Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Saya Akui Mereka Hebat

Sebagai seorang pelajar IT dan menjurus kepada bidang perisian, saya terasa tercabar juga dengan Team Flarebiz yang baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu Niaga Kit.

Masakan tidak tercabar, walaupun mereka bukan pakar IT, tapi mereka berjaya mencipta satu Sistem yang teramat mengkagumkan hati saya. Malah saya yakin, sesiapa pun akan terpegun seketika.

Saya tahu, di awal pagi ini dan pada hari ini, anda akan menerima emel daripada ramai Internet Marketer yang masing-masing ‘merasuah’ anda dengan bonus-bonus yang pelbagai.

Bagi saya, walaupun tanpa bonus, Sistem Niaga Kit sudah memadai dan berbaloi untuk dimiliki dengan caj yang dikenakan. Malah bagi saya, caj itu terlampau murah! Saya yakin, pasti ada freelancer atau web developer tertentu akan naik angin dengan harga murah ini.

Dengan Niaga Kit, anda mampu untuk memulakan perniagaan internet terutama produk fizikal tanpa perlu pening kepala membina laman web sendiri. Sebaliknya:

  1. Tentukan produk yang ingin dijual
  2. Sediakan maklumat produk seperti info dan imej
  3. Sediakan maklumat diri anda
  4. Cadangkan nama domain yang ingin digunakan
  5. Team Flarebiz akan siapkan sistem shopping cart anda. Mereka janji siap dalam masa 24 jam!.

Hanya beberapa langkah mudah itu sahaja, anda mampu memulakan perniagaan internet dengan menggunakan konsep shopping cart.

Anda boleh lihat contoh shopping yang dibina dengan sistem Niaga Kit di sini:

http://demo.niagakit.com

Sebenarnya sistem sebegini berasaskan kepada WordPress. Tetapi Team Flarebiz begitu bijak dan sudah pasti meluangkan masa yang lama untuk ‘customize’ sistem agar lebih kemas, cantik dan efisyen.

Antara contoh sebuah web shopping cart yang akan anda perolehi adalah seperti KuihTradisional.com. Ia juga berasaskan kepada sistem WordPress. Tetapi ingin saya katakan, tidak semua orang tahu melakukan customization. Ia sangat teknikal. Saya orang IT ini pun mengambil masa yang lama untuk setup satu-satu sistem.

Jadi, jika sudah ada sistem yang hebat seperti Niaga Kit, buat apa membazirkan masa cuba melakukan sendiri? Bayar sahaja dan kemudian ia akan siap. Bayaran untuk Niaga Kit adalah termasuk domain name dan juga hosting. Malah design grafik lagi. Memang tak wajar harga sebegini murah. :) 1

Saya rasa inilah masanya bagi anda yang sedang mahu memulakan perniagaan internet dengan menjual beberapa buah produk pada satu laman web.

Bagi saya, inilah produk terbaik yang pernah IM Malaysia keluarkan. Salute!

Untuk dapatkan sistem ini, sila klik di sini.

BONUS: Disebabkan produk ini begitu mahal bagi sesetengah orang, maka saya rasa amat wajar memberikan Pakej Kit Blogger secara percuma bagi sesiapa yang membeli Niaga Kit melalui link affiliate saya.

Saya hanya memberikan Kit Blogger sahaja sebab ia ada kaitan dengan Niaga Kit iaitu sistem WordPress.

Jadi beli melalui link ini, maka anda akan menerima Pakej Kit Blogger secara percuma. Bagi yang sudah memiliki Pakej Kit Blogger dan mahu memiliki Niaga Kit, saya akan berikan kupon bernilai RM50.00 kepada anda untuk membeli mana-mana produk saya.

Bonus ini akan ditutup setelah 200 kuota tempahan Niaga Kit tercapai.

*Berikan saya masa untuk menghantar link doewnload bonus.

ps. Oh ya, harga RM500 hanya untuk 50 orang yang pertama sahaja. Dan servis Niaga Kit akan ditutup buat seketika apabila 150 tempahan seterusnya telah dipenuhi dengan harga RM640.

Tak perlu bina sendiri, tak perlu bazir masa, tak perlu menangguh. RM500 adalah MODAL untuk mewujudkan sebuah perniagaan internet dan seterusnya menjana pendapatan tanpa batas di Internet.

Facebook comments:

12 Responses to “Saya Akui Mereka Hebat”

  1. Richie says:

    memang sangat2 tercabar..web diorang clean je..bengang btul tgok..nak lawan pun payah..so skang ni tengah blajar pasal web developement lg power..sama dengan wordpress..hoho..

    • smartzul says:

      Saya rasa sistemnya tu mereka “outsource”.

      Cuma designnya mereka yg buat. Clean tu sebab mereka guna CSS.

      Zafran dan Labanon pakar grafik. So tak boleh nak nafikanlah kepakaran mereka ni.

  2. pakteh2008 says:

    Orang muda.. otak masih lagi fresh. ilmu pulak penuh di dada ditambah pulak dgn rajin mencari ilmu dgn pakcik google. hasilnya memang berbaloi. walaupun umur baru setahun jagung tapi ilmu mengalahkan pakar internet. tabik hormat kat team flare biz. :)

  3. mazlie says:

    saya setuju ape zul cakap. Jauh sungguh team ni pergi :)

    Memang salute!! Tahniah pada team flarebiz. Takkan kita nak tengok sahaja kejayaan diorang kan? :p

    • smartzul says:

      Saya teringat salah satu projek Ewen Chia. Guna software NVU sahaja, tapi dia customize dan promote untuk build list.

      Mudah ceritanya, kita mesti pandai ambil apa saja peluang depan mata jika mampu melakukannya. Buat kerja sekali susah payah, tapi hasilnya lumayan memang tak rugi untuk dibuat.

  4. olie says:

    Lepas ni kedai online akan tumbuh bagai cendawan la nampaknya…NiagaKit jalan ‘shortcut’ untuk mereka yang ingin memiliki kedai online tapi takde pengetahuan teknikal. Pejam mata bayar rm500…esok bleh mula niaga ;)

  5. muhafis says:

    kalau pun mendapat 1 sales. ianya dah cukup berharga. rm100 tu. dgn contest yg dianjurkan sekali. inshallah 200 unit boleh terjual. amieen.

  6. am says:

    saya pun mulanya naik hangin jugak.. oleh itu saya rasa barangan yang berkaitan dengan wordpress adalah yang terbaik untuk bonus niagakit.. am bagi video dan plugin membershipsite dengan wordpress.. ramai yang tak pasti camner nak bt membersite pakai plugin percuma.. jadi am datang dengan idea ni.. harap2 berjaya..

  7. benbaz says:

    whoa….sebelum ni gua dah berjaya setup kedai online guna zen cart. Hasil beli buku SKO team saifulsham. tapi bila tengok niagakit, rasa mahu nangis ooo…design yang cukup clean berbanding zen cart. Memang cadang nak tempah satu. Skang dok cari mana IM yang boleh bagi good offer kalau beli melalui link diorang..

  8. lee says:

    betul, seriously splendid. cuma tema mcm virtual biz yg lain, konsep mcm virtuemart joomla pon ade sket2, cuma design n features mmg cun..betul tuh, diorg muda lagi..dah jadi mcm ni punye berjaya..(macam tua sgt je..haha!)

    apepun, usaha tangga kejayaan..right?

  9. Nice & good info! Keep u’r good works…

  10. exbiz says:

    salam, saya dah beli kit blogger.. berminat nak beli niaga kit, tapi tak boleh buka pun melalui link yang diberikan dalam page.. bagaimana caranya? sila emel ya..trima kasih

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)