Ulasan Lengkap Pakej Rahsia 10K
Di dalam kesibukan saya sekarang, saya cuba luangkan sedikit masa untuk membuat sedikit ulasan terhadap produk Rahsia 10K, iaitu produk Team Flarebiz.com.
Salah satu sebab mengapa kebanyakan orang yang mempromosikan produk ini tidak mengulas panjang adalah kerana ia mengambil masa yang banyak. Ulasan saya ini pun mengambil masa lebih 3 jam untuk disiapkan!

Produk ini adalah digital. Imej produk hanya gambaran sahaja.
Secara mudah, ia adalah satu panduan bagaimana untuk anda dapatkan RM10,000 melalui Perniagaan Internet. Apabila saya sebut perniagaan Internet, maka ia bermaksud bisnes. Ada urusan jual beli, ada urusan deal dengan JV Partner, dan macam-macam lagi.
Berbeza dengan buat duit. Biasanya ia adalah usaha satu hala. Ada produk, promosi secara agresif dan dapat duit.
Lain dengan perniagaan Internet pula, anda perlu ada perancangan, perlu ada kemahiran komunikasi, perlu ada pelbagai kelengkapan seperti perisian dan sebagainya. Ya lah, bisnes katakan.
Ok, berbalik kepada ulasan mengenai ulasan produk Rahsia 10K. Di dalam ulasan ini, saya hanya mengulas komponen utama produk ini sahaja iaitu:
1) Modul Case Study
2) Modul Praktikal
3) Plan 60 Hari
Saya tidak akan mengulas komponen yang lain seperti bonus, teleseminar dan interview bersama dengan 4 orang IM, sebab isi utama produk ini berada di dalam komponen utama tadi.
1) Modul Case Study/Teori
Di dalam modul ini, anda akan diperkenalkan secara asas terhadap dunia produk digital atau bisnes produk digital di Internet. Labanon (penulis ebook ini) kongsikan pengalaman yang beliau lalui sepanjang melakukan bisnes ini.
Antara perkara lain yang diperbincang secara asas ialah cara mengumpul List, ‘mengekploitasi’ kekuatan orang lain, teknik bekerjasama dengan usahawan internet berjaya, kaedah promosi, motivasi agar anda terus konsisten dan teknik penggandaan jualan di laman web.
Bagi saya, apa yang dikongsikan dalam modul ini adalah apa yang telah dipraktikkan oleh Labanon sendiri. Sebahagian “rahsia” beliau telah dibongkarkan dalam modul ini.
2) Modul Praktikal
Modul ini paling best. Saya panggil ia sebagai modul “How To” di mana anda akan ditunjukkan langkah demi langkah untuk melakukan sesuatu.
Perkara yang ditunjukkan ialah kajian pasaran untuk menentukan topik Ebook, cara menulis dan menghasilkan ebook langkah demi langkah (video disertakan agar anda lebih jelas) dan kaedah brainstorming idea untuk topik ebook (yang ni ada formula yang diketengahkan).
Namun, untuk bab Hosting/Domain Name dan Sales Letter, anda hanya diberikan Tip sahaja. Tidak ada penerangan secara praktikal yang ditunjukkan. Jadi, anda perlu tahu membeli hosting dan domain name, serta anda perlu tahu menggunakan perisian laman web untuk menghasilkan sales letter.
Apabila menyebut mengenai menulis sales letter (surat jualan) ni, penulis ebook ini kongsikan teknik yang beliau gunakan. Lihatlah saja surat jualan di laman web Rahsia10K yang beliau hasilkan. Begitu berkesan dan profesional sekali.
Walaupun beliau tidak kongsikan banyak mengenai Sales Letter, namun anda boleh bertanyakan beliau kelak. Itu pun jika anda membeli Pakej Rahsia 10K beliau.
Kemudian, anda akan ditunjukkan dengan cara menerima bayaran. Namun, pendapat saya, untuk perkara ini, anda yang baru dalam Ebiz perlukan latihan dan pemahaman. Walaupun ditunjukkan dengan jelas sekali pun, anda perlu alami sendiri dan belajar dari pengalaman tersebut.
Selepas itu, anda diterangkan mengenai order form. Hmm, anda hanya dinyatakan sahaja tapi tiada Tools atau penerangan praktikal yang diberikan. Mungkin kelak Labanon akan sediakan sebarang Tools dan panduan untuk pembeli Pakej ini membuat order form mereka sendiri.
Bab seterusnya adalah mengenai Autoresponder. Anda akan ditunjukkan bagaimana ia berfungsi, tapi saya yakin, bagi anda yang baru, anda pasti tercengang dan bertanya, “bagaimana melakukannya?”. Jawab saya mudah sahaja. Di Aweber.com atau Getresponse.com, selaku pembeli pelanggan mereka, anda akan disedikan panduan penggunaan.
Contoh yang Labanon tunjukkan hanya sebagai pemahaman anda sahaja. Saya yakin, setelah anda membaca penerangan mengenai Autoresponder dalam bab ini, anda akan faham bagaimana ia berfungsi dan apa tujuannya. Jadi untuk cara menggunakannya, di laman web Autoresponder ada disediakan panduan.
Dalam bab ini juga, Labanon kongsikan tip bagaimana untuk menjadikan “opt-in” form lebih menarik dan berkesan. Ini penting agar pelawat laman web berminat untuk memberikan nama dan emel mereka.
Selepas itu, dalam modul Praktikal ini ditunjukkan kepada anda langkah demi langkah memasang sistem affiliate. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia adalah praktikal dan bergambar.
Cuma, bagi anda yang non-teknikal dan kurang biasa dengan perkara teknikal, mungkin mengambil masa sedikit untuk memahami pemasangan sistem affiliate ini. Namun usah gusar, ia mudah dilakukan. Janji ada keinginan.
Kemudian, masuk pula ke bab yang lain. Anda akan diterangkan mengenai satu teknik bagaimana menjadikan sales letter anda lebih bagus agar orang berminat untuk membeli produk anda. Bab ni anda wajib baca sebab ada trik dan step yang Labanon kongsikan.
Akhir sekali, anda akan diterangkan apa yang perlu dilakukan untuk mempromosikan produk anda. Bab ini adalah penting kerana pemasaranlah nadi utama bisnes. Di dalam bab ini, beberapa teknik promosi didedahkan dan ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Namun satu cadangan saya jika boleh, dimasukkan juga bagaimana cara pengurusan selepas promosi produk seperti komunikasi dengan JV Partner, pengurusan affiliate, masalah sistem affiliate, Support pelanggan dan pengurusan jualan.
Satu perkara lain yang tidak disentuh ialah “cabaran” di fasa awal pelancaran produk. Antara kemungkinan yang berlaku ialah seperti ‘server down’ dan akaun bank disuspend (biasanya bagi akaun personal). Sekadar berkongsi pengalaman pun sudah memadai.
Berdasarkan pengalaman saya dalam melancarkan produk baru, anda biasanya tidak akan berganjak dari depan komputer. Ini kerana, pesanan pembelian masuk mencurah-curah. Memang seronoklah duit masuk, tapi ia memerlukan persediaan yang rapi untuk menguruskannya. Bagi anda yang bekerja makan gaji, mungkin sedikit sukar untuk menguruskan jualan.
Satu tip untuk anda, mungkin anda boleh bercuti pada hari pelancaran tersebut. Ini dilakukan oleh saudara Jebat, penulis Ebook Cpanel. Beliau melancarkan produk pada hari cutinya.
3) Plan 60 Hari
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai modul ini. Ia sebenarnya adalah “guide” atau panduan langkah demi langkah berdasarkan hari. Bagi anda yang baru dalam Ebiz, anda wajib ikut plan dari hari pertama lagi. Jangan sesekali skip. Namun bagi anda yang sudah ada pengalaman sikit, anda boleh skip dan mula buat apa yang perlu.
Plan 60 hari ini amat bagus. Ia bermula dengan hari pertama sehingga ke hari 60 di mana setiap hari ada satu atau beberapa ‘task’ yang perlu anda lakukan. Plan ini amat menarik. A+++. Ini kerana anda tidak perlu merancang sendiri apa yang perlu dibuat, sebaliknya ikut sahaja apa yang dinyatakan dalam plan tersebut.
Namun, tidak semestinya 60 hari, ia mungkin boleh dikurangkan atau mungkin lebih daripada itu. Mungkin bagi anda yang sibuk bekerja, dari 60 hari ia mungkin menjadi 90 hari.
“60 hari Zul?”. Ya, inilah hakikatnya. Ramai yang menganggap untuk dapat RM10,000 sebulan, ia semudah itu sahaja. Tidak. Bahkan Labanon sendiri pun untuk capai tahap itu beliau telah berusaha bertungkus-lumus. Saya tahulah sebab saya sendiri telah mengalaminya. Banyak kerja perlu dibuat.
Rahsia 10K bukanlah rahsia mudah, tapi ia adalah rahsia yang memerlukan usaha, perancangan, modal, kemahiran dan produk yang bagus atau unik.
Jadi, jika anda ada dipromosikan dengan apa-apa produk buat duit dan mereka “claim” buat duit 4 hingga 5 angka sebulan, ketahuilah, apa yang mereka dapat itu setelah mereka melalui masa yang lama dan usaha yang kuat.
Kesimpulan Awal
Setelah menelaah isi kandungan utama produk ini, dapat saya simpulkan point utama yang ingin disampaikan oleh penulis iaitu strategi Joint Venture (JV). Secara mudah, untuk mendapatkan RM10,000, anda perlu bekerjasama dengan beberapa orang usahawan Internet yang lain.
Contoh:
Seramai 10 orang usahawan Internet akan membantu mempromosikan produk anda. Katakan setiap seorang JV partner tadi membawa 20 orang pembeli. Jadi, 20 x 10 adalah 200 pembeli. Katakan pula produk yang dijual berharga RM50.00. Maka hasilnya adalah RM10,000 (200 x RM50).
Mudah bukan? Tapi anda perlu tahu, RM10K itu bukanlah untung bersih kerana ia belum lagi ditolak dengan kos yang telah digunakan dan yang akan dikeluarkan. Antaranya ialah kos pengiklanan dan juga bayaran komisen untuk rakan JV.
Perkara ini tidak banyak diperkatakan oleh para IM yang menjual panduan buat duit. Mereka kebanyakan hanya menyatakan pendapatan kasar sahaja. Padahal ia belum ditolak lagi dengan kos-kos lain. Kalau mereka mengatakan mereka berjaya menjana RM50,000 dalam seminggu. Hakikatnya mungkin hanya RM25,000 sahaja untung bersihnya.
Bagaimana pula teknik yang dinyatakan di dalam Pakej Rahsia 10K ini? Ya, anda ada kos yang perlu dikeluarkan. Bagi Team Flarebiz, mereka ada kekuatan iaitu design, teknikal dan copywriting. Jadi mereka dapat jimatkan kos untuk perkara tersebut.
Tapi bagaimana pula dengan anda? Tidak semestinya anda tahu design web, eCover dan membuat sales letter. Jadi anda perlu upah orang. Ini adalah salah satu kos.
Antara kos lain yang perlu anda keluarkan ialah membayar komisen untuk rakan JV. Jika komisen itu ialah 50% daripada harga produk, maka jika anda dapat RM10K daripada promosi rakan JV, bermakna anda perlu keluarkan RM5000 untuk membayar mereka.
Namun, jika anda tahu, kita boleh hasilkan RM10K secara bersih malah tanpa perlu meminta bantuan rakan JV atau Affiliate. Saya pernah melakukannya bersendirian dan saya dapat bersih RM10K++. Ini bagi saya lebih menyeronokkan kerana keuntungan tidak perlu dikongsi-kongsi.
Dan ada lagi seorang IM yang saya juga yakin, beliau ada buat RM10K++ untuk satu produk beliau tanpa menggunakan apa-apa kos promosi. Saya dan dia hanya melakukan jualan di pasaran Malaysia sahaja.
Buat pengetahuan anda, saya belum pernah melakukan JV untuk melancarkan apa-apa produk saya. Mungkin produk saya yang akan datang, saya akan menggunakan juga strategi JV ini kerana ia ada kelebihan dan kekuatan tersendiri. Ia amat bagus digunakan bagi anda yang masih baru memulakan Ebiz.
Habis Zul, bagaimana artikel JV yang Zul tulis selama ni padahal Zul belum pernah buat JV? Oh, anda jangan salah faham. Saya ada banyak buat JV. JV saya bukan untuk promosikan produk semata-mata, tapi JV saya bersama usahawan lain adalah dalam satu bentuk yang lain. Kami banyak bekerjasama untuk mengembangkan lagi bisnes kami agar lebih jauh melangkah ke hadapan. JV, bukan hanya mengenai duit komisen, tapi ia lebih daripada itu.
Ingin saya tekankan, di Malaysia ini, tidak banyak usahawan Internet yang buat Niche atau pasaran selain produk cara buat duit. Jadi, strategi Joint Venture yang ditekankan dalam panduan ini mungkin hanya sesuai untuk produk cara buat duit sahaja jika anda target pasaran Malaysia. Sebaliknya jika anda mahu buat topik lain, pasaran luar adalah jawapannya.
Ini kerana, kekuatan Joint Venture ialah LIST. Rata-rata usahawan Internet Malaysia mempunyai LIST untuk topik buat duit sahaja. Tidak banyak yang mempunyai LIST untuk bidang-bidang atau topik yang lain.
Berbalik kepada Pakej Rahsia 10K…
Apakah Rahsia Sebenar Produk Ini?
Bukanlah kira-kira RM10K tadi yang menjadi “rahsia”. Semua orang tahu. Dan semua orang boleh mengira. Ia pengiraan matematik yang mudah sahaja.
Apa yang menjadi intipati di dalam panduan Rahsia 10K ini ialah bagaimana melakukannya dari awal. Apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dihindarkan dan apa yang boleh dilakukan untuk menggandakan jualan produk. Sudah pasti penulis ebook ini menyatakan pengalaman beliau. Inilah yang menjadi “rahsia” produk ini.
RM10K yang digembar-gemburkan di dalam produk ini hanya satu “guide” sahaja. Bagi saya, tak semestinya anda akan berjaya mendapat RM10K. Banyak faktor dia. Antaranya, kekuatan rakan JV, jenis produk, target market dan masa. Jika bagus kesemuanya dan kena masanya, insyaAllah produk anda akan meletup.
Saya ingin menyatakan di sini, tidak semua orang yang mendapatkan panduan ini akan berjaya membuat RM10K. Sebaliknya anda akan mendapat jumlah lebih daripada itu atau mungkin kurang daripada itu.
Kelebihan yang saya nampak amat ketara pada Labanon (penulis ebook ini) ialah usaha beliau yang konsisten. Beliau bermula dari tahun 2006 lagi dan memiliki kemahiran yang saya nyatakan sebelum ini (web, design, copywriting, blogging, teknikal Internet..).
Dengan kelebihan ini, beliau mampu memecut lebih laju daripada orang lain. Sebab itu beliau mudah berjaya. Namun tidak untuk anda semua walaupun anda memiliki “blueprint” Rahsia 10K ini. Anda perlu luangkan masa, perlukan usaha dan perlu bekerja.
Sekali lagi saya tekankan, kekuatan utama di dalam Rahsia 10K ini ialah strategi JV. Bagi anda orang baru dalam Ebiz, biasanya JV adalah salah satu cara mudah untuk mendapat jualan yang besar bagi produk anda. Ada lagi cara lain, tapi kita bincang teknik-teknik sebegitu di lain kali.
Bagi saya produk Rahsia 10K ini bagus. Strategi yang ditekankan adalah satu teknik yang murni di mana para usahawan saling membantu usahawan yang lain. Adalah sesuatu yang menarik jika kita melihat satu produk ini dibantu promosikan oleh para usahawan lain.
Jadi, jika anda mahu tahu bagaimana melakukan strategi JV ini, anda boleh dapatkan Pakej Rahsia 10K ini.
Belajar Cara Promosi
Di dalam panduan Rahsia 10K ini, tidak ditunjukkan secara step by step bagaimana cara pemasaran produk. Maksud saya, jika disentuh teknik A, maka bagaimana cara melakukannya? Saya rasa ia bukan disengajakan kerana saya menganggap konsep yang lebih ditekankan oleh penulis ialah “JV + Affiliate”. Maksudnya, panduan ini lebih menekankan strategi tersebut.
Maka sebab itulah di dalam panduan ini, ada disertakan sekali cara pemasangan sistem affiliate. Namun berdasarkan pengalaman saya memasang sistem affiliate untuk para usahawan internet, ada sebahagian perkara tidak ditunjukkan dalam pemasangan sistem tersebut terutama integrasi sistem dengan order form. Ini amat penting. Jika tidak, sistem affiliate tidak akan berfungsi sepenuhnya.
Dan satu lagi, tidak disertakan cara penggunaan sistem affiliate dan cara menguruskannya. Ini amat penting kerana sistem affiliate yang digunakan itu adalah versi free, jadi sudah tentuk tahap kawalan perlu diutamakan.
Namun perlu saya akui di sini, panduan ini adalah “permulaan”. Ia adalah GUIDE. Selebihnya yang tidak ditunjukkan anda perlulah cari dan usaha sendiri. Umpamanya, jika disebut mengenai modal, kami tak dapat bagi modal, tapi anda sendiri perlu cari modal. Begitu jugalah yang lain.
Berbalik kepada strategi yang diketengahkan dalam panduan ini, teknik yang diutamakan ialah:
1. List
2. Blog
3. JV Partner
4. Affiliate
Seperti yang saya katakan, yang banyak disentuh ialah mengenai kaedah joint venture dan affiliate. Untuk teknik List, ia ada disentuh dalam Modul Teori dan ada ditunjukkan contoh di dalam Modul Praktikal. At least, anda akan nampak bagaimana teknik Email Marketing itu dilakukan walau ia tidak ditunjukkan cara gunanya.
Pendek kata, anda mesti belajar dan berusaha sendiri untuk sebahagian perkara. Saya, Labanon atau sesiapa sahaja tidak akan mampu untuk menunjukkan atau membantu anda segala-galanya. Lainlah jika kami adalah ‘big company’ yang ada modal besar dan staf yang ramai untuk buat kerja-kerja ‘production’.
Sebab itu saya kata, panduan ini hanya sesuai untuk orang yang mahu membina sebuah perniagaan Internet yang sebenar. Kalau hanya setakat mahu buat duit, panduan ini sama sekali bukan untuk anda. Ini kerana, bagi yang bermentalitikan bisnes, mereka tahu apa yang perlu dibuat dan akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Kesimpulan Akhir
Jika anda mahu membina sebuah perniagaan Internet yang berjaya, Pakej Rahsia 10K ini adalah jawapannya. TAPI jika anda mahu buat duit cepat bagi belanja sebulan dari sekarang, panduan ini bukan untuk anda.
Produk ini hanya sesuai untuk anda yang bermentalitikan keusahawanan dan minat berniaga sahaja. Jika anda hanya mahu buat duit, banyak lagi cara lain seperti program Affiliate. Anda boleh buat duit cepat tanpa produk sendiri. Hanya perlu belajar promosi sahaja.
Apa