Saya Tak Tahu Tulis Ebook
Apabila kita mengatakan salah satu cabang bisnes di internet adalah menjual ebook, maka ramai secara automatik akan memberikan alasan “saya tak tahu tulis ebook”. Malah mereka menganggap, bisnes ebook di internet ini hanya perlu tulis ebook sendiri sahaja. Silap tu..
Sebenarnya, kita tidak semestinya perlu tulis sendiri ebook untuk dijual di internet. Banyak cara sebenarnya untuk hasilkan atau memiliki ebook dengan mudah dan cepat.
Untuk tujuan ini, kita perlulah sedikit kreatif dan sentiasa mencari jalan keluar terhadap “kekurangan” yang kita miliki iaitu tidak tahu tulis ebook atau tiada masa untuk hasilkan ebook sendiri.
Hak Jualan
Salah satu cara untuk memiliki ebook bagi dijual di internet adalah ebook yang disertakan dengan lesen hak jualan.
Terdapat beberapa lesen hak jualan di internet seperti Resell Rights (RR), Master Resell Rights (MRR) dan Private Label Rights (PLR). Melalui ebook yang disertakan lesen hak jualan, anda boleh menjualnya dengan harga yang anda mahu. Ya, keuntungan 100% hanya untuk anda.
Saya melalui smartusaha.com sentiasa memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk sebegini. Biasanya, kebanyakan produk yang saya hasilkan disertakan dengan hak jualan (RR atau MRR). Contohnya adalah seperti Sistem EZSurvey dan Panduan Mudah FTP.
Saya lakukan sebegini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tiada masa atau kemahiran menghasilkan produk dapat memiliki produk dan terus dapat menjualnya. Syukur kepada Allah, rata-rata yang menjual produk Resell Rights saya sehingga kini terus menerus menjana pendapatan dengan mudah.
InsyaAllah, dalam masa terdekat ada lagi beberapa produk hak jualan yang akan saya keluarkan. Jadi, rajin-rajinlah datang ke blog ini untuk perkembangan semasa saya.
Kelebihan produk hak jualan ini adalah biasanya ia disertakan sekali dengan laman web, salesletter, bahan promosi dan juga ecover ebook. Bermaksud, anda tidak perlu lagi susah-susah untuk buat laman web, keluarkan kos untuk upah design ecover dan sebagainya. Semua sudah siap.
Kita hanya perlu edit laman web, upload ke server beserta dengan file ebook, dan siap! Dalam sehari malah sejam dua pun dah boleh siap. Kita patut berterima kasih kepada penyedia produk RR ini kerana mereka bertungkus-lumus siang dan malam menyiapkan produk, tapi kita sejam dua pun dah dapat jual malah dapat hasil pada hari yang sama.
NAMUN, saya tidak tahulah kalau cara mudah ini masih dianggap sebagai satu cara yang susah oleh kebanyakan orang. Umpan sudah diberi, pancing pun sudah di tangan..
Case Study: Ebook Panduan Mudah FTP
Bagi ebook Panduan Mudah FTP sebagai contoh, serius saya katakan, kalau anda tidak tahu membina laman web pun, anda boleh mulakan perniagaan internet (ebook) dengan amat mudah dan cepat. Tidak perlu menggunakan sebarang perisian bina laman web pun. Bunyi macam hype, tapi percayalah ia tidak hype.
Saya sehabis mungkin telah memerah fikiran saya bagaimana saya boleh membantu mereka yang tidak ada kemahiran internet yang tinggi, tapi boleh menjual ebook melalui laman web TANPA perlu sentuh sedikit pun apa-apa perisian laman web atau kod HTML.
Ya, ebook Panduan Mudah FTP adalah salah satu contoh terbaik daripada saya. Anda hanya perlu konfigurasikan satu file, upload ke server dan siap! Namun tak guna kalau ia semudah itu tapi tak berjaya menjualnya..
Daripada pemerhatian saya, mereka tidak dapat teruskan usaha kerana mereka tidak jelas konsep perniagaan internet itu sendiri dan juga tidak tahu cara promosi di internet. Memanglah.. Kalau tidak faham dan tidak tahu dua perkara tersebut, amat sukarlah untuk berniaga di internet walau sudah ada produk yang sudah siap pun.
Keunikan produk ebook Panduan Mudah FTP adalah pada Sistem EMS yang saya sertakan. Sistem ini adalah unik dan pertama seumpamanya di pasaran IM Malaysia. Saya cipta khas untuk newbie yang memang amat zero dalam pembinaan laman web.
Tidak cukup dengan itu, saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana melakukan konfigurasi file dan bagaimana cara upload ke server. Itu saja yang saya termampu lakukan buat masa ini walaupun masih ada lagi kekurangan. Tapi saya yakin, ia sedikit sebanyak telah membantu ramai orang sebagai langkah pertama dalam perniagaan internet.
InsyaAllah, saya akan gunakan lagi Sistem EMS tersebut untuk produk-produk Resell Rights saya pada masa akan datang. Jika anda mahu melihat komen, kritikan atau review mengenai ebook FTP dan juga sistem EMS tersebut di internet, sila klik link ini.
Kesimpulan
Jika kita diberikan pancing dan umpan, malah telah ditunjukkan di mana lubuk ikan, maka terserah kepada kita untuk memancing ikan ataupun tidak. Maksudnya, diri kita sendiri yang akan menentukan kita mahu berusaha, atau hanya mahu mencipta alasan.
