Si Dia Sudah Hampir Tiba…. ;)

Apa khabar semua?

Beberapa hari yang lepas, saya ada buat sedikit ‘teaser’ mengenai Si Dia. Ramai juga yang ingin mengetahui siapalah si dia tersebut. Daripada mereka yang telah memberikan Perniagaan Internetkomen, ada seorang yang menjawabnya dengan TEPAT SEKALI dan seorang lagi menjawab dengan betul, tapi kurang tepat. Saya sendiri pun tak terduga, bagaimana dia boleh jawab dengan tepat sepertimana yang ada dalam fikiran saya. πŸ˜€

Akibat daripada jawapan yang tepat itu, hati saya terdetik untuk memberikan hadiah kepada pemberi komen tersebut. πŸ™‚ Saya tidak merancang pun untuk membuat pertandingan teka-teki tetapi saya merasakan saya perlu memberikan hadiah untuknya sebagai tanda terima kasih. Kepada beliau, nanti saya akan hubungi anda…

Kepada pembaca lain yang mahukan apa-apa hadiah, insyaAllah saya akan adakan pertandingan nanti. So, tak perlulah pergi komen tulisan tersebut semata-mata untuk dapatkan hadiah daripada saya. Hehe..

Siapakah “si dia” itu? Anda sebenarnya sudah kenal, cuma kali ini gaya yang dibawa olehnya sedikit berbeza daripada biasa.

Saya akan umumkan melalui emel (untuk subscriber) dan juga di blog ini apabila si dia sudah sampai. Kalau anda dah agak siapa si dia tu, dok diam-diam dulu. πŸ˜‰

Tunggu…

Nota:

Saya telah membuat bayaran komisen bagi bulan Jun 2007 untuk agen yang telah berjaya menghasilkan jualan untuk Pakej Kit Blogger. Ada beberapa orang agen tidak memasukkan no. akaun bank untuk saya membuat bayaran komisen…

pakej kit blogger affiliate

Untuk makluman anda semua, pendaftaran untuk agen baru ditutup sementara kerana saya akan menggunakan sistem baru. Saya dah siap memasangnya, namun dalam proses ‘testing’ lagi. Bila dah siap, bolehlah anda mendaftar dan mula menjana komisen 50% dan saya merancang mahu membuat bayaran komisen dua kali sebulan (dua minggu sekali). πŸ™‚ InsyaAllah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Si Dia Sudah Hampir Tiba…. ;)

  1. mungkin laman web baru untuk pakej kit blogger atau blog tiga colum kot…
    tak sabar pula nak tahu apa dia tu…hehe
    mmg makin suspen pl…

  2. Komen saya tak ada kaitan dengan si dia, πŸ™‚ cuma nak ucapkan tahniah buat saudara kerana menerima pakai komen yang dilakukan oleh RajaAdsense tentang tulisan pada blog saudara yg terlalu kecil. Ternyata apa yg ditegur memberi kesan yang baik pada blog saudara kerana paparan tulisan yg jelas untuk dibaca. semog terus berjaya dengan usaha yang dilakukan.

    P.S. Tunggu en.zul nak ubah pada themes 3 column pulak.

  3. Tak sabar nak tahu sape si dia tu ❓ Ada hadiah ke teka hari tu. Tak tahu lak ada hadiah, kalo tak boleh teka πŸ˜† Ape pun sama-sama kita tunggu “si dia” dari zul tu. Hari nie ke Zul?

  4. Afzai, sebenarnya masalah huruf kecil tu berpunca dari masalah teknikal, bukan saya saja-saja mahu kecilkan. Dan sebenarnya, sudah lama huruf yang sedang dibaca ni bersaiz ini. Sebelum Sham komen, saya sebenarnya sudah tahu dan after that baru baca komen Sham… πŸ™‚

    Jebat, saya tak plan pun nak bagi hadiah, tapi sebab jawapan dia tu amat tepat, saya rasa saya patut memberikan sesuatu sebagai ucapan terima kasih.

    Kepada semua, tunggu jer lah.

    Segala misteri akan diketahui juga. Hohoho… :p

    PS. Selepas hadirnya si dia itu, akan datang pula si dia yang lain, bukan benda, tapi manusia yang real. hehe, macam-macam. πŸ˜‰

  5. Tahniah le kepada sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat…
    tahniah gak pada zul yg akan datang lagi satu tu.. Semoga berbahagia hendaknya.. Saya ntah bile lah agaknya… πŸ˜₯ πŸ˜₯

  6. hehaa… komisen tu macam mana nak dapat lebih laju lagi haaa? kalo nak kira klik dah beribu dah klik. klik aje laaa… punya laaa banyak klik dengan iklan rotate… ngah3…

    eh, kalo nak mintak tolong iklan macam mana haa? sy tolak dari komisen aje laaa… eh boleh ke cam gitu haaa??? banyak mana bleh dapat kalo buat gitu???

  7. zul pun ter efek dengan pasaran yang slow sekarang ni ek?…nampaknya semua efek sama kecuali kuasaforex tu..ebook irwan dahnil pun efek sama walaupun dia tak berkenaan internet marketing..tapi dah release buku boleh cover balik semua tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *