Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Simple Survey: Perniagaan Internet

Kepada para pembaca blog ini, saya telah mula lakukan sedikit survey atau kaji-selidik yang berkaitan dengan perniagaan internet.

Untuk itu, saya menjemput anda semua untuk melibatkan diri dengan ’simple survey’ ini di laman web yang saya nyatakan di bawah. Apa yang perlu anda lakukan ialah menjawab dua soalan yang diberikan.

Soalan 1: Apakah masalah anda yang paling utama di dalam membina perniagaan Internet sendiri?

Contoh jawapan:

Saya tidak tahu nak jual apa.

Tak tahu nak buat laman web.

Takder orang beli produk saya.

Soalan 2: Apakah yang paling anda mahu tahu berkaitan dengan perniagaan Internet?

Contoh jawapan:

Saya mahukan ebook panduan lengkap cara memulakan perniagaan internet.

Saya mahu tahu cara buat laman web.

Jumlah jawapan: Anda boleh senaraikan lebih daripada satu jawapan untuk setiap soalan.

Tujuan Survey: Saya mahu tahu apakah masalah dan kehendak rakyat Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan Internet. Dari situ, mudah untuk saya hasilkan penyelesaian yang berkaitan.

Laman web survey: http://malaysiasoho.com/svy/

survey perniagaan internet

Terima kasih.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

9 Responses to “Simple Survey: Perniagaan Internet”

  1. Han says:

    slmt pg zul,
    em…bagus tu…
    knp ek org malaysia masih kurang lgi yang dapat buat duit di internet ni…
    cepat2 tinggalkan maslah tu…
    nanti zul selesai kan mslh tu…hehe

    • smartzul says:

      Soal pendidikan ni, dia macam bentuk bulatan. Bila sorang ni dah tahu, akan wujud pula yg tak tahu. So bagi saya, dah ramai yg tahu, tapi dalam masa yg sama, yg baru nak tahu akan terus menerus wujud.

      Sebab tu sesiapa yg buat niche ebiz ni dia akan tetap dapat sambutan. Market tu tetap ada walaupun ada sedikit persaingan sengit.

  2. Dul says:

    Salam…
    Survey yang bagus sekali, baru lah kite tahu setakat mana perkembangan perniagaan internet kat malaysia nie..:)

  3. dauz says:

    hoho…saya sudah pun menjawap survey Zul… :)
    Memang banyak masalah sebenarnya..cuma lebih baik rasanya saya mencari sendiri daripada pelbagai sources..Biar susah dahulu :)

    Bagus untuk newbie yang ingin bertanya nie…

  4. starline says:

    kalau Zul dah kumpulkan semua,boleh susun dan buat satu panduan,cam eBook.Mesti ramai orang nak.Sebab tersusun contoh cara nak start bisnes internet.

    hanya cadangan.

  5. zool says:

    saya pun masih belum memikirkan lebih2 lagi kerja full time gov…
    mungkin akan ketemu produk yang sesuai untuk part timer…

  6. nuwa says:

    ramai org begitu teruja utk buat buat duit melalui internet, setiap hari bilangannya semakin.. so, persaingan juga akan menjadi semakin hebat..

    mungkin servey nie dpt membantu kita semua..

  7. wanwma says:

    Rata-rata yg saya perhati dan terang kat kawan2, saya nampak 1 je masalah utama! Mereka blur dan tak nampak langsung bagaimana boleh berniaga melalui internet dan bagaimana perjalanan perniagaan internet berfungsi.

    tentang diri saya, sy akan jawab kat survy tu…

  8. kasimo says:

    Saya nak tahu sangat pasal adsense ni… klu ada ebook teknikal tentang adsense ni kan best….. banyala gambar dari tulisan

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)