Siri 2: Peringkat Usaha Perniagaan Internet

Jika anda belum membaca siri 1 artikel ini, anda boleh membacanya di Post berikut:

Peringkat Yang Perlu Dilalui Dalam Perniagaan Internet

Sila baca dahulu siri 1 itu agar anda faham apa yang saya mahu sampaikan.

Di bahagian yang pertama, saya menghuraikan secara ringkas dua peringkat yang pertama. Kali ini, kita sambung pula peringkat yang seterusnya. Namun sebelum itu sekali lagi saya mahu nyatakan, peringkat-peringkat ini adalah tafsiran dan definisi saya, ia bukan ‘standard’ atau tetap. Ia hanya satu gambaran sahaja..

Peringkat 3:

Anda sudah ‘bebas’ daripada cengkaman bos dan politik pejabat. Anda bebas daripada kekangan peraturan di tempat kerja anda, bebas dari tekanan kerja dan sebagainya. Namun, tidak semestinya anda tidak melalui perkara-perkara itu di dalam usaha perniagaan anda.

Anda kini SEPENUH MASA melakukan PERNIAGAAN. Anda perlu SERIUS dan bukan melakukannya secara ‘lazy way’. Nah, rupanya melakukan perniagaan lebih tinggi ‘tekanan’ berbanding bekerja makan gaji. Ini rupanya yang dikatakan ‘bebas’ ya.

Tunggu. Bukan maksud saya untuk melemahkan diri dan motivasi anda yang minat dan mahu menjadi usahawan. Tapi apa yang mahu saya tekankan di sini, berikan ‘tendangan maut’ kepada mereka yang menyuruh anda ‘say good bye’ kepada bos anda. Dunia keusahawanan adalah lebih sukar dan berisiko berbanding makan gaji. Tidak semudah itu.

Setelah anda melalui dua peringkat sebelum ini, maka di peringkat ke-3 ini, anda perlu lebih mantap di dalam usaha perniagaan. Masa, tenaga, wang, peluang dan apa sahaja perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjana keuntungan yang berterusan, stabil dan kukuh.

Anda sama-sekali tidak boleh bersikap acuh tak acuh di dalam perniagaan sepenuh masa ini. Acuh tak acuh ini bermaksud, kadang-kadang anda rasa semangat, kadang-kadang malas menguasai diri. Kadang-kadang mahu, kadang-kadang tidak. Mood mudah menguasai diri. Saya tahu, kita adalah manusia biasa dan ada kalanya kita mengalami tekanan dan hilang semangat. Namun, lain dengan sikap acuh tak acuh ini adalah TIADA matlamat dan prinsip yang tetap. Inilah puncanya.

Sepatutnya, sebelum anda berhenti kerja atau semasa di peringkat 1 dan 2, anda sudah faham dan memahami sepenuhnya apakah kekuatan anda, apa yang perlu difokuskan anda apakah matlamat sebenar anda di dalam perniagaan dan juga kehidupan.

Selain daripada berusaha sendiri, pada fasa 3 ini, anda juga berusaha membina rangkaian perniagaan dengan usahawan-usahawan yang lain. Kerjasama dilakukan bagi satu-satu projek atau paling kurang anda mewujudkan satu kumpulan ‘mastermind’ sendiri agar anda lebih mendapat banyak input dan momentum.

Rumusan peringkat 3 ini ialah, anda masih dan terus berusaha untuk memantapkan usaha perniagaan anda tanpa membazirkan banyak masa, tenaga, peluang dan juga wang kepada perkara yang tidak perlu.

Peringkat 4:

Pada peringkat 3, anda boleh dikatakan sudah menemui kekuatan di akhir perjalanan peringkat tersebut. Anda kenal diri anda sendiri, apa kekuatan anda, apa kekurangan anda dan anda pun sudah nampak apakah hala tuju usaha perniagaan anda kini dan juga pada masa seterusnya.

Pendek kata, anda sudah MANTAP. Pendapatan sudah STABIL. Produk demi produk dan cabang demi cabang perniagaan sudah anda masuki. Sehinggalah pada peringkat ke-4 ini, anda terus menerus membina keuntungan demi keuntungan dan kejayaan demi kejayaan
untuk perniagaan yang dibina.

Pada fasa 4 ini, anda sudah mempunyai pendapatan yang amat lumayan, besar dan membanggakan. Bergantung kepada ‘style’ perbelanjaan hidup anda, mungkin anda sudah bebas hutang. Itupun kalau anda bukan jenis yang suka membeli benda yang tidak perlu.

Di peringkat ini, anda hanya berusaha seminima yang mungkin dari segi masa dan tenaga. Kebanyakan kerja akan dilakukan oleh staf anda (jika anda menggunakan khidmat tenaga kerja) atau paling kurang sudah mempunyai rangkaian ‘pekerja’ jarak jauh (maya) yang bila-bila masa sahaja bersiap-sedia bekerja untuk anda.

Anda bukan lagi seorang peniaga. Anda bukan lagi seorang ‘one man show’ (bekerja sendiri), tetapi anda adalah PEMILIK USAHA PERNIAGAAN. Inilah usahawan peringkat tinggi.

Kini, anda mempunyai banyak masa bersama keluarga, banyak masa untuk ke mana-mana. Tidak seperti di waktu permulaan, anda bekerja siang dan malam, makan minum entah ke mana, semua kerja dibuat sendiri (urus jualan, hasil produk, buat laman web, dan lain-lain).

Peringkat 5:

Jika anda serius dan memandang jauh ke hadapan, anda tidak perlu lagi memiliki sebuah perniagaan kecil yang mana andalah sahaja pemiliknya. Jika anda seorang sahaja yang ‘berkuasa’ untuk bisnes anda, maka jika matinya anda, maka matilah juga bisnes yang telah anda usahakan. Sakitnya anda, maka sakitlah juga bisnes anda.

Untuk pergi lebih jauh dan serius, anda perlu menjadikan perniagaan anda kepada sebuah SYARIKAT atau sekurang-kurangnya perkongsian. Di sini, perniagaan yang anda lakukan bukan milik dan usaha anda sahaja, tetapi telah ‘dikongsi’ bersama-sama dengan orang lain yang mahu bersama anda membina EMPAYAR PERNIAGAAN yang lebih berjaya dan kukuh.

Dengan mempunyai rakan perniagaan, maka anda tidak lagi keseorangan. Saya tidak mahu menyentuh panjang mengenai hal ini kerana anda boleh merujuk mana-mana buku berkaitan dengan keusahawanan, perniagaan atau bab-bab syarikat atau perniagaan.

Cuma secara asasnya, anda jika sudah berada di tahap ini, anda memang seorang yang HEBAT dan adalah seorang AHLI PERNIAGAAN. “Duit yang bekerja untuk anda, bukan anda yang bekerja untuk duit”. Inilah falsafah tinggi yang perlu kita fahami dan praktikkan.

Kesimpulan

Dari peringkat 1 hingga 5, kita akan nampak bahawa, kejayaan itu biasanya memerlukan masa. Tiada jalan mudah dan jalan pintas. Usaha yang kuat (semestinya caranya betul) amat diperlukan di awal perusahaan agar kejayaan demi kejayaan dapat diraih.

Semoga dua siri tulisan ini bermanfaat untuk anda semua.

Semoga berjaya menjadi usahawan yang sebenar.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Siri 2: Peringkat Usaha Perniagaan Internet

  1. slmt pagi zul,
    nampaknya zul dah peringkat 4 dah kot…
    peringkat-peringkat di atas ni, buat hati rasa tercabar pula…
    yang tak tahan tu diri ni masih lagi kekurangan…
    saya sendiri pun kadang2 terikut mood…sebab kdg2 tertekan dgn asignment, test dan exam…
    memang tertekan jiwa ni..hehe..

    zul ada penawar dia tak?

    han

  2. Peringkat peringkat yang atas ni memang rasa tercabar….nak capai ke tahap tu agaknya masih dalam mimpi dan khayalan… suatu hari yg mendatang kot.

  3. Rasanya saya sudah beada dalam peringkat ke-3 dan akan mulakan peringkat ke-4 pada tahun depan.

    Tapi saya ni ada lagi satu bisnes offline yang memakan masa 17jam seminggu. Kira peringkat ke-3 tak? 😀

    1. lama tak nampak raymond…
      mana menghilang?

      wah dah peringkat ketiga…
      tak lama lagi masuk peringkat 4 pula…
      hebat raymond ni…

      han

      1. Hi Han,

        Bukan menghilang. Tapi kadang-kadang komen aku masuk spam (entah mengapa). Lama-kelamaan, tak jadi nak komen lah.

        Kebelakangan ini, nak cuba pula. Tambahan pula RSS saya bagi blog ini tidak berfungsi. Mungkin aku tersilap unsubscribe. 🙂
        Sebab tu saya ingat Zul tak update blog padahal rss yang ada masalah. Jadi saya pun subscribe semula lah.

        Aku ni bukan hebat sampai mana. Alexa ranking pun belun sampai 5 angka. Masih tersumbat dalam lingkungan 100,000 hingga 200,000.

        Sales pun belum mencecah 5 angka. Kalau nak banding dengan Mike Filsame, jauh lagi tetapi tidak mustahil. 😀 😀

  4. Bila membaca artikel sambungan ni, baru saya sedar yang saya maih lagi jauh untuk jadi seorang IM yang berjaya..

    perjalanan masih jauh dan penuh berliku..

    yang penting sekrang kena kuatkan azam dan semangat. Peru berusaha untuk memantapkan ilmu asas perniagaan internet di samping berdedidasi menambah ilmu yang baru..

    😳

  5. HAI SEMUA,
    Bila lah nak sampai ke peringkat ke 3 ya..

    Naik yop naik, jangan duduk diam
    Peringat 1 kita capai, 2, 3, 4, 5 kita idam

  6. Semua peringkat tu kena mula dengan langkah asas iaitu usaha dari peringkat mula tanpa putus asa. Kalau kita masih belum mula, rasanya sampai bila-bila pun kita tak kan berada di mana-mana peringkat hatta peringkat pertama pun. Jom usaha ramai-ramai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *