Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sekitar Bengkel Penulisan Buku PTS

Pada hari Ahad lepas, 25/10/2009, saya telah menyertai bengkel Penulisan anjuran Puan Ainon Mohd (PTS). Saya berhajat untuk membuat ulasan, namun nampaknya saya tiada idea untuk menulis kerana kebanyakan info dapat diperolehi jika mengikuti saya di Facebook.
Secara ringkasnya, selepas tamat bengkel, saya bersama beberapa orang rakan seperti Zamri Mohamad, Izwan Robotys, Firdaus dan Azree Hanifiah telah ke rumah Puan Ainon di Janda Baik dan bermalam di sana. Peluang ini sama sekali saya tidak terfikir sama sekali dan selepas dinyatakan oleh saudara Izwan, saya mengambil peluang itu serta merta. Lagipun, pada malam itu saja tiada apa-apa aktiviti lain di bilik hotel.
Banyak yang dikongsikan oleh Puan Ainon

Pada hari Ahad lepas, 25/10/2009, saya telah menyertai bengkel Penulisan anjuran Puan Ainon Mohd (PTS). Saya berhajat untuk membuat ulasan, namun nampaknya saya tiada idea untuk menulis kerana kebanyakan info dapat diperolehi jika mengikuti saya di Facebook.

Di sini saya tidak mahu bercerita mengenai bengkel tersebut kerana anda sudah pasti akan isi kandungannya iaitu cara menulis buku. Anda boleh melihat gambar-gambar yang akan saya kongsi di bawah..

Secara ringkasnya, selepas bengkel selesai, saya bersama beberapa orang rakan iaitu Zamri MohamadIzwan aka RobotysFirdaus Ariff dan Azree Hanifiah telah ke rumah Puan Ainon di Janda Baik dan bermalam di sana. Peluang ini saya tidak terfikir sama sekali dan selepas dinyatakan oleh saudara Izwan, saya mengambil peluang itu serta merta. Lagipun, pada malam itu saya tiada apa-apa aktiviti.

Banyak yang dikongsikan oleh Puan Ainon pada malam tersebut. Lima jam tanpa henti (sehingga jam 1.30 pagi) beliau mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau. Walaupun badan saya sedikit penat, namun dikuatkan juga untuk terus menerima ilmu. Alhamdulillah, nampaknya beberapa perancangan saya semakin nampak jelas… Dari mana dan ingin ke mana?

Hanya gambar berikut yang mampu saya kongsikan kerana saya terlalu banyak perkara yang mahu ditulis. Sekeping gambar mempunyai 1001 maksud…

Foto-foto berikut adalah ikhsan daripada Zamri Mohamad (Jurugambar: Firdaus Ariff).

Dari Kiri: Yusnizam, Puan Ainon, Zamri Mohamad dan SmartZul

Dari Kiri: Yusnizam, Puan Ainon, Zamri Mohamad dan SmartZul

Zamri Mohamad, SmartZul & Azree Hanifiah

Zamri Mohamad, SmartZul & Azree Hanifiah

Izwan aka Robotys: Nampak sempoi, tapi otak begitu bergeliga.

Izwan aka Robotys: Nampak sempoi, tapi akalnya begitu bergeliga.

Puan Ainon: Nampak serius, tapi seorang yang baik hati.

Puan Ainon: Nampak serius, tapi seorang yang amat baik hati. Kini saya letakkan beliau sebagai mentor dan sumber inspirasi saya..

Puan Ainon sedang menyampaikan ilmu.

Puan Ainon sedang menyampaikan ilmu.

Bersarapan bersama-sama sebelum meneruskan perjalanan pulang...

Keesokan paginya, kami bersarapan bersama-sama sebelum meneruskan tujuan & destinasi masing-masing...

Nah, inilah gambar saya yang paling terkini.. Maaf, ada sebiji jerawat sehingga menghilangkan kehenseman saya sepenuhnya. :D

Ya, inilah saya... ;)

Ya, inilah saya... ;)

ps. Daftarlah Facebook dan berkomunikasi bersama saya di sana. Banyak juga tip, info dan artikel yang saya tulis di sana:

http://facebook.com/mohdzulfadli

pps. Baca juga: Ulasan Puan Ainon Mengenai Saya.

Facebook comments:

23 Responses to “Sekitar Bengkel Penulisan Buku PTS”

  1. Aqif says:

    Seronok sungguh dapat pergi ke bengkel penulisan.

    Berkemungkinan besar saya akan menghadiri beberapa bengkel yang dianjurkan oleh pihak PTS untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

    P.S: Bila lagi saudara smartzul nak terbitkan buku sendiri? ;)

  2. olie says:

    Zul memang ada bakat jadi penulis. Banyak ilmu berkaitan internet marketing yang Zul boleh kongsikan. Rasa bangga juga bila lihat buku Zul di kedai buku nanti.

  3. Kobot says:

    Wah.. sifu Zul dah nak jadi penulis buku ke sekarang?

    p/s: Semoga berjaya. :)

  4. Mantra says:

    Saya tak sabar nak tunggu buku keluaran Bro Zul

  5. Alangkah bestnyer kalu dapat pegi bengkel sebegini..

  6. JimieRay says:

    Wah Zul…Mesti meletup ni kerana bakal pembeli berderet2 sedang menanti ni. Tengok Zul pun dah semakin macho… :) Dah tak lama ler tu…Rasa2 tahun depan gak kot…??

  7. faizal says:

    saya dah dah rasa abg zul akan keluarkann buku tak lama lagi. bestye..tak sabar nak beli ;)

    eh..macholah tu, tu lah namanya smart – zul :lol:

  8. hairul says:

    salam.
    alhamdulillah kalau dah mula menulis buku dah bertambah pasif income saudara zul.teruskan usaha mencurahkan ilmu pada generasi muda..

  9. Gud Luck zool
    eh silap Zul
    Puan Ainon pun setiap pagi rajin betul
    memberikan tips2 kat facebook

  10. adrenal says:

    hurrmmm..mcm menarik gak bengkel tu..

    harap2 bro smartzul dpt la kongsikan bersama2 kami di ruang maya ni..

    gudluck bro!

  11. Mohamadizwan says:

    hye bro smartzul…jelesnye rasa tgk bro pegi kursus penulisan…mesti lepas nih penulisan bro lebih cun..hehehe…

    Papepun, banyak info la…

  12. hairul says:

    tak lama lagi tercapai cita-cita menulis buku kan saudara zul..

  13. jai@jaigoku says:

    Salam rakan2 dan Tuan Zul,

    Saya biasa terdengar akan bengkel yang di anjurkan oleh Puan Ainon ni, tetapi mungkin saya terlepas pandang akan masa, tarikh dan butiran lain. (Satu lagi selalu terlepas untuk bersama rakan2 seperti Zul.. adussss..)

    Boleh Zul beritahu bagaimana untuk dapat sertainya lagi… (Sibuk sangat sampai hal penting ni pun terlepas lagi.. huhu..)

Trackbacks/Pingbacks

  1. 24 Sebab Saya Mahu Menulis Buku | Blog Perniagaan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)