Siri 1 Tips Affiliate : Bagaimana Program Affiliate Berfungsi

Hmm, adakah anda setia menanti janji saya? Jangan takut janji saya tak ditunai.. InsyaAllah saya akan tetap menunaikannya walaupun saya amat sibuk dengan pelbagai tanggungjawab di sini. Demi anda yang mahu membina perniagaan internet, saya sudi membantu!

Pada siri yang pertama ini, tiada tips praktikal yang akan saya berikan. Cuma mukaddimah dan ada satu hadiah untuk anda yg juga merupakan tugasan untuk anda lakukan. Ce wah zul, macam cikgu pulak yer.. hehe.. InsyaAllah, cikgu internet marketing. 😉

Oklah, untuk mukaddimah siri tips affiliate ini, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai program affiliate. Tak tahu maka tak tahu lah kan? 🙂 Program Affiliate samalah seperti anda menjadi agen bagi sesebuah syarikat atau penjual sesuatu produk. Namun jika dengan online, anda tidak perlu bersusah payah untuk menapak keluar dari rumah. Hanya perlu berada di depan pc sahaja!! Mudah bukan?

Itulah kehebatan dunia internet.. Lebih-lebih jika anda tahu caranya.. So, mari belajar.. Berbalik kepada program affiliate, terdapat pelbagai jenis program affiliate seperti pay-per-sale, pay-per-click, dan macam2 lagi. Apa yg saya ingin ajarkan kepada anda sekarang adalah pay-per-sale iaitu anda akan mendapat komisen apabila berjaya menjual bagi setiap produk.

Bagaimana ia berfungsi atau bagaimana cara kerjanya? Ok, apabila anda telah mendaftar, anda akan diberikan satu link yang mengandungi id yang telah anda daftarkan. Cara paling mudah untuk mempromosikan produk affiliate itu adalah dengan meletak link itu bersama sedikit keterangan di mana2 ruang iklan atau forum. Itu lah langkah yg paling mudah dan ‘malas’. 😉 Bukan malas bertindak, tapi ‘malas’ di sini bermaksud ada lagi teknik lain yang perlu usaha sedikit yang mana akan lebih memberi momentum kepada pendapatan jualan anda!

Apakah teknik2 itu, siri-siri akan datang akan saya bawakan teknik tersebut. Baik, berbalik kepada link tadi, apabila user atau bakal pembeli klik link anda, sistem affiliate akan automatik memasukkan ‘cookies’ ke dalam pc user tadi. Erkk, bukan biskut cookies yer.. hehe.. Apa itu cookies? ‘Cookies’ ini merupakan satu file yang megandungi maklumat anda agar sistem dapat track pembeli membeli daripada anda..

Jadi, anda tak perlu risau jika user tadi tidak membeli pada waktu itu dengan link anda, kerana di lain masa jika user tadi memasuki laman web produk itu, sistem akan tetap menetapkan user tadi membeli melalui anda. Lainlah jika user tadi telah memadam cookies tadi, tetapi tidak ramai yang tahu cara nak delete cookies tu.. 😉 Nak tahu cara dia, hmm, kena tanya yang tahu.. hehe..

Setelah user tadi membeli, pihak pengurusan akan menyemak pembelian dan akan memasukkan nilai komisen ke akaun anda jika ada pembelian melalui link anda tadi. Memasukkan? Ya, dalam kes Malaysia, rata2 program affiliate menggunakan cara pembayaran menggunakan online banking. Komisen anda tidak secara automatik dimasukkan ke dalam akaun affiliate anda. Jangan risau, sebab segala-galanya akan direkod oleh sistem bahawa produk tersebut telah dibeli melalui link anda dan hanya menunggu pihak admin mengetik mouse sekali sahaja untuk mengesahkan komisen anda.

Rata-rata program affiliate menetapkan nilai minimum untuk pembayaran komisen. Setelah mencapai jumlah itu ataupun lebih, barulah pihak pengurusan akan membayar komisen kepada anda. Bayaran komisen pula dilakukan pada setiap bulan. Tarikhnya bergantung kepada pemilik produk.

