Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung!!

AWAS:
Tulisan kali ini hanya untuk mereka yang berani menyahut cabaran dan berani untuk berjaya sahaja…

Apa khabar pembaca blog smartusaha? Moga sihat selalu..

Baiklah, terus kepada tajuk, kita selalu mendengar pepatah mengatakan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi, bagi saya, saya tukar bukit tu kepada gunung.. hahaha… ok ok, kali ni saya bukan nak cerita pasal pepatah atau peribahasa, tetapi mengenai kesabaran, kesungguhan, kepercayaan dan keyakinan.

Fuuh, macam motivator lakkss. hehe… Ya, saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya sahaja. Bagaimana saya pandai dalam bidang komputer ni? “sebab zul budak sains komputer lah”. ho ho ho…. (ketawa cara shuth).. πŸ™‚ Salah sama sekali. Walaupun saya budak IT, namun anda perlu lari dari kepercayaan karut yang mengatakan budak IT adalah pandai komputer dan internet. Mengapa? Sebab, segalanya bermula dan mesti ada minat. Rata-rata yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar atau mahasiswa belajar adalah untuk LULUS A++ dalam setiap subjek, bukan untuk menggunakan ilmu bagi kehidupan, atau mengaplikasikannya. Sebaliknya, habis belajar, hati lega, “aku nak lari dari dunia IT, susah!!”. Itulah dilema kebanyakan pelajar IT. Kebanyakan kalau disuruh format komputer, install windows, ‘lawan’ pakcik makcik virus, troubleshooting perkakasan walau masalah kecil, semuanya tidak dapat dilakukan atau hanya separuh jalan… Maaf dipinta, inilah kebenaran. Ia bukan direka-reka atau nak menunjukkan saya ni tahu semuanya, tidak sama sekali. Apa yang ingin disampaikan adalah, minat dan usaha. Nak atau tak nak sahaja..

Oklah, dah ada minat, belum cukup untuk berjaya atau pandai dalam sesuatu perkara. Anda perlukan kesungguhan, kesabaran, percaya yang anda akan bercaya (selagi Allah menghendaki) dan anda yakin anda boleh melakukan! KETAHUILAH, hanya ALLAH sahaja yang boleh ‘menghalang’ anda!!

Sedikit sedutan kisah saya yang lalu, semasa di awal tahun pengajian, saya amat sedih sebab rakan sendiri tidak mahu mengajar saya membina website yang simple. “Tak apa, aku boleh belajar sendiri…”. Dari waktu itu, sedikit demi sedikit saya belajar dan usaha sendiri, gunakan sepenuhnya buku-buku di perpustakaan, beli buku rujukan, rujuk di internet, trial and error dan mengikuti kursus berbayar.

Alhamdulillah, walaupun rekabentuk website yang saya bina tidaklah sebagus mana, tetapi sekurang-kurangnya saya tersenyum kepuasan…. Usaha beransur-ansur kini sudah menghasilkan wang untuk poket-ku…… ‘Poketku tersenyum riang’… :p
Itulah kuasa keyakinan, kepercayaan pada diri, kesabaran dan kesungguhan. Percayalah, jika anda tidak percaya pada diri-sendiri, anda tidak akan sampai ke mana.. Beranilah untuk mencapai kejayaan, dan janganlah takut untuk gagal. Mulakan sedikit-sedikit, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain….

Perhatikanlah mereka yang berjaya, semuanya bermula dari bawah, dari kemiskinan, dari kesusahan, dari kaki lima, dari dalam stor, dari bilik tidur, dari tak tahu apa-apa… Mereka semua mengambil masa untuk berjaya, banyak kali mencuba, bukan sekali atau dua kali..

Moga anda mengerti tulisan saya kali ini. Ia berbentuk motivasi dan inspirasi. Bertujuan agar anda tahu bagaimana untuk berjaya di dalam sesuatu perkara dan supaya anda tahu, ‘tidak mudah’ untuk berjaya.. Ia perlukan usaha, kesungguhan, kepercayaan dan keyakinan..

Saya cabar anda untuk berjaya, yakin boleh!! πŸ™‚

PERHATIAN: Curahkanlah ilmu anda seikhlas yang mungkin jika ada orang yang datang meminta bantuan. Tidak kisahlah, berbayar atau percuma (hal ini perlu dikupas lebih lanjut, jadi jangan cepat bersangka)... Janji ikhlas…… Namun sebaiknya, berikanlah secara percuma selagi tidak membebankan anda. Anda beri satu, Allah gandakan 100. Tak percaya?? Cuba dulu. Fullstop. 8)

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung!!

  1. SmartUsaha…

    Akak ucapkan semoga berjaya dan tabah mengharungi dugaan di dalam usaha untuk memajukan diri dan mempelajari ilmu perniagaan dan pemasaran internet….

    Kisah Akak different sikit dari you sebab Akak dulu bukanlah student IT tapi minat komputer sejak umur 9 tahun (1985). Masa umur 10 tahun pernah tulis program sendiri (BASIC program je) kat komputer, masa tu PC jenis Sinclair QL. Bila dah masuk sekolah menengah masih minat komputer tapi coz sibuk study saya lupa lak hal programming and time tu dah minat main PC games. Then saya masuk uni kat England (1996) buat degree Construction so study hal construction engineering, material science & construction mgmt, so time depan PC pun untuk design bangunan dan buat thesis je and main games ;).
    Year 2000, balik M’sia, saya dapat tahu takde job offer untuk bidang saya kat M’sia wpun dah study sampai Masters. Saya jadi kecewa dan time tu waktu menganggur, cuba forget worries by…main RPG…!
    After more than 6 bulan menganggur baru dapat kerja gak jadi QS. Later kerja lain, then buat marketing & sales, kerja oil&gas tapi saya rasa tak seronok coz benda2 tu tak creative dan otak saya rasa stagnant buat repetitive work.
    In the end saya quit my job dan buat kerja kat internet sampai sekarang coz memang dari dulu, inilah minat saya – computers, design dan internet marketing. Saya masih lagi main games tapi tak macam dulu coz saya dah dapat do something saya memang suka.
    Masalahnya family and kawan2 pandang rendah kerja kat internet coz mereka kata kalo saya kerja saya boleh dapat gaji besar, but saya dah try semua tu and saya rasa tak happy. Wpun sekarang saya dapat duit sikit-sikit je tapi saya percaya saya boleh berjaya. For the first time sejak kerja, saya rasa I’m using my brain and mind more dan bukan sekadar macam robot je ikut cakap boss kat ofis dan buat kerja yang boring dan repetitive….

    Semoga kita semua berjaya di internet! We can do it!

    ps- Akak dah link your blog to mine.

  2. percaya.. percaya.. memang kesungguhan itu penting. orang-orang yang berjaya semuanya melakukan perkara dengan bersungguh-sungguh, rajin, sabar dan sentiasa memikir bagaimana cara untuk mengubah hala tuju kehidupannya.

  3. Hmmm… aku join comp science sbb masa isi borang UPU dulu, aku terbayangkan sebiji komputer depan mata dan main games sepuas hati. Waktu tu sebiji komputer 8086 paling murah RM5k… huhuhu

    Akhirnya aku berjaya. Masa student aku jadi hardcore gamers, masuk kelas pun sekali sekala, tapi CGPA maintain >3 … πŸ˜€

  4. hahaha, tuah emas a.k.a antradun, hmm, tak kisah lah what we do semasa kita belajar, janji kita manfaatkan ilmu dan belajar baik-baik.

    Kawan saya juga gamers dan expert komputer, tapi ‘failed’ dalam study.. Tapi janji dia dapat praktik-kan ilmu yg dia ada tu, kepakaran dia memang saya respect.. Bagi saya, itu lebih penting daripada menghabiskan berpuluh ribu utk dapat ijazah, tapi tak tahu nak survive dengan ilmu yg ada.. Rugi.. Last-last tanam anggur jer kat rumah… Padahal di universiti kita diajar untuk berfikiran jauh dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan.

    Tak kisahlah siapa kita, tak abis sekolah ker, jika pandai ambil peluang, kita dapat.. πŸ˜‰

  5. teringin gak nak komen. memang minat dgn komputer tapi tak minat programming. at the end ambik CAD/CAM Engineering sebab yang tu je course yang ada perkataan komputer dan tak perlu pikir pasal programming (maklumla takde sape guide)

    Walaupun tak minat sangat akak berjaya grad dgn jayanya. Tapi, oleh sebab mentaliti orang bila nampak org lain tak faham scope of job kita, dapat kerja jadi webmaster! Nasib baik masa study ada pernah ambik course elektif pasalh html. Buat web guna notepad lagi.

    Tapi, rupa-rupanya itulah rezeki akak. Dan sejak jadi webmaster tu la start minat dengan internet biz ni sampai sekarang i really can do what i love.

    Bak kata galadriel “For the first time sejak kerja, saya rasa IÒ€ℒm using my brain and mind more dan bukan sekadar macam robot je ikut cakap boss kat ofis dan buat kerja yang boring dan repetitiveÒ€¦. ”

    Salam sukses utk semua!

  6. “Tak kisah apa yang kita buat, buat apa yg kita minat.. InsyaAllah akan cepat berjaya..”. – Pesan pakar motivasi, Dr Shukri bin Abdullah.

    Kata2 dia masih tergiang2 di telinga saya. πŸ™‚

    PS. Tulisan saya di atas tak bermaksud kerja atau guna ilmu yg anda belajar di universiti, asas maksud tulisan saya di atas adalah, MINAT DAN USAHA serta pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, terutama kepada graduan dan masih tak dapat kerja.. πŸ™‚

    PPS. Tak semua orang perlu buat ebiz kalau tak minat. Berbalik juga kepada minat, anda buat apa yg anda suka, mungkin bertani, peruncitan, penternakan… terserah… “do what u love!”.

  7. Betul apa yang dikatakan oleh En Zul. Saya ada ramai kawan yang grad IT. Bukan saya nak kritik, tetapi apabila saya tanya mereka ttg laman web yang simple, mrk tidak tahu. Betul juga, sbb dunia IT ni luas sangat.. programming, database, networking,application,software, hardware, multimedia dan banyak lagi. So mmg dioarg tak salah lah..:). Mcm kisah saya pula, saya grad electrical eng. Masa belajar lagi saya dah terdedah secara persendirian ttg Internet dan laman web. Sampaikan saya mempunyai beberapa website ketika itu. Seronok belajar HTML,Java Script,Perl Script, grafik dan animation. Saya rasa saya seperti pelajar Multimedia plak! πŸ™‚ After grad electrical, saya masih minat IT. Dan kerja saya sekarang 100% IT (Database Admin). Apa boleh buat..dah minat..
    Bagi saya yang penting adalah MINAT…tambah dengan USAHA… pasti ada KEJAYAAN!

  8. Spt yg saya katakan, tak semestinya kita melakukan apa yg kita belajar di universiti. Kebanyakannya semua mesti berasaskan minat… Saya tak tahulah kalau ada orang yang buat sesuatu yang tidak dia suka sambil senyum.. πŸ™‚ Tetapi, kena tgk keadaan jugak, sometimes, tanggungjawab lebih utama daripada minat. Nak tak nak kena buat juga walau tak suka. Janji di hati, ada keikhlasan… πŸ™‚

  9. pandangan peribadi saya: pelajar IT walaupun bidang apa (programming, database, networking,application,software, hardware, multimedia dan banyak lagi), kena tau simple homepage
    kalau tidak macam mana nak iklankan diri untuk cari kerja atau orang percaya yang dia pernah belajar bidang IT

    dan saya lebih percaya minat adalah terpenting dalam menentukan karier seseorang, mungkin ianya terserlah/boleh tau selepas SPM. kebanyakkannya tidak TAHU minat sebab tak terdedah kepada persekitaran ataupun tunjuk ajar daripada seseorang sebelum melangkah ke universiti.

    walaupun mau menukar kerja selepas grad tapi pasaran malaysia tidak terlalu terbuka untuk bekerja atas dasar minat seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *