Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ruang Iklan : Bonus + Special Event

Info: Post kali ini 80% adalah bercirikan komersil

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang telah merebut peluang untuk beriklan di blog smartusaha dengan membayar sebanyak RM35 untuk 35,000 impression. Satu harga yang teramat murah berbanding harga standard iaitu USD25 untuk 10,000 impression (harga secara purata, tak percaya, cuba research sendiri).

Mengapa saya ucapkan tahniah kepada mereka, kerana mereka sanggup untuk mencuba sesuatu, lebih-lebih lagi setelah membaca special report saya yang percuma mengenai pengiklanan banner. Mereka melakukan sesuatu untuk laman web jualan mereka, mereka tidak duduk diam. Saya suka golongan sebegini yang sanggup melakukan ‘apa sahaja’ (tapi dengan ilmulah) untuk bisnes mereka.

Sebenarnya, ada satu perkara yang saya ‘rahsiakan’ kepada anda semua mengenai ruang iklan banner, iaitu BONUS. Bahkan yang telah membeli ruang iklan tersebut pun belum mengetahui apakah ‘hadiah’ tersebut. Setakat ini, saya sudah menyenaraikan bonus untuk mereka sebagai tanda tahniah kerana merebut peluang dan satu lagi, memang saya ingin membantu bisnes mereka (visi smartusaha iaitu membantu netpreneur). Bagaimana? Hehe, saya tak akan beritahu di sini kerana tidak adil kepada mereka yang telah membeli ruang tersebut. Namun yang pasti, RM35 yang mereka bayar amat amat berbaloi kerana bonus-bonus yang saya berikan itu adalah untuk jangka masa panjang. Saya ‘ambil’ duit mereka, tapi saya akan bantu mereka lebih daripada apa yang mereka bayar.. ;)

Kalau anda kata RM35 amat mahal, tepuk dada, tanya selera. Special Report saya pasal iklan banner tu dah menjawab segalanya kalau anda BACA dan fahamlah.. ;)

Oh ya, maaf. Kali ini tiada benda free. Ada yang minta, “Zul, letaklah link affiliate aku kat blog kau.”. Pohon seorang sahabat baik saya. Tapi saya tidak mengendahkannya kerana prinsip saya, “tiada jalan mudah untuk berjaya..”. Saya tetap ‘berkeras’ dengan prinsip, “bisnes adalah bisnes, kawan adalah kawan”, dua keadaan yang berbeza dan kita mesti membezakannya. ;)

Selain itu, saya mahu dia berusaha sendiri kerana saya amat tidak suka memanja-manjakan, kena ada usaha, jangan hanya tahu goyang kaki. Saya tak akan bantu sama-sekali mereka yang malas berusaha dan tahu nak mudah. Ya, saya amat tegas dalam hal ini, i’m sorry. Saya hanya akan membantu jika anda sentiasa berusaha gigih, maka tiada sebab untuk saya tidak membantu anda. Adil bukan?

Jadi, kepada pembeli ruang banner di blog ini, iklan anda bukan hanya berkelip-kelip di sini semata-mata, tapi ‘lebih daripada itu’.. hehe.. Mengapa saya baik sangat? Kerana saya suka orang yang cepat merebut peluang dan serius. :) Oh ya, yang tak ada laman web jualan tu tak apa lah, saya tuju kepada mereka yang ada website jualan jer..

Bukan paksaan, tapi saya suka mereka yang cepat mengambil peluang.. Apakah 3 bonus itu? Hanya saya yang tahu buat masa sekarang dan mereka yang telah membeli ruang banner di blog ini akan merasai hadiah-hadiah istimewa daripada saya. Yang pasti, saya akan pastikan mereka dapat lebih daripada apa yang patut. Ingat, saya bukan seperti pihak penyedia iklan yang lain.. hehe.. Saya terpaksa merahsiakan dulu bonus-bonus tersebut sebab saya hanya mahukan mereka yang serius sahaja, BUKAN sebab bonus.

Oh ya, hanya 9 tempat (ruang) sahaja lagi yang ada untuk iklan banner. Habis sahaja, anda kena beratur, ikut giliran. Stop dulu pasal iklan, dan kalau nak tahu lebih, sila ke http://smartusaha.com/iklan :) Dan kalau anda belum dapatkan special report mengenai “pengiklanan banner berkesan”, hanya perlu klik di sini.

===========
SPECIAL EVENT
===========

Jika anda belum mendaftar newsletter smartusaha dan mahu mendapatkan 4 buah ebook percuma, sila daftar segera di http://smartusaha.com/news. Saya akan umumkan satu special event KHUSUS untuk subscriber newsletter saya sahaja.. Ya, event itu amat special.. Hanya mereka yang akan tahu dan orang ‘luar’ sama-sekali tak akan diberitahu. ;)

Apakah event ini? Ya, event ini hanya terhad kepada subscriber saya sahaja dan terhad dalam tempoh tertentu sahaja. Pastikan anda adalah salah seorang yang mengetahuinya..

PS. Ada-ada ajer Zul ni yer.. Ya, ada-ada ajer.. ;)

PPS. Saya suka mereka yang serius, tidak banyak soal dan suka merebut peluang yang ada jika mereka mampu..

Tip: Kalau anda dapat banyak klik pada banner, pastikan laman web anda OK dari segi salescopy (conversion rate) dan jangan lupa capture their name & email (mailing list). Jika tidak, sia-sia sahaja.. Just do it, jangan ‘banyak’ soal.. hehe.. :)

Wassalam.

Facebook comments:

11 Responses to “Ruang Iklan : Bonus + Special Event”

  1. hohoho…

    berbaloi kitorang tempah… :)

    Apa bonus nya Zul? Tak sabar ni…

    Btw, kalau nak bagi hadiah raya lagi, kecik tapak tangan, satu hard disk saya tadahkan…hehe :)

  2. abdfatah says:

    banyak punya bonus daaaaa…. teruskan usaha anda dengan jayanya. selamat maju jaya daaaaaa…

  3. pyan says:

    saya tak da produk, tak da web site, leh tempah ke, baru nak belajar buat web.

  4. amriena says:

    nak mintak sangat la uols buat entry tentang autoresponder… nak belajar sangat tentangnya.. dengarnya potensinya sangat bagus..

  5. ismail says:

    assalammualaikum zul,

    saya salah seorang subscriber newsletter zul, saya setuju dgn en. zul “tiada jalan mudah untuk berjaya..”.

    saya pun newbie dalam internet marketing ini. sentiasa berusaha menimba ilmu.

    teruskan usaha en. zul, untuk menaikkan org melayu dalam internet marketing ini.

    semoga terus berjaya dimasa hadapan.

  6. fai says:

    So, ambillah peluang ni kerana ia merupakan peluang yg mmg bharga untuk smua IM di Malaysia.. Zul kira ok la bg murah tu, kalau zul caj USD 25 untuk 10000 impression fuh susah tu.. amikla peluang anda.. :P

    Err dah dua post dah Sabri komen no satu.. He he :P

    PS: Slamat Hari Raya..

  7. abdfatah says:

    nampaknya makin hari makin berapi nih… saya juga laa ketinggalan. esok lusa pun terpaksa jugak offline. tak dapat bonus kaa apa ker… takper laa buat masa nih…

    apa yang penting jangan tunggu dan lihat dah ler…

    sekadar mengikuti perkembangan semasa.

    cepat atau lambat bukan menjadi ukuran pendapatan seseorang.

    memang exited jugak laa menengokkan iklan dan promosi komersil hang. hehhe… tapi apakan daya…

    selamat maju jaya.

  8. SmartZul says:

    Tinggal 6 ruang lagi. :)

  9. Hamid says:

    Nampak rancak jer ruang iklan kat smartusha ni :wink:

    semoga maju jaya :wink:

  10. senior m says:

    bagus lah kalau kalau mcm tu. aku pun tumpang gembira dengan kejayaan korang. aku pun tak nak duduk diam jer.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)