Setiap Sesuatu Memerlukan Proses

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa seseorang yang membeli sesebuah panduan seperti ebook, masih tidak berjaya menjana pendapatan. Pelbagai jenis panduan model bisnes internet yang mereka cuba, tapi tidak juga menampakkan hasil. Agaknya mengapa? Ya, perlu fokus, ada matlamat dan sebagainya. Tapi ada lagi sebab yang lain selain itu..

Ada ebook yang menunjukkan cara untuk menjana pendapatan di Clickbank. Walaupun ebook tersebut amat bagus, tapi kebanyakan yang membelinya tidak berjaya menjana pendapatan walaupun satu sen.

Begitu juga dengan mana-mana model bisnes internet, Adsense, Ebay, buat duit dengan blog atau sebagainya, sama sahaja hasilnya iaitu tiada apa-apa. Mengapa ini berlaku?

Pernah di satu seminar, saya menyatakan kepada peserta bahawa, setiap orang adalah berbeza. Masing-masing mempunyai tahap tersendiri. Bagi mereka yang sudah tahu menggunakan Internet dan beberapa perisian seperti FTP, perisian membina laman web dan sebagainya, mereka biasanya amat mudah untuk mendapat hasil.

Tapi bagi mereka yang teramat zero dalam sesetengah perkara tersebut, mereka perlu mengambil masa untuk belajar mengenainya. Inilah sebabnya…

Kalau mereka membeli ebook mengenai Clickbank, mereka tidak akan berjaya mendapat hasil jika mereka tidak tahu menggunakan beberapa perisian atau tools, atau tidak memahami konsep asas affiliate marketing.

Kebanyakan orang terlalu dijanjikan dengan buah yang sedap (hasil), namun akarnya tidak begitu kukuh yang mana pokok itu akan tumbang pada bila-bila masa sahaja. Inilah analogi bagi seseorang yang gagal buat duit dengan apa saja model perniagaan internet. Mereka melihat pada hasil atau hujungnya terus tanpa mengisi keperluan pangkalnya dahulu..

Jika anda mahu berjaya di dalam Clickbank, anda perlu memahami apa itu program affiliate, bagaimana melakukan link cloaking, perlu tahu guna perisian FTP seperti Filezilla dan perlu tahu menggunakan perisian web editor serta sedikit asas HTML.

Usahlah begitu terpengaruh dengan janji-janji manis yang anda boleh hasil itu dan ini. Semua mereka yang menjanjikan itu sudah berada di tahap yang tahu apa yang saya contohkan tersebut. Tapi jika anda tiada asas tersebut, amat dan teramat begitu sukar untuk menjana pendapatan di internet.

Tiada jalan pintas, tapi anda boleh membina jalan pintas tersendiri iaitu dengan BELAJAR & MEMAHIRKAN DIRI terhadap perkara-perkara yang wajib diketahui dahulu.

Ingat, jika mahu mendapat buah yang sedap, kita perlu menggunakan benih yang baik, tanah yang sesuai, perlu dibaja dan disiram dengan air. Biar pokok tumbuh dengan baik dahulu dan lama kelamaan akan terhasillah buah yang diidam-idamkan.

Kebanyakan mereka yang manis janjinya amat jarang menyatakan anda perlu melakukan proses tertentu dahulu. Mereka hanya berbicara mengenai buah, tapi tidak pada prosesnya. Mereka tidak membimbing bagaimana memilih benih pokok yang baik, tanah apa yang sesuai dan bagaimana cara menjaganya sehingga terhasil buah yang ranum dan sedap dimakan.

Tapi kadang-kadang, yang membeli panduan pun turut bersalah. Mereka tidak mahu melalui proses tersebut sebaliknya mahu terus memetik buah.

Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Di manakah dan apakah tahap kita sekarang? Jika kita tidak tahu penggunaan tools yang penting seperti yang saya contohkan di atas, maka kita perlu belajar dahulu. Jika kita sudah tahu semua itu, maka kita perlu belajar mengenai model perniagaan internet yang mahu kita ceburi. Kemudian barulah mudah untuk berusaha dan kemudian mendapat hasil..

Analogi lain bagi perkara ini adalah seperti sebuah kereta yang kita gunakan untuk ke satu destinasi. Jika kereta itu tidak cukup minyak atau ada kerosakan, sudah pasti kita tidak akan sampai ke tempat yang dituju. Tetapi jika kita baiki dahulu kerosakan itu dan kita isi minyak dengan jumlah yang sepatutnya, kita akan sampai…

Tetapi kita juga perlu menempuh sebuah perjalanan dahulu sebelum sampai ke destinasi. Di dalam perjalanan itu mungkin ada rintangan seperti jalan yang sesak, tayar pancit, hujan, jalan berjerebu dan sebagainya..

Inilah pentingnya kita perlu ada kesabaran di dalam melakukan proses-proses tersebut sebelum mencapai hasil atau matlamat yang dimahukan.

Jadi, jika kita mahu pergi ke Z, kita perlu melalui A, B, C dan satu demi satu sehinggalah sampai ke Z tersebut.

Anda tahu apa yang saya maksudkan. Jika kita tidak melalui setiap proses yang perlu kita lalui, kita pasti akan merasai sesuatu yang hilang dalam diri (missing something). Maka selepas itu pasti kita akan tercari-cari apa yang hilang tersebut. Inilah padah jika kita tidak melalui proses satu persatu.

Bersabarlah di dalam sebarang usaha. ALLAH menjanjikan kejayaan bagi mereka yang banyak bersabar (disertai dengan solat yang sempurna dan khusyuk).

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “Setiap Sesuatu Memerlukan Proses

  1. Assalamualaikum.

    Menarik.

    Saya tertarik dengan kata2 saudara Zul mengenai pengetahuan dan analogi yg perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum memulakan mane2 model bisnes Internet.

    Malah saye rase dalam bisnes offline pun artikel seperti ini sesuai.

    TQ. 🙂

    1. Yup. Apa saja perkara pun ada proses dia. Macam makananlah. Sebelum boleh dimakan, ada proses-proses dia termasuk perlu dimasak dulu. Mana ada makanan terus wujud macam tu jer. 😀

  2. Setelah hampir 3 tahun belajar tentang internet marketing, baru saya dapat merasai RM pertama pada bulan Jun baru-baru ni…

    Dah macam-macam ebook panduan yang dibeli. Bila dah terbit produk sendiri dan dapat merasa RM1, baru kita nampak jalan dalam IM ni.

    Dalam kes saya ini, peringkat yang paling penting adalah 3 tahun pertama tersebut. Kalau mudah putus asa, sudah tentu saya akan termasuk dalam golongan 90% yang gagal dalam IM.

  3. Salam

    Moga saudara dalam keadaan sihat.

    Hah, saya setuju 200 % dengan artikel diatas kenapa sesetengah orang (Termasuk saya kot :-] ) masih tidak mampu menjana pendapatan dalam sesuatu model perniagaan.

    Macam juga diri kita sebelum kita pandai berjalan, kita kene pandai merangkak sebelum pandai merangkak kita kene pandai mengular. So maksudnya di sini sebelum nak mecapai sesuatu tahap yang tinggi kita kene melalui beberapa tahap yang rendah.

    contoh kalau nak membuat duit melalui blog, perkara pertama kita kene tahu buat blog, kedua kita kene tahu apa topik yang kita nak buat, pastu hasilkan post2 menarik, pastu bagi cantik skit blog kita pastu baru lakukan promosi untuk menarik trafik. Baru orang boleh beli produk kat blog kita.

    p/s Saya nak ucap ribuan terima kasih pada saudara kerana product kit blogger saudara membuatkan saya dapat menghasilkan satu blog. Walaupun saya beli dari produk yoji tapi ebook saudara membuat saya dapat memulakan langkah pertama saya. Kalau saudara free, sila bg nasihat tuk blog saya. terima kasih.

  4. Fuuuh… hebat artikel ni, cukup membakar semangat. Saya sangat setujuh dengan saudara Zul. Kita kena lalui ‘kegagalan’ supaya kita lebih matang dari kemarin.

  5. mulakan dengan membaca. Insya-Allah. Kita akan dapat apa yang kita nak. Mungkin ia lambat. Mungkin ia cepat. Tapi kalau kita tak mula membaca dan ambil tindakan, takde apa-apa yang kita akan dapat..

  6. Sebenarnya
    bukan senang nak senang
    bukan susah nak susah
    yang penting setiap langkah yang kita mulakan
    mesti ada kesabaran

  7. Saya begitu tertarik dengan perenggan yang ini

    “Jadi, jika kita mahu pergi ke Z, kita perlu melalui A, B, C dan satu demi satu sehinggalah sampai ke Z tersebut.”

    Entri ini sangat menarik dan amat kena dengan diri saya. semamngnya saya sebelum ini hanya lihat pada buah “hasil” tidak pada tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil. Hasilnya habuk pon tadak.

    Saya akui kebenaran setiap sesuatu memerlukan proses atau “fitrah” jadi untuk mendapat hasil dan kekal kita perlu melalui semuajalan yang sepatutnya. Barulah hasil yang diperolehi berkekalan.

    Tiada jalan mudah untuk kaya. Saya dalam proses untuk mencari ilmu untuk memantapkan diri. Mudah mudahan akan dapat apa yang dihajati.Amin.

  8. ada jugak beli ebook kt internet.. komen sy ialah kebanyakan ebook hanya tangkap muat, sekadar produk untuk mendatang hasil kepada pemilik ebook tersebut. Maklumat yg diberikan adalah umum yg semua org dah tahu.. bg yg dah ada background IT, itu hanya satu pembaziran..

  9. sabar dan fokus..
    rasanya 2 benda nie yang sangat kurang dlm diri kebanyakkan pembeli ebook…
    kebanyakkannya tak sabar, nak lihat hasil cepat..tanpa mahu melalui proses …
    Bila dah tak dapat bersabar (sbb lambat dapat hasil), seseorang akan beralih arah ke model perniagaan yang lain, maka di sini hilanya FOKUS..
    Kenapa orang yang solat dengan dengan khyusuk berjaya? kerana dalam solat yang khusyuk, adanya SABAR dan FOKUS yang tinggi..betul ke?

    sekadar memberi pendapat

  10. Saya sangat bersetuju dengan artikel yang zul tulis. Saya juga ada menulis mengenai perkara yang sama di blog saya. Terima kasih kerana membongkar rahsia sebenar disebalik kejayaan seseorang IM.
    Yup, memang bukan senang nak mencapai kejayaan tanpa usaha yang gigih,lebih-lebih lagi bila kita baru hendak bermula dan tidak tahu banyak perkara.

    saya juga mengalami perkara yang sama 😉 tetapi saya selalu memotivasikan diri dengan mengatakan “saya semakin hampir kepada kejayaan,insyaAllah” setiap kali saya rasa “down”. Saya selalu ulang kata-kata ini dalam hati saya dan saya semakin bersemangat untuk teruskan usaha saya semula.

    Pokok pangkalnya adalah, adakah kita sanggup belajar sesuatu perkara tersebut dengan tekun dan sabar? atau terus menyalahkan dan mencemburui kejayaan orang lain tanpa usaha dan tawakkal dari diri kita sendiri. tepuk dada tanya hati kita.

    “anda buat, anda dapat” pinjam tag Ustzh Siti Norbahyah 😉

  11. bergitu juga saya……bukan senang hendak berjaya…kadang2 hampir putus asa……macam dah tk percaya lagi bidang mencari duit diinternet…..tapi betullah kata orang, memang perlu byk bersabar, cuba dan cuba..akhirnya akan membuahkan hasil juga…..

  12. Salam semua,

    Artikel yg cukup menarik menyentuh sesuatu yg jarang2
    bakal usahawan internet fikirkan. Dulu saya seorang yg amat
    dahagakan ilmu dan pelik mengapa tidak berjaya menghasilkan
    sebarang pendapatan di internet walaupun beratus ringgit membeli
    pelbagai ebook.

    Sekarang saya jarang2 membeli kerana mula sedar proses
    perjalanan utk ke titik kejayaan mendapat RM yg pertama adalah
    amat penting selain dr fokus macam Zul tulis.

    Saya memang terlalu memilih membeli ebook sekarang ni dan
    dah agak lama saya tdk beli sebarang ebook kerana rata2
    ebook yg dijual sekarang ni menjanjikan ‘buah yg sudah masak’
    bukan benar2 menyemai benih.

    Maaf bukan saya menghalang kawan2 semua beli ebook tapi
    buatlah pilihan yg tepat dan muhasabah diri kita adakah kita
    benar2 bersedia dan sudah menempuh proses ke arah yg kita
    inginkan.

    Alhamdulillah dgn nasihat Zul dan IM2 lain saya dah pun berjaya
    mengahsilkan RM pertama malah lebih dr itu.

    Saya sedar prosesnya masih belum berakhir maybe belum
    sampai ‘Z’ cuma baru sampai ‘K’ atau ‘M’ jer kalau dianalogikan
    kpd huruf abjad macam Zul tulis.

    Ok sekadar perkongsian pengalaman utk kita berniaga di internet
    semoga para newbie sedar dan wajib pelajari proses seperti
    yg Zul perkatakan.

  13. Salam bro smartzul..

    satu post yang cukup memberi kesan kepada newbie2 IM di Malaysia ni..saya setuju sgt dgn pandangan bro smartzul..sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya..setiap dugaan dan cabaran yg ditempuhi akan menjadi pengalaman hidup yang berguna pada masa depan..orang yang tak pernah gagal adalah org yg sukar utk berjaya..syabas bro!

  14. Satu analogi yang PADAT dan MUDAH difahami. Tetapi masih ramai yang sering mengambil jalan singkat untuk berjaya. Thanks Zul. Saya sering menggunakan pesanan Zul untuk perjuagan saya.

  15. Betul, nampak gaya memang masih terlalu affiliate baru, mintak maaf, kebanyakan daripada golongan kita sebagai Melayu mengambil langkah yang mudah. Seringkali mereka mengharapkan produk ‘satu click’ menyelesaikan semua masalah. Apa apa pun perniagaan, kecil mahupun besar memerlukan usaha dan dedikasi yang secukupnya. Perniagaan internet seperti affiliate blogging, dsbg. merupakan satu perniagaan yang cukup mudah. Meskipun cabaran wujud, ia jauh lebih mudah dari bangun pagi jual nasi lemak, atau jual burger tengah malam. I juga lebih menguntungkan. Yang penting ialah usaha. Terima kasih SmartZul. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *