Saya Dulu Pun Macam Dia, Tapi Anda Tak Perlu Sama Macam Kami..
Saya amat kagum dengan sesiapa sahaja yang berusaha kuat sehingga berjaya. Dalam bidang keusahawanan ini, sudah pasti yang saya kagum ialah mereka yang berusaha dari bawah tanpa mengenal jemu dan penat.
Bagi saya, kita jangan memilih untuk pelajari sesuatu daripada seseorang. Tidak kisahlah mereka muda atau tua. Yang penting ialah kita lihat apa yang patut kita teladani daripada mereka.
Salah seorang yang saya perhatikan dari awal sehinggalah sekarang ialah Adly atau dipanggil juga sebagai Labanon. Pada sekitar tahun 2006 tidak silap saya, beliau masih ‘kebingungan’ dan mencari-cari apa yang perlu dijual di Internet.
Semangatnya, keinginannya dan kemahuannya amat membara. Sikapnya yang suka belajar, bertanya dan mencari ilmu sudah tentulah faktor utama di mana beliau berpijak sekarang.
Dulu, beliau tak tahu apa-apa dan begitu susah nak mula, namun kini untuk buat RM10 ribu sebulan bukan lagi satu perkara yang sukar baginya. Paling hebat, bil api dan air mak ayahnya, beliau yang bayarkan.
Adly, baru berumur 17 tahun sekarang. Kenapa, tak percaya?
Jangan terkejut bagi anda yang baru kenal beliau. Jangan didengki atau jangan diremehkan remaja berhati kental ini. Semangat keusahawanannya amat tinggi dan saya yakin beliau mampu menjadi antara model terbaik kepada anak muda di luar sana.
Saya teramat yakin, banyak kata-kata penafian di luar sana terhadap kejayaan anak muda ini. Tapi saya tidak pelik, kerana ia lumrah manusia. Saya amat kagum dengan anak muda ini kerana beliau terus gah melangkah dengan yakinnya untuk mencapai apa yang beliau mahukan.
Saya bukan mahu memuji lebih-lebih atau membodek beliau, tapi bagi saya, untuk menjumpai remaja sebegini, adalah mungkin satu dalam seribu. Rata-rata remaja orang kita takut untuk berniaga dan ditakutkan agar jangan berniaga. Tapi tidak si anak muda ini.
Maka saya, atau sesiapa sahaja wajar mengentengahkan anak muda seperti ini agar ramai yang mengenalinya dan menjadikannya sebagai contoh.
Mungkin nasib atau persekitaran hidupnya menjadi faktor corak pemikirannya adalah tinggi dan jauh ke hadapan. Mungkin juga didikan keluarganya yang menyebabkan beliau lebih lajak berfikir berbanding mereka yang lebih berusia.
Namun bagi saya, itu hanya satu faktor. Sebab biarlah ada 1001 kelebihan di persekitaran, kalau diri sendiri tak nak, tak akan dapat juga apa yang dicita-citakan. Sekaya mana pun, kalau malas nak makan, tak kenyang jua.
Dulu, saya juga seperti Adly. Merangkak-rangkak untuk memulakan perniagaan internet. Tapi, anda tidak perlu jadi seperti kami untuk tahu apa yang perlu anda lakukan di dalam pembikinan perniagaan internet anda sendiri. Kerana, pada 10 Jun 2008 ini, Adly a.k.a Labanon akan bongkarkan apa yang telah beliau lakukan untuk dapatkan RM10,000.
Saya berhenti di sini dahulu untuk tulisan kali ini kerana mungkin sudah cukup untuk anda mendengar audio temuramah bersama beliau yang boleh anda dapatkan di sini:
>> Klik di sini untuk download

Di dalam audio tersebut, Labanon kongsikan bersama anda beberapa tip seperti:
- Rahsia dan strategi yang digunakan untuk mendapat 5 angka sebulan!
- Membongkarkan kenapa produk tip adsense menjadi tumpuan orang ramai.
- Penerangan mengenai perniagaan Internet yang sebenar.
- Bagaimana ingin menjadi usahawan yang bertenaga.
- Bagaimana ingin belajar tentang perniagaan Internet.
- Tip management dalam menyiapkan sesuatu kerja.
Audio tersebut adalah sebahagian daripada pengenalan kepada produk beliau yang akan dilancarkan pada 10 Jun 2008 ini. Saya sekarang sedang menelaah produk tersebut dan akan membuat review nanti di blog ini.
Namun apa yang dapat saya katakan, produk ini adalah satu panduan lengkap atau ‘blueprint’ untuk anda menghasilkan produk digital dan kemudian cara memasarkannya. Panduan ini adalah langkah demi langkah seperti mana yang Labanon praktikkan sendiri.
Untuk melihat sebahagian laman web produk tersebut, anda boleh ke laman web berikut:
Sedikit latar belakang Adly (Labanon):
Katanya dia tangguh dahulu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk mencapai cita-cita keusahawanannya. Setakat ini, beliau mempunyai beberapa produk dan servis di Internet seperti produk fizikal, produk digital, servis dan juga melakukan program Google Adsense. Kepakaran beliau adalah design dan copywriting.
Salah satu produk digital bersama Team beliau yang sentiasa panas di internet ialah Majalah IM. E-majalah ini adalah percuma 100%. Dan salah satu ebooknya yang amat berjaya ialah TipAdsense.com.
Anda boleh layari blog Flarebiz.com untuk maklumat lebih lanjut mengenai beliau.
Semoga Allah berikan kejayaan kepada anak muda ini. InsyaAllah.
—————————
PS. Saya juga bangga dengan sesiapa sahaja yang mahu berjaya lebih daripada apa yang dicapai pada hari ini. Kepada usahawan, teruskan usaha kita agar mencapai kejayaan yang terbaik!
PPS. Salah satu kategori terbaru di blog SmartUsaha.com ini kelak ialah, saya akan paparkan mengenai usahawan internet Malaysia. Mungkin dalam bentuk interview atau dalam bentuk artikel. Sharing is Caring!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







setelah mengenali siapakah itu LABANON,
saya berasa sangat ‘cemburu’ kepada beliau.
manakan tidak, baru 17tahun, sudah ada income 5 angka sebulan.
saya yang “keluar kerja gelap, balik kerja gelap” hari-hari ni pun, baru gaji 4 angka.
alahai…ingin sekali mencontohi beliau.
kepada pihak yang berusaha menerumah beliau dan berkongsi audio temuramah ini, saya ucapkan syabas dan jutaan terima kasih.
semoga ALLAH membalas jasa baik kalian. amin.
terima kasih.
*** Tuan (SmartZul) juga tidak kurang hebatnya. Saya memang mengkagumi dan mencemburui semangat&usaha tuan dalam dunia internet business ini. ***
Tahniah kepada adik Lebanon.
Salam..
Sape tak kenal Labanon. Saya siap promote blog dia atau cerita dia pada kawan2 yang lain(juga smartzul). Macam baru2 ni saya balik kampung, saya ada cerita pada adik saya(sebaya Labanon) mengenai kejayaan Labanon.
Siap ajak adik pergi CC, tapi takder rezeki masa tu, web rahsia10k server down. Saya nak tunjuk kat adik saya tentang dunia usahawan.
Tahniah Labanon! Budak yang nakai(ayat kawin dia tak pernah terlepas dalam artikel dia) tapi punya cita2 tinggi. Wish u gud luck and also IM yang lain.
wassalam
http://www.mazlienadzri.com
Salam…
Yup, rasanya siapa yg mengikuti industri IM tempatan pastinya kenal dgn adik Labanon kita (cewah adik, erm dah besor panjang dah dia heee)
Memang patut Labanon dijadikan contoh remaja pada hari ini. Begitu juga dgn saudara Zul kita, salah seorang IMer Msia yg byk memberi motivasi dan tips beliau, yg juga wajar kita contohi (kalau terkeluar topik, maaf yer)
Memang benar apa yang ditulis tentang Labanon.
Saya menceburi bidang ini selapas terbaca kisah kejayaan beliau.
“kenapa aku yang tidak boleh, jika Labanon boleh? Apa kurang nya aku berbanding dia. Kalau budak umur 17tahun boleh buat. Aku pasti juga boleh”……..
Selepas itu saya terus berusaha dalam bidang ini..
Betul tu…
Kenapa budak2 baru lepas SPM boleh buat duit kat internet ..
Jadikan ianya sebagai cabaran..
Saya setuju dengan ayat ZUl.. ‘ Tapi Anda Tak Perlu jadi macam kami’..
Maksudnya boleh berjaya atas cara masing2..
Elakkan dari mengikut 100%.. Ambil sedikit idea dan olah menjadi idea sendiri..
AMIN..
Badan kecik, umur kecik, apa semua kecik, itu bukan faktor untuk buat sesuatu. Yang penting ialah memiliki hati, jiwa dan impian yang BESAR.
labanon? budak nih memang macam tu. Hehe..selalu buzz ym aku time aku tido. Hehe..
Apapun. Thanks for your offer labanon. Anyway, Labanon antara orang yang wat aku baca blog dia setiap hari.
Syabas Labanon! Memang betul kata Zul, bukan senang nak cari remaja macam Labanon ni, maybe 1 dalam 1000. Harap remaja-remaja di luar sana yang menghabiskan masa tak tentu hala dapat mencontohi semangat adik Labanon kita ni. Kalau dia nak kawin sekarang pun boleh…duit dah banyak (hehe..sorry Labanon, gurau je)
Salam, agaknya siapa yang mendorong Labanon jadi macam ni ye?
Salam semua,
Wah.. tak sangka ada post khas
Sebenarnya saya banyak belajar daripada bro Zul sendiri
Beliau memang tidak lokek ilmu lah… apa yang ditanya pasti dijawab dengan detail
Thanks a lot… tanpa anda siapalah saya (ececece
)
p/s: Tunggu semua 10hb ni
p/ss: Saya belajar daripada semua orang…