Sibuk atau Penyibuk?

Adakah kita sibuk? Atau hanya penyibuk? Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?” tulisan Ahmad Fadzli Yusof, terbitan PTS. Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan bisnes!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, kerja kerja kerja kerja…..

Pengalaman saya di saat awal melakukan perniagaan Internet, soal masa memang tidak terurus. Ini saya tak mahu menafikannya sebab perniagaan bukanlah bidang saya (saya jurusan Sains Komputer). Jadi sebab baru melangkah masuk ke bidang perniagaan, saya start dari zero tanpa ada perancangan dan ilmu yang mencukupi. Saya hanya main buat sahaja. Bila rasa nak buat, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting bersama keluarga.

Jadi, jika anda baru memulakan bisnes atau ingin melakukan perniagaan, PASTIKAN anda sudah ada perancangan yang sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa. Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.

Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat. Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa. Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.

Kepada bakal usahawan, jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah usahawan, bukan hanya peniaga. Seorang usahawan, perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ‘simple’, tetapi ia tetap ampuh.

Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama. Buatlah sesuatu yang perlu sahaja dan usah sibuk dengan perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Lakukan sahaja tanggungjawab yang perlu kita buat dan biarkan perkara lain dilakukan oleh orang lain. Mudah bukan?

Ingat pesan saya: Jika anda menjadi usahawan tanpa ada perancangan yang baik (tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow), anda pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti, sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

PS. Jika anda tanya saya, bagaimana cara menguruskan masa untuk anda, jawapannya adalah setiap orang perlu melihat (menilai/mengukur) kepada diri sendiri kerana lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya. Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.

Wassalam.

usahawan internet

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Sibuk atau Penyibuk?

  1. Bagi saya yang baru menceburi dunia perniagaan internet, rasanya dah begitu beruntung kerana ramai usahawan internet sudi berkongsi ilmu di blog2 mereka.. πŸ˜† Dari segi perancangan sudah tentu menjadi semakin mudah dengan perkongsiaan pengalaman dari senior2 nie.. Saya setuju utk menjadi seorg usahawan perlukan ilmu pengetahuan dan input yg cukup walaupun senior2 begitu sudi membantu! :mrgreen:

    1. Betul tu nuwa,
      nak jadi usahawan kita perlu ada ilmu.
      oleh itu kita perlu la belajar dan terus belajar kerana ilmu itu aaaamat luas.

      1. terus belajar adalah perkara yang harus ada di dalam diri kita…
        tambah lagi kalau nak lebih berjaya…
        belajr tu penting…untuk tingkatkan lagi kemahiran kita…

        han

  2. Sebenarnya Zul, saya ada satu soalan nak tanya nih… Dah lama sangat dah ni… :mrgreen:

    Font kat sign zul tu font apa ye? Saya cari2 tak jumpa. Font macam tu baru nampak handwritten betul…

    ngeh3… sori salah topik komen.. tapi perasaan ingin tahu tu dah membuak2… πŸ™‚

  3. :mrgreen: nampaknya say ni seorang penyibuk la kan..hehehe tak sibuk tapi buat-buat sibuk..hari-hari ngadap komputer lebih dari 8 jam sehari

    mata pun jadi berpinar..nak cari ilmu kononnya..lastly tak di amalkan pun..rugi-rugi..

    planning memang ada, tapi disiplin kurang..tu yang sepoi tu..

    oh ya..tertarik jugak saya dengan signature tu..yang tu berbayar ke percuma?

  4. Nuwa, betul tu. Saya dulu ambil 4 tahun gitu sebelum jumpa ilmu yg sebenar. utk mahir blog pulak, hampir 1 tahun. Tapi skrg dah ada Kit Blogger. πŸ˜‰ Kalau kita tengok, ramai usahawan2 internet baru muncul dan berjaya sebab ramai yg kongsi ilmu. Kalau saya jadi mereka, “oh, bertuahnya!”. Tak perlu bersusah2 nak cari sana situ maklumat. Sebab ‘guru’ dah ada!

    Sabri, nanti saya emel yer.

    Naem, pilih satu model, fokus. Itu jer formulanya. Ebook, adsense, affiliate, servis, webmaster, drop ship, ebay…??? Pilih satu, study betul2, cari guru dan istiqamah. InsyaAllah berjaya. Cuba tengok mereka yg dah berjaya. Mereka betul2 fokus pada bidang pilihan mereka. Agak sukar utk kita buat semua model dalam jangka masa yg pendek.

      1. saya suka juga sign tu…
        dah lama rasa nak buat juga…
        tapi kalau buat mcm tu juga, jadi sama mcm zul pun…
        tak unik la pula…

        han

  5. waaaaaaaaa… kalu semua nak cekup dalam tangan keciciran nanti, yang dikendung berterbangan yang dikejar tak dapat-dapat…

    haha… memang bertuah betul bagi mereka yang tak perlu susah payah seperti zul. susah payah beliau dengan dunia peniagaan internet cukup besar bagi mereka yang dah beli kit bloggers.

    sebelum ada kit bloogers nih dah tentunya terkebil2 tak tahu apa sebagaimana sebelum keluarnya buku2 berkaitan perniagaan internet oleh mereka yang telah berjaya… contohnya…?

  6. Pengurusan masa.. Memang amat-amat penting. Lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk serius dalam perniagaan internet ini. Saya kini merasa masa begitu suntuk untuk semua perkara. Sebelum melibatkan diri dalam e-biz ini, masa saya begitu banyak terluang, hingga satu tahap tu, sampai tidak tahu apa yang nak buat masa terluang tu.. boring.. boring.. lastly tido la πŸ™‚ .

    Kini masa saya begitu singkat. Sampaikan rasa macam nak cuti kerja nak siapkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Kerja OT pun sudah jarang ambil.. sampaikan supervisor tempat kerja saya tegur perubahan saya πŸ™‚ . Kenapa jadi macam ni?? Salah satu jawapannya tiada pengurusan masa. Kini saya sudah agak pandai sedikit membahagikan masa e-biz dan kerja saya. Buktinya hari ini saya OT he..he..

    Tapi saya tabik kat Zul.. dalam sibuk-sibuk Zul.. buat ebook percuma, buat report e-biz, forum support, setup affiliate, auto pilot dan macam-macam lagi.. tapi masih ada masa untuk orang lain. Mungkin ini yang dikatakan “pandai menguruskan masa dengan baik”.. tabik kat Zul πŸ˜‰

  7. hmm..dah lama rasenye jadik penyibuk…nasib baik zul tulis perbezaan antara sibuk dan penyibuk, kalau tidak xperasan lagi aku ni penyibuka πŸ˜•

      1. kalau buat sibuk di jalan raya, rasanya tak salah…
        yang penting ikut peraturan jalan raya…
        baru semua pengguna selamat di jalan raya…
        utk sapa2 yang nak balik dari kampung tu, hati2 lah di jalan raya…

        han

    1. kenapa lah nak buat sibuk di tempat yang sesak tu…
      membazir petro…hehe…
      baik pergi kat tak sesak tu…
      shopping ke…bagus juga tu…

      han

  8. pengurusan masa itu penting agar kita nanti tidak kelihatan sibuk yang dibuat-buat atau memang benar-benar sibuk dengan situasi yang tertentu… kalo gitu kena buat pengurusan masa yang tersendiri mengikut ukuran baju yang telah siap ditempah… hihiiiii

      1. ukuran baju yang siap ditempah?

        rasanya macam kita buat baju raya saat akhir laa. dah dekat raya baru nak sibuk buat baju raya… akhirnya kena tempah yang dah siap…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *