Siri 2 : 5 Tips Mudah Program Affiliate

Setelah anda mengetahui sedikit-sebanyak apa itu program affiliate, dan anda telah mendaftar program affiliate tertentu, sudah tiba masanya untuk anda mempromosikan. Sebelum itu, ingin saya nyatakan bahawa saya tidak menceritakan sejelasnya semua bentuk program affiliate dan saya juga tidak menyatakan, bagaimana untuk memilih program affiliate yang sesuai dan yang sepatutnya. Mengenai huraian saya di sini, saya hanya mengaitkan pay-per-sale sahaja terlebih dahulu.

Pemilihan program ini adalah kerana kedua program tersebut adalah dipercayai dan tiada unsur scam selain tuan empunya sendiri tidak menyembunyikan info perobadi mereka. Program sebeginilah yang patut anda ikuti. Mengenai soal komisen, rendah atau tinggi, pada pendapat peribadi saya, itu perkara kedua kerana yang pertama sekali adalah anda boleh menggunakan program tersebut untuk menceburi bidang ini (affiiate). Apabila telah ‘menguasai’ teknik-teknik dan strategi, anda boleh lah mencuba dan menyertai program affiliate di luar. Namun terserah, anda juga boleh terus melakukan program affiliate di luar sana bersama dengan program affiliate di negara sendiri.

Baiklah, pada siri kedua, saya akan memberikan beberapa tips ringkas yang boleh anda lakukan untuk proses pemasaran produk affiliate ini.

1. Laman web yang niche atau unik. Seeloknya, anda mempunyai website khusus untuk membicarakan mengenai sesuatu yang berkaitan dengan produk tersebut. Sebagai contoh, anda membina sebuah website atau portal khusus untuk membincangkan mengenai hal ehwal perkahwinan. Hmm, ini idea saya ni, jangan sesiapa ambik yer.. hehe.. Kemudian, letakkan banner, atau iklan di portal tersebut di mana-mana ruang yang strategik.

2. Newsletter. Dan tidak cukup dengan hanya meletak iklan atau imej produk pada laman web, anda juga perlu atau boleh menyediakan newsletter percuma di laman web tersebut. Hantarlah apa-apa info/newsletter dan di akhir tulisan tersebut, letakkan info mengenai produk yg dipromosi tersebut. Namun, anda sebenarnya tidak wajib pun memerlukan website untuk mempromosikan produk affiliate, tetapi saya amat menggalakkannya.

3. Menulis Artikel. Teknik ini amat berkesan dan saya telah berhasil mendapat jualan dengan cara ini. ๐Ÿ˜‰ Tulis artikel mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan produk affiliate tersebut. Letakkan artikel tersebut di mana-mana direktori artikelย atau di ruang-ruang forum yang disediakan. Boleh juga meletak di laman web anda sebagai artikel rujukan dan benarkan artikel tersebut di-edar oleh orang lain dengan meletakkan syarat isi artikel dan info anda tidak diubah.

4. Menyertai forum. Anda selalu ‘membazirkan masa’ di forum? Kini tiba masanya menambah pendapatan di samping ber-forum. Haaa, jangan ngada-ngada nak letak iklan sesuka hati k. ๐Ÿ™‚ Jika forum tersebut menyediakan ruang iklan, gunakan ruang tersebut. Dan, jangan lupa satu fungsi lain iaitu meletakkan link anda di bahagian signature. Harap anda ambil tahu fungsi ini. Dengan meletak link ini di bahagian signature, orang akan selalu melihat link tersebut kerana ia berada tepat di akhir ayat tulisan anda. Satu bahagian yang strategik. Seperkara yang perlu anda ingat, apabila ber-iklan di forum, bersiap-sedialah untuk melayan pertanyaan dan komen orang lain.. hehe.. Anda kena rajin sikit buat follow-up kat forum dengan melayan pelbagai karenah dan kata-kata manusia. Maksud saya, jika anda mengiklan di ruangan iklan di forum yang menyediakan ruang tersebut.

5. Pertukaran Link. Lakukan pertukaran link URL laman web anda atau URL produk affiliate dengan laman web orang lain. Satu pesanan, pilih hanya website yang mempunyai trafik yang tinggi. Ini amat baik untuk laman web anda. Tidak bermakna website yang trafiknya rendah tidak perlu dibuat pertukaran link, ambil apa sahaja ruang yang ada. Rezeki manusia siapa yang tahu? Buatlah pertukaran dengan kawan-kawan siber anda.
Cukup lima tips itu terlebih dahulu secara ringkas. Ada lagi teknik lain yang boleh anda aplikasikan, tetapi teknik-teknik di atas walaupun nampak mudah, tetapi ia berkesan.

Peringatan daripada saya, jangan hanya fokus kepada satu teknik sahaja, tetapi pelbagaikan. Dan anda perlu tahu, tidak semestinya laman web yang ber-trafik tinggi yang terletaknya URL web anda, tidak semestinya semua trafik (pelawat web) akan klik URL anda, tetapi kelebihannya adalah peratusan untuk anda mendapat trafik ke web affiliate anda lebih besar. Sebab itulah saya menyarankan anda mempelbagaikan teknik.

Dan tahukan anda?? Tips-tips di atas sebenarnya adalah juga untuk mempromosikan produk anda sendiri (jika ada). Dan, saya hanya menyentuh mengenai teknik secara online sahaja tanpa menyentuh teknik secara offline seperti flyers, poster, iklan di akhbar dan lain-lain lagi. Jika anda ingin menggunakan teknik offline, silakan.. Saya tak akan terangkannya di sini sebab ingin fokus kepada teknik online sahaja.. ๐Ÿ˜‰

Walaupun tips yang saya kongsikan bersama tidaklah hebat sangat atau boleh didapati di laman web lain (biasanya english), saya hanya ingin berkongsi dan semestinya di dalam bahasa melayu. ๐Ÿ˜‰ Matlamat saya adalah untuk membantu mereka yang ingin melakukan perniagaan internet walaupun saya bukanlah di tahap pakar..

Dan kepada yang dah expert atau yang dah tahu, ketahuilah, blog saya ini saya lebih fokuskan kepada newbie atau yang masih kosong atau masih baru bermula. Jadi, mungkin tulisan saya agak menjemukan anda. ๐Ÿ˜‰ Harapan saya, berilah tips atau idea yang bernas di bahagian komen yang disediakan. Mungkin saya tertinggal info atau fakta, anda tambah atau betulkan..

Baiklah, apakah tips dan teknik yang akan saya berikan selepas ini? Ermm, saya sendiri pun belum pasti lagi.. hehe.. Apa kata anda praktikkan lima teknik di atas terlebih dahulu. InsyaAllah, saya ada lagi buah tangan untuk anda, tetapi bila, saya tak dapat berjanji, tetapi saya akan usahakan. Sesuatu istimewa untuk anda.. Saya akan cuba.. ๐Ÿ˜‰ Cuma tugas anda, selalulah menjenguk blog yang usang ini.. ๐Ÿ™ hehe..

Wassalam, jumpa lagi!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Siri 2 : 5 Tips Mudah Program Affiliate

  1. Pingback: Tips & Triks Perniagaan Internet + Usahawan Internet | Ebook Percuma | Artikel Percuma | Buat Duit Online | Cari Duit
  2. Pingback: HomeBiz : Cari Duit Tambahan Hanya Di Rumah | Buat Duit Dengan Idea Kecil!
  3. saya baru sahaja melakukan beberapa teknik yang ditunjukkan.
    InsyaAllah nanti cuba lagi. ๐Ÿ˜‰

    p:s Untuk berjaya kena la kuasai teknik pemasaran yang betul

  4. haaa… nak kena buat niche yang tersendiri nampaknya. kalo affiliate citer pasal travel bermakna kena citer laa pasal travel dan cuti-cuti malaysia yang telah kita join tersebut dan berikan info2 yang berguna untuk menarik mereka menjenguk laman travel affiliate tersebut…

    banyak tempat menarik yang boleh anda kongsikan samada pengalaman orang lain ataupun pengalaman diri sendiri nerkunjung ke tempat2 menarik dibumi malaysia ini.

    eh… macam promosi affiliate pulak saya nih kat ruangan komen. maaflah yer…

    kalo pasal biskut raya affiliate pulak dah tentunya kena hidangkan biskut raya kepada bakal2 affiliate yang akan mempromosikan biskut raya anda tersebut dengan jayanya…

    eh… ada ke affiliate biskut raya? ada sapo2 yang tahu…?

    sekian terima kasih… ๐Ÿ˜€

  5. nak promote affiliate ada byk cara…
    zul hanya bagi 5 baru…
    untuk cara promosi, kita boleh belajar dari masa ke masa…
    biar mahir 1 dulu baru belajar yang kedua pl…
    jangan lompat2…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *