Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ruangan FAQ SmartUsaha

Assalamu’alaikum dan salam bahagia pembaca blog smartusaha semua,

Ermm, sibuk nampak? Dah bersiap-siap nak balik kampung yer.. Baguslah, jumpa keluarga dan sanak-saudara nanti. Saya pulak, insyaAllah malam hari jumaat ni, 20hb, saya akan bertolak ke kampung, Kelantan Darul Na’im. ;) Pandu kereta hati-hati atau kalau naik bas ke apa, berdoalah agar selamat sampai ke destinasi.

Ok, kembali kepada tajuk. InsyaAllah selepas raya ini saya akan membuka satu ruangan baru di blog ini iaitu FAQ, soalan yang lazim / kerap ditanya oleh ramai orang kepada saya selama ini. Dan, saya juga sentiasa menerima dengan terbuka emel daripada anda. Tapi, jangan berharap sangat untuk saya balas dengan cepat yer.. Faham-faham ajerlah.. ;)

Mengenai ruangan tersebut, saya berterima kasih kepada salah seorang pembaca blog setia saya yang memberikan cadangan bernas ini. Katanya, bagus jika dibuat satu bahagian yang mengumpulkan soalan-soalan yang kerap ditanya. Bila saya fikirkan idea ini, maka saya dapati ia ada kebaikan tersendiri iaitu soalan yang ditanya secara personal melalui emel juga dapat dikongsi bersama oleh ratusan bahkan ribuan yang lain, lagi-lagi mereka mempunyai soalan yang sama.

InsyaAllah, saya akan buatkan ruangan tersebut selepas kembali pulang dari kampung.

Dan, jika anda perhatikan di sebelah kiri blog ini iaitu di bahagian sidebar, ada satu kotak list-box pada bahagian Kategori. Sebelum ni dia menyenaraikan semua kategori post, tapi tak cantik dan berserabut. Dan kini saya telah buatkan begitu yang lebih kemas dan praktikal. Cara gunanya, tekan list-box tu dan pilih kategori mana yang mahu anda baca untuk tulisan-tulisan yang lepas. :)

Dan ada pembaca setia blog saya siap print lagi tulisan-tulisan saya di sini. Ya, silakan. Saya tidak halang anda save atau cetak, tapi jangan dijual dan dilakukan plagiat udah lah yer.. Kesian kat saya. hehe.. Blog ini adalah untuk anda, maka anda gunalah sebaik yang mungkin kandungan di dalam blog ini. Tapi, kalau anda nak gunakan tulisan di blog ini untuk diletakkan di blog anda atau di mana-mana laman web, sila minta izin saya terlebih dahulu. Sebab, ia berbeza dengan cetak, copy & paste ni lain sikit cerita dia.. ;)

Oklah, saya nak siapkan 2,3 projek lagi sebelum balik raya..

Semoga anda semua sentiasa di dalam kebahagian dan keselamatan, insyaAllah.

Wassalam.

PS. Mereka yang membeli ruang iklan smartusaha akan mendapat beberapa bonus yang tidak diberitahu. Kalau nak tahu, kenalah beli ruang tu.. ;) Rujuk di http://smartusaha.com/iklan. Ada beberapa kekosongan ruang lagi..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

31 Responses to “Ruangan FAQ SmartUsaha”

  1. Saya plak dah tak tahan lagi nak pinjam jawapan kepada soalan FAQ Zul, cepat Zul, cepat… :)

    hehe…

    Takpe, halangan pertama pada Zul adalah mewujudkan ruangan FAQ tersebut, saya yakin Zul komited dan akan berjaya.

    Halangan kedua adalah memastikan orang baca dan cari jawapan sendiri di FAQ dulu sebelum bertanya… hehe… ni yang parah ni, sbb ramai orang terang-terang mengaku kepada saya diorang malas membaca.

    Tapi, takpe. Lepas ni saya akan copy & paste URL FAQ Zul, setiap emel soalan yang Frequently Asked akan diarahkan ke FAQ… hehe

    Good luck! :)

    Sabri

  2. SmartZul says:

    Hehe, boleh ajer sabri..

    Lepas ni kalau ada soalan yang sama, just bagi URL FAQ jer.. Mudah.. ;)

  3. Azahari says:

    Bagus ada FAQ. Kadang-kadang tu saya pun kalau boleh tak nak tanya sangat soalan yang mudah takut saudara Zul ni takde masa nak reply..kalau banyak orang tanya soalan mudah kan susah tu…takkan nak balas satu persatu ye tak?wah…ambik masa jugak tu nak terangkan balik apa yg kita dah terangkan pada orang lain. :)

  4. FATAH says:

    haha… bagus kesempatan yang cukup positif untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. teruskan usaha anda. selamat maju jaya. sokong jangan tak sokong.

    nak buat terjemahan macam mana? ada free dan ada berbayar ker?

  5. leLabu says:

    uh, orang kelantan rupanya. Org kelantan nih memang berjiwa keusahawanan yang kental. Tak puas jadi usahawan offline, sekarang dah ada yang jadi usahawan online..bagus..bangga puna ada jugak.
    1/2 saifulsham org kelantan. 1/1 smartusaha org kelantan. ada ramai lagi ker?

    p/s: kalo jumpa zul kat kota bharu nak mintak belanja colek nih? guano? buleh dok?

  6. matzis says:

    idea yang bagus, kena tengok dulu ler sebelum nak buat komen…itu ler kuasa FAQ..hee! selamat berjaya!!

  7. cikgubiz says:

    Bagus jugak idea tu… banyak masalah boleh selesai…

  8. hanimkirrana says:

    huhuhu…. jgn balik dulu…. zul cane? ni bz sgt le ni… jgn cuti lame sgt ye… akak nak wat web ni…

  9. fai says:

    Ish.. Ish.. Ish..

    Slamat Hari Raya zul..

    Taun ni saya beraya dlm suasana yg xgumbira la.. :cry:

    :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

  10. syia says:

    bagus la nanti kalau ada FAQ section, untuk mudahkan Zul pilih soalan apa yg patut masuk FAQ, Zul boleh kut cuba buat cam 1 post blog senaraikan soalan yg Zul pernah dpt .Lepas tu Zul bg pembaca buat undian, soalan mane yg dorg nk sgt tanye kat Zul :)

  11. zali says:

    Salam sejahtera Zul,
    Saya tak ada apa nak komen cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kat Zul utk seisi keluarga zul yg jauh dan dekat… Hari raya sebesarini dtang sekali sahaja tiap2 tahun tapi Zul berikan semangat dan peluang berkali kali… Terima Kaseh .. walau pon saya masih teramat baru dalam bidang yg Zul usahakan ini saya nampak Zul mmemang berusaha bersungguh sungguh. Syabas Zul…!! Ruangan FAQ memang saya alu2kan boleh tanya sikit apa2 yg tak paham[ sebenarnya banyak tak faham ]….Kepada semua pembaca saya ucapkan Selamat Hari Raya… Kepala tentu sibok sekarang untuk Hari Raya… zali

  12. allan says:

    idea bagus…tak yah soal soalan yg sama..

  13. ap|zz says:

    hmm..mmg bnyk soalan yang nak tanya…nak tanya soalan mudah2 menyusahkan plak,ye tak???

    kalu ader FAQ ni..mmg baguih!Dpt menanggalkan kotoran tanpa meninggalkan kesan..hehe;)

  14. Tramadol says:

    maybe with yahoo messenger

  15. Hamid says:

    Boleh juga menjimatkan masa..
    tak perlu la menjawab banyak soalan jika soalan yang diajukan sama jer.

  16. Han says:

    FAQ memang berguna dalam web…
    tapi masih ramai yang malas membaca…
    jadi kalau buat FAQ dalam bentuk video atau audio kan lebih senang…hehe..
    cadangan je…

    han

  17. abdfatah says:

    dah tentu kena baca FAQ tersebut. kalo malas sangat jangan singgah di blog ini tanpa baca FAQ terlebih dahulu… habis baca FAQ baru bleh teruskan menjelajah satu2 blog tersebut…

  18. Hamid says:

    Blum siap lagi kot :mrgreen:

    • abdfatah says:

      FAQ blog yang ini rasanya takder dan tak letakkan agaknya. FAQ adalah untuk website produk yang kita nak jual atau perkhidmatan yang kita sediakan.

      kalo nak sediakan FAQ dalm blog nih banyak menda laa nak kena bubuh dalam FAQ tu.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet » Sembang-sembang… cari wang.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)