Mengapa bukan setiap hari? Atau setiap minggu? Itu terserah kepada pihak pengurusan dan yang pasti, ia untuk memudahkan anda juga kerana dengan pembayaran yang berkala, perniagaan affiliate yang anda sertai itu akan terus berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, di samping memudahkan pihak pengurusan mengemaskini data dan sebagainya. Anda akan tahu mengapa apabila anda menjadi bos affiliate kelak.. 😉

Sekali lagi, saya hanya bercerita mengenai program affiliate yang ada di Malaysia dahulu dan sudah pasti saya akan sentuh hal2 yang kita aplikasikan sekarang seperti penggunaan online banking. Yang lain2 seperti penggunaan kad kredit dan seumpamanya, kita cerita lain kali…

[Siri ke-2, klik di sini]

Jumpa lagi!!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Siri 1 Tips Affiliate : Bagaimana Program Affiliate Berfungsi

  1. Zul, saya nak tambah sikit.

    Ada sesetengah pihak yang offer program affiliate ini menerima pembayaran dari berbagai cara, credit card, paypal, check dsb. Jadi sebelum memasarkan produk-produk ini pastikan dulu bahawa akaun affiliate kita akan dikreditkan dengan jualan tak kiralah dengan cara apa pembeli itu membuat pembayaran. Sebabnya sesetengah affiliate program itu hanya track jualan affiliate jika pembeli membayar melalui kredit card, tapi kalau dibayar menggunakan check, ia tak dikreditkan… so nanti cuma rugi buang masa dan buang duit…

    Mohd Fairuz

  2. Betul tu fairuz, lupa pulak saya nak cakap.. So, sebelum memulakan jualan atau menyertai, tanya dulu pihak pengurusan affiliate tu, adakah mereka track jualan kita melalui wang pos atau check. Dan kalau ya, bagaimana kaedahnya. Pihak yang menganjur tu perlulah melakukan sesuatu agar agen online ni dapat komisen walaupun pembeli membeli melalui apa cara sekali pun. Pastikan anda mendapat komisen. 😉

    Untuk program maskahwin dan ideabisnes tu, nanti saya dapatkan info dan kepastian daripada mereka. Mungkin mereka akan menjawab di sini, insyaAllah.

  3. a’kum… terima kasih kepada mohd fairuz kerana membangkitkan isu ini. Berkenaan sistem tracking di maskahwin.com itu, saya akui.. memang terdapat sedikit kelemahan. Sistem yang digunapakai sekarang tidak dapat mengesan jika pembeli membeli secara wang pos. Namun begitu, perkara tersebut akan cuba diatasi.

    Untuk makluman zul dan rakan-rakan lain, bagi penjualan buku maskahwin.com, pembeli yang menggunakan kaedah wang pos sebenarnya tidak ramai. Boleh dikatakan 1% sahaja dari keseluruhan jualan. 99% adalah secara online dan juga melalui real agen. Cek? langsung takde.. 0%.

    Apa-apa pun, terima kasih kepada zul & fairuz atas komen dan pandangan yang membina. Segala kelemahan akan cuba diperbaiki.

    Sekian, terima kasih.

  4. Terima kasih bos bos affiliate maskahwin kita.. 🙂 Harap sedikit sebanyak telah terjawab perkara ini. Mungkin cadangan kepada admin maskahwin dan ideabisnes, mungkin boleh cuba buat borang pembelian yang automatik generate nama atau kod agen pada borang tersebut. Then pembeli akan cetak borang itu. Jadi kita boleh track siapa agen yg membawa pembeli itu. Sekadar cadangan..

    Saya rasa, jawapan shuth sudah cukup untuk mewakili mana-mana program affiliate lain di Malaysia yang menggunakan kaedah bayaran secara offline. Satu cadangan kepada pembeli, belilah secara online yg mana lebih murah, cepat dan selamat. InsyaAllah.

  5. Berkenan komisyen program affiliate utk ebook tu.. saya rasa ia berpatutan. Anda pelu sedar, malaysia tidak sama dengan oversea. Di malaysia, jika anda ingin membuat program affiliate, anda perlu setup website sendiri, sistem affiliate sendiri. Jadi, semua itu memerlukan kos.

    Berbeza dengan oversea, mereka tidak pelu setup website dan sistem affiliate, mereka hanya perlu mendaftar di clickbank dimana kosnya sangat minimum atau tiada langsung.

    Jadi, bukan semua benda dari oversea itu kita kena terima bulat2.. perlu di tapis dan di sesuaikan dengan situasi disini.

  6. Satu lagi tentang komisen affiliate utk ebook Malaysia ni agak rendah. Biasanya e-book komisen should be >50% kerana orang yang menulis tidak ada apa2 kos berulang (recurring) utk buat servis lepas jualan etc tidak seperti web hosting dan software.

    Kena ingat usaha untuk promosi produk juga memerlukan tenaga dan wang yang banyak (jika mahu betul2 berkesan). Time is money. Walau apa pun, tak salah untuk mencuba. Cuma perkongsian idea.

    Boleh baca artikel tentang komisen yang ‘acceptable’ oleh super affiliate Rosalind Gardner.

    http://www.netprofitstoday.com/_articles/affiliate-commissions.html

    p/s: zul ada problem sket la dengan ‘hasil tambah’ verification ni. 0 + 7 bukan 7 ke? hehe.. tak pasal2 kena sound tak reti math 🙂

  7. Mungkin boleh dinaikkan sedikit harga untuk memberi komisen lebih kepada affiliate. Jika ganjaran lebih, affiliate marketer akan bekerja lebih keras dalam promosi. Kalau tidak, usaha agak kurang berbaloi.

    Tentang setup affiliate program dan website, clickbank juga ada menolak komisen utk setiap jualan. Apa kata kos itu juga dimasukkan dalam kos pembikinan ebook. Kalau betul2 e-book tersebut bagus, orang akan membelinya tak kira harganya agak tinggi.

    Tapi mmg betul industri jualan ebook online kat malaysia masih baru dan agak perlahan buat masa ini. Semoga industri ini akan berkembang dalam masa akan datang.

    Ini pendapat peribadi saya. Tidak mewakili pendapat semua affiliate marketer kat malaysia atau seluruh dunia. 🙂

  8. Azwan, nanti saya buang tools math tu. Maybe just nak pakai yg masukkan text tu jer. Sorry ekk.. Blog saya jadi mangsa SPAM. Tak larat nak delete emel spam tu.. 🙁

    Ermm, pasal komisen, saya rasa Malaysia masih baru dengan dunia perniagaan internet seperti program affiliate ni. Nak letak mahal-mahal e-book, berapa ramai jer yang nak beli. Then, kita jadi mangsa cetak-rompak.. 🙂 Derma menderma ebook akan terjadi.. hehe..

    Tapi, kalau nak buat juga formula 50% above tu pun tak kisah juga. Kalau ebook berharga RM30, so komisen adalah RM15. Tapi itu ebook sahaja, bukan buku dan produk fizikal yg perlu kos pos..

    Spt kata shuth, luar sana ada clickbank dan juga kemudahan lain seperti paypal, serta penggunaan kredit kad yg tinggi dan tiada prob spt kat Malaysia ni.

    Hmm, rasanya mungkin kita dapat berbincang sama2 nanti utk memberi guide kepada orang Malaysia bagaimana nak buat program affiliate ni. Orang kata ada satu panduan khas, tapi tak wajib diikuti. Satu panduan yang sesuai untuk persekitaran dan keadaan Malaysia.

    1. oh… panduan membina dan mengurus affiliate tersendiri dengan produk sendiri? memang bagus untuk mereka yang mahu berkongsi keuntungan antara ejen dan pengarah urusan affiliate…

  9. Pertama sekali terima kasih saya ucapkan terima kasih pada zul kerana melawat blog saya dan meluangkan masa untuk menulis komen 🙂 saya berharap smartusaha akan terus maju 🙂 saya akan selalu singgah disini untuk berkongsi ilmu bersama2 🙂 Best of luck…

  10. Kawan-kawan,

    Masalah harga rendah nilah yang menyebabkan saya dari dulu lagi hanya fokus jual produk untuk market international. Kalau setakat $47 tu senang-senang je orang beli.. tapi kalu convert duit kita memang le tinggi..

    Masalah nak track affiliate sales kalau buyer guna wang pos / maybank2u pun satu problem juga…. tapi macam kata shuth ramai yang guna online payment.. so kalau macam tu lebih baik hanya focus online payment.. jangan terima wang pos.. nanti pening kepala nak process delivery secara manual.. dan juga kreditkan akaun affiliates.

    Mohd Fairuz

  11. Pingback: HomeBiz : Cari Duit Tambahan Hanya Di Rumah | Buat Duit Dengan Idea Kecil!
  12. pada saya asalkan cookies berkesan selama 3 bulan atau lebih tiada masalah walaupun pos dilakukan…. misalnya, saya di http://rakanniaga.plazacentre.net bila orang tempah dan isi form hantar, nama ahli tu turut dihantar bersama dan bila terima saya rekod nama agen tu…. jadi, urusan lain saya buat seperti beri no akaun dan sahkan alamat lalu hantar…. maknanya guna tempahan online sahaja, jangan guna tempahan pos sebab tempahan melalui pos memang tak boleh track egen kita tu….

  13. saya buat bayaran melalui mesin atm aje laa kalo beli apa-apa produk affiliate yang bernama produk digital nih. bayar dan terus dapat download apa-apa produk ebook yang dikempenkan melalui affiliate. selebihnya hanya buat promosi affiliate aje laa tanpa beli apa-apa lagi… hihiii 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *