Senarai Idea Perniagaan [ebook percuma]

Saya telah menghasilkan satu ebook percuma dan diletakkan di Google Play Books. Saya sengaja meletak di sana sahaja buat masa ini untuk tujuan “eksperimen” dan juga mahu rakyat Malaysia membiasakan diri menggunakan Google Play Books.

Tajuk ebook: Senarai Penuh Idea Perniagaan

Harga: PERCUMA

Keperluan: Smartphone / tablet / Web (laptop/komputer) & kad debit

Link: Klik di sini untuk dapatkan ebook ini

Dalam ebook ini, saya berusaha untuk menyenaraikan sebanyak mungkin idea-idea bisnes yang boleh dilakukan oleh kebanyakan orang. Idea-idea adalah umum dan bagaimana ia akan dilaksanakan sama ada online ataupun offline, itu bergantung kepada kemahuan pembaca. Dalam ebook ini juga, saya sertakan sedikit tip perniagaan.

Bagi yang belum biasa dengan Google Play Books, anda perlu mempunyai kad debit/kredit untuk mendapatkan ebook di Google Play walaupun ebook itu percuma.

PANDUAN MEMBELI EBOOK / APPS DI GOOGLE PLAY

Ikuti langkah demi langkah berikut satu per satu:

1. Anda perlu mempunyai akaun Google/Gmail.

2. Selepas anda telah mempunyai akaun Google/Gmail, anda perlu mendaftar Google Wallet di https://wallet.google.com.

  • Pilih negara MALAYSIA dalam senarai lokasi.
  • Isi alamat iaitu alamat yang didaftarkan semasa anda mendaftar kad debit/kredit.
  • Masukkan maklumat kad seperti no. kad, tarikh luput kad dan kod CVC.
  • Klik Accept and Create.

3. Kemudian anda masuk semula ke bahagian Google Books dan klik Sign In. Login dengan menggunakan akaun Google tadi.

4. Mulakan proses pembelian. Bagi ebook percuma (RM0.00), walaupun anda klik Buy, tetapi anda tidak akan dicaj.

Klik di sini untuk panduan penuh cara pembelian dan pendaftaran Google Wallet.

Selamat membaca.

senarai idea perniagaan

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Senarai Idea Perniagaan [ebook percuma]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *