Sebelum Anda Menyertai Mana-Mana Bengkel, Seminar… + Oh MLM!

Dahulu, nak jumpa seminar perniagaan Internet di Malaysia punyalah susah. Kalau ada pun, course yang tak semua orang mampu untuk mengikutinya. Tapi berbeza dengan sekarang, kita dapat lihat bengkel, program dan juga seminar semakin bertambah.

Tetapi, di sebalik ‘keghairahan’ itu, adakah ia satu petanda yang baik?

Tidak sama sekali. πŸ™‚

Kali ni saya nak kongsi dengan anda bagaimana nak selamatkan diri anda daripada program (bengkel, seminar…) yang menggunakan topeng dan tipu muslihat…

Di sebalik kemahuan dan minat kita semakin membara terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan Internet skala kecil ini (Niche Internet Marketing), rupanya ada juga mereka yang cuba menggunakan istilah-istilah tertentu untuk mengumpan orang yang mahu membina perniagaan Internet sendiri.

“Seminar Percuma E-Dagang!”

“Bengkel Usahawan Internet Gemilang”

“Ceramah Percuma Perniagaan Internet”

“Seminar eCommerce”

“Jadi Jutawan Internet Macam Irfan Khairi!”.

dan banyak lagi…

Indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya hanya menjadikan istilah-istilah yang baik itu sebagai topeng sahaja. Rupanya di sebalik perniagaan Internet yang mereka jaja itu adalah MLM dan ada juga skim cepat kaya. Sebelum saya menulis, ingin saya katakan, MLM itu tak salah, tapi cara individu tertentu telah mencemarkan nama industri itu. Dan cara mereka itu juga boleh mengotorkan industri perniagaan Internet.

Saya kadang-kadang rasa kelakar dan nak ketawa apabila orang yang buat MLM atau Skim Cepat Kaya mengatakan, “sertailah kami, jadi jutawan macam Irfan Khairi dan Bill Gates!”. Kalau ada orang kata macam tu kat anda, jawab macam ni, “weh, diaorang tu jadi jutawan bukan buat MLM!“. Pelajaran di sini, jika anda seorang ahli MLM, berilah contoh individu yang sebenar macam Dato’ Azman Chin ke, saper ke (saya tak tahu sangat). Pendek kata, berilmulah dulu sebelum berkata-kata. πŸ™‚

Baru-baru ini, seorang sahabat kita telah tertipu dengan satu seminar yang kononnya dikatakan akan mengajar mengenai perniagaan Internet. Di dalam iklan, tiada diberitahu pun isi kandungan seminar adalah berkait dengan MLM. Belum seminar habis, mereka (peserta) yang rasa tertipu terus angkat kaki.

Pengajaran

Saya tak nak bagitahu nama seminar tersebut. Cuma sebagai pengajaran bagi kita semua, andaikata ada pihak yang menganjurkan sesuatu bengkel atau seminar, tak kisahlah perniagaan Internet atau apa-apa perniagaan, tanya dahulu mereka:

“Bengkel ni pasal apa?”.

Kalau mereka jawab, “alah, datang je lah dulu. Nanti tahulah”.

Biasanya, kalau dia jawab begitu, isi kandungan program itu mungkin lain dari khabar. πŸ™‚ Cara begini biasanya digunakan oleh geng Skim Cepat Kaya dan juga ahli MLM (tak semua). Harap anda jangan salah sangka kepada saya. Biar saya ulang sekali lagi: MLM tidak salah, tapi yang salah adalah ahlinya. Mungkin artikel yang ditulis oleh Zamri Nanyan yang bertajuk “Taktik Jom Makan” boleh memahamkan anda mengenai teknik penajaan yang efektif untuk mencari ahli baru bagi bisnes MLM anda.

Jadi, jika anda seorang yang jujur, maka jujurlah dalam berkata-kata. Kalau seminar itu mengenai MLM, maka beritahulah yang sebenar. Kalau MLM tu guna Internet, bagitahulah, “seminar kami ni akan ajar bagaimana nak memasarkan produk MLM kita menggunakan Internet ke seluruh dunia”. Susah ke? Hasilnya, yang datang ke seminar itu adalah yang betul-betul berminat dengan MLM. Ingat pepatah Melayu, “buat baik berpada-pada, buat jahat JANGAN SEKALI”.

Hidup di dunia ni, janganlah suka sangat mencari musuh secara percuma. Lagi-lagi jika anda melakukan perniagaan, mencari musuh jangan sesekali. Jangan buat orang benci akan kita.

Cukup dulu setakat ni. Saya nak belajar untuk menulis pendek-pendek pulak. Tapi rasanya panjang juga tulisan ni. hehe.. πŸ˜€

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “Sebelum Anda Menyertai Mana-Mana Bengkel, Seminar… + Oh MLM!

