Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sindrom Takut Dikritik

Akibat takut dikritik, ramai yang minat berniaga akhirnya kecundang sebelum melakukan apa-apa lagi.

Akibat takut dikritik, banyak idea yang menguntungkan tidak dipasarkan sama-sekali.

Akibat takut dikritik, ramai orang yang berbakat tidak mencapai apa yang sepatutnya mereka capai (kejayaan).

Akibat takut dikritik, ramai usahawan gulung tikar dan berundur 1000 langkah.

Akibat takut dikritik, produk yang telah siap tidak dijual-jual.

Akibat takut dikritik, perancangan hanya tinggal perancangan.

Akibat takut dikritik, impian besar akhirnya tidak kesampaian.

Akibat takut dikritik, diri akan menjadi seorang yang pasif dan tidak yakin.

Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich), takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain (takut sakit, takut mati, takut miskin..).

Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan menjadi usahawan yang berjaya.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan berani mengeluarkan produk inovasi anda.

Jika anda takut dikritik, bakat dan kelebihan anda hanya akan ditelan masa.

Jika anda takut dikritik, idea bernas anda umpama besi berkarat yang tunggu untuk hancur sahaja.

Jika anda takut dikritik, anda akan kekal miskin, kekal susah dan kekal dengan angan-angan kosong.

Jika anda takut dikritik, anda akan terus menangguhkan masa dan kerja.

Jika anda takut dikritik, anda tidak memahami apa itu erti kehidupan.

Jika anda takut dikritik, anda sebenarnya tidak menghargai diri anda sendiri.

Jika anda takut dikritik, anda tidak akan mendapat wang tambahan.

Jika anda takut dikritik, anda akan ketinggalan dan ditinggalkan.

Jika anda takut dikritik, _____(apa yang anda akan dapat?)_______.

Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • motivasi dato fadzilah kamsah
  • pengalaman fadzilah kamsah
  • download motivasi dato fadzilah kamsah
  • dato fadzilah kamsah motivasi
  • takut dikritik
  • Takut perniagaan
  • tips usahawan daripada dr fadzilah kamsah
  • ramai takut berniaga
  • usahawan berani gagal
  • petua dato fadzilah kamsah motivasi

19 Responses to “Sindrom Takut Dikritik”

  1. Wan Zaki says:

    Memang benar!

    Sebenarnya…kita adalah apa yang kita fikirkan.
    Menurut didalm buku the’Secret’ oleh Rhonda Byrne, – it is call Law of attraction.
    Ask-Believe & Receive.

    Dalam konsep ini,

    Ask – Takut dikritik
    Believe – Takut dikritik
    Receive – Anda akan dikritik! dan akan de-moralize

    Sebenarnya, takut adalah sesuatu yang negatif. Samalah juga dengan perasaan takut dikritik.

    lawan kepada takut ialah berani… kita hanya perlu tukarkan perasaan takut dikritik kepada berani dikritik. Menurut kajian , pemikiran yang positif adalah berkali-kali ganda lebih kuat daripada pemikiran yang negatif.

    So, Kita haruslah berani dikritik…untuk kita boleh memperbaiki kelemahan yang kita ada.

    Wan Zaki

  2. ijamidayu says:

    Salam,

    Hmm.. Hebat betul perasaan takut nie yer.. Isk2.. Kalau disebabkan perkara nie, kita juga tidak pergi kemana.. Nice sharing.. Thanks..

    Pada saya,jika kita memulakan langkah yang pertama,kita tidak akan kemana-mana. Jika perancangan hebat sekali mana pun,takut diciplak dan sewaktu dengannya.. Sia-sia sahaja.. :)

    Apa pun perkongsian ini akan saya gunakan untuk menjana terus pendapatan saya..

    Bersama Menjana Pendapatan Internet..

  3. amirulcyber says:

    motivasi yang baik,skrg bertambah semangat aku.

  4. Shukor says:

    Salam semua,

    Setuju dengan apa yang dikata oleh En Zul.
    Takut dikritik menyebabkan semua kerja yg kita nak buat serba tak kena.
    Sifat takut dikritik ni adalah salah satu ciri yang ada pada mereka yang tidak mempunyai “Business Owner Mind-set” seperti apa yang saya tulis di blog saya.

  5. En Dlie says:

    Perasaan takut di kritik wujud kerana ketidakyakinan terhadap kemampuan diri sendiri dan sikap yang mudah berputus asa.

    Robert T Kiyosaki berpendapat, orang yang paling banyak buat silap akan lebih maju kerana mereka belajar dari kesilapan, dan orang yang tidak pernah buat silap, tidak semestinya mereka “perfect”, tetapi mereka sebenarnya tidak mempelajari sesuatu pun untuk terus maju ke hadapan..

  6. Sabri says:

    Salam Zul,

    Ini topik yang menarik dan banyak sebenarnya yang boleh
    diperkatakan dan diulas.

    Selama saya berkecimpung dalam perniagaan internet ni;

    1) Saya masih takut dikritik

    Tetapi saya cuba untuk balance. Sebab kalau kita takut 100%
    memang kerja tak jadi. Kadang2 kritikan buat kita lebih berhati-hati
    dan memaksa kita keluar dari comfort zone kita. Dan kadang-kadang,
    bila kita dapat menukar pengkritik kita kepada peminat, perasaan
    sangat puas hati tu tidak ternilai harganya. (walaupun jarang2 berlaku,
    tapi kalau berlaku… nice…)

    Dikritik ini tidak best. Tetapi kadang2 perlu juga. Cuma kita jangan
    terlalu membiarkan kritikan tersebut merosakkan hari kita. Kita cuma
    perlu tahu, dunia ini tiga dimensi. Buat apa-apa pun, pasti ada 3 dimensi.

    1) orang yang suka
    2) orang yang tak suka
    3) orang yang tak kisah

    Jadi jangan down sangat apabila dikritik.

    Sabri

    p/s: Apapun, saya rasa perlu ditekankan, ada orang yang masih terkeliru
    kritikan dengan kritikan membina. (Bukan anggap kritikan membina sebagai kritikan), tetapi menangggap kritikan sebagai kritikan membina ~selalunya oleh orang yang mengkritik lah. Manusia ada macam2 jenis, ada orang hatinya lembut sikit, mudah tersentuh dan terasa. Ada orang yang hatinya keras sikit, macholah katakan. Tidak sesuai jika kita anggap semua orang berhati keras macam kita. Jadi, jika kita ingin mengkritik, kritiklah secara berhikmah dan matang.

  7. Maizul says:

    Menarik artikel ni. Kalau macam tu memang tak kemana lah jawabnya.

  8. saya sokong ,memang satu artikel yang menarik ,tetapi tidak dapat dinafikan ,blog ni memang membawa banyak tips kepada saya ..

  9. thinkerich says:

    takut dikritik …tidak akan membawa kita ke mana-mana…

  10. taukey says:

    saya ada sindrom ni sebenarnya. tapi bila baca post nih. huhuhu kembali bersemangat nak jual produk tu kat internet.

    terima kasih byk byk kerana senantiasa remind saya secara tak langsung

  11. mancai says:

    Itulah dunia…lain orang lain ragamnya…tapi motivasi diatas memang menyedarkan kita….sampai bila kita ditakuk yang lama…terima kasih…

  12. titan says:

    ehm..kene kritik ni memang tak best. Tapi kita kene fikir, kita takkan ke mana-mana tanpa kritikan..

    Ps: Mak aku orang paling kejam kalau kritik aku. Adik2 aku lain takde plak kene. Tapi kalau dia kritik..mesti aku cari kunci keta kuar gi jalan-kalan masa tu gak. Tak tahan maa…

  13. Norhafidz says:

    yup..kita tak dapat lari dari suma ni, dalam apa-apa bidang pun, kritikan sebenarnya membantu meningkatkan prestasi, kualiti dan penyampaian. Jadi, janganlah takut dikritik :)

  14. ShueQry says:

    Untuk nak berjaya dalam perniagaan internet, kita kena melatih diri untuk berani dikritik. Lagipun, semua kritikan itu biasanya sementara saja.

    -ShueQry-

  15. Mohd Zaini says:

    Dengan kritik itu, kita boleh maju sebab tahu mana salah, kekurangan kita. Tapi pastikan kritikan membina la. Kalau kritik membinasakan, abaikan saja.

    Org kritik sebab cemburu kejayaan kita. Ingat, jika 1 orang tak suka kita, ada lagi 9 orang yang amat memerlukan kita (lupa dah ni ayat siapa tapi memang jadi inspirasi)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Formula Kejayaan Usahawan Internet | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  2. Lagi Kesilapan Di dalam Perniagaan Internet | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  3. Jangan Buang Masa | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)