Senaman Otak

Otak adalah ciptaan Tuhan yang paling ajaib di dunia ini. Namun biasanya, ia tidak dapat digunakan sepenuhnya apabila kita (manusia) tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, otak tidak mampu memproses dengan lebih “agresif” dan optimum. Maka kita hanya akan jadi manusia yang biasa-biasa sahaja.

Sebagai usahawan Internet, mempunyai ilmu perniagaan, pengurusan dan pemasaran adalah satu perkara yang wajib. Ilmu ini boleh didapatkan melalui membaca buku, training dan kursus.

baca buku

Daripada kebanyakan cara, membaca adalah salah satu cara yang paling menjimatkan wang dan tenaga. Bahan bacaan tidak semestinya buku, sebaliknya boleh terdiri daripada ebook, artikel, blog yang berinformatif dan lain-lain lagi.

Semenjak bermulanya tahun 2013 ini, sudah berapa banyak muka surat buku / ebook / jumlah artikel yang anda baca? Bacaan melibatkan unsur hiburan yang tidak mampu membangunkan diri adalah tidak dikira. 😉

 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Senaman Otak

  1. Melalui pembacaan juga dapat memberi kesan kepada cara pemikiran seseorang dan ia dapat dinilai daripada tutur kata dan perbuatannya. Daripada itu juga ia dapat meningkatkan kemuliaan seseorang disisi manusia dan Allah swt.

    Dalam Al-Quran Allah berfirman ” Katakanlah anak Adam adakah sama antara orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu.. .sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar ayat 9)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *