Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

RM1 juta? Mustahil atau tidak??

Satu persoalan yang sering dipertikaikan ramai orang… “Mana logik nak dapat RM1juta melalui internet..”. Malah ada yang megetawakan, bahkan yang lebih teruk menganggap orang yang membuat duit sebanyak RM1juta di internet sebagai penipu, gimik dan tidak benar! huhu.. Tak per tak per, saya golongkan orang sebegitu kepada dua:

1. Yang tidak tahu langsung apa itu perniagaan internet beserta teknik-tekniknya

2. Yang dengki, busuk hati, dan susah nak terima kejayaan orang lain…

Ehem, kalau yang pertama tu ok lagi, cuma jenis yang kedua jangan cepat menafikan..

Oklah, itu hanya mukaddimah sahaja. Sebelum itu, perlu diulangi lagi, RM1 juta melalui PERNIAGAAN INTERNET, BUKAN PROGRAM WANG / PELABURAN. ;)

Sebagai pendek ceritanya, anda boleh membaca perbincangan mengenai RM1juta ini di sini:

http://mohdsuhaimy.com

http://www.saifulsham.com

Facebook comments:

14 Responses to “RM1 juta? Mustahil atau tidak??”

  1. cikguonline says:

    Betul tu ianya bukan mustahil lagi di abad ini. Sebagai contoh Dr Irfan Khairi adalah seorang jutawan internet. Lepas ni lebih ramai lagi akan muncul. Baru lah mereka mahu membuka mata.

  2. smartzul says:

    Sebaik sahaja saya menulis post kali ini, sampailah seorang kawan saya yang langsung tidak mengetahui mengenai perniagaan internet. Melihat sahaja tajuk yang saya tulis (dia tak tahu saya ada blog dan saya yang tulis post ini), lantas terus dia mengatakan, “alah, semua ni menipu jer.. Mana boleh dapat juta2 melalui internet..”. dalam hati saya, “hmm, kau tak tahu lagi..”. Ya, mmg, dia tak tahu.. Pasal IT pun tak tahu sangat.. tak perlah, dia tergolong dalam kategori satu.. ;)

  3. shuth says:

    ha! ha!.. orang seperti itu kita abaikan jer zul…. tak perlu nak terangkan kat dia apa2.. jangan layan sangat.. buat pening kepala je nanti.. :)

  4. gobala says:

    senang je…

    kalau boleh peroleh untung RM1 – ulang sejuta kali formula yang sama :)

  5. Sani Rahman says:

    sikit-sikit, lama-lama jadi bukit… fokus dan konsisten… berapa tahun? tak tahu lagi… :)

  6. robotys says:

    Hehehe… sungguh “katak di bawah tempurung” org itu. Sungguh malang sebab 1: Taknak Percaya, 2: Taknak bertanya.
    Biarkan sajala mereka2 tuh.

    And Mister Gobala, nice idea! Simple yet boleh di buat.! And your blog also nice. Selalu gak saya melawat. ;)

  7. Termin says:

    Takde yg mustahil kalau nk jadi jutawan. Ramai org masih belum sedar atau tak betul2 tau kuasa internet. Sepengetahuan sy, banyak cara org jadi jutawan…tapi dgn internet sbg medium utk menjana bisnes2 maya atau konvensional, hasrat menjadi jutawan akan menjadi paling realistik & mudah (apabila kena gayanya).

    Sekadar pandangan…hehe

  8. vision2020 says:

    Dan satu rahsianya, kita kena juga adakan multiple-stream-of-income melalui internet. Bermakna perlu juga beberapa website (perniagaan tulen internet-bukan skim cepat kaya) untuk menjana kewangan ….ada peluang dapat RM1 juta!

    Betul tak!

    P/S: Masalahnya nak promosi/iklan laman-laman web ni?

  9. Tuah Emas says:

    Sebenarnya topik spt ini adalah favorite rakyat kita. Kalau buat r&d market, topik spt ini menjadi top searched term di dunia oleh rakyat Malaysia (we r no 1), compete dgn South Africa.

  10. abdfatah says:

    wahahahaa… siapa yang nak jadi jutawan angkat keyboard? saya pun nak jadi jutawan jugak. tapi tak tau bila laa. namun apa yang saya tahu saya perlu dapatkan seringgit dn lipatgandakan lagi seringgit demi seringgit dengan jaya dengan skim yang bermanfaat untuk masa depan. dan ternyata skim tak sempat nak kaya bukan lagi pilihan hati… miahahaha… selamat tinggal skim cepat kaya…

    maka bermulalah dengan seringgit dahulu untuk jadi jutawan…

    ada kawan saya pulak bila saya bukak website zul dan tertera perkataan perniagaan internet bahgian atas nun… “rahsia peluang peniagaan internet” … ditunjuk2nya perkataan tersebut yang disamakan dengan perlaburan internet yang heboh diharamkan oleh kerajaan…

    eh… ini website perniagaan internet yang sebenar dan bukannya skim pelaburan juta-juta terbeliak bijik mata tak dapat apa-apa…

    hihiiiii….

    • Han says:

      siapa tu yang kata blog ni website pelaburan internet…
      suruh dia baca betul-betul dulu…hehe…
      jangan salah faham…
      blog ni adalah blog anti pelaburan internet…
      betul zul?

      han

  11. abdfatah says:

    mari kita kejar duit juta-juta bermula dari sekarang. bermula dengan sen sen sebagaimana yang cara yang telah dikumpulkan oleh jebat mesra internet. pi jenguk blog beliau… ( promote laa pulok?)

    bermulalah dengan syiling terlebih dahulu…

    itulah cara mudahnya nak jadi jutawan. kalo bleh kumpul hingga ribu2 syiling dalam rumah kita tetiap hari lagi cepatlah jadi jutawan secara tak sengaja….

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)