“Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”

Apa khabar para pembaca semua, moga sihat yer.

Saya tahu, ramai yang balik ke kampung, bahkan 5 orang kawan serumah saya pun balik ke kampung juga (1 Terengganu, 4 Kelantan). Tapi, saya tak balik sebab ada komitmen dengan perniagaan. Kalau saya balik, nescaya pelanggan ebook saya tak selesa dan panas punggung sebab ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan.. Lagipun, saya perlu bersiap-sedia untuk beberapa perkara lain (bisnes juga) dan nak siapkan laman web pelanggan.

Huuh, seperti yang saya katakan sebelum ini, menjadi usahawan internet (lagi-lagi jika seorang diri!), amat-teramat mencabar. Kewangan, pesanan, bayaran, layan pembeli yang 1001 karenah, urus jualan, dan lain-lain lagi semuanya dilakukan oleh dua tangan sahaja! Ke ada yang ada 3 tangan? Ada banyak tangan kan susah lak.. šŸ˜‰ Apapun, demi mencapai apa yang dihajati (berjaya dalam bisnes), seorang usahawan perlu banyak bersabar dalam segenap perkara, tiada alasan bagi mereka..

Baiklah, di kali ini saya ingin berbicara mengenai satu sikap atau mentaliti orang kita (tak kisah lah apa-apa bangsa pun), iaitu jika mereka tak tahu sesuatu, mereka tak tahu nak buat apa. Sepatutnya mereka tahu, jika mereka nak tahu apa yang tak tahu tu, mereka perlu ambil tahu lah. Ishh, banyak lak perkataan tahu dan tak tahu yer.. šŸ™‚ Ya, jika anda tak tahu komputer, maka tidak perlu dipersoalkan lagi apa yang perlu anda buat. Sudah tentu jawapan terbaik adalah belajar.

Sekarang ni tuan puan, susah nak dapat benda free. Dan kalau dapat yang free pun, tak semestinya ia membantu anda 100%. Anda perlu invest untuk belajar. Janganlah berkira-kira sangat nak timba dan tambah ilmu. Belilah buku berkaitan komputer kalau tak tahu pasal komputer. Belilah buku atau ebook pasal laman web kalau tak tahu pasal laman web atau masuk bengkel yang ada. Belilah ebook cara bina blog kalau tak tahu bina blog (ishh, saya punya nih! hehe)..

Pokok pangkalnya, USAHA! Jangan tunggu bulan jatuh ke riba, bahkan Islam sendiri suruh umatnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Janganlah berharap dengan pertolongan orang semata-mata. Anda kena bantu diri anda di samping orang lain membantu anda. Adil bukan? Kita patut tahu apa yang mesti dilakukan. Kalau keliru, tanya pendapat orang lain untuk dapatkan idea, dan bukannya terus meminta-minta tanpa tiada sebarang usaha terlebih dahulu.

Jadi, jawapan kepada persoalan “saya tak tahu, apa perlu saya buat?” ialah…, belajar. Dan sudah pasti, kalau nak tahu dalam satu-satu perkara, bukan sekelip mata tuan-tuan dan puan-puan. Tidak sesekali. Saya mengambil masa bertahun-tahun nak pandai IT. Tapi ada mereka yang kalau boleh, hari ni belajar, esok terus nak jadi expert. Ramai yang berpegangan sebegini dan tiada sikap sabar. Ia adalah sikap dan mentaliti yang harus diubah, jika tidak, anda pasti akan berputus-asa satu hari kelak. Tapi sekarang, semua dah ada, buku, ebook, mentor, seminar, bengkel, kelas, blog, forum dalam bahasa Melayu dan lain-lain. Jadi, masa untuk memahami sesuatu perkara itu lebih mudah dan cepat berbanding masa dulu-dulu.

Sekali lagi saya berpesan, “sabar dan istiqamah itu adalah tangga kejayaan”. Jika anda baru bermula dalam ebiz, percayalah, rezeki anda tetap ada. Takkan lari gunung dikejar. Allah dah tetapkan segalanya, percayalah, DIA Maha Pemurah. Kita berpegang kepada rukum iman, tapi kebanyakan kita tak praktikkan dalam kehidupan termasuk dalam bisnes. Anda perlu usaha dengan sabar dan bertawakkal kepadaNya. Anda jangan sesekali gopoh dan resah dalam melakukan sesuatu. Sabar dan tenang itu amat penting.

Kesimpulan: Belajar dengan konsisten + ambil masa + sabar + relaks

Sekali lagi pengumuman:

Diharapkan anda tidak mengganggu waktu privasi saya seperti waktu maghrib, jam 11 malam ke atas atau waktu yang seumpamanya dengan panggilan telefon atau SMS. Ketahuilah, saya juga manusia biasa seperti anda. Perlukan rehat, tidur, solat dan makan. šŸ™‚ Saya bukan robot. Melainkan ada hal yang teramat penting, maka cukup SMS saya sahaja ok.. Kalau saya lambat balas, bersangka baiklah dan bersabar. Buat ebiz tak bermaksud saya online 24 jam sehari dan 24 jam buat kerja. Itu kerja sewel namanya.. šŸ˜‰ Tidak kisahlah dengan saya atau dengan usahawan lain, anda perlu tahu hak dan privasi mereka. Mereka adalah manusia, bukan barang mainan. Lainlah jika mereka penipu, rampas duit anda, atau yang berkaitan, so bolehlah anda nak marah-marah mereka atau ‘ganggu’ mereka?

Perhatikan ungkapan ini, “menjadi pembeli memang indah dan mudah, lidah ringan berkata-kata. Namun, bila anda menjadi usahawan, bersiap-sedialah menerima 1001 karenah pelanggan”. Bukan nak menakutkan, tetapi apabila anda menjadi usahawan kelak, anda akan melalui perkara-perkara sebegini walau sekali.

Juga, ada mereka (bukan pembeli saya) yang memarahi saya kerana tidak membalas SMS. Kenapa saya tak balas? Saya dah kata, kalau hari Ahad dan Sabtu, saya tak jamin saya akan balas atau jawab call sebab saya ada aktiviti lain (Masa maghrib pun SMS lagi). Ketahuilah, satu kerja kurang sihat (sewel?) jika buat bisnes 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa rehat, riadah dan bersosial. Fikirkanlah. Lagipun, jika hal anda itu tidak urgent, sabar adalah pilihan terbaik bukan? Kami usahawan, bukan hamba suruhan. “You win, I win”. ok? šŸ™‚

Jika anda seorang usahawan, anda ada hak untuk berkata “TIDAK” kepada pelanggan atau bakal pelanggan. Anda juga ada hak. Jadilah usahawan, bukan jadi hamba suruhan & jangan terlalu hipokrit (tipu diri sendiri).. Bak kata Sabri SaifulSham, “pelanggan, tak semestinya selalu betul” dan kata saya pula, pepatah “the customer is the king”, tak selalu boleh digunapakai. šŸ˜‰ Tapi, anda perlulah tahu layan customer, bukan tengking-tengking, “you must know how to deal with your customers offline or online..”.

Sorrylah, ini blog usahawan, so mestilah saya lebih-lebihkan usahawan, hehe.. šŸ˜‰ Anda akan faham bebelan saya ini apabila anda menjadi usahawan kelak, samada offline mahupun online… Selamat berkecimpung ke dunia keusahawanan yang mencabar!

– zul

PS. Pendaftaran bengkel perniagaan internet telah dibuka. Sila daftar di http://ebizmalaysia.com/bengkel jika anda berminat.

Pepatah: “Kita bukan hanya membuat duit di internet, tetapi kita melakukan perniagaan“.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments