Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Serikandi Usahawan Internet Malaysia

** Automatik post lagi.. :)

Selama ini, kita hanya melihat dan mendengar serta membaca kisah-kisah usahawan internet Malaysia, tetapi kesemuanya kaum lelaki! :) Tetapi, di dalam sedar tak sedar, kita mempunyai juga usahawan internet yang walaupun sibuk dibadai waktu, sebagai si ibu / isteri yang jadual harian amat ketat, namun ada di kalangan mereka meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan pendapatan di internet.

InsyaAllah, saya akan ‘menemui’ mereka satu-persatu untuk mendengar dan mengetahui apa yang ada pada hati mereka sebagai seorang wanita yang walaupun sibuk, tetapi tetap berusaha untuk menambah pendapatan melalui internet. Di kalangan mereka ini, ada yang sepenuh masa melalukan bisnes dan ada yang sebagai sampingan.

Apa yang akan saya kongsikan nanti, bukanlah cerita kejayaan mereka, tetapi jalan pertama yang mereka lalui di dalam menceburi bidang ini. Apakah matlamat mereka, tujuan mereka, mengapa, dan perkara-perkara asas lain yang amat penting dibincangkan bersama. Moga tulisan saya nanti memberikan manfaat dan rujukan kepada kaum hawa yang lain yang turut sama berminat untuk menjadikan internet sebagai sumber pendapatan, lebih-lebih lagi anda sebagai suri-rumah sepenuh masa. Internet, amat sesuai untuk anda. :)

Wassalam, jumpa lagi.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



9 Responses to “Serikandi Usahawan Internet Malaysia”

  1. Mr B says:

    pergh, lawalah pop up yang turun dari atas ke bawah tu zul, ada tips2 tak camner nak produce pop up sempoi camtu ?

  2. fauzan says:

    saya harap hasil pertemuan zul dgn mereka dpt dikongsi dlm blog ini…:)

    http://toppayinglist.blogspot.com/
    - Blog Money

  3. Aleen says:

    Alahai adik akak…yang nilah akak tunggu selama ini… “True Story” dari kaum hawa… Akak cukup terharu dengan usaha Zul untuk menjejaki insan2 ini. Terima kasih daun keladi…cepat-cepat le menjejaki mereka2 ini dan men’story’kan kat sini ye… :)

  4. abdfatah says:

    yeaa… kaum wanita jugak perlu bergerak aktif untuk membina perniagaan internet mereka. hasilnya kita telah dapati ramai wanita bangkit dengan blog2 mereka yang tersendiri… dan juga webisite yang boleh dikatakan kiut2 sebagaimana citarasa mereka sebagai wanita…

    oh wanita idaman hatiku… manakah dia???

  5. Han says:

    kalau dikira, wanita online lebih ramai…
    jadi mereka boleh jual produk wanita…
    mcm shuht jual set wanita selepas bersalin,…

    han

  6. abdfatah says:

    okeh jugak kalo ada golongan wanita yang aktif berniaga dalam talian. sekurang2nya memberikan semangat kepda wanita lain untuk bergerak aktif bersama2 dalam dunia perniagaan online… wanita bukan calang2 kalo dah mahir dalam ebiz yang mereka ceburi…

    • Han says:

      betul tu abdfatah…
      sekarang ni, wanita pun ada yang lebih berjaya dari lelaki…
      wanita juga setaraf dengan lelaki sekarang ni…

      kerja lelaki pun ramai wanita yang buat dah sekarang ni…hehe

      han

      • abdfatah says:

        han, kita ni memang kena usaha lebih jugak untuk berjaya. mereka yang bernama wanita nih punya semangat waja kalo dah bangkit dari kekalahan silam. dia punya power ini macam! thumb thumb! betul ke eja gitu…? eh nampak ke ini macam tu? tanda bagus laaa dua kali ganda bagus…

        hek eleh… yeaa… memang bagus dan mantap.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)