini. Beli dan bacalah. Tip saya, baca buku ini di satu tempat yang sunyi dan tiada gangguan. Hayati perjalanan SKALI dari mula sehingga ke hari ini. Hayati dengan sepenuh hati…

Saya amat yakin, selepas anda habis membaca buku ini dengan PENUH PENGHAYATAN, saya teramat yakin, motivasi dan semangat anda akan naik dengan mendadak. Anda yang sedang berputus-asa akan pasti tidak sabar-sabar untuk bermula sekali lagi. InsyaAllah.

Walaupun banyak pelajaran di dalam buku ini, namun saya simpulkan kepada intipati utama iaitu:

“Jika GAGAL, jika hilang fokus, mulakannya SEKALI LAGI.”

Akhir kata bagi penutup artikel ini, saya juga sekali lagi akan menganalisa semula kedudukan perniagaan saya sekarang untuk beranjak ke tahap yang lebih baik.

Anda bagaimana? Sudah berputus-asa? Jangan begitu. Mulakanlah sekali lagi!

PS. Berita baik: Anda sebenarnya boleh download percuma buku ini (versi digital) di sini:

http://skalilagi.net/index.php?ch=download

Facebook comments:

26 Responses to “Skali Lagi.”

  1. TheReds says:

    menarik buku ni..
    saya suka baca buku2 kisah2 motivasi macam ni..
    kat mph ada jual x agaknya ye..

  2. wow memang hebat buku ini ,aku pergi cari di tokoh buku ..

  3. mazlie says:

    Salam zul,

    Saya pernah nampak buku ni dulu di MPH. Kalau tak silap saya, team Saifulsham pernah ulas SKALI ni.

    Thanks dengan saranan zul, insayAllah, saya nak dapatkan buku tu. WAJIB ni..ehehehe…

  4. mymotivasi says:

    sepak terajang!! aduh.. cekal sungguh semagat team skali. alangkah baiknya jika saya juga memiliki semangat seperti itu. artikel smartzul ini memang membakar semangat.. syabas diucapkan :P

  5. SyedHafidz says:

    belum beli lagi…saya minat dengan buku yang boleh inspire dan motivate kita..
    :)
    pandai zul review buku..

    • smartzul says:

      Beli lah. Saya jamin penulisan Tengku Farith adalah penulisan yang penuh ikhlas dari hati ke hati.

      Kita sebagai pembaca boleh rasa seseorang penulis tu dia tulis dengan ego atau ikhlas.

      So bagi buku ni, bagi saya buku yg betul2 menyentuh hati.

  6. Raymond Chua says:

    Wah, terima kasih atas link yang diberikan kat atas.

    Entah kenapa saya tidak pernah mendengar tentang syarikat Skali ini.

    Apakah aku ni bagaikan katak di bawah tempurung?

    • smartzul says:

      Raymond, saya dulu pun tak tahu. Salah satu sebab tak ramai yang tahu adalah kerana ‘kesilapan’ SKALI sendiri.

      Mereka hanya gunakan teknik gerila sahaja akibat tiada dana yang banyak untuk promosi dan pengiklanan.

      Salah satu mereka gagal adalah kerana kehadiran enjin2 pencari lain seperti catcha.com yang begitu agresif dalam promosi. Lantas SKALI tenggelam.

      Teknik gerila (kecil-kecilan) yg SKALI guna tu hanyalah untuk memastikan mereka bernafas sahaja, bukan untuk gah berjaya. Mereka perlu selesaikan masalah2 dalaman seperti hutang dan kemudian barulah boleh memulakan semula empayar perniagaan mereka.

      Kini, dah model lain dah. Bukan portal enjin carian lagi.

      So itulah sebab mereka tak dikenali ramai iaitu tiada promosi yang agresif (tak cukup modal).

  7. KampungBoy says:

    Huhu….klau Zul review memang terbaekk….bagus sebanarnya baca buku motivation cmni. Belajar daripada pengalamn diorang.

  8. mazlie says:

    satu soalan main dalam minda ni, buku ini english ke bahasa melayu ye zul?

    memang betul, macam buku Jutawan Senyap tu, sehari je saya mengadap baca sebab best. Rasa tak puas, sampaikan pada hari yang sama saya pergi beli buku dia yang lain-lain..hoho :p

    • smartzul says:

      Mazlie, ada dua versi. Satu BI dan BM. Yang BI dah lama. BM pula PTS yang terjemahkan. So kandungannya tetap sama, cuma bahasa je yang lain.

      Harga: RM18.00 sahaja.

      PS. Buku Chef Li? Semua lima buah buku dia saya baca habis tak lebih dua hari setiap satu. Memang santai penulisan dia. Ni pun nak baca balik buku “Aku Tak Nak Miskin”.

  9. mazlie says:

    dah tau jawapannya…bahasa malaysia…sory, tanya baru cari…:)

  10. mazlie says:

    hoho..zul dah jawab rupanya…sory..

  11. titan says:

    aku ada cari gak buku nih dulu. tapi kawasan rumah aku ni memang takde jual..

  12. usri says:

    Saya percaya ramai orang telah gagal dalam perniagaan mereka, maka saya juga sarankan mulakan SEKALI LAGI.

  13. Sapawi says:

    Mak ai, panjangnya post Smartzul ni.

    Apa pun, memang benar dan itulah hakikat nyata sebelum kita dapat mengecapi nikmat kejayaan dalam hidup kita.

    Dunia ni penuh dengan segala macam sepak terajang dan apa yang penting kita kena tabah atau ‘buat bodoh’ je.

    Yang utamanya kita perlu berbekalkan disiplin, kerajinan serta sikap tak kenal erti kalah.

    Bukan Smartzul dulu pun macam tu kan?

    Syabas Smartzul dan teruskan usaha murni anda menyebarkan info dan petua berguna kepada seluruh warga internet Malaysia khususnya.

  14. jai says:

    Salam semua,

    Saya dah nak beli itu hari masa singgah kat MId Valley. Tapi dah banyak buku yang dah pilih terlebih dahulu, so, lain kali ajelah… Saya rasa pun memang bagus buku nih… InsyaAllah lepas ni ‘skali’ lagi….

  15. ya..lakukan skali lagi!!!

  16. nadirah says:

    hai… sy merupakan pekerja kat skali… n its rite wat u said about TF and the rest of the erliest team of skali….

  17. maizul.com says:

    Dari pada ulasan Zul tentang buku ni saya tertarik nak pergi cari buku ni. Pasti akan beli buku ni nanti.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)