Serius dalam Perniagaan Internet

Sudah tiba masanya untuk kita tidak bermain-main lagi atau cuba-cuba dalam perniagaan internet. Ramai yang menggunakan prinsip cuba-cuba dan meninggalkan konsep serius dan ada strategi. “Cuba-cuba” dan “ada perancangan untuk mencuba” amat jauh bezanya bagai langit dengan bumi.

Disebabkan risiko perniagaan internet yang berskala kecil ini amat rendah, maka ramailah yang memandang remeh dan tidak serius dalam bidang ini. “Ala, setakat RM50, lekat celah gigi jer”, “takper laa, RM100 tu 2,3 kali makan jer..”. Pegangan yang tidak betul ini amat bahaya dan sebab itulah ramai yang akhirnya gagal dalam bidang ini. Bukan sebab produk tak bagus, bukan sebab lain, tapi sebab perangai dan sikap yang tidak serius. Bertitik tolak dari sebab itulah maka sebab-sebab lain akan muncul dan akhirnya usaha perniagaan ranap berkecai.

Selain jenis di atas, ada juga mereka yang amat kededut. “Hmm, kat mana boleh dapatkan ‘free hosting’?”. “kat mana boleh dapat benda ni yang free?”. Maaf jika saya menggunakan perkataan kedekut ini, mungkin ia agak kasar dan membuatkan ramai yang terasa. Saya tujukan ciri kedekut ini untuk mereka yang mampu dan ada duit (modal). Kalau nak pergi tengok wayang, bukan main ligat. Kalau nak habiskan duit untuk berkotak-kotak rokok seminggu, bukan main laju. Kalau shopping, ratus-ratus tak kisah. Nak vote artis yang entah apa-apa, ratusan dan ribuan ringgit dah tak kisah. TAPI, kalau untuk ‘buat duit’ dengan bisnes, habis pusing satu dunia internet untuk dapatkan benda yang percuma atau sesuatu yang mudah (magic).

Kenapa ini berlaku? Sebab tiada sikap yang serius dan hanya nak duit semata-mata.

Walaupun anda melakukan perniagaan internet ini secara part-time, anda tetap perlu serius dan jauhkan sikap cuba-cuba dan main-main. Sebaliknya, lakukan sesuatu dengan perancangan yang rapi dan tersusun. “Alahai zul, boring giler bab-bab ni..”. Ya, ramai yang malas nak fikir-fikir dan rancang-rancang.. Ia agak memboringkan. NAMUN, analogi di sini adalah, membina sebuah bangunan tanpa perancangan, maka bangunan itu akan mudah runtuh, retak sana-sini dan tak berkualiti. Maka keluarlah dalam berita dan akhbar akan isu ini, sampai Sammy Vellu naik pening.. 😉

Berbeza dengan sebuah bangunan yang dibina berdasarkan perancangan yang rapi untuk struktur fizikalnya, pengurusannya, prosesnya dan lain-lain, bangunan itu bukan hanya tersergam indah, malah kukuh dan bertahan lama. Tak perlu cat baru kerana ia menggunakan cat yang memang berkualiti dan tahan segala jenis cuaca. Penghuni bangunan itu puas hati, selamat, bahagia dan selesa…

Itulah analogi sebuah perniagaan internet yang dibina berdasarkan main-main (tidak serius) berbanding dengan perniagaan internet yang dibina dengan perancangan yang baik. Benarlah kata pepatah, “ramai manusia memang selalu merancang untuk gagal dan gagal untuk merancang..”.

Susah ke nak merancang? Berikanlah sedikit masa untuk fasa perancangan kerana ia yang menentukan jatuh bangun perniagaan anda. Jika tidak tahu, rujuklah mereka yang tahu. Belilah buku dan sertailah bengkel atau seminar yang berkaitan (tak semestinya bengkel ebiz..). Selagi anda tidak belajar untuk merancang, selagi itulah anda menghadapi risiko yang tinggi untuk gagal dalam perniagaan.

Jika anda serius dalam ebiz, LUPAKAN free hosting, free tools dan benda free yang berkaitan. Jangan jadikan perniagaan anda seperti bangunan yang mudah retak di sana-sini jika ingin hidup selesa dan berjaya.

Wassalam.

PS. Bengkel perniagaan ebizmalaysia.com akan diadakan pada 24/2/07 ini di UKM Bangi. Pendaftaran akan dibuka dalam masa yang terdekat. Jika berminat, sila bersedia.. 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Serius dalam Perniagaan Internet

  1. Tiada benda percuma dalam dunia ini!! 🙂 Hendak mula berniaga mesti menggunakan modal. Untungnya anda yang ingin memulakan perniagaan internet ini kerana modal perniagaan ini tidaklah sebesar mana, dibandingkan anda ingin membuka perniagaan kedai runcit, warong dll. Tapak warong sebulan dah berapa!?? Berbanding web hosting hanya berapa RM je sebulan.

    Jika serius hendak berniaga internet, usah takut hendak melaburkan sedikit modal untuk impak perniagaan internet anda! Campur dengan ebook SmartZul ini (panduan asas membina blog), saya dah mempunyai 10 ebook yang saya beli melalui internet, untuk mengembangkan pengetahuan perniagaan internet saya 😉 . Alhamdulilah.. kini saya dah reti buat blog menggunakan wordpress 🙂

  2. betul tu….tiada yang percuma di atas dunia ni………..sikap yg tidak baik ialah tak mahu keluarkan duit/modal tapi keuntungan ndak berjuta-juta ringgit dalam sekelip mata pulak tu dan tak mau berusaha lebih sikit ….. sikap-sikap seperti ni merupakan satu sikap bangsa yg tidak maju. Keluarkan modal, usaha lebih sikit, bersemangat dan lillahi ta’ala, insya-allah berjaya. Bidang perniagaan ni seumpama lautan yg luas berbagai dugaan dan cubaan akan ditempuhi kalau tak bernasib baik berjumpa jerung ganas kalau bernasib baik berjumpa ikan duyung, tinggal kepandaian (ilmu),keazaman dan doa utk menghadapi semua itu, insya-allah berjaya punya.

  3. zul, tq for info.

    thn 2007 ni, amat saya kenang dlm hidup saya kerana;

    1. mula mengenali ebiz, rupanya boleh buat duit dgnnya. walhal sebelum ini saya hanya menggunakan internet utk tujuan yg lain. kini, semuanya berubah dan banyak manfaat yg saya dpt drpdnya. doa saya agar saya akan senantiasa konsisten dlm perniagaan internet ini.
    2. terasa masa 24 jam sehari, begitu berharga bagi saya skrg, kerana jika ada masa terluang, pastinya saya akan mendalami ilmu ebiz ini.

    tidak serius,
    teringat pula kpd mereka yg gagal dlm membuat MLM, hasil kajian didapati mereka ini tidak membuat/melaksanakan/duplicate apa yg jutawan MLM buat. bila gagal, mereka hanya mengatakan yg MLM tu payah/susah/perniagaan yg tak bagus. walhal, mereka tidak kaji dan buat dgn serius semua langkah/keadah untuk menjual produk dan menaja.

  4. Azam saya tahun 2007 nie agar dapat melancarkan web site saya yang pertama yang tertangguh dari tahun lepas. Saya dulu langsung blur tentang e-biz nie tapi sekarang alhamdulillah dah nampak camner fungsinya.

    Lagipun saya seronok sebab bila belajar e-biz nie mcm main catur. Maksud saya penuh dengan teka-teki. Bila dapat selesaikan sesuatu masalah tu fuh bestnya.

    Nak tahu camner bestnya cuba tanya orang yang gila main catur.. he2 🙂

  5. Benda apa-apapun, bila buat kenalah serius…apatah lagi internet biz yang kalau kita tak disiplinkan diri, memang nampak macam main-main. Apatah lagi di luar sana ramai yang skeptikal dengan internet biz ni

  6. perniagaan internet nie perlukan modal juga sebenarnya, tapi tak banyak modal diperlukan…
    masa dulu sy reti, main games je depan komputer, skrg nie baru nak berjinak2 dunia ebiz ni tapi masih belum terlambat bagi sy & bagi anda semua ..berusahalah 🙂

    apa lagi, mulakan sekarang 🙂

  7. Betul tu sikap tidak serius tidak mendatangkan apa2 hasil. Sebenarnya saya seronok belajar sesuatu ilmu dari blog Zul yang asing bagi saya sebelum ini.

  8. hi semua..shueqry here..pada pendapat saya, buat bisnes internet ni, boleh bermula dengan tanpa modal juga, misalnya Google Adsense..bila saya baca buku Sham, rupanya boleh guna sumber percuma utk jana wang adsense, misalnya blogger dan free blog yang lain..tapi, lebih ok kalau jual produk / servis melalui webpage sendiri yg ada domain, hosting dan automated..

    keseriusan bergantung pada diri masing2, apa niat buat bisnes internet ni, semata nak duit atau..passion, minat mendalam dan ‘total weirdness’..

    bagi diri saya, saya berbisnes internet sebab passion..duit perkara kedua..memang kita smua perlukan duit, tapi kata Richar Templar dalam bukunya The Rules Of Wealth, biar kita bekerja bukan sebab duit, walaupun sebenarnya memang perlukan duit..Azizi Ali pula kata, buat apa yang kita suka dan duit akan datang kemudian dengan sendirinya, dalam bukunya Jutawan Ekstreme..Irfan Khairi kata begitu juga.

  9. Betul la tu en. zul, saya setuju… dan saya hargai sgt segala tunjuk ajar, nasihat dan semangat yg diberikan. Yg kat atas2 ni sumenya dah berjaya dan da ada blog sendiri. Saya lak sejak 1 jan 2007 masih lg menimba ilmu2 dari mana2 sumber yg saya dpt. Da beli sikit2 ebook. Tp Panduan Asas WordPress lom beli lg. Bila bole saya beli ek? asyik dlm KEMASKINI jer! Saya mmg x tau apa2.. bukan blur lg.. blank! so kena belajar step by step! what to do! itulah saya! Da sebulan x tido.. study jer! lom jugak melangkah.. terasa ceteknya ilmu yg dimiliki.. terimakasih coz byk membantu selama ini…

  10. hmmm… macam mana nak serius kalo kerja hanya sambil lewa? seserius manakah kita untuk berjaya dalam kehidupan sebagaimana anda pulun berdepan dengan exam spm masa sekolah dahulu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *