Saya Menyepikan Diri?
Sejak post pertama pada 1/1/2009, saya terus ‘menyepi’ diri tidak menulis di blog ini. Itulah yang menjadi persoalan kebanyakan pembaca tetap blog ini.
Soalnya, benarkah saya menyepikan diri?
Jawapannya adalah tidak.
Jadi, apakah yang sedang saya lakukan?
Saya tak dapat kongsikan apa yang sedang saya lakukan sekarang dan mengapa saya tidak menulis dengan rancak seperti sebelum ini. InsyaAllah, kelak anda akan tahu sebabnya.
Perkembangan Semasa…
Pada bulan ini (Januari), saya akan fokus kepada pelancaran lesen hak jualan (resell rights) Pakej Kit Blogger secara rasmi walaupun sudah ada mereka yang mendapatkannya tanpa menunggu pelancaran ini.
Kepada mereka yang berminat, saya akan lancarkan dalam masa terdekat. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang terhad ini.
Kemudian, pada bulan-bulan seterusnya, saya akan keluarkan produk demi produk. InsyaAllah.
Apa yang dapat saya katakan, pada bulan Januari ini, saya tidak mahu begitu rancak. Saya ada perancangan saya sendiri.
Jadi, kepada pelawat tetap blog ini, terima kasih saya ucapkan kepada sokongan anda semua. InsyaAllah, blog ini akan dikemaskini selalu seperti dulu. Tunggu saja masanya.
Wassalam.









Alhamdulillah
Saudara zul dah menulis kembali.
Semoga saudara zul akan berjaya dengan perancangan yang ingin dibuat.
Kata-kata ikhlas daripada pembaca setia blog saudara zul.
Terima kasih Norfazli. Saya tetap ada. Kalau pelanggan saya tu, saya balas lah emel dia.
Salam sukses!
Lama jugak Zul ‘hilang’… tapi Zul walaupun menyepi tapi projek tetap jalan.
Sudah semestinya jalan.
Saya memang selalu tunggu artikel terbaru dari Zul. Harap Zul akan terus menulis.
Selagi hayat di kandung badan, selagi itu saya akan menulis.
InsyaAllah.
tengok tu zul, ramai duk merindu tulisan zul…jgn hampakan mereka zul..heheh
Diam-Diam Ubi, Walupun Diam Tapi Berisi… Suka Makan Kerepek Ubi
Sentiasa menanti dan tertunggu2 tip power daripada bro Zul..
p/s: Silent reader blog ini
Salam. Take your time adi zul. Yang penting anda berjaya. Anda dilahirkan sebagai JUARA.
http://jutawansenyap12.blogspot.com
Orang macam zul ni mustahil kalau dia berhenti menulis melainkan ada sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Tahniah bro Zul sebab sibuk itu perkara yang baik dan bagi saya bro Zul membuat sesuatu tetap dengan tersusun …
Jangan lama2 tak update macam saya zul nanti nak memulakan tulisan takde momentum nak menulis.
bro bertunang ???
Lama dah berkawan (aka bercinta) bila lagi ??
Belum bertunang dan belum kawin lagi.
Salam,
Nampaknya Zul membuat perancangan yang begitu rapi. Semoga segala yang dirancang terlaksana.
just nak taip….
arituh jalan2 kat angsana. nampak macam tuan zul jer. saya senyum dia senyum balik. pastuh… terpikir… macam pernah ku kenal mamat ini tapi dimana ya????? lepas hilang kelibat baru teringat…smartzul nie….. hehehhe…… cuba cari… tapi dah hilang….
terasa rugi tak tegur plak… hehehhehehe
teringin sangat bertemu empat matadengna smartzul… hehehe
Yup..perancangan rapi nampaknya.!Saya baru saja bersama blogging ni..hari ketiga..,thanks untuk kitblogger tu..visitla tgk salah silap
Tahniah berjaya buat blog. Semoga sukses.
Xpe….SmartZul, berenti seketika xpe. jangan resign sdah. Hoho…
Sama sekali tak resign. InsyaAllah.
Semoga saudara zul sihat walafiat dan satu masa nanti dpt free time utk update post sekerap mungkin.
Amiinnn..
Terima kasih.
Salam Saudara Zul,
..
Sy doakan smoga suksess selalu..tahun 2009 nie
Apa produk yg dikeluarkan dari bro sy pasti ianya berkualiti then pastinya sy membelinya..heheheh..Adios..
Saya percaya yang saudara Zul xkan bwat cmtu punya…Skang nie pun dah bnjir dengan IM baru….tp nm Zul ttp sempoi
Banjir………..?
Memang banjir….
Apa pun, gud luck to sifu Zul…