Sampan di muara dan Pendayung Sudah ditangan. Apa lagi?

Ali (bukan nama sebenar) pada dahulunya tidak tahu langsung apa itu perniagaan internet. Malah sudah semestinya tidak tahu di mana dan bagaimana untuk bermula.

Alhamdulillah, Ali telah ditakdirkan berkawan dengan seorang yang bernama Zaki. Zaki begitu berminat dengan peluang menjana pendapatan di internet dan sudah lebih tahu daripada Ali. Zaki begitu baik, dan dia sentiasa membantu sesiapa sahaja yang ingin tahu cara menjana pendapatan tambahan di internet. Apa yang diketahuinya, tidak disoroknya.

“Zaki, ajarlah aku pasal buat duit kat internet ni..”.

“Ok, aku akan ajar kau..”.

“Ali, ni haa, kau masuklah website ni, banyak rujukan..”.

“Ali, aku ada produk nak kongsi, boleh kau buat duit sekali..”.

“Ali, jom beli buku pasal ebiz ni..”.

“Ali, kau nak tak fotostat ebook yang aku dah print ni?”.

“Ali, kau carilah something yang boleh dijual. Gunakan cara yang aku ajar..”.

“Ali, dah ada idea ke?”.

“Ali, kau tahu tak..?”

“Ali…..”.

“Ali….”….

Genap setahun, begitulah dialog hariannya…

Adakah anda perasan dua perkara yang ingin saya sampaikan? Apa? Zaki begitu baik? Oh, bukan itu yang hendak saya sampaikan..

Baiklah, ini jawapannya. Perasankah anda, si Ali hanya menunggu untuk disuap sahaja? Segala-galanya ia HANYA bergantung kepada si Zaki. Tidak ada usaha dan daya sendiri untuk menambah ilmu, mewujudkan produk sendiri, tetapi sebaliknya semuanya bergantung kepada Zaki.

Hasil daripada dorongan Zaki, Ali berjaya mendapat pendapatan yang bolehlah untuk menyara hidupnya seharian. Sedihnya, apa balasan dia kepada Zaki? Ya, Zaki tidak mahu balasan, tetapi orang kata, jika kita membalas (jika mampu), ia membuktikan kita menghargai jasa orang. Oh, sedihnya lagi, si Ali langsung tidak mengucapkan terima kasih. Itu sudah memadai…

Maka, terdapat dua perkara yang saya ingin sampaikan:

1. Hargailah sumbangan dan bantuan orang lain kepada kita, hatta secebis ucapan terima kasih

2. Jalan sudah ditunjukkan, lampu sudah dipasang di tepi jalan, destinasinya susah jelas, diri anda sendiri yang menentukan anda sampai atau tidak

Kisah di atas adalah kisah benar, cuma nama dan tempat sahaja diubah.

Sedarlah bagi mereka yang belum sedar, kebanyakan daripada kita begitu sukar untuk melihat betapa besarnya secebis ilmu itu. Begitu ramai mereka yang telah berjaya ingin membantu kita, tapi kita tidak cuba untuk melakukannya, hatta ingin menyimpan sebaik-baiknya ilmu itu.

Jadikanlah kisah Zaki dan Ali tadi sebagai pengajaran. Jika anda adalah si Zaki, apa perasaan anda? Dan jika anda si Ali, adakah anda boleh berjaya tanpa bantuan Zaki? Atau bagaimana jika si Zaki tiada lagi di sisi anda? Kepada siapa anda dapat berharap lagi?

SEDARLAH.. Hanya usaha anda sendiri yang akan mengubah keadaan anda! Allah sendiri telah menyatakan di dalam al-Qur’an dan bahkan di dalam hadits serta kata-kata para ulama’ sendiri. Usaha dan ketentuan Allah adalah prinsip yang perlu selari. Jangan jadi seperti golongan Jabariah yang menafikan taqdir (ketentuan Allah) dan kelompok Qadariah yang menolak konsep usaha manusia. Hal ini anda boleh merujuk di kitab-kitab Tauhid. Jelas? Ya, anda perlu berusaha. Allah itu Maha Adil, hanya sesiapa yang berusaha kuat sahaja yang berhak mendapat balasan yang berganda di dunia atau di akhirat.

Kesimpulannya, tiada usaha, tiadalah hasilnya, takkan jatuh bulan ke riba, yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek.. Berterima kasihlah kepada mereka yang membantu anda. Hargailah mereka walau dengan seteguk air.. Kerana, apabila anda berjaya kelak, sebahagian sebabnya (asbab) adalah mereka. Doakanlah kebaikan untuk mereka, bukan wang sebagai balas-gantinya.

Ayuh! Pendayung sudah di tangan, sampan sudah di muara… Usaha anda hari ini akan menentukan siapa anda.. InsyaAllah. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Sampan di muara dan Pendayung Sudah ditangan. Apa lagi?

  1. Diajar, Belajar, Berusaha, Bertawakal, Berjaya, Mengajar..

    Itulah Antara Prinsip yg patut ada pada kita..

    Yg Penting Bersyukur..

    Terima Kasih Byk Zul…

  2. Kisah di atas pendek jer tu. Saya ringkaskan.. Apapun, cerita tu tak tamat lagi. Tapi, si Zaki memang dah betul-betul membantu si Ali… Zaki langsung tidak meminta balasan, tapi si Ali langsung pula tidak tahu menghargainya dan tidak pernah mengambil serius untuk mendalami bidang perniagaan internet.. Si Ali, hanya tahu cakap besar.. Duit yang dihasilkannya, boleh dikatakan 90% adalah hasil bantuan Zaki.

    Si Zaki juga telah mencungkil kebolehan si Ali tu, tapi sedih, si Ali masih tidak mahu berdikari..

    Teruk kan??

  3. Kalau aku biarkan aja si Ali tu. 😉 Tiada siapa dapat merubah diri kita selain kita sendiri yang merubahkannya. Orang lain hanya dapat membantu sahaja tapi siapa yang patut melakukannya.

  4. Tu la pasal cikgu. Si Ali tu tak pandai nak berdikari. Entahlah malas atau apa. Si Zaki ni jenis mengambil berat setiap kawan2 dia.. Kekadang Zaki rela susah bersama… Tapi tu lah, manusia bila dah senang, mudah lupa diri.. 🙂

  5. “Sampan di muara dan Pendayung Sudah ditangan. Apa lagi?”

    Apa Lagi Di tunggu!!!

    Kayuh Pelan-pelan ke arah kejayaan

  6. Bila dah habis baca entry nih, tetiba terpikir plak saya: “Siapa saya? Zaki ke Ali?” …..

    … maybe tengah2 kot….

    bagus post nih, mengajak insan berfikir….

  7. Jadilah orang yang sentiasa sedar dan mahu berusaha.. Kalau orang dah bantu kita, support kita, kita kenalah belajar berdikari. Jangan jadi seperti Ali yang hanya menangguk di air keruh (eh, betul ke peribahasa ni, hehe).

    Kelak susah diri sendiri.. Kisah ni kisah benar, tak ada tipu nyerr… Bukan mitos atau rekaan…

    Saya berharap pembaca semua berfikir, siapakah kita? Kalau nak jadi Ali boleh, tapi Ali yang dah pandai berdikari dan bukan seperti cerita di atas.

    Bayangkan, segala ilmu dan segalanya sudah dikongsi oleh Zaki, tapi Ali hanya bergerak berbantukan Ali semata.. Kesian Zaki, tolong kayuh sampan untuk Ali… 🙂

  8. yup, sypun terfikir sy dipihak yg mana satu..Tp, dunia e-biz ni mmg ramai spt zaki&Ali..Seorg yg berani mencuba dan berjaya manakala seorg lagi masih ragu2 dan takut nak berkayuh sendiri.

  9. mari kita teruskan kayuhan rezeki di muka bumi ini dengan penuh sabar.

    berdikari dah tentu kena ada dalam diri kita. takkan nak mengharapkan bantuan orang semata-mata. setiap kali berdepan dengan apa2 masalah teknikal dah tentu akan jadi keluh kesah… alihnya orang lain yang kena panggil untuk settlekan masalah kita… tidakkah haru biru jadinya…?

    oleh itu berusahalah untuk berdikari…

  10. betul kata abdfatah tu…
    berdikari kena ada pada diri kita…

    pendayung sudah diberi, pandai2 lah gunakan pendayung yang ada…
    jangan terlalu mengharapkan orang…
    kena lah cuba buat sendiri juga…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *