SEO Secara Mudah

Ramai yang bertanya saya. “Zul, macam mana blog awak dan juga bebarapa laman web yang awak buat dapat top ten bagi carian menggunakan keyword pilihan ramai?”.

Sebelum saya menjawab, saya ingin nyatakan bahawa, kadang-kadang saya berasa pelik juga dengan enjin carian, kerana benda yang kita tidak sangka kekadang boleh berlaku dan di luar pengetahuan kita. Ok, kita lupakan dulu perkara pelik ini.

Saya akan kongsikan beberapa tip dan teknik SEO yang begitu mudah! Kebanyakan orang dah tahu benda ni, cuma mungkin laman web saya ada kelebihan lain kot. hehe..

Tip 1# Title Tag Laman Web

Title atau tajuk laman web ADALAH ‘rahsia’ saya selama ini. Ya, betul! Tak tipu. Bahagian inilah yang saya utamakan setiap kali proses pembangunan sesebuah laman web. WAJIB!! Tetapi timbul persoalan di sini. “Zul, saya dah buat, tapi kenapa still tak dapat top ten atau at least page 2 dan 3 di senarai carian?”. Jawapan saya mudah, title tag hanya satu bahagian sahaja. mari kita tengok bahagian penting yang lain.

Satu laman web di mana content-nya berbahasa inggeris yang saya buat untuk partner saya, top ten di yahoo dan kadang-kadang di google. Dapat bersaing dengan laman web bahasa melayu yang lain. Saya hanya optimize title tag dan meta tag sahaja. Kandungannya adalah english! Tapi kenapa boleh bersaing dengan web berbahasa melayu lain yang penuh dengan content atau kata kunci bahasa melayu? Sebab web lain tak ada title keyword tersebut. πŸ˜‰

Tip 2# Nama Domain

Huhu, nama domain smartusaha.com langsung tak ada keyword ‘perniagaan internet’. Tapi bila search di google dan yahoo, kenapa blog saya yang nama domainnya tak ada pun kata kunci itu boleh berada top ten di enjin carian? Tapi tak apa, kepada yang baru nak beli domain, pastikan nama domain anda sama dengan topik atau niche anda.

Sebuah laman web client saya, yang tidak ada apa-apa artikel (cuma sales letter), tapi top ten di yahoo dan google. MENGAPA?? Sebab nama domain. Tapi ingat, kalau setakat ada nama domain tapi lain-lain aspek seperti kandungan anda tidak masukkan, jangan harap nak dapat tangga top ten. πŸ˜‰

Tip 3# Kerapkan penggunaan kata kunci yang KERAP orang gunakan di enjin carian.

Sebagai contoh, ‘perniagaan internet’ digunakan lebih dari 300 carian sebulan di yahoo atau mungkin 3 kali ganda di google. Tetapi ingat, jangan terlampau-lampau menggunakan kata kunci yang sama. Berpadalah.. Cara saya, setiap kali saya menulis artikel / post di blog ini, saya akan ulang beberapa kali keyword tersebut.

Note: Jangan syok sendiri dengan kata-kunci ciptaan dan rekaan sendiri. Kalau nama domain anda akupunyasukalah.com dan anda cari di google menggunakan kata kunci ‘aku punya suka lah’, confirm anda no 1 (biasanya). Tapi percayalah, anda sorang je yang guna keyword tu. Lainlah jika domain anda adalah jenama anda yang sudah terkenal seperti amazon, maybank, adidas dan lain-lain.

Tip 4# Bold-kan kata kunci

Jika anda perasan, saya kekadang bold-kan atau tebalkan kata kunci di dalam penulisan saya, seperti: perniagaan internet. Apabila kita lakukan sebegini, enjin carian akan menganggap kata-kunci itu adalah perkara penting yang ingin disampaikan oleh content tulisan kita.

Tip 5# Kurangkan artikel atau tulisan orang lain

Sepanjang yang saya tahu, enjin carian boleh tahu artikel di laman web anda asli milik anda atau sekadar copy & paste. Cara saya, jika saya ingin menulis mengenai sesuatu, saya akan membuat ulasan pendek sendiri dan akan link-kan jika perlu ke laman artikel berkaitan. Mengapa perlu kurangkan? Jawapan saya adalah soalan ini: Berapa ramai yang menggunakan artikel yang sama tersebut untuk laman web mereka? Itu adalah pesaing laman web anda! Bukan tidak boleh letak artikel orang lain, malah kadang-kadang digalakkan. Pendek kata, berpada-pada. πŸ˜‰

Tip 6# Niche

Hehe, tak habis-habis niche. Penting sangat ke benda tu? Ya, tak penting. TAPI TER-SANGAT PENTING!! Buat laman web yang kurang orang buat bagi sesuatu topik. Inilah RAHSIA TERBESAR kejayaan ramai usahawan internet –> NICHE. Seperti contoh yang saya ceritakan, seorang client saya mempunyai sebuah laman web yang niche. Hehe, carian keyword tu amat banyak juga. Dan… Laman web dia sentiasa top ten dan setiap hari ada orang subscribe newsletter di laman web beliau. πŸ˜‰ Sebab dia sorang jer betul-betul fokus pada topik tu kat Malaysia ni.

Tip 7# Jangan main ILMU HITAM

hehe, orang kata, jangan main api kalau takut terbakar. Ya, anda jangan gunakan teknik SEO yang menjadi pantang enjin carian. Sekali dikesan, mereka boleh terus ban atau sekat kemasukan laman web anda ke dalam database carian mereka selama-lamanya! Jangan buat hidup anda merana dan menangis tak ber-air mata.. Apakah contoh teknik hitam tersebut? Anda boleh cari di google. πŸ˜‰

Tip 8# Apabila sudah niche, jangan ‘main’ benda lain

Laman web Cik Ayu sudah niche, pasal nasi lemak jer. Tapi Cik Ayu rajin menulis. Semua ditulisnya. Pasal bola, pasal artis, pasal filem, macam-macam. Semua ada.. Elakkan hal ini. Blog saya 90% sentiasa berkaitan dengan perniagaan internet. 10% lagi perkara lain namun saya buat twist sikit. Twist? hehe, harap2 betullah ejaan tu yer.. Yup, kalau saya sentuh pasal sadaqah katakan, saya akan kaitkan dengan usahawan internet yang sejati. Ya lah, usahawan yang baik, dia tak lupa ber-sedekah bukan? πŸ˜‰ Saya tetap gunakan kata kunci yang berkaitan dengan keusahawanan internet di dalam topik yang tidak berkaitan.

Berbalik kepada tip no 8 ni, cik ayu rajin sangat. Walau nama domain dia katakan nasilemakmelayu.com, dia dah pilih niche nasi lemak melayu jer, namun kasihan. Kenapa susah nak dapat top ten yer? “Tu la kak ayu, nama domain nasi lemak, tapi yang pi citer pasal artis, huburan, filem, gosip, kenapa?”. Tak ada kaitan langsung dengan nasi lemak”. Hehe, cik ayu tu nama rekaan saya jer. Mengapa anda perlu fokus pada niche anda dalam penulisan, sebab keyword yang berkaitan dengan niche akan membantu laman web anda terpilih di hati enjin carian. πŸ˜‰ Enjin carian adalah bijak!! Ia boleh tahu laman web mana yang banyak content yang berguna untuk orang yang sedang mencari bagi keyword tertentu.

Tip 9# Meta-Tag

Maaf, sepatutnya saya letak tip ni paling awal. hehe.. Tapi saya dah sentuh sikit kat awal tulisan ni pasal meta-tag. Ada orang kata, tak buat meta-tag pun takper, buat pun boleh. Tapi saya lebih suka buat, sebab walau 1% sahaja kesannya, ia tetap membantu bukan? Contoh:

<meta name="description" content="Nasi Lemak Melayu Johor">
<meta name="keywords" content="nasi lemak, melayu, johor, resepi, petua, tips">  

Letak di dalam tag <'head> dan <'/head> di dalam kod HTML laman web anda. Hehe, belajarlah HTML yer. πŸ˜‰

Tip 10# Isi kandungan / artikel / tulisan

Banyakkan contents / kandungan di dalam laman web anda. Ya, pepatah ada mengatakan, sehari selembar benang, lama-lama jadi bukit. Blog saya telah melebihi 100 lebih tulisan dan 600 lebih komen, berkisarkan perniagaan dan keusahawanan internet. Penulisan bermula September 2005. Sebab tu google dan yahoo sukakan blog ni. πŸ˜† Saya ulang sekali lagi, fokus dan tumpu pada keyword yang berkaitan dengan niche anda sahaja dan banyakkan kandungan / artikel.

Itulah beberapa tip dan ‘rahsia terpendam’ saya, mungkin di lain kali boleh cerita cara-cara lain. Anda cuba 10 cara di atas, dan beritahu hasilnya kepada saya nanti. Pokok pangkal, bersabar! Jangan main kotor.. πŸ˜‰

Wassalam.

PS. 10 tip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin ia tidak tepat atau tidak useful? Mungkin anda lebih pakar dan tahu daripada saya. Dan ingin saya tekankan, saya hanya berkongsi, dan bukan menjanjikan sesuatu. Tak salah mencuba, tapi salah kalau tak mencuba. πŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

43 thoughts on “SEO Secara Mudah

  1. pengalaman tu lah yang mahalnya en zul.. sejak balik seminar Mr Zul kita dah tersampuk keyword ‘niche’..sampai termimpi2.. he he.. itu lah namanya ‘passionate’ with work..bravo

  2. Satu lagi kalau saya boleh tambah (masih dalam kajian) tapi saya rasa efeknya betul, sebab saya dapat lihat pola2 nya dalam laman-laman web milik Team SaifulSham:

    Smartusaha naik sebab 2 ada dua laman web yang dioptimisasi dalam satu domain.

    Smartusaha.com
    Blog Smartusaha.com

    Satu kelebihan yang tiada dalam SaifulSham.com dan juga pesaing2 utk keyword “perniagaan internet”

    Bila saya renung balik, itulah sebabnya saya nak juga peserta seminar saya ada blog dalam domain yang sama. Supaya diorang dapat 2 website dalam satu domain.

    Ini apa yang saya nampak, setuju Zul? πŸ™‚

    p/s: sorry kalau Zul dapat komen ni 2 kali. Tapi saya tak puas hati plugin Zul ni, dia kata saya tak pass math! Grrr…. 2+10=12 la kan? Ades… πŸ˜‰

  3. BETUL Sabri, itu satu lagi tip yang saya tak dedahkan. Bukan tak nak tulis, tapi yg 10 tu basic yg saya buat.

    Ya, bila kita ada dua web mcm tu, at least blog atau subdomain kita akan turut sma di-optimisasi.

    Dalam kes lain, kalau portal saya no 1 dan blog saya tak berada di top ten, saya tak risau, sebab saya ada link kat portal tu ke blog saya.. πŸ™‚

  4. yg zul citer ni on-page optimization. apa yg kita leh wat utk optimize page internally. ada pulak off-page optimization di mana kita dapatkan QUALITY links from website lain. nak dptkan link pun ada cara..

    nak tambah sket lagi, pasal cross links dalam website kita pun penting. dari satu page ke page yg lain terutamanya dari main page ke page lain dlm website. kalao siapa2 tulis blog tak perlu worry sgt sbb biasa blog mmg dah SEO friendly πŸ™‚

    nak tambah lg, tapi apa yg zul kasi dah memadai la kot.. nnti kalo nak tau lagi kena beli buku SEO .. hehe

  5. Nak tanya boleh tak ?

    Kalau kita ambil artikel kat website orang lain (yang bukan dari articlecity.com dan website artikel free seumpamanya) boleh tak ?

    Susahlah…nak cari artikel bahasa melayu, takat ni.. banyak artikel kat http://www.sydinar.blogspot.com

    boleh ke kalau kita ambil artikel dari diaorang?

  6. Pingback: Raja Blog.info » Blog Archive » Seo Cara Mudah
  7. Saya ada satu ebook mcm mana nak bagi google index page dalam tempoh 24 jam. Tapi saya kena cari kat dalam laptop saya jap. Banyak sangat ebook. Mana ntah letaknya. Tapi saya dah baca. Sabar yer. Saya belum praktik lagi sebab saya ada banyak benda nak buat. Satu-satulah yer. Macam yang zul katakan, kena didiplin, tak boleh gelojoh. Tunggu komen saya nanti. Sekarang pukul 2.10 pagi masa saya post ni. Tungguuuu….

  8. You’ve shown to be an excellent IM Guru. And your examples are everywhere in your own blog. Bravo Cikgu Zul!

  9. haha… jual cara online bleh jugak. itulah pentingnya kesabaran. belajar dan terus belajar. berapa tahun baru boleh anda berlari jika anda tidak mulakan dengan meniarap dan merangkak dan berjalan…

  10. seo adalah sebahgian dari cara untuk mendapatkan ranking dalam SE untuk senarai teratas atau muka depan google yang seringkali jelus sekal-sekala dengan pencapaian topten website2 yang ingin tersenarai dimuka depan google…

    gunakannya dengan sebaik mungkin agar mendapat tempat di hati pakcik google dengan jayanya…

    1. abdfatah,
      SEO bukan benda yang senang…
      kita kena terus belajar sebab SEO sentiasa berubah…
      kalau tak salah saya, sekarang ni google nak yang lebih terperinci…
      saya pun tak reti nak terang kat sini…
      setakat tahu sikit2 tu boleh la…

      kalau nak tahu banyak kena pergi ke wangcyber.com lah…

      han

  11. saya pun sedang belajar utk tingkat kan skill SEO ni…
    masih banyak lagi yang tak tahu…
    kenalah tambah lagi ilmu untuk jadi lebih pakar…hehe..

    han

  12. 1st of ol, saya pun pelik ngan enjin pencari nih! huhuhu…

    thanks Zul, tip ni nampak simple, tapi superb! bila blog saya dah ‘bangun’ nanti… akan saya perguna sebaiknya kesemua tips nih! musti!!! huhuh…

    dan juga… kena cari niche yang superb! emmm… apa lagi niche yang superb ek… kena banyak pikir nih….

    emmm… bab ‘jangan main ilmu hitam’ tuh… keyword nak search kat google… apa ek…? teknik hitam ker…? harap dapat membantu. πŸ™‚ dan kalau boleh diberi link yang berkait dengannya… πŸ™‚

    rumus saya, bab SEO ni, adalah bertujuan untuk bagaimana nak tarik lebih tinggi traffik ke laman kita… segala apa yang dilakukan… kena ada kepentingan dalam bab SEO ni sendiri… dan, bab SEO ni cam nak ‘bodek’ enjin pencari la kan… huhuhuhuhhh…. πŸ˜€

    cumanya, tak paham langsung bab meta tag tuh! huhuhuhh… banyak lagi kena belajar nih! tapi, as Zul said earlier dalam ‘baca ini dahulu’ @ pakej kit blogger yer… kena disiplin… right! so, pas ni saya akan sambung lagi membacanya… bab yang tak paham ni, saya dah notekan nak search lain masa plak…

    anyway, thanks a lot Zul! πŸ˜€

  13. 1 lagi… kalau Zul boleh tolong ar… boleh senaraikan blog2 yang niche nya kepada bab SEO ajer… cam kata Han, SEO ni sentiasa berubah2… penting sangat bab ni dalam pembangunan website @ weblog…

    kalu bleh ar…. huhuhuhhhh… πŸ˜€

    1. Sama-sama. Saya sentiasa cuba menulis dan menerangkan dengan kaedah paling asas dan mudah. Selebihnya pembaca sudah boleh faham dan kemudian cari yang lebih advance. Asas itu paling penting.

  14. Pingback: teknik seo website | Motivasi Dan Perniagaan
  15. saya blogger baru dan saya suka membaca dan mengikuti blog en.Zul kerana gaya bahasa yang tersusun dan mudah untuk di fahami serta untuk rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *