Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

SaifulSham & Seminar Perniagaan Internet

Pada 8 Julai 2006 nanti, saya akan mengikuti sebuah seminar perniagaan internet yang dianjur dan diuruskan oleh SaifulSham Consultants iaitu milik Team SaifulSham.Com. Mengapa saya begitu mudah untuk mengikuti seminar ini walhal segala info untuk memulakan perniagaan internet begitu mudah untuk didapati di internet? Tambahan lagi banyak bahan percuma seperti ebuku, artikel, e-zine, newsletter dan pelbagai lagi yang boleh didapatkan secara percuma? Jawapannya amat mudah..

SAYA TIDAK MAHU DIRI SAYA TERBELENGGU OLEH “INFORMATION OVERLOAD” atau LIMPAHAN MAKLUMAT yang tak terkawal.

Ya, walaupun saya telah berkecimpung di dunia perniagaan internet ini hampir setahun, namun, setiap usahawan internet memiliki ‘rahsia’ dan ‘petua’ tersendiri, dan inilah masanya untuk saya mendapatkan tips yang praktikal serta menghuraikan segala permasalahan dan persoalan selama ini. Tambahan, saya bukanlah seorang pakar atau yangbegitu banyak pengalaman, lebih-lebih lagi melakukan pemasaran yang melibatkan pelanggan luar negara. SaifulSham adalah jawapannya, kerana mereka sudah lama dan memiliki pengalaman yang banyak di dalam perniagaan internet di peringkat antarabangsa.

Usah bercakap banyak lagi, untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai seminar tersebut, anda boleh ke laman web mereka dengan klik di link berikut:

Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan mereka di sana dan anda boleh juga bertemu-mesra dengan diri saya di seminar tersebut nanti.. ;) Jumpa di sana!

Facebook comments:

6 Responses to “SaifulSham & Seminar Perniagaan Internet”

  1. Jumpa di sana Zul! :)

    Ada banyak tips dan modul yang kami telah susun khas.

    Kita akan fokus kepada 2 perkara:

    Memulakan perniagaan Internet & Marketing perniagaan di Internet.

    Insya allah, saya harap semua peserta akan mendapat input yang berguna. Cuma satu pesan saya, jika ada ilmu yang nak tahu tp kami tak cerita, tanya ya. Sebab kadang2 mungkin kami tersalah faham, ingat semua orang automatik tau… ;)

    Ok, thanks zul!

  2. smartzul says:

    Ok Sabri, jumpa di sana… Cikgu, tak join ker..? ;)

  3. alhafiz3d says:

    bagus la korang nih,
    soriler tak dapat datang, jauh sangat tu.. :D

  4. rasidyusoff says:

    Zul..saya pun pergi jugak seminar tu..kita jumpa di sana ye..

    Sudi²kan la menjenguk di http://rasidyusoff.blogspot.com

  5. suzastri says:

    will join the course..sempat daftar awal, dapat diskaun daa..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)