Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Seminar Perniagaan Ebook

Bagi mereka yang sudah biasa dengan bidang perniagaan internet, tidak sah kalau tidak kenal Shuth iaitu pemilik SempoiHosting.com dan pengasas forum terbesar perniagaan internet, WangCyber.com.

Beliau mempunyai beberapa laman web perniagaan internet dan di antaranya adalah:

.

1. Ebook Maskahwin Yang Hilang

2. Ebook Perniagaan Produk Fizikal

3. Ebook Rahsia Kambing (Shuth hanya penerbit Ebook ini)

Ada lagi produk lain, tetapi sempena dengan seminar beliau yang pertama, saya hanya senaraikan produk ebooknya sahaja seperti di atas.

Setahu saya, Shuth (atau nama sebenarnya Mohd Suhaimy) adalah antara orang terawal yang mula menjual Ebook di pasaran Malaysia. Malah saya sendiri banyak terinspirasi dengan pemuda yang kacak hensem ini (oh, muda lagi ke?). :D

Bagi anda yang ingin mengikut jejak langkah beliau, bolehlah sertai seminar anjuran beliau sendiri iaitu Seminar Perniagaan Ebook. Seminar pertama ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad)

Tempat: Hotel Quality, Kuala Lumpur.

Bayaran: RM267.00

Ambillah peluang ini untuk belajar secara bersemuka. Kalau anda join seminar ni, pastikan tanya sampai anda faham mengenai perkara yang anda kurang jelas. Nanti balik dari seminar, barulah anda nampak dan jelas apa yang perlu dilakukan.

Perniagaan Ebook Sepintas Lalu..

Ebook pertama saya adalah Pakej Kit Blogger iaitu Panduan Blog Wordpress. Alhamdulillah, sejak dari dulu sampai sekarang, jualan tetap ada.

Perniagaan ebook amat menyeronokkan. Kita hanya perlu lakukan sedikit kerja sahaja di peringkat awal dan kemudian hanya fokus kepada promosi dan pemasaran sahaja. Ia adalah satu jenis pendapatan pasif.

Bagi anda yang tiada banyak masa, perniagaan ebook adalah pilihan yang amat sesuai untuk anda kerana ia boleh diautomasikan. Anda hanya perlu luangkan masa beberapa jam sahaja sehari seperti untuk menyemak pesanan dan emel support pelanggan.

Ingin saya katakan, perniagaan Ebook bukan satu cerita dongeng, penipuan atau sebagainya. Dunia sekarang adalah dunia maklumat atau lebih dikenali sebagai K-Ekonomi. Semua manusia mahukan maklumat dengan pantas dan cepat agar mereka terus dapat meningkatkan diri mereka tanpa menggunakan banyak masa.

Dari situ, anda yang tahu sesuatu perkaralah akan dapat memenuhi kehendak-kehendak mereka tersebut dengan menulis ebook dan menjualnya kepada mereka yang memerlukannya.

Tak ada orang nak beli? Ini soalan yang tak perlu ditanya kerana di luar sana begitu ramai orang mahukan maklumat! Mereka tidak kisah perlu bayar atau tidak. Tak percaya? Pergilah ke kedai buku. Begitu ramai yang beli buku, majalah dan sebagainya. Buku atau majalah itu juga adalah produk informasi (ebook juga produk informasi).

Sekali lagi saya ulangi, perniagaan produk informasi seperti ebook akan terus bertahan lama selagi mana manusia perlukan maklumat untuk meningkatkan taraf hidup mereka, memenuhi keperluan mereka dan menyelesaikan masalah mereka.

Jika anda sudah jelas secara kasar apa itu perniagaan ebook, maka tidak salah untuk anda mencubanya. Kalau tak mahu belajar sendiri, sertailah Seminar Perniagaan Ebook oleh saudara Shuth.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

3 Responses to “Seminar Perniagaan Ebook”

  1. hazman aka species1980 says:

    alhamdulillah…..

    Saya dah register untuk seminar nei….
    Kalau bro nak buat boleh lah war warkan….

  2. wow semakin hangat di Malaysia sekarang ni ramai yang sudah ceburi bidang dunia online ..satu berita yang baik

  3. KampungBoy says:

    semakin ramai yang dah start buat seminars sendiri. Tapi tula…..dah masuk seminar kena komited, tidak rugi wooo…….betul kata SmartZul gunakan peluang yang ada semasa hadir seminar nie nanti.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)