Saya Bukan Newbie

Newbie… Hmm… Apa itu newbie?

Kalau sesiapa yang memulakan perniagaan internet dan meletak diri mereka sebagai newbie, mindset mereka newbie, segala-galanya newbie, mereka amat sukar untuk melangkah ke hadapan.

Meletak diri sebagai newbie akan menyebabkan:

1. Mudah merendah-rendahkan diri.

2. Rasa seperti tidak cukup ilmu di dada walau telah banyak tahu.

3. Sukar untuk upgrade diri kerana telah lama digelar newbie.

4. Tidak berani ‘mengkritik’ ‘otai’ dengan kritikan yang membina.

5. Mengalami information overload disebabkan diri mahu menjadi lebih pakar, expert & otai.

6. Sentiasa fokus untuk menjadi otai dan bukannya fokus untuk membina bisnes yang berjaya.

7. Pihak lain mudah mempengaruhi anda dengan alasan anda adalah seorang newbie! “Belilah produk saya sebab anda teramat newbie…”.

8. Mudah diperkotak-katikkan. “Kau newbie, aku otai. Kau diam.” Apa lagi newbie dapat cakap?

9. Kurang keyakinan untuk menampilkan diri, belajar dan sebagainya kerana mereka adalah golongan newbie yang tiada apa-apa.

10. Hidup berkelompok-kelompok. Otai dengan otai, newbie dengan newbie. Kalau mahu join ‘kelab otai’, kena jadi otai dahulu baru dapat minum & makan semeja.

11. Newbie mudah dan sering dipersalahkan walaupun sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang lain. “Awak belum berjaya sebab awak masih newbie.”, “Dia tu newbie, jadi mudahlah dia buat silap”.

12. Tiada keyakinan diri atau segan untuk berkomunikasi dengan orang lain termasuk individu yang dikatakan sebagai ‘otai’.

13. Newbie akan tetap dikenal sebagai newbie sampai bila-bila.

14. Disebabkan oleh istilah newbie inilah ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan apabila si ‘newbie’ itu sedang kesempitan.

15. Newbie adalah satu istilah yang teramat “jelek”.

Dari itu, jangan gelarkan diri anda sebagai newbie dan bertegaslah dengan mereka yang asyik memanggil anda newbie kerana anda tidak mengatakan pun anda adalah newbie.

Jadi, salah satu “penawar” untuk mengelakkan information overload (kecelaruan berilmu) atau mudah diumpan oleh pihak yang suka mengambil kesempatan adalah, jangan jadi newbie! Selagi anda jadi newbie, selagi itulah mereka akan mengambil peluang dan kesempatan.

Di dalam bidang ilmu, hanya terdapat dua istilah:

1. Mentor (pensyarah, cikgu, trainer, coach, dll..)

2. Pelajar

Saranan saya:

1. Jadi diri kita sendiri. Tidak perlu letak apa-apa gelaran.

2. Bina diri sendiri.

3. Belajar dengan mentor yang tidak ambil kesempatan untuk menjaja nama anda yang kononnya anda berjaya disebabkan mereka. Lain jika anda mengizinkan nama anda digunakan sebagai case study atau testimoni.

4. Elakkan belajar dengan mereka yang sering memuji-muji diri sendiri.

Akhir kata, semua orang adalah hebat. Cungkil dan keluarkan kehebatan itu dengan bimbingan mentor yang ikhlas.

Newbie hanyalah sebentuk ‘propaganda’ agar segolongan orang yang digelar newbie itu dapat dipengaruhi dan dikuasai dengan mudah. Yang ‘otai’ dapat bermaharajalela tanpa boleh disentuh-sentuh, dicuit-cuit atau ditegur-tegur.

Ya, sebelum saya ‘disembur’ oleh segolongan otai, biar saya nafikan di sini. Tidak semua otai begitu. Tetapi… Anda dapat melihat dan menilai sendiri perkara sebegini di arena Internet Marketing tempatan dan luar negara.

Kita adalah sama, cuma pencapaian kita sahaja yang berbeza. Hanya itu sahaja..

Semoga tahun 2010 nanti memberikan sinar baru untuk kita semua.

***************

Anda boleh sebarkan artikel ini di blog atau apa jua cara dengan syarat tidak mengubah atau mengedit kandungan artikel ini dan menyertakan / meletak pautan (link url) berikut di akhir artikel:

Sumber artikel: http://blog.smartusaha.com/saya-bukan-newbie/

***************

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

62 thoughts on “Saya Bukan Newbie

  1. kadang-kadang bila kita baru menceburi sesuatu bidang,kita rasa kekurangan berbanding orang lain.tq zul kerana memberikan suntikan semangat dan keyakinan pada semua yang baru menceburi bidang perniagaan internet.

    1. Itulah yang saya ingin sampaikan. Perasaan rasa serba kurang itu boleh menghalang kita untuk melangkah jauh ke hadapan. Jika kita baru bermula, maka kita adalah seorang pelajar, namun kita adalah seorang IM walau apa jua pencapaian kita. Tapi kita tidak perlu meletak apa-apa nama atau gelaran seperti perkataan newbie. Pelajaran yang dilalui adalah bertahap-tahap dan kita berusaha untuk melalui tahap demi tahap tersebut.

      Sesiapa sahaja yang melakukan perniagaan internet atau Internet marketing, beliau adalah IM (internet marketer). Bagi saya, kurang wajar untuk memanggil-manggil seseorang itu dengan panggilan “newbie” walaupun mereka baru bermula. Panggil saja mereka IM.

  2. Mungkin istilah newbie ini boleh digunakan buat permulaan sahaja. Bagi saya, yang penting ialah apa persepsi seorang usahawan terhadap gelaran newbie. Positif atau negatif ? Bagi saya, newbie harus positif di mana beliau harus tahu apa langkah yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang dipilihnya. Saranan Smartzul adalah satu cadangan baik buat newbie positif. Newbie negatif pula adalah mengikut deskripsi smartzul sendiri di artikel di atas, iaitu info overload, dll.

    1. Saya menulis artikel ini secara ikhlasnya, adalah untuk “membersihkan” penyalahgunaan istilah newbie. Seolah-olah newbie itu rendah kedudukannya. Mungkin istilah yang lebih sesuai adalah Beginner, Intermediate & Advance, iaitu tahap dalam penguasaan sesuatu ilmu. Saya sama sekali tidak mengatakan istilah newbie ini tidak boleh digunakan.

      Betul, bergantung kepada persepsi seseorang. Namun di dalam arena IM sekarang ini, kita lihat bahawa banyak persepsi yang negatif termasuk penyalahgunaan termasuk ambil kesempatan. Jadi saya rasa, mengelak menggunakan perkataan newbie itu satu jalan yang terbaik. Orang yang tidak memanggil orang lain dengan perkataan newbie akan dianggap positif, dan yang menerima ilmu itu pula tiada perasaan rendah diri atau rasa direndah-rendahkan.

  3. Hmm… Zul ,

    Apa kriteria seseorang itu boleh digelar sebagai Otai?

    Pengalaman atau kejayaan mereka?

    Pada pendapat saya mereka yang merasakan diri mereka newbie adalah mereka yang baru bermula..langsung tiada asas..

    Hmm..kalau dah ada pengalaman dalam setahun dua tu…tak perlu lah gelarkan diri newbie lagi..

    1. Otai biasanya dikatakan sebagai orang lama dalam sesuatu bidang. Tapi bagi saya, ada mereka yang baru bermula lebih baik dan profesional berbanding yang sudah lama di dalam bidang itu. Maka, takrifan otai & newbie ini dalam keadaan tertentu adalah tidak relevan.

  4. salam,
    sepatutnya otai membantu kenkawan IM yg baru, ada jer yg nak ambil kesempatan pd newbie nie.Satu lagi nak bagitahu lebih baik kenali siapa Otai dulu sebelum membuat andaian sendiri.Kawan boleh dicari di merata2, sahabat sejati payah nak cari.Lebih2 lagi dunia IT nie byk sgt peluang yg nak kena tipu.Saya x kata semua otai, paham2 jer ler.Sekian wasalam

    1. Bagi orang lain, saya tidak tahulah prinsip mereka. Tapi bagi saya, sesiapa sahaja, saya letak sama level dengan saya. Saya anggap mereka adalah seperti kawan saya yang sudah lama kenal. Sebab itu saya tidak mahu menganggap mereka sebagai newbie atau apa jua istilah. Paling kurang pun, saya akan memanggil mereka “pelanggan saya”, “client saya”, agar lebih nampak profesional. Ini semua saya lakukan agar tiada rasa kekok dan segan di kalangan mereka semasa ‘bersama’ saya.

      1. Betul tu saudara Zul. Barulah orang macam saya yang baru mengenali dunia internet rasa tidak terlalu segan dan kekok bila nak berjumpa atau bertanya.

        1. Yup. Kita adalah sama. Satu bidang. Maka kurang wajar meletakkan bergolong-golongan. Yang berbeza hanya tahap pengetahuan dan pencapaian sahaja. Tapi bidang adalah sama.

  5. Otai banyak pengalamannya tak kira ler apa2pun ilmu yg otai ada, yg baik ilmunya kita ikutlah tapi yg tak baik jgn ikutkan. Kita nie Allah berikan akal dan fikiran utk berfikir, bagi saya setiap masalah2 yg timbul pasti ada jalan mcmmana nak selesaikan.Lebih2 lagi laman Smartzul yg byk membantu nie. tkasih daun keladi ada info terkini nak lagi. tq

  6. Tidak kira anda baru atau tidak. Jangan sesekali beranggapan anda adalah newbie. Pemikiran sebegini akan menyekat anda untuk maju kehadapan seterusnya bakal menggagalkan diri anda atas sebab mindset sendiri. ๐Ÿ™‚

    1. Di dalam usaha sama perniagaan, saya tidak terlalu melihat usahawan lain masih baru atau lama. Yang penting adalah gerak kerja mereka yang meyakinkan, profesional, beretika dan penuh berperancangan. Kita semua adalah usahawan, tetapi yang membezakan adalah bagaimana kita melakukannya.

  7. Bagi saya adalah niat sebenar seseorang itu mengapa menggunakan istilah newbie samaada untuk tujuan kebaikan atau cuba untuk ambil kesempatan. Contoh tujuan kebaikan seperti menunjukan cara membina perniagaan internet sebenarnya. Manakala contoh untuk ambil kesempatan seperti untuk memperendahkan seseorang itu, dengan tujuan-tujuan yang tak baik.

    Pendek kata, ia bergantung kepada niat sesorang itu. Rasanya istilah newbie tu kena guna istilah baru kot….

    1. Yup. Itulah tujuan saya menulis artikel ini. Perlu guna istilah lain selain Newbie kerana istilah ini lebih banyak dipandang “buruk” berbanding baik seperti yang kita lihat sekarang.

  8. Hmmm… memang pun sebab tu hanya segelintir sahaja yang berjaya sebab mereka tidak menanggap diri mereka newbie. mereka menganggap diri mereka adalah penjual, pemasar dan usahawan.( ini secara general lah)

  9. Saya bukan NewBie:-)

    “Jangan bingung dengan anggapan orang lain terhadap diri kita, tapi renungkanlah bagaimana anggapan kita sendiri terhadap diri kita”.

    Terima Kasih SmaertZul, artikel anda yang memotivasikan ini’

  10. salam,
    tentang nak letak nama newbie baru… apa nama yg sesuai ye…?? kalu nak fikir sendirian payah tu sama2 ler kita beri nama baru…. kan lbh baik.
    Lagipun bab2 niat seseorang sapa yg tahu because niat tu dlm hati org,sapa yg nampakkan.Saya nie dah 3 tahun belajar bab2 hati@niat manusia tak khatam2, payah oooo…
    Perpatah org tgh bercinta dari mata turun ke hati sesuai bagi mrk yg bercintakan.Dalam dunia IT pula cmmana…. Fikir2kan dan renung2kan. Wasalam jumpa lagi

  11. Sesiapa sahaja boleh membuat blog dengan adanya program latihan blogger. Saya tidak mengatakan bahawa saya yang terbaik. Tetapi hanya jauhari yang mengenal manikam. Pepatah Arab ada menyebut, orang yang jahil tentang sesuatu perkara sering menjadi musuh terhadap perkara yang tidak difahaminya itu.wasalam

  12. Yes, itu yang sepatutnya.

    Memang kalau perasan, istilah newbie dah terlalu digunakan sebagai
    cara utk TERLALU merendah2kan diri.

    Semua orang ada peluang yang sama utk berjaya.

    Excellent post. Thanks

  13. motivasi yang baik…kadang-kadang seorang newbie itu lebih profesinal berbanding mereka yang telah digelar expert tapi tak semua.bila kita sering mengelar diri kita newbie membuatkan perjalanan menuju kejayaan mengambil masa yang lama dan saya sendiri pernah mengelar diri saya newbie menyebabkan saya tidak mampu meulakan langkah pertama kerana asyik degelar newbie oleh orang-orang lama..adalah lebih baik kita gelarkan diri kita orang baru yang bakal mencipta kejayaan pada diri sendiri dan berhenti dari memikirkan kekurangan kita kerana setiap dari kita ada kelebihan tersendiri..saya semakin tidak selesa bila di gelar newbie teru-terusan..thanks for this post bro..

    “kita semua sama dan hanya kejayaan yang membezakan kita” ๐Ÿ™‚

    1. Kalau kita sekadar menyatakan kepada diri sendiri tidak mengapa. Tapi jika kita umumkan kepada orang lain “saya adalah newbie”, maka akan bermulalah episod suram dalam hidup kita. ๐Ÿ˜€

    1. Saudara Norazuan. Dalam dunia blogging, ada pernah dengar istilah newbie digunakan tak? Saya amat jarang mendengar atau membacanya. Ada memang ada, tapi ia amat jarang digunakan secara meluas.

      Jika kita belum jadi pro blogger, kita jadilah dulu smart blogger. ๐Ÿ˜€

  14. motivasi yg sgt baik utk diri sendiri.. tq zul.

    bagi saya, gelaran apapun xpenting, yg penting adalah kejayaan dlm membina perniagaan sendiri! gogo caiyok!

    1. Terima kasih Nuwa.

      Apa pendapat kita jika:

      1. Newbie yang setahun jagung sudah buat ratusan ribu, tetapi…

      2. Otai masih lagi statik dan di takuk lama?

      Siapakah yang lebih layak digelar sebagai otai, hebat atau expert?

      Di sini jelas, terkadang sesuatu istilah itu teramat subjektif maksudnya. Sampai satu tahap, newbie itu akan terus meletak dirinya di tahap yang tidak sepatutnya akibat kesan psikologi penggunaan istilah newbie. Maka tidak perlu gunakan gelaran. Kita adalah siapa kita. Kalau kita blogger, kita adalah blogger. Jika kita IM, kita adalah IM. Cuma pencapaian sahaja yang membezakan.

  15. Zul, selama ni saya selalu anggap diri ni newbie. Ini kerana saya rasa ilmu yang ada masih jauh lagi berbanding orang yang dah berjaya, so kena belajar banyak perkara lagi. Saya cuba jadikannya motivasi betapa perlunya utk saya tingkatkan diri ini..

    1. Seseorang yang dianggap sebagai otai, namun ada lagi otai berbanding dirinya, maka otai tadi akan termasuk golongan yang perlu terus menerus belajar. Jadi, tidak kisah siapa kita, tahap kita, proses belajar adalah perlu sehingga akhir hayat.

      Artikel di atas tidak bermaksud untuk menyatakan kita tidak boleh meletak diri kita sebagai pelajar atau beginner. Tapi yang ingin saya diskusikan adalah istilah NEWBIE. Saya perhatikan, istilah ini banyak digunakan dalam dunia IM. Tetapi, amat kurang dalam bidang lain seperti Blogging. ๐Ÿ™‚

  16. Salam…

    Motivasi yang cukup bererti.
    Benar kata saudara Nuwa, gelaran tak penting, yang pentingnya adalah kejayaan diri sendiri. Tetapi kadang-kadang gelaran inilah yang membuatkan kita yang baru bermula ni terasa tiada keyakinan dalam perniagaan di internet ni. Apa-apa pun semoga semuanya berjaya dengan cara masing-masing

  17. salam berjumpa lai,
    Nak olah sikit boleh:
    Gelaran : penting buat semua
    Pengaruh : lagi penting tu
    Otai : x de otai x de kita nie
    Motivasi : sgt penting kpd all
    Nasihat : penting sesangat agar x terjerumus kelain
    * apapun perkara yg penting(muslim sejati)Solat 5 waktu wajib, Al-Quran baca hari2 lepas subuh walaupun sebaris ayat, baru le yg semuadiatas tu datang kat kitakan…. .
    saya bukan ustaz insan biasa jer… Renung2kan.wasalam

    1. Gelaran tidak dinafikan penting, tapi gelaran bentuk bagaimanakah yang penting itu?

      Maksud otai adalah orang yang lebih dulu buat sesuatu perkara. Memang jika tiada yang pendahulu, tiada yang akan datang (baru). Cuma, ada segelintir yang mengambil kesempatan dengan panggilan otai dan juga salah faham terhadap istilah otai, itu yang sedang kita bicarakan sekarang.

  18. Saya bukan newbie atau otai walaupun sudah hampir dua tahun saya dalam dunia bisnes internet.

    Artikel yang banyak memberikan motivasi dan pengajaran kepada semua. Terperangkap dengan gelaran boleh melalaikan fokus terhadap bisnes.

  19. aku masih newbie dan mungkin selamanya newbie. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk dapat sesuatu dari internet nih. Bagi aku, yang penting adalah kerjasama antara kita semua. Kita sepatutnya bersyukur industri buat duit di internet dan perniagaan internet berkembang dengan baik sekarang berbanding 4-5 tahun yang lepas. Kalau dulu, takde semua nih..

    Sekarang. Macam-macam ada. Itupun masih ramai yang tak bersyukur dan ramai yang dengki sesama kita. Haii..

    1. Kita boleh guna apa saja istilah dan boleh letak di mana tahap kita. Sebab ia ikut tafsiran masing-masing dan hanya kita yang tahu. Ia terlalu subjektif.

      Soal dengki tu, aku tak tahu pula ada orang dengki dan berapa ramai sebegitu sebab terlalu sukar mahu tahu sifat dalaman seseorang. Terkadang kita tersalah tafsir mengatakan mereka dengki, padahal mungkin mereka ikhlas memberi nasihat atau pandangan. Lain jika ada bukti bahawa mereka jelas dengki.

      Cuma yang pasti, ramai yang sukar mengaku kesilapan bila dia buat silap. Atau yang paling teruk, orang dah tegur dia, tapi dia masih lagi buat silap yang sama. Ini termasuklah sikap ‘menegakkan benang yang basah’.

      Dan ada juga hanya menyatakan mereka sahaja yang betul dan tidak boleh melihat orang lain betul. Pasti akan ada saja bangkangannya. Dialah yang terbaik.

    1. Dalam bahasa Melayu, inferiority complex bermaksud merendah diri dengan pencapaian atau kebolehan diri sendiri. Dalam English ia bermaksud “the state of feeling less important, clever or successfull than other people”.

      Contoh inferiority complex pada seseorang individu adalah adanya perasaan bahawa mereka tidak bernilai atau kurang berjaya atau kurang pandai berbanding orang lain, walaupun mereka termasuk orang-orang berjaya, atau lebih berjaya atau lebih bijak berbanding orang lain yang dibandingkan tersebut. Perkara ini boleh menghalang kita untuk terus berjaya kerana dihalang oleh perasaan dalaman itu.

      Perasaan ini adalah normal, NAMUN jangan sehingga perasaan itu menguasai diri kita. Perlu latih diri untuk menerima diri seadanya dan yakin dengan kebolehan sekarang, serta sedar bahawa sesuatu yang kita tidak atau kurang tahu itu boleh dipelajari dan dikuasai.

      1. Alhamdulillah..artikel smartzul tlh byk menyedarkan saya, betapa selama ini saya amat merasa rendah diri kerana tak pandai atau kurang berjaya dlm bidang internet ni.. namun saya amat bershyukur krn tlh `menemui rakan` yg amat positif dan membuat saya tidak berputus asa utk terus mempelajari bidang perniagaan internet ni…Syabas dan terima kasih krn saudara tlh byk memotivasikan dan memberi pengajaran kpd semua golongan specially golongan yg baru nak berjinak2 spt saya.. Syabas dan terima kasih.

  20. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing samada pengalaman, pengetahuan, fizikal mahupun spiritual.

    Apa yang anda minat dan mahir itulah yang patut dihargai & bersungguh-sungguh. Itulah kepakaran yang boleh dimanfaatkan samada untuk membantu orang lain atau memantapkan diri menjadi lebih berjaya.

    Newbie ni tak ada dalam kamus BM kalau tak silap aku. Jadi nak gunakannya buat apa ye.

    Biasanya yang Otai2x lah akan memperaruhi mentaliti rakan IM baru dan menggelarkan mereka Newbie sedangkan IM tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

    Manfaatkan kelebihan masing-masing dan perbaiki kekurangan pada diri adalah lebih baik dari menunding jari aku Otai, kau Newbie.

      1. Pengetahuan dan kemahiran marketing di internet especially di Malaysia kebanyakkan diserap masuk dari bahan Ilmiah IM barat.

        Penyampaian adalah secara forum, blog e-book, video, pita rakaman suara dan sebagainya.

        Kebanyakkan IM tak boleh lari dari mengambil ilham, idea, kemahiran dan kepakaran yang telah dilakukan IM barat coz mereka telah lama berkecimpung bidang ini. Yela kita paling awal mungkin tahun 2000 ke 2001 baru nak celik IT sedangkan mereka telahpun mulai try error dan mengkaji sejak pengenalan Internet seawal 90an lagi.

        Jadi perkataan Newbie ini pun telah diserap masuk juga dalam kamus diri setiap IM bagi menampilkan 4 kategori golongan IM. 4 kategori/golongan ini bergantung kepada pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kredibiliti masing-masing.

        Saya tahu bro Smartusaha lebih arif dalam perkara ini. ๐Ÿ™‚

        Bagi saya IM adalah ibarat main game. Bermula dengan Noob(Novice) utk menjadi Expert (ada kuasa power2x Level (LV) tinggi, duit banyak, susah nak mati, tool2x canggih2x.)

        ๐Ÿ˜€

  21. Thank you bro Zul untuk suntikan semangat ni! Ni yg buek den berkobar-kobar nak berjalan terus dlm bidang IM nieh! Cayalah!!

  22. Salam Saudara zul and semua,

    Satu pengkongsian yang betul2 membuka mata
    saya. Ini kerana istilah newbie selalu
    saya gunakan keran terlalu merendah diri
    walhal bermcam ebook dan ilmu saya dah dapat
    cuma tak mampu convert into pendapatan jer.

    Bagi saya, ubahlah sikap kita yang suka
    anggap diri kita newbie dan tukarkan kepad
    pelajar. Di situ lebih better.

    Pendapat say, sebelum semua orang berjaya, dieorang belajar dari bawah. Begitu juga kita
    yang anggap diri tu newbie, kita akan
    berjaya satu hari nanti, yang bezekan masa sahaja samada cepat atau lambat.

    Terima Kasih Saudara Zul

    Salam
    AmrilMuidz

  23. newbie atau bukan newbie, terpulang pada diri masing-masing. Paling penting, terus berusaha menambah ilmu, menambah kerajinan dan menambah kenalan di internet.

  24. istilah newbie atau tidak itu isu lapuk.sebenarnya kualiti seseorang itu adalah sejauh mana die memantapkan dirinya dengan ilmu dalam bidang yang ingin diceburi..

    Google dulu juga newbie kalau dibandingkan dengan Yahoo..tapi Google tidak berkata dia adalah newbie…die lebih baik dari Yahoo…aha..itu lebih baik!

  25. Mungkin ada yang kata diri newbie kerana humble atau nak berkerja underground je. Apa-papun, kena berbalik kepada niat diri tu mengaku newbie.

    Artikel yang sangat baik dari Zul. Membantu meningkatkan motivasi usahawan internet baru.

  26. Zul, saya nak tergelak tang point no 6 tu “sentiasa fokus untuk jadi otai” haha.. cemana tu. Mungkin berusaha untuk berlagak seperti otai tapi sebenarnya newbie kut..

    Saya faham apa maksud yang Zul cuba nak sampaikan tu – Jangan terlalu memandang tinggi pada orang lain dan jangan pula memandang diri terlalu rendah. Kan? Kan?

    ps: dah review ebook saya lum? hehe..

    1. Ya, betullah tu. Fokus saja pada proses dan tindakan. Gelaran otai atau tidak, bukan kita yang bagi. Tapi orang lain (pelanggan, pengikut…).

      ps. Baru nak review hari ni.

  27. A.kum Saudara Zul,
    Pertama kali rasanya berkomunikasi 2 hala dgn saudara terbentuk..wlupun dah kenal blog ni mybe 2 tahun lepas..mungkin juga kerana artikel yang menarik ni yg memberi lampu hijau kpd saya pelajar baru menurunkan jari saya menaip di blog slh seorang jurulatih yg sudah lama dalam bidang ini..bermakna ia artikel yg berkesan utk saya….antara point lain yg menarik bg sy ialah saranan saudara yg no.3..iaitu belajar lah drp mereka yg tk mengambil kesempatan dgn menyatakan kononnya kejayaan seseorg disbbkan mereka..(kecuali diizinkan)..so artikel ni bg sy jujur, asli, berkualiti dan kategori ‘perlu ditulis’…btw, skadar berkongsi..wlupun pun dh 2tahun sy kenal blog ni dn tk lah slalu mana msuk sini, sbb mklumlah byk blog2 lain lg nk kena baca sbg pelajar baru..namun ada satu kekuatan yang akhirnya menarik ke sini semula…knapa ye..?..sy bercadang nk ulas pasal ni kt sini..tp teringat since sy tkda blog lg, blh gak klu ulasan tu sy jadikan kick start sbg post sy dlm blog tu..blhkan gitu coach zul:)..btw apa ye satu dua kata yg coach atau plajar lama di sini yg blh gambarkan tindakan teknikal pertama yg saya perlu buat..? t.kasih…

  28. artikel yang betul2 berbekas di hati..Betul seperti saudara zul perkatakan. Tidak perlu ada istilah newbie dalam kamus IM. Jika newbie itu bermaksud orang baru belajar, Setiap orang adalah newbie kalau mahu digelar sebegitu.Kenapa? Kerana setiap orang akan mempelajari benda yang baru setiap hari..Istilah otai yang seharusnya tidak ada kerana istilah begitu akan membuat dirinya serba cukup, serba tahu dan akan merendahkan sesetengah pihak. Ilmu tidak akan cukup. Ilmu Allah itu terlalu luas. Maka adakah otai itu bermaksud dia serba tahu? Tidak perlu meletakkan sebarang gelaran, cukuplah diri sendiri yang mengetahui kelemahan dan kelebihan diri sendiri.

  29. Selamat pagi bro zul.
    Saya amat bersetuju dengan artikel yang bro tulis amat memberikan kesan pada diri saya. Bagi saya, pemikiran positif adalah segala-galanya. Jika newbies terus mengaku newbies, mereka tidak akan berjaya berbuat apa-apa kerana terperangkap dalam kotak pemikiran seorang newbies sehinggalah mereka akan berusaha sendiri keluar dari pemikiran tersebut.Kita semua sama sahaja dan tiada yang tidak boleh dilakukan jika ingin belajar. “Nak seribu daya tak nak, seribu dalih”.

  30. Salam Zul,
    Kelahiran satu kemestian dan kematian satu permulaan,Kehidupan satu kewajiban dan perjuangan satu keadilan. Bermula awal newbiz ,pertengahan lain gelaran dan otai semua inginkan. Newbies ke ,otai ke yang penting kejujuran. Tq zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *