Seminar Perniagaan Internet : Jom Ke Utara

Apa khabar anda semua. Semoga sihat selalu yer. Sekarang ni musim demam, sebab cuaca tak menentu.

Oklah, saya ingin ingin mengumumkan bahawa, insyaAllah pada 8 April 2007 ini saya akan ke nun jauh ke utara semenanjung Malaysia untuk Seminar Perniagaan Internet. Jadi mana-mana yang asyik dok tanya bila saya nak datang ke utara nun, haa, saya dah nak datang la ni.. 🙂

Di seminar tersebut, sayalah speakernya dan akan menyampaikan perkara-perkara asas mengenai Perniagaan Internet dan langkah-langkah membina perniagaan online ni.

Sebenarnya, saya nak relaks sekejap daripada memberikan sebarang ceramah, bengkel, seminar atau sebagainya, tetapi sebab kawan baik saya begitu berharap dan dah lama berharap, maka saya terimalah juga. Mungkin seminar ini adalah yang terakhir untuk saya ‘beraksi’… 🙂

Jadi bagi anda yang ada kelapangan dan kemampuan, bolehlah sertai seminar ini. InsyaAllah semua orang mampu membayarnya kerana pihak penganjur kata kat saya, mereka akan caj bawah RM100. 🙂 Ini adalah seminar, bukan bengkel. Maka bermaksud, ia adalah teori, bukan hands-on. Dan saya hanya akan sampaikan perkara asas sahaja dan tidak akan pergi terlalu jauh atau advance atau sentuh banyak-banyak benda. Saya nak sentuh benda-benda penting sahaja. Dan saya juga nak anda tanya soalan-soalan yang asas sahaja jika anda seorang ‘newbie’. Tak perlu pergi jauh-jauh kalau nak start ebiz pun masih keliru dan tak tahu. Target seminar ini adalah untuk mereka yang masih tak tahu apa-apa, yang sedang ‘blurr’ mengenai ebiz dan tak tahu nak mula.

Apa yang akan disampaikan adalah, model-model ebiz yang ada dan saya akan lebih fokus kepada menjual produk sendiri dan ada laman web jualan. Mengapa? Saya akan bagitahu di seminar nanti kenapa kita perlu ada produk sendiri dan laman web jualan sendiri.

InsyaAllah, dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya akan kongsi perkara-perkara penting yang perlu anda tahu. Tak perlu banyak-banyak, sikit-sikit pun dah boleh buat ebiz. Cuma pesanan saya kepada bakal peserta, pastikan, pastikan anda setkan MATLAMAT kenapa anda menyertai seminar ini dan APAKAH yang perlu anda lakukan selepas balik dari seminar. Saya menyatakan hal ini sebab, ramai orang orang datang dia tak tahu untuk apa dia datang, tak ada matlamat. Bahkan ada yang ikut kawan atau saja-saja datang. Apa matlamat anda agaknya? Haa, saya akan tanya anda semasa di seminar nanti.

Kemudian, apa tindakan yang perlu anda buat selepas seminar? Adakah sampai jer rumah, terus baling file seminar ke mana-mana penjuru rumah dan kemudian tidur. Bangun sahaja, semangat untuk buat ebiz terus hilang entah ke mana. Mudah sahaja, selepas balik seminar, anda fahamkan balik apa yang telah anda pelajari dan praktikkan. InsyaAllah saya akan berikan langkah demi langkah untuk anda bina ebiz dengan cara ‘mudah’. Lambat atau cepat, itu bukan persoalannya, tetapi yang penting, anda faham dan tahu.

Satu lagi perkara adalah, pastikan anda datang dengan niat untuk menuntut ilmu. Kalau anda dah tahu banyak, tinggalkan ilmu anda itu di rumah. 🙂 Dalam adab menuntut ilmu, kita kena dengar baik-baik walaupun benda tu kita dah tahu. Jangan ego dengan ilmu yang anda ada. Kalau niat kita ikhlas, ilmu yang ada akan bertambah-tambah, yang dah faham, bertambah-tambah faham dan yang tak tahu akan jadi tahu.

InsyaAllah, walaupun namanya seminar ASAS, tapi saya akan kongsi jalan yang mudah difahami untuk bina perniagaan Internet dan beberapa perkara yang berkaitan. Kalau anda yang sudah advance atau otai tu sertai seminar ni, mungkin apa yang akan saya sampaikan sedikit membosankan anda.

Oklah, kita jumpa di sana nanti yer. Segala persoalan dan pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur. Sila ke laman web mereka untuk pra-pendaftaran:

http://bijakniaga.com

Wassalam.

PS. Sila baca, kenapa anda perlu ke Seminar Perniagaan Internet. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *