Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sistem DP-Protector Akan Dilancarkan!

Produk SmartUsaha.com yang seterusnya ialah Sistem DP-Protector:

Sistem DP-Protector

Sistem ini secara mudahnya dapat membantu anda melindungi laman download (download page) produk digital anda daripada terdedah begitu sahaja tanpa sebarang perlindungan.

Ia akan dijual untuk kegunaan persendirian sahaja (personal use only), tetapi saya juga akan buka peluang Resell Rights kepada 50 orang sahaja. Tidak seperti produk lain, produk ini akan dihadkan jumlah Reseller agar jualan lebih terkawal.

Tapi Tunggu!

Kalau anda mahukan versi Personal Use secara percuma, sila tunggu pengumuman saya nanti. Actually, saudara Mawardee akan melancarkan sebuah produk yang akan membantu anda melakukan program affiliate di Clickbank.com.

Jadi, sebagai tawaran saya untuk anda yang mahu mendapatkan produk beliau melalui link affiliate saya nanti, salah satu pemberian (bonus) saya ialah Sistem DP-Protector ini. Sudah pasti, tawaran ini amat menarik.

InsyaAllah, saya akan umumkan perkara ini dengan lebih detail selewat-lewatnya pada hari Selasa ini terutama senarai bonus yang lain. Yang pasti, ia amat berbaloi.

Panduan Clickbank

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai produk Mawardee tersebut sebab saya dalam proses pembacaan. Cuma apa yang beliau katakan, beliau banyak belajar daripada pakar Clickbank seperti Chris X. Kalau anda kenal, anda pasti tahu siapa Chris X. Beliau tela buat duit berjuta-juta dollar di Clickbank.

Kata Mawardee, di dunia ini, hanya ada 30 orang sahaja yang menjadi ‘anak murid emas’ kepada Chris X dan beliau adalah salah seorang daripada jumlah tersebut. Hmm, menarik. Jadi anda fikirkanlah secara logik, Mawardee sudah pasti akan kongsikan apa sahaja yang beliau belajar daripada Chris X dengan anda.

Produk Panduan Clickbank ini akan dilancarkan pada 15 Julai 2008 ini (Selasa). Jadi, sila datang ke blog ini pada hari Selasa ini untuk mengetahui senarai bonus percuma yang akan anda dapat untuk pembelian produk tersebut.

*Kepada ahli forum WangCyber.com, saya juga ada membuka tawaran ini di forum WC. Sila ke sana.

Harap maklum.

Facebook comments:

20 Responses to “Sistem DP-Protector Akan Dilancarkan!”

  1. mazlienadzri says:

    Salam…

    Wow…menarik design ecover tu zul :) memang saya tertarik…tahniah zul, tak penat ke zul dalam masa 2 minggu hasilkan 2 produk sekaligus…hebat motivasi zul ek :)

    Tahniah dengan produk terbaru ni. Moga murah lagi rezeki

  2. armanibrahim says:

    menarik tak menarik… brapa byk sistem daaa…

    • smartzul says:

      Tak banyak. Sistem DPP di atas adalah sistem yang terakhir kot untuk tahun ni. Kalau ikut perancanganlah.

      • copernicus says:

        banyak-banyak pun tidak mengapa Zul… asalkan ada permintaan… ia sudah pun memadai… mungkin produk A tidak sesuai kepada si A, tetapi kepada produk B. begitulah seterusnya… betul tak Zul. :)

  3. taukey says:

    hmmm ada lagi produk terbaru. hmmm….bagus produk ni utk sesiapa yang menjual produk digital. hehehehe.

  4. Rahman Alwi says:

    Emmmm… I nak try product ni. Tapi kalau apa apa boleh dapatkan online support tak?

  5. smartzul says:

    Sudah semestinya ada support. :)

  6. olie says:

    Menarik..harap2 semua produk yang dilancarkan harganya berpatutan

  7. copernicus says:

    pergh! memang hebat Zul ni…! sekali terus bagi penangan UMPHHH!!! :) tahniah Zul! semoga ini semua menjadi contoh positif kepada penggiat IM negara kita… :)

  8. copernicus says:

    wah… terima kasih Zul! :D

    hmmm… ym support ke… forum support?

  9. copernicus says:

    Zul, saya ada PM Zul di WC berkenaan RR DPP ni… harap-harap… berpeluanglah saya di kalangan mereka yang 50 tu ya… :)

    apa pun, terima kasih Zul… kerana sudi terus mewarnai dunia IM tanahair ini… teruskan usaha ya… :)

  10. En Dlie says:

    Satu lagi produk keluaran smartzul muncul.. Nampaknye seperti ada persaingan nanti.. hehehe… bagus ada persaingan ni.. :-)

  11. onlineniaga says:

    Kalau tak silap, Mawardee ada bagi tambahan bonus dlm produk terbaru “Panduan Clickbank” kan Zul? Apa pun syabas Zul atas penghasilan sistem EZSurvey & DDP.. ! Agaknya 2 lagi sistem tu, sistem apa yek?…

    • smartzul says:

      Sistem DPP belum release. Dan kalau dari Mawardee, kena beli pakej RM84 baru dapat sistem EZSurvey. Dan dia adalah reseller kepada EZSurvey.

      Dua produk lagi tu bukan sistem, tapi ebook.

  12. luvlee says:

    Salam Zul,

    Agaknya bila RR Dp ni dilancarkan?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)