Sekian.
ps. Jika anda mempunyai soalan berkaitan Resell Rights atau Master Resell Rights, sila hubungi saya dengan klik di sini. Saya akan menjawab segala kemusykilan anda. InsyaAllah.
pps. Salah satu produk terbaru RR adalah Easy Order Form Mazlie Nadzri.









Memiliki produk RR, MRR dan PLR sememangnya langkah bijak untuk mendapatkan produk yang boleh dijual semula dan nikmati keuntungan 100% dari hasil jualan. saya juga sampai sekarang masih belum lagi menghasilkan produk sendiri kerana kekangan masa dan memiliki produk sebegini memang menjadi pilihan saya.
yer yer beli dan jual balik… dan simpan segala keuntungan yang diperolehi…
Mahu seribu daya.
saya nak buat…… tapi sya bukan pandai tulis artikel… tapi sya nak buat… ada sape2 leh ajar..?
Mas.. Spt artikel di atas, kita tak perlu tulis ebook sendiri.Lawatilah blog saya: http://blog.smartusaha.com
dalam product pakej kid blogger ada jugak kan diterangkan tentang http://FTP…adakah sama dengan penerangan panduan mudah FTPhttp://www.cariwangonline.myportal.my
Dalam Kit Blogger, ia hanya PERSONAL USE (tak boleh jual).Kalau beli di http://www.ftpcaramudah.com, ia adalah MRR.Tapi isinya sama sahaja.
Product keluaran smartzul memang terbukti berkualiti dan sentiasa ada demand. Cuma saya di sini ingin sarankan mungkin smartzul boleh berikan tip-tip yang berkesan untuk menjalankan promosi. Terutama pada newbie yg tidak mempunyai list(mailing list).
Seperti smartzul kata, macam mana baguspun produk tu tapi tanpa buat marketing yg betul tak kan kemana jua .
Ok Rizal, saya take note.
Memang saya akan keluarkan. Sebab apa saya tidak keluarkan sebelum ini cara2 promosi adalah kerana saya tidak mahu hanya memberikan teori semata-mata. Jika boleh, saya nak bagi kaedah yg praktikal dan terbukti berkesan.
Terima kasih atas cadangan.
Pada pendapat sy, semua yg minat pada Internet Marketing WAJIB ada ebook sendiri. Memang susah pada mulanya. Tetapi, bila ebook dah online dan wang masuk mencurah-curah setiap hari, terasa sangat berbaloi. Ini adalah pengalaman sy sendiri. Just Do It !
orang kita bukan tak tahu tulis ebook, tapi malas!
Betul tu abg long.Tp utk permulaan, blh buat RR dulu utk dapatkan basic dan pengalaman. Then boleh mula ebook sendiri sikit2.
terlebih dahulu nak bagitau…sudah agak terlalu lama tidak jengok blog zul ni – tak tahu tulis ebook memang menjadi masalah bagi saya , dalam fikiran memang banyak idea gila-gila tetapi bila mula menulis , idea terus hilang,so kalau zul leh bagitau cara bagi memastikan idea menulis tidak stop bila menulis
Salam kita. Tak apa jarang datang lawat.. Saya tetap mengingati saudara.
terima kasih kerana mengingati daku dalam doa mu
Yang penting tulis saja dulu! Kalau rasa kurang menarik, bolehlah upah re-writer. Paling penting, orang boleh faham isi ebook.PS: Artikel-artikel dalam Majalah IM pun tidak semua 100% dari penulis asal. Ada antaranya diubah hampir 30-50% oleh editor
Tentukan 'niche' yg orang lain perlukan. Tulis setakat mana yang boleh. Buat research, update lagi. Ingat bahawa kita kena jual apa yang orang nak beli.
sampai sekarang ni pun saya masih takde ebook sendiri dan dengan ebook Zul yang saya jual setelah beberapa tahun saya telah dapat beribu ringgit dan masih hangat
Assalamualaikum zul,
Posting ni memang telah memberikan idea yang baik kepada saya. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan peluang kepada menjual produk tanpa perlu bersusah payah menghasilkannya.
Thanks zul.
Wa’alaikumussalam.
Terima kasih cikgu atas pendapat yang diberikan.
satu pos yang menarik zul..thanks kerana berkongsi sesuatu yang menarik..emm saya pun tgh berjinak-jinak dgn ebook dan mula menghasilkan ebook sendiri..
saya setuju bila bro zul tulis, “…Maksudnya, diri kita sendiri yang akan menentukan kita mahu berusaha, atau hanya mahu mencipta alasan…”
mmg dh ada pengetahun, info2, tpi satu problem kita (saya juga… ;P) sgt sukar nk buat 1st step dlm apa pun..lgi2 menulis ebook..
tq bro zul atas panduan dan nasihat…
kalau malas tulis beli mrr or mr2(bukan mr2 yang retak tu), xpayah pikir2 jual ajer. kalau rajin buat ajer sendiri, tapi betul tulis ebook bukan semua org boleh mcm kita ckp idea banyak meletup dlm kepala tapi bila nak tulis..huhu jem. xper jika diasah selalu lelama boleh. pastu asyik nak tulis aje.
cara mudah buat duit
kena baca juga terms nye. syarat yang boleh dan tak boleh.