Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Seminar Perniagaan Internet SaifulSham : Review Siri 1

Hmm, alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu, dan hari ini semoga akan dilalui dengan sebaik-baiknya oleh kita semua. Manfaatkan hari anda dengan perkara yang berfaedah.

Sabtu lepas, saya telah pergi ke seminar perniagaan internet saifulsham. Seperti yang dijanjikan oleh mereka, banyak rahsia, tips dan petua yang tidak ramai yang tahu. Lebih-lebih lagi mengenai perniagaan berbentuk produk fizikal, iaitu kepakaran utama mereka.

Sebelum saya terus menulis mengenai seminar mereka itu, ingin saya katakan, walaupun anda sepakar mana sekalipun, tidak salah jika kita pergi ke seminar sebegini walau targetnya adalah untuk newbie. Mengapa?

1. Lain orang, lain pengalaman. Teknik sama, tapi tetap ada yang berbeza. Walau ramuan sama, tapi hasil lain-lain. Dan ini terbukti setelah saya mengikuti seminar ini.

2. Melalui program sebegini, anda boleh merapatkan lagi hubungan dengan para peminat anda, jika anda seorang yang pakar dan terkenal. Tunjukkan diri anda, bahawa anda sebenarnya adalah seorang usahawan yang benar-benar wujud. :)

3. Walau anda seorang yang pakar, di saat inilah anda boleh berjumpa dengan internet marketer yang lain. Berbincang, bertukar maklumat, bahkan berbincang mengenai idea JV dan sebagainya.. Rancakkan bidang ini di Malaysia dengan JV!!

Hmm, mengapa saya tekankan kepada yang pakar-pakar atau mereka yang dah ada pengalaman dalam bidang ini?? Mengapa saya tidak tekankan kepada newbie terlebih dahulu? Terbalik bukan? Ya, pelik tapi benar. Saya bukan hanya melihat satu sudut sahaja tuan-tuan dan puan-puan (versi saifulsham, hehe), industri perniagaan internet sebenarnya bergantung kepada mereka yang telah berpengalaman atau istilah mudahnya, pakar. Dengan adanya perhubungan dan kerjasama, saya yakin kita akan lebih maju lagi. Lihatlah di luar sana, mereka melakukan JV! JV itu adalah Joint Venture, dalam bahasa melayunya, kerjasama.

Persoalan ini juga dilontarkan oleh Sabri kepada saya, “Zul, kenapa agaknya takder otai-otai yang datang ke seminar ni?”. Jawapan saya kepada Sabri, “Entahlah, namun bagi saya, walau sehebat mana pun kita, lain orang, lain pengalaman.”. Faham maksud saya? Jadi saya seru kepada internet marketer yang sedang naik, walau kita sudah tahu yang asas sekalipun, tidak ada salahnya kita menyertai program sebegini. Saya jika ada wang yang banyak, saya berkeinginan sangat untuk menyertai program sebegini walaupun asas. Banyak kelebihannya… Saya berkata, apa yang saya rasa…

Seharian di seminar tersebut, rata-rata adalah pengunjung tetap blog saya dan mengenali diri saya. Oh, begitu terharu sekali rasanya. Mereka begitu menghormati dan ingin sangat mengenali kita. Dalam kes ini adalah saya. Terima kasih juga kepada saifulsham kerana asyik dok sebut nama smartusaha jer… :)

Cukup dahulu siri satu ini yang saya tujukan untuk mereka yang sudah berpengalaman. Komen dan pandangan semua amatlah dialu-alukan. :)

PS. Anda mungkin mengenali Osman Affan 3dalam1.com, beliau menghadiri seminar ini. Duduk bersebelahan dengan saya semasa seminar. :)

PPS. Sesi kedua seminar rahsia buat duit dengan internet saifulsham akan diadakan pada 23 Julai 2006 ini. KLIK di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

10 Responses to “Seminar Perniagaan Internet SaifulSham : Review Siri 1”

  1. cikguonline says:

    Bagus pergi seminar ni walapun dah tau ianya boleh mengingatkan kita tentang perkara tersebut yg diulang berkali2 mudah ingat.

  2. anas says:

    memang mr sabri dok puji2 smartzul ni sbb beri sokongan padu kepada program seumpama ini. Act.. tak rugi curahkan ilmu mcm Team SaifulSham buat. Selalunya bila kita selalu cerita (didik) benda yang kita tahu, Dia akan bukakan ilmu kepada kita lebih banyak lagi..

  3. hasrul says:

    saya terpaksa bercuti dari seminar tahun ni… maklumlah orang rumah tengah-tengah camtu.. tu yang payah sikit tu.. walau apa pun.. banyak kelebihan pergi seminar ni.. memang banyak.. isk jelesnya..

    • Han says:

      orang rumah tak sokong ke hasrul?
      kena lah cuba buat dia faham tentang internet marketing ni…
      mungkin lepas dia faham dia tak camtu… :wink:

      han

  4. Thanks for your support. Zul adalah kalangan orang yang bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada real internet business.

    I hope to see more netpreneuer like u in Malaysia. As u joined our seminar, one year from now, hope lots of new project from you.

    Nice to see you Zul.

  5. smartzul says:

    InsyaAllah syazwan. Saya akan ikut what u teach and follow step by step pelan perniagaan 30 hari tu..

    Nice to meet you all.. :)

  6. abdfatah says:

    seminar? nak pergi seminar jugak laa. seminar memang bagus untuk memperkasakan ilmu yang telah sedia ada diperolehi sebelum ini. kalo takder seminar camana haaa…? memang beruntung kalo dah ada seminar nih… sebelum ini memang takder seminar sebegini…

    untung dan berbaloi sungguh maaaa….

  7. Han says:

    kata pakar, kalau nak berjaya mesti sertai seminar…
    saya sendri pun ada merancang nak masuk bangkel juga…
    tapi buat masa tak sempat lagi…
    takpe nanti ada masa lapang kita pergi sama2 abdfatah… :wink:

    han

Trackbacks/Pingbacks

  1. Peluang Perniagaan Internet, Usahawan Internet Malaysia Berjaya, Cari Duit, Motivasi » Hakikat 4: Anda perlu ke seminar atau bengkel

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)