  1. ohoho MLM ? biasalah kalo dah tak ada modal lain nak menipu? banyak caranya nak menarik orang dengan cara tipuan sedemikian rupa? apakah cara sedemikian rupa wajar untuk dipercayai? selepas ini bagaimana pulak? dah tentunya hilang keprcayaan terus…

    huh… dia tu laa yang tipu aku doluuu… tdakkah itu mejejaskan kredibiliti kita? wah! kredibiliti skim cepat kaya? hihihi…

  2. Rupanya ada perkara yang sedemikian rupa. Tak tahu pulak aku tentang perkara-perkara sebegini. Nasib baik Abang Zul kongsikan pengalaman ini dengan kami. Trima kasih banyak-banyak.

    Biasanya seminar yang saya hadiri tu dari luar negara. Jadi tidak pernahkan serempak dengan kes tipu ni.

    1. memang banyak sangat lah perkara2 sebegini…
      mereka yang buat MLM tu selalu di ajar untuk menipu…
      so agen nya pun menipu lah…

      han

  3. Betul kata Zul. Kat Melaka kini banyak kursus percuma pastu buat pun kat hotel. Banyaklah templet di edarkan dari rumah ke rumah. Hari tu tanya member yang pergi tu kursus apa.. rupa-rupanya MLM. Tapi kat templet tu kata kursus perniagaan internet. Pastu saya bagitahu member nak belajar internet saya boleh ajar, tapi mesti ada pengerasnya πŸ™‚ .

    Sori Zul lama tak online. Lepas semua kerja selesai nanti baru aktif kembali. Kena fokus pada presentition nie dulu πŸ˜‰ .

  4. betul tu zul, kat pt raja ni banyak kali sy jumpa iklan dia yg disisip dlm paper atau ke kedai2. Mmg kelakar dan satu sikap yg tak bertanggungjawab MLM ni sbb guna istilah edagang, bisnes internet, jutawan melayu dsb.
    Janganlah berselindung, itu maisir namanya (samar2), bisnes mesti telus

    1. ada yang terus bagi flyer kpd orang ramai yang lalu lalang pun ada. asal jumpa orang je bagi flyer tanpa segan silunya…. inilah dia peluang keemasan untuk anda buat duit dengan mudah…

      perkataan duit memang takkan dapat lari untuk menarik duit yang banyak dari kantung mereka yang teruja dengan duit semata-mata.

  5. terima kasih kerana memberi peringatan. kepada mereka yang berada diluar sana buat kajian terlebih dahulu. saya tahu anda terlalu ‘excited’ untuk mengikuti perkara-perkara seperti ini. kononnya nak jadi jutawan, tetapi selepas tamat apa yang anda dapat. yang untung ialah penganjur!

  6. Seminar ni dia ada 3 jenis mengikut apa yg kita bincang sekarang:

    1. Benda baik (ilmu), tapi dia tak bagi tahu isi kandungan yg akan disampaikan. Kes ini biasanya MLM. Mereka kononnya takut tak dapat sambutan, so that why mereka tak bagitahu awal-awal dalam promosi.

    2. Benda yg tak baik seperti skim cepat kaya (SCK). Mereka guna istilah2 yg saya katakan di atas. Lastly, mangsa akan rugi, penganjur ambil duit dan kekenyangan. Lepas tu LESAP. Contoh terbaik, tengoklah sekarang! Banyak program2 SCK dah lesap. SCK yg dakwa mereka tu MLM pun dah nampak goyah…

    3. Seminar, bengkel yg biasa kita dengar. Ceramah motivasi, seminar ebiz, bengkel ebiz. Ini benda baik dan kita jangan hanya meletak 100% harapan kepada pihak penganjur. Peserta itu sendiri perlu BERUSAHA. Kalau nak harap hasil yg ajaib, saya cakap awal2, JANGAN sertai mana2 seminar atau bengkel. πŸ™‚ It’s not fair kalau kita katakan pihak penganjur seminar makan duit & penyebab peserta gagal mendapat hasil, padahal para peserta TAK BERSUNGGUH.

    – ZuL

    1. yang tak bagus nya, mereka tipu zul…
      kalau cakap betul2 apa salahnya…
      ni menjatuh nama MLM…
      sekarang ni ramai yang dengar pasal MLM terus lari…

      han

  7. Jangan ke seminar ‘pok kor’ sudahlah..hehe…buat e-commerce tapi spam wiper kereta orang dgn risalah fotostat….jutawan internet pesen apa tu ?

  8. Aku setuju sangat. Aku takdelah buat seminar, tapi buat MLM dengan menggunakan Internet tu ada. The best thing is, tak perlu cold-calls. Tak perlu approaching, etc … Nanti sok2, kalau ada sapa2 nak tau lagi, bleh carik aku pasal ni.

    But back to the story, aku pun penat gak dengan orang yang tak jujur ni. Dia ni menyusah orang2 yang jujur dalam industri MLM dan industri Internet marketing. Ada this one-time, sorang mamat Cina dok sibuk cakap dengan aku “e-commerce, e-dagang.”

    Penyudah, tunjuk kat aku plan MLM. Yang aku tertanya2, “Mana e-commercenya?”

    The thing is, making money from the Internet is the IN thing right now. Tu yang dia orang nak “corner” the interest among the public. But then again, it’s not ethical lah … macam ko nak jual jambu, tapi sekarang semua orang tengah minat dengan durian. Pastu ko advertise, “Belilah Durian Di Sini” Bila orang sampai tengok durian takde. Yang ada jambu je …

    Aku sekarang very open … I do Internet, I say I do Internet (sometimes seronok buat jokes saying I do p*rn). And when I do MLM, I say I do MLM.

  9. tp kn zul pd sy la, tak salah nk pegi seminar.. yg penting anda tahu kemahuan anda dan misi anda… walaupun diorang menipu utk misi depa… yg penting anda tahu seminar apa yg depa duk taja… at least info yg kita dpt tu boleh disebarkan kepada rakan2 yg belum terkena… cume kita rugi masa je la…

    apa2 pun terpulang pd diri sendiri… tepuk dada tanya nk pegi ke tak (kalu free sy rajin gak pegi πŸ™„ )

  10. slmt tgh hari zul…

    kadang-kadang orang takut dengan MLM jadi pengajur tipu supaya untuk datang ramai-ramai…bila masuk je kedalam, kadang-kadang ada dua tiga orang yang menjadi ahli kerana terpengaruh dengan apa yang pengajur cakap…orang yang pengaruh ni tak sedar bahawa yang mereka yang berjaya tu bukan join je berjaya bahkan bertahun-tahun untuk berjaya…

    kadang-kadang dalam seminar ada mengajar suruh kita tipu orang untuk mengajak kawan mereka datang…(pengalaman sendiri ni!!) haha…
    yang ni saya tak setuju sebab mereka buang masa peserta yang tidak berminat…

    MLM mmg tak salah…pengajur yang salah dalam hal ni…

  11. πŸ˜† Buat siasatan dulu tempat anjuran seminar dan sebagainya .tanya orang sekeliling mana tahu mereka pernah kena tipu.baru boleh berjaya kalau seminar perniagaan internet itu memang betul baru x kena tipu dan puas hati.kalau berlaku pernipuan cepat-cepat buat report supaya orang lain selamat.

  12. Macam-macam cara orang nak buat duit sekarang ni Zul. Kebetulan pula internet bisnes tengah top, so semua orang nak buat.

    Maka ada lah pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan untuk cari duit secara cepat, termasuk buka ceramah berbayar yang bertopengkan kursus bisnes internet.

    For me MLM tak salah, coz saya pun suka beli barang-barang kat Cosway, tetapi yang salah ialah misinformation – memberi maklumat yang tidak benar atau tidak tepat tentang sesuatu kursus.

    Kalau kursus tu mengenai MLM, cakap je lah MLM pada iklan atau risalah. Tak perlu goreng orang ramai sebab kalau goreng teruk-teruk, nanti terbakar dan hangit lak jadinya … 😯

    1. mereka sekadar ambil peluang dan kesempatan untuk membelit dengan lebih giat lagi dek kerana keghairahan orang ramai yang tak tahu apa-apa berkenaan pelaburan dalam internet… yang menjadi mangsa adalah mereka yang membuat perniagaan internet sebenar…

      1. betul kata kak G tu…
        mereka guna nama perniagaan internet sebab perniagaan internet tengah hot…
        jadi senang lah mereka nak suruh orang pergi…

        han

  13. huh.. rasanya dah lewat sangat nak komen, tapi saya juga penah mengalami nasib yang sama. yang menariknya, saya amat berminat menyertai MLM tu!! sangat sangat menarik!!malang nya kerana marah di tipu, saya hilang rasa hormat! lansung tak endah kan. padahal sehingga sekarang masih berminat.
    org kalau dah desperate sangat jadi macam tu lah agaknya…

  14. seminar MLM nih biasalah mula-mula nak ajak orang. kena perdayakan dulu supaya ada orang yang nak pi dengar. kalo gi dengar sekalipun hanyalah masuk telingan kanan kuar telinga kiri. maka terpaksa jugaklah nak kena dengar… kalo seminar pakai topeng tu belum kena lagi… dengar2 citer aje laaa….

    1. takkan lah sampai macam tu…
      sekuarangnya kita dapat idea dari seminar tu…
      kadang2 banyak idea dan motivasi yang kita boleh dapat dari seminar tersebut…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *