Sebaik-baik Perniagaan Internet adalah….

Sebaik-baik perniagaan Internet adalah perniagaan yang diautomasikan, sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian.

Automasi di sini bermaksud ia tetap beroperasi walaupun tanpa penglibatan kita. Proses automasi itu sama ada sehingga ke tahap produk dihantar kepada pelanggan, ataupun setakat menerima tempahan dan bayaran daripada mereka sahaja.

Bisnes Produk Fizikal

Bisnes ini boleh diautomasikan dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk memastikan bayaran disahkan tanpa pekerja atau pihak ketiga itu membuat semakan ke akaun bank, gunakan perkhidmatan pembayaran daripada pihak online payment yang begitu banyak sekarang.

Bisnes Produk Digital

Kelebihan menjual produk digital di Internet seperti ebook, audio dan video adalah, kita boleh mengautomasikan perniagaan ini sepenuhnya. Salah satu kaedah bayaran yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan Paypal. Untuk automasikan pembayaran melalui online banking, gunakan kaedah yang dinyatakan dalam artikel ini.

Bisnes Perkhidmatan

Bisnes perkhidmatan adalah berbeza dengan bisnes produk fizikal dan produk digital. Ini kerana, bisnes perkhidmatan tetap memerlukan tenaga manusia untuk menyiapkan sesuatu tempahan oleh pelanggan. Namun kita tetap boleh automasikannya dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan pihak ketiga.

Kelebihan Automasi Bisnes

Mengautomasikan perniagaan online akan menyebabkan pelanggan berpuas hati kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respons daripada kita. Contohnya produk berbentuk digital, ia sewajarnya lebih cepat diperolehi berbanding produk fizikal ataupun servis.

Pada artikel akan datang, saya akan senaraikan apakah perkara yang boleh kita automasikan dengan menggunakan tools yang ada di Internet.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Sebaik-baik Perniagaan Internet adalah….

  1. Pada pandangan saya walaupun perniagaan telah pun diautomasikan sepenuhnya masih memerlukan kita memantaunya.

  2. Bisnes belum BESAR lagi, jadi tiada masalah untuk menggunakan tenaga empat kerat. Bila sudah BESAR barulah bergerak ke arah automasi. Namun bagi bisnes digital boleh terus di-automasikan walaupun baru bermula.

    Kalau dapat kongsikan tools yang percuma disamping yang berbayar…bagus juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *