Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Saya Bercuti..

Mungkin ini adalah tulisan saya yang terakhir untuk blog ini…..

Sudah tiba masanya untuk saya berundur dari pentas ini.. :(

Oh tidak, gimik jer tu. hehe..

Baiklah, sebagai pengumuman, saya akan bercuti buat sementara waktu daripada menjengah ke alam ebiz seperti masuk ke forum wangcyber atau menulis blog. Saya ingin bercuti seketika.. Agak penat juga selepas berhempas pulas untuk menyiapkan beberapa kerja bagi perniagaan internet saya dan juga beberapa projek untuk pelanggan. Malah, blog saya ini hanyalah blog picisan sahaja dan lebih banyak lagi blog lain yang lebih berinformasi dan penuh dengan tips berbanding dengan blog ini. ;)

Manfaatkan blog usahawan internet lain seperti Dr Irfan, SaifulSham, Shuth, Kidino dan ramai lagi. ;)

Bagi anda yang ingin bergelumang di dalam bidang servis, satu perkara yang saya ingin kongsi bersama, pendapatan memang menarik dan kos memang rendah (tak termasuk kos tersirat lah yer..), NAMUN anda perlu tahu, bidang ini amat letih sebenarnya lagi-lagilah anda melakukannya seorang diri dan banyak projek yang perlu disiapkan. Selain itu, anda perlu menghadap pc dengan lama dan sudah semestinya anda memakan masa yang banyak! Saya terpaksa memberitahu berita ‘buruk’ ini agar anda tidak terkejut di saat anda melakukannya nanti. Untuk pengetahuan, saya melakukan bidang ini seorang diri pada peringkat permulaan dan kemudian mengajak seorang kawan saya untuk melakukannya bersama. Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah minat anda, maka insyaAllah anda tidak letih. :)

Di virtualniaga.com, kami menyediakan beberapa pakej laman web yang mampu dibayar oleh mereka yang ingin memiliki laman web perniagaan internet sendiri. Prinsip kami di virtualniaga amat berbeza dengan pihak lain kerana tujuan saya mengasaskan virtualniaga adalah untuk membantu mereka memiliki laman web sendiri dengan cepat dan dalam masa yang sama kami memberikan saranan dan bantuan yang mampu agar mereka tahu asas-asas laman web. Kalau yang jadi pelanggan saya tu, tahulah bagaimana saya layan kan? Kami tidak akan mempergunakan ketidaktahuan anda dalam membina laman web, sebaliknya kami membina laman web anda di peringkat awal sahaja dan terserah kepada anda selepas itu. Kepada pelanggan-pelanggan saya, belajar-belajarlah yer memahami dan menguasai asas laman web. Jimatkan kos anda! Tapi kalau nak kami kemaskini dan melakukan perkara yang berbayar, terserah.. ;) Tidak semua perkara dapat kami berikan secara percuma.

Perancangan selepas ini, saya mungkin akan menyerahkan segala urusan kepada partner saya tersebut untuk menguruskannya dan saya hanya akan mengambil peratusan kecil keuntungan dari satu projek. Dan kemungkinan saya akan mengambil atau melatih mahasiswa UTM yang ingin mencari pendapatan sampingan. Saya sudah agak letih sebenarnya. hehe.. Bukan putus asa dengan bidang servis ini, sebaliknya saya sedang dalam proses ke arah yang lain pula sekarang. Anda sedia maklum, dalam bidang perniagaan internet, ada banyak model bukan? Lagipun, perkembangan virtualniaga.com pun sudah agak baik dan hanya perlu tingkatkan beberapa aspek sahaja lagi untuk lebih baik. Sebab itu saya ingin ‘melepaskannya’ kepada partner saya. Ehem, jangan komen laman web tu, nampak jer simple, tapi projek tak cukup tangan. 8)

Sebenarnya saya mempunyai tiga fasa di dalam impian saya di dalam bidang perniagaan internet. Fasa satu sudah berjaya dilalui dengan jayanya. Syukur sangat-sangat kepada Allah. Fasa kedua dalam proses dan seterusnya fasa ketiga. Setiap fasa sebenarnya saya tetapkan masa satu tahun untuk melakukannya, namun saya dalam perancangan untuk mengurang tempoh fasa kedua dan ketiga hanya untuk enam bulan bagi setiap fasa. InsyaAllah. Apakah fasa-fasa itu, biarlah saya sahaja yang tahu.. ;)

Maka dengan itu, sebaik sahaja anda membaca ayat yang terakhir ini, maka saya tidak akan menulis lagi di blog ini dan wangcyber untuk sementara waktu. Sampai bila? Sehingga saya menulis, “saya sudah kembali!!”.

PS. Sudah melangkah ke hadapan, maka bukan satu kerja yang bijak jika ingin berundur kembali. Melainkan berundur seketika untuk membuat perancangan dan strategi.

PESANAN:

1. Letakkan link anda di direktori percuma smartusaha di http://smartusaha.com/direktori

2. Sertai Carta Blog SmartUsaha. Mari kita lihat blog siapa yang hebat selain meletak link blog anda di carta tersebut. ;) http://cartablog.smartusaha.com

3. Sebarang masalah penting, pertanyaan dan sebagainya sila gunakan contact form dengan klik menu contact smartusaha

* 4. Dapatkan ebook panduan pengaktifan akaun paypal dari A-Z. Tak cukup kalau hanya tahu cara nak keluar duit, kalau tak tahu cara nak daftar dan guna paypal. :p Dapatkan di http://smartusaha.com/news. PERCUMA!

Akhir kata, selamat maju jaya dan teruskan usaha anda! Doakan kejayaan saya. Amin.

Ingat pesan saya, dah mula sekali, jangan toleh ke belakang lagi!

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



13 Responses to “Saya Bercuti..”

  1. cikgubiz says:

    Bi la aku leh potong rank smartzul ni boleh boleh boleh huhuh…. ;)

    selamat bercuti smartzul.

  2. anas says:

    bercuti dan makan byk sikit zul..dah skinny kawan kita ni… tak pun offer-offerkan lah diri tu kat bakal2 mak mertua. Sure cepat naik kilogram…

  3. mypapit says:

    zul, rasanya BCB dah tak keluarkan SmartCash card dah..

  4. tazamfn says:

    Yup Selamat Bercuti jangan merajuk udah le ya Mr Smartusaha…..banyak yg bleh dikongsi bersama walaupun tidak bersua muka….

  5. aku says:

    aiseh zul, gua baru jer nak berblog.. ko plak nak berhenti kejap.. hmm.. jangan cuti lama-lama.. nanti kurang sumber motivasi kami

    anggap jer tulis blog ni cam makan nasi :)

  6. Zul,

    nak bercuti ke nak buat kenduri kahwin? Mentang2 lah dah glamer, nak kawen sorok2 takut populariti drop ye? ngewh3…

    Betul, bisnes internet ni penat.. esp, untuk local market. Service local market patah lagi.. :)

    Jgn lupa posting kan gambar bercuti :)

  7. sham says:

    Memang patut Zul bercuti..banyak keje dah buat..kene jugak jaga otak & badan..Kalo sakit,xjalan plak biz..

    Saya tengah tunggu bakal partner saya abis kontrak kat Hendry Gurney,Melaka..Dia grafik designer..Tunggu dia balik Terengganu dulu..Entah buat apa kat KL dia tu..Kontrak dah abis pun kene bertugas lagi..

    saya baru ni dah bercuti..xleh cuiti banyak sangat lagipun ada kursus 15 sampai 17 ni..Sebelum tu ke UUM,tengok konvo & Bincang pasal seminar IT kat UUM & proses nak sambung belajar..Kalo lepas syarat,boleh la..

    Banyak perancangan dalam kepala ni..

  8. rrc says:

    Selamat bercuti!!!!!!!! tetapi sementara jer ya, projek saya siapkan dulu ya dan buat masa ni saya dah mengatur langkah untuk kemaskinikan web site contohnya blog saya tu, walau tak sehebat mana tetapi adalah perubahan sikit-sikit dari tak tau apa-apa.
    Terima kasih atas bantuan Zul selama ni:)

  9. Galadriel says:

    Selamat Bercuti Zul!
    Akak baru je balik dari bercuti 4 hari. Bagus juga bercuti dari bisnes kita ni sekejap so that bila balik bekerja semula, pemikiran kita fresh dan ada idea-idea baru.
    Berhati-hati bila drive kereta ke mana-mana dan jaga diri baik-baik!

  10. Aleen says:

    Selamat Bercuti! Senyum Sokmo!

  11. linn_comel says:

    Selamat bercuti..tapi jgnlah cuti lama-lama sangat..ye

  12. FATAH says:

    hehhe… jom pi cuti2 malaya… kalu suka boleh jugak jenguk blog saya nih…

    http://www.abdfatah.wordpress.com

    lain kali kita celoteh lagi yer?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)