Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ruang JV Ditutup

Salam ceria untuk para pembaca blog ini dan usahawan internet semua.

Saya menerima banyak emel yang menjemput saya untuk bekerjasama (JV), mendapatkan testimonial, review produk dan pelbagai lagi permintaan. Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

Namun, disebabkan tahun 2009 semakin hampir kepada tirai penutupnya, maka saya tidak dapat lagi menerima sebarang bentuk jemputan atau permintaan buat masa ini sehingga tahun 2010.

Di akhir tahun ini, banyak perkara yang perlu saya lakukan terutama ‘tahun kewangan’ perniagaan saya (bagi tahun 2009) sudah pun cukup setahun. Jadi saya perlu melakukan banyak perkara untuk memastikan perjalanan perniagaan saya lancar pada tempoh yang baru akan datang (2010).

Tip: Untuk lebih maju pada tahun hadapan, lakukan analisa perniagaan untuk satu tahun yang lepas (2009). Senaraikan kelemahan atau kesilapan yang perlu diperbaiki dan senaraikan kekuatan yang masih boleh ditingkatkan. Dan tambah lagi strategi agar pendapatan dapat ditingkatkan beberapa kali ganda.

Selain itu, saya sedang berhempas pulas untuk menyiapkan beberapa produk yang sedang terbengkalai, di samping ada beberapa ‘janji’ yang belum saya tunaikan kepada beberapa orang Internet Marketer seperti review produk, JV dan lain-lain lagi.

Saya seboleh mungkin mahu membantu usahawan-usahawan internet yang lain setakat yang saya mampu. Setakat ini, saya telah membantu ramai usahawan internet dan bilangannya terus bertambah. Saya meletak ia sebagai satu sumbangan ikhlas saya agar usahawan lain turut berjaya di dalam bidang ini, dan saya tidak melihat ia sebagai tujuan bisnes semata-mata. Biarlah Allah yang membalas untuk sumbangan saya itu.

Namun, saya tidak dapat memenuhi semua kehendak orang kerana saya juga perlu fokus kepada usaha saya. Apa pun, saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan ruang kepada saya sejak 3 tahun lepas untuk membantu ramai para usahawan internet walaupun sekadar secebis pandangan.

Akhir sekali, maafkan saya jika ada emel yang tidak berbalas kerana entri (makluman) ringkas ini telah menjawabnya. Saya menulis entri ini secara umum agar bakal penghantar emel akan memahami ‘status’ saya sekarang.

Saya mohon maaf di atas segala kesulitan ini.

Salam kejayaan kepada semua.

ps. Bagaimanalah saya boleh terlupa… SmartUsaha.com telah pun mencapai usia empat tahun pada September lepas! (September 2005 – September 2009). Ish… Macam mana boleh lupa nih. :D

Facebook comments:

24 Responses to “Ruang JV Ditutup”

  1. rohaizad says:

    Tuan,

    Macam mana boleh lupa nih.. haisshh!

    p/s: itulah… kena kahwin cepat sebab mudah sket sebab nanti ada orang boleh tolong ingatkan.. kui.. kui.. kui..

  2. Semoga bro terus sukses! Sampai Sri Gombak singgah di rumah kami..

  3. Cik Siti says:

    SRI GOMBAK????…zul mendalam tu…

  4. InsyaAllah cikgu. Selain rumah cikgu, ada satu rumah yang perlu saya pergi. :D

  5. Bagus la tu..maisecawan dua kali gitu :)

  6. Cik Siti says:

    jawapan selamat…hahahahaaaa

  7. cyza says:

    Ijad dan Zul, dua-dua pun belum kahwin… Kalau ada kenduri kawin, aku rasa gempar kenduri tu…

    Anyway, happy belated 4th anniversary to blog smartusaha

  8. Zairi Zaidi says:

    Nak buka terus ke camne JV ni??? Ehehe

  9. ZULAZIS says:

    JV 2010 perlu ada & mesti di tambah

  10. jai@jaigoku says:

    Salam Tuan Zul dan semua,

    Saya memang tidak mahu JV dengan Zul sebab apa tau.. sebab Zul cakap tak mahu lagi JV untuk tahun ini.. Tetapi jika Tuan Zul berbesar hati untuk JV dengan saya suatu hari kelak, saya turut menolak.. Tetapi menolak masuk dalam jiwa saya yang sungguh gumbira mendengarnya.. Bak kata pepatah, besar tapak tangan, stadium Bukit jalil saya tadahkan.. :)

    Tuan, saya lebih suka jika kita dapat membuat diskusi personal dalam bisnes berkenaan strategi bagaimana untuk meluaskan jaringan dan pendapatan.. :)

  11. NMD says:

    Salam Zul,

    Nasib baik saya sempat! Fuhh.. hehe..

    ‘Kedai’ Zul nak tutup sementara dah rupanya!

    Terima kasih banyak Zul, hanya Tuhan saja dapat membalasnya!

  12. hasbulaqill says:

    perh
    4tahun
    heher
    cmne leh lupa nih

    p/s-jgn suruh zul cepat kawen nanti konpem
    x bukak2 kedai sampai bila2 :D

  13. amrilmuidz says:

    Salam..

    Tahniah atas umur blog saudara yang dah masuk 4 tahun lebih..

    Walaupun saya baru dalam bidang ni, tapi saya nampak saudara zul byk menjadi role model kepada IM kita yang lain.

    Saya juga banyak belajar dari saudara, lebih kepada motivasi. sebab saudara banyak memberikan motivasi kepada semua orang.

    Terima Kasih

    AmrilMuidz

  14. PakarAWeber says:

    Patut la tak dapat jawapan dari Zul, dah tutup rupanya. Tak per, saya akan ajak zul lagi (kalau ruang utk berJV dah bukak) untuk produk kedua dan ketiga saya nanti….2010.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Di Manakah Saya? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)