Siapakah Pembeli Produk Anda?

Siapakah pembeli bagi produk yang anda jual?.

.

.

Masa tamat. πŸ™‚

Jawapannya ada di dalam artikel berikut.

————————

Dalam banyak-banyak persoalan yang saya terima, boleh dikatakan kebanyakan masalah atau keluhan yang diluahkan kepada saya ialah, “susahnya nak dapat satu jualan..”.

Ya, itu hakikatnya.

Sebelum saya menyatakan satu formula yang bukan lagi rahsia, saya ingin mengulangi lagi mengenai promosi. Jikalau anda hanya mengharapkan orang datang ke laman web anda tanpa apa-apa promosi yang pelbagai atau berkesan, jangan begitu mengharap untuk mendapatkan jualan.

Dan saya pernah menyenaraikan dahulu jenis-jenis trafik dan bentuknya. Salah satu daripadanya ialah, LIST. List terbahagi kepada dua iaitu subcribers biasa dan juga pembeli sedia ada.

Untuk jawapan persoalan di atas bagi maksud tulisan saya pada kali ini ialah:

Pembeli sedia ada

Tidak dapat disangkal, tidak boleh dinafikan. Jika anda mempunyai 100 orang pelanggan sedia ada, insyaAllah kalau tidak semua pembeli itu membeli produk anda yang kedua, ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya sebahagiannya akan membeli.

Anda tanyalah mana-mana usahawan internet yang mempunyai banyak produk untuk niche (bidang) yang sama, biasanya yang membeli barang-barang mereka itu adalah pembeli yang sama.

Saya tertarik dengan kata-kata Sham RajaAdsense di blognya, ada pembelinya bertanyakan, “ada lagi tak Ebook lain yang Sham jual?”. Ini realiti, kerana saya sendiri pun ditanya soalan yang sama oleh pembeli-pembeli saya. Mereka tidak teragak-agak untuk membeli lagi dan lagi kerana mereka tahu siapa kita dan betapa bagusnya produk dan ‘support’ kita.

Sebagai bukti, dalam masa 7 hari sahaja selepas Ebook Panduan FTP dilancarkan, saya berjaya membuat lebih daripada 100 jualan (bermakna 100 orang pembeli). Dan Conversion Rate (CR) jualannya pula amat amat memberangsangkan.

Persoalan di sini, kenapa Reseller Ebook Panduan Mudah FTP susah untuk mendapat jualan, tapi kenapa saya mudah? Sebabnya satu, saya ada ratusan pembeli sedia ada untuk produk sebelum ini. Tidak dapat disangkal, teramat rugi jika anda tidak mempunyai LIST (senarai) pelanggan atau bakal pelanggan untuk perniagaan internet anda. Teramat rugi.

Note: Kepada reseller, jadikan Ebook Panduan FTP sebagai satu produk untuk anda membina senarai pelanggan anda sendiri.

Bukan hanya pembeli sedia ada, tetapi saya mempunyai ‘subscribers’ biasa yang bukan pembeli yang mana saya sering menghubungi mereka melalui Emel. Jadi, mereka mengenali saya dan tidak teragak-agak untuk membeli apa yang saya tawarkan kepada mereka.

Anda mesti tahu bahawa, nadi utama perniagaan ialah perhubungan (relationship). Apakah perasaan anda apabila ada penjual yang ‘asing’ bagi anda datang menjual sesuatu? Teramat sukar untuk membelinya bukan? Berlainan dengan seorang penjual yang amat anda kenal dan suka, anda tidak teragak-agak untuk membeli barang jualannya.

Jadi dalam perniagaan, jangan hanya mahu menjual dan buat duit sahaja, tapi binalah perhubungan yang baik dengan bakal pelanggan dan juga pelanggan sedia-ada.

Bertindak Sekarang!

Jika anda masih belum mengumpul senarai Emel anda sendiri, selagi itulah teramat sukar untuk anda ‘mempromosi’. Selagi anda tidak berusaha mendapatkan pelanggan untuk kali pertama, maka jangan fikir untuk produk yang seterusnya.

Kumpul senarai Emel dari hari ini juga. JANGAN menangguh lagi. Cipta audien anda sendiri.. Apabila bercerita mengenai kumpul Emel, anda JANGAN sama-sekali menggunakan apa-apa software untuk dapatkan Emel dari internet atau mengutip emel di mana-mana laman web tanpa kebenaran pemilik emel tersebut. Itu cara yang illegal (haram).

Apa yang saya nyatakan pada hari ini lebih kepada teknik Email Marketing yang sah di sisi undang-undang dan cara yang beretika. Ada banyak lagi cara yang lain untuk promosi produk. Cuma bagi saya, email marketing adalah satu perkara yang WAJIB dilakukan oleh semua usahawan Internet.

Jika anda tiada modal dan mahu mempunyai sistem Newsletter anda sendiri, Mohd Amirol melalui Pakej Web Jualannya ada menyediakan panduan memasang sistem newsletter di hosting/domain anda sendiri. Namun jika anda ada modal, teruslah menggunakan khidmat Autoresponder seperti Getresponse.

Saya tidak dapat mengulas panjang mengenai newsletter/autoresponder dan juga email marketing pada kali ini kerana ia satu bab yang panjang juga. Yang penting, mulakan langkah pertama. Jangan menangguh lagi jika anda mampu melakukannya.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “Siapakah Pembeli Produk Anda?

  1. slmt pg zul,
    ttg email marketing ni, kita kena ada list yang banyak baru boleh dapat peratus pembeli yang baik…
    tapi sekarang ni, ramai yang salah guna email marketing…
    mereka guna spider utk kumpul email…
    lps tu buat spam pula sampai menyusahkan org…

    han

  2. 1 aje soalan dari orang baru.
    Untuk mengumpul senarai emel kita perlukan traffik ke page optin.
    Saya dah baca beberapa buku pasal traffik ni. Just kalau zul nak berkongsi, masa mula zul bermula dahulu teknik apa yang digunakan zul untuk bawa traffik ke web zul.
    Saya baca macam diluar banyak guna PPC sebagai cara utama. Saya belum cuba kerana ada halangan buat sementara. Ada cara lain x yang lebih berkesan untuk bawa pelawat ke optin page kita.

    1. Bagi ebook free. Ni cara pertama saya. Dan nak bg ebook free dgn lebih berkesan, buat JV dgn beberapa orang. Cepat sikit tersebar.

      Actually, SEO adalah sumber trafik saya yg sebenar. Sy hanya menulis dan menulis. Org jumpa blog ni melalui SE bila guna kata kunci tertentu. Then, saya bawa pula trafik tu ke opt-in page.

      Mudah dikatanya, gunakan blog sebagai medium utk membawa pelawat ke opt-in page tersebut.

      Itu scr ringkasnya lah. πŸ™‚

      Nak guna PPC pun boleh. Kalau ada modallah.

      1. Maknanya perlukan masa la kan. Just nak tahu. Memang itu yang cara yang baru saya nak mula.Nak menulis x pandai sangat. πŸ™‚ Masa mula dpt emel projek RM20 tu saya try promot page optin kat iklan2 percuma. Ade le dapat list. Dari situ gak yang beli Panduan Ftp tu.
        Masih berusaha mengembangkan list.
        Kalau zul ada panduan/tips cara2 follow up list pula dari lepas ni πŸ˜‰

        1. Kalau produk dalam Bahasa Inggeris, bolehlah pakai kaedah artikel marketing. Hantarkan artikel anda ke article directory and dari situ dapatlah trafik percuma.

          Kena bagi sesuatu yang mempunyai nilai terlebih dahulu sebelum kita menerima (buat sales)

          Bak kata mentor saya, Stephen Pierce, “Create value to create wealth”.

    2. NIzam, no problem kalau nak guna apa-apa cara pun. Kalau ada orang kata benda tu tak berkesan, just do it. Kita sendiri mesti ‘test’ apa2 teknik. Kena rasa sendiri dan kena uji sendiri. Baru kita tahu apa yg sesuai utk kita.

  3. Ya, saya pun salah seorang yang jumpa blog Zul melalui Enjin Carian.
    Semuanya sebab teknik SEO Zul yang mantap. (ops, silap puji pulak. sikit2 dah la yek). πŸ˜‰

    Dan sejak tulah saya mula kenal apa tu blog dan perniagaan internet.

    Nizam, baguslah usaha tu. Teruskan.

    Cuma, saya rasa agak sedih gak sebab guna Autoresponder yang percuma.
    Memang apa yang Amirol jual tu, bagus. Cuma, barang percuma, taklah sehebat Autoresponder berbayar.
    Insya Allah, tengah kumpul duit guna yang berbayar pula. πŸ™‚

  4. kita guna apa yang kita mampu dahulu….kalau rasa dah konsisten pendapatan tu…boleh lah guna yang berbayar…

    Kalau yang berbayar tu memanglah senang nak guna dan banyak kelebihannya…maklumlah berbayar

    Stakat ni tak mampu lagi nak guna yang berbayar ni….

  5. biasanya macam tula..
    sama keadaannya kita makan direstoran..
    pernahkah kita terfikir mengapa kita sllu makan direstoran yang sama sedangkan banyak lagi restoran kat sebelah dia..?
    ini kerana kita dah sedia maklum ngan service, rasa & kualiti masakan restoran tersebut…
    sama jugak keadaannya dengan pembeli..
    mereka yang dah mengenali ht budi kita akan datang kembali kepada kita utk membeli … 😎

  6. Sebut pasal autoresponder ni,Mawardee guna autoresponder apa yer? Saya puas ler mencari yang free tapi tak pandai gak nak guna. Yang saya guna skang pun just download free list manager dan install kat server pastu edit2 ikut yang saya nak.
    Tak pasti ler fungsinya sama macam yang autoresponder ker x? Tapi yang pasti x sehebat autoresponder kot sebab xleh nak set tarikh hantar email. just hantar manual bila saya nak. Sedang tengok2 coding kalau boleh set sendiri ker…;)

  7. Bagi saya autoresponder berbayar lagi bermanfaat.Banyak fuction cam getresponse.Tapi saya blom guna lagi sebab baru start je dan masalah utama adalah modal ciput.

    Tapi kalau nak berjaya kena ada pengorbanan kan? πŸ™„

  8. betul la tu starline. tapi buat sementara ni just nak membina list dulu. jadi guna yang free dulu pun ok selagi kita dpt beri sesuatu yg bernilai pada list tersebut. Pengorbana memang penting tapi biar pengorbanan yang berbaloi. Jangan kita yang terkorban sudah ler…;)
    Newbie macam saya ni sentiasa cuba mencari alternatif lain terlebih dahulu sebelum membina kredibiliti dalam bidang ni. Dah agak stabil baru boleh melabur untuk sesuatu yang lebih baik. Just pendapat..;)

    1. start small dan bermula dari bawah. πŸ™‚ inilah yg saya buat mula2 dulu. Guna teknik yg sesuai bg kita, jangan ikut pandangan orang lain yg mungkin x padan dgn kita. πŸ™‚

  9. Saya guna yang Amirol jual tu.
    kat http://www.WebJualan.Com
    πŸ˜‰

    Ya, saya setuju kalau cakap ikut kemampuan.
    Tapi, asalkan ada perancangan.

    Kalau sayalah, saya buat target bila saya akan mula guna autoresponder yang berbayar tu.
    Kalau ikut, memang nak guna secepat mungkin.
    Tapi sebab ada keperluan lain, saya belanja mana yang perlu dulu.

    Nanti, sampai masa, guna yang berbayar.
    Tapi, saya harap siapa2 yang nak guna, belajar dulu sikit2 macam mana nak manfaatkan mailing list.

    Jangan main hentam jer. Itulah nasihat untuk saya sendiri juga. πŸ˜‰

  10. hmm..

    topik yg menarik .. yg saya tunggu selama ini ..
    terimakasih atas tip email marketing tu … so mulai ari ni saya perlu bina audien sendiri untuk menarik pengunjung membeli barnagan saya ..

  11. Benar tu zul.. bukan mudah untuk mengumpul mailing list.. setiap email yang diperolehi begitu bernilai sekali..

    Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 email, kemudian menawarkan produk berharga RM20 (macam ftp tu) kepada kesemua mailing list anda. Jika kita target hanya 10% daripada mereka iaitu 100 orang membeli produk tersebut, RM2,000 akan berada di dalam tangan anda!

    Malah jika mereka yakin kepada anda dan mengenali anda lebih lagi.. tidak mustahil jika 50% daripada mailing list anda membeli produk tersebut.. πŸ™„

  12. Saya setuju dengan pandangan zul..
    hanya dengan hubungan yang baik dengan “bekas” pembeli je yang akan memastikan jualan utk produk seterusnya dapt dilakukan..
    saya tertarik dengan blog abg sham gak, sampai ada yang bertanya bila nak kuar ebook lagi,,,
    menunjukkan produk yang dihasilkan amat berkualiti…

  13. Pingback: Pembeli « Jual Beli Produk dan Jasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *