Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Siapa yang boleh anda rujuk?

Rata-rata, begitu ramai yang tersalah langkah di dalam mencari pendapatan di internet. Yang disangka emas, rupanya batu.. Ramai yang ditipu dan tertipu, malah ‘sanggup’ ditipu, dengan alasan berani mengambil risiko kononnya. Sudah tahu dan sudah dipesan jangan sertai, tetapi degil juga tak mahu mengikut kata orang yg berpengalaman.

Sudahlah saudara semua. Cukuplah. Janganlah lagi membuang masa anda! Sekarang, saya akan senaraikan, di manakah dan siapakah yang patut anda bertanya dan merujuk.

Individu & Komuniti:

1. SaifulSham.Com
Seperti yg saya nyatakan sebelum ini, mereka adalah dua sekawan. Banyak pengalaman di dalam bisnes terutama perniagaan internet, walaupun masih berada di universiti. Lawati blog mereka dan jangan segan bertanya. Luangkan masa untuk membaca tulisan mereka di http://www.saifulsham.com

2. Iszudin Ismail atau (dikenali sebagai kidino)
Beliau sudah mula menceburi bidang perniagaan internet sejak tahun 2001 lagi dan mula menerokai alam ini pada tahun 1999. Seorang yg berpengalaman dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang ini. Juga yg pasti, beliau dikenali ramai oelh internet marketer di peringkat antarabangsa! Lawati http://www.moneyclicking.net

3. Mohd Sufian
Masih lagi bekerja namun sentiasa membuat kajian dan penyelidikan di dalam bidang perniagaan internet terutama bagi bidang affiliates dan juga SEO. Bab itu, anda boleh tanya beliau. Lawati blog beliau di http://www.passive-income-guide.com

4. Wangcyber.com
Sebuah komuniti yang wajar untuk anda sertai. Kongsi idea, pengetahuan & bertanya sebarang kemusykilan. Mereka di sana sedia membantu anda dan berkongsi pendapat. Ia diasaskan oleh pemilik sempoihosting.com dan juga penulis buku maskahwin yang hilang. Sertai sekarang dan sentiasalah menyertai perbincangan di sana. Lawati http://wangcyber.com dan jumpa di sana!! :-)

5. Irfan Khairi
Yang ni rasanya anda dah kenal. Memang wajar untuk dirujuki kerana mempunyai pengalaman yg banyak di dalam bidang keusahawanan internet. Beliau sentiasa menganjurkan kursus, seminar dan bengkel perniagaan internet. Daftar juga newsletter percuma di http://www.rahsiainternet.com dan lawati juga laman peribadi beliau di http://www.irfankhairi.com

Itulah beberapa sumber rujukan yang sepatutnya anda rujuki. Pesan saya sebelum melakukan apa2 yg berkaitan dengan WANG, tanya yang tahu.. :-)

Facebook comments:

2 Responses to “Siapa yang boleh anda rujuk?”

  1. zul says:

    Ruang blog anda mengagumkan. Teruskan usaha yang baik untuk mengembangkan idea perniagaan menerusi internet. Saya cadangkan seorang lagi individu yang boleh dirujuk di dalam bidang ini, iaitu di http://www.EmpayarInternet.com

    Apa komen anda tentangnya?

  2. smartzul says:

    Yer, saya telah melihatnya iaitu milik mohd fairuz. Saudara zul pemilik blog freestuff blogspot tu ker? Kalau yer, saya jumpa link saudara dari laman web empayar tu lah.. :-)

    Terima kasih sebab sudi tingglkan komen dan melawat blog ini.

    Juga selamat berjaya untuk anda.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)