Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.

Semoga dengan bulan yang penuh barkah ini, kita dapat menjadikannya satu jalan untuk membersihkan hati dan berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Gandakan amalan seharian dan perbanyakkan perbuatan yang memberikan manfaat kepada sesama insan.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya terlanjur kata dan perbuatan. Begitu juga segala kesalahan mana-mana pihak ke atas saya, saya maafkan tanpa sebarang ada dendam di hati.

Di keadaan zaman ini, kita sudah tiada masa untuk berbalah dan bertikam lidah antara satu sama lain. Kita mesti rapatkan saf dan berjuang melalui cara masing-masing untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perjuangan untuk Agama dan negara.

Dan jikalau saya ada janji yang masih belum saya tunaikan atau permasalahan yang berkaitan dengan pembelian dan sebagainya, sila hubungi saya untuk tindakan daripada pihak saya. Sila gunakan contact form yang disediakan di atas.

Selamat berpuasa dan beramal ibadah.

Wassalam.

Facebook comments:

9 Responses to “Selamat Berpuasa”

  1. AmmarZahar says:

    Assalamualaikum Zul,

    Saya juga ingin meminta maaf jika terdapat salah silap dari saya.. Selamat Berpuasa juga pada Zul.. :)

  2. SyedHafidz says:

    Selamat berpuasa kepada Zul…
    Selamat berpuasa jugak pada ammar zahar

  3. pakteh says:

    Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam dimana sahaja anda berada. Tingkatkan produktiviti dan kualiti. Bulan puasa bukanlah menjadi alasan untuk kita Bermalas-malasan. kurangkan tidor :P

  4. Mister Ijoi says:

    Selamat berpuasa kpd semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya

  5. debtrunner says:

    selamat berpuasa kepada zul!

  6. Richie says:

    Selamat berpuase jugak ye smart zul :)

  7. khairul says:

    Pe2hal pun aq nak ucapkan slamat berpuasa gak kat korang semua termasuk kat SmartZul. Alang-alang dah tukis nie, aq nak ucapkan gak kat orang kampung aq semua dan parent. ingat2lah anakanda yang kita berada di perantauan.

  8. zool says:

    Saya pun lama tak singgah sini.. Salam Ramadhan semua

  9. Guru Tajwid says:

    Assalamualaikum kepada zul dan juga semua pembaca blog ni,

    Saya juga taknak ketinggalan untuk mengucapka selamat berpuasa kepada semua.

    Dalam memastikan amalan puasa kita diterima Allah, pastikan kita melengkapkan diri kita dengan ilmu khususya tentang puasa. Yelakan, puasa bukan macam solat yang menjadi kewajipan harian. Puasa hanya setahun seali.

    Maka disebabkan setahun sekali, kita mungki terlupa tentang rukun-rukunnya, perkara-perkara yan membatalkan puasa, perkara yang menghilangkan pahala puasa dan yang berkaitan dengannya.

    Mudah-mudahan puasa kita menjadikan kita sebagai mukmin yang bertaqwa. Janganlah puasa kita menjadi sia-sia. Hanya mendapat lapar dan dahaga sebagaimana hadis Rasulullah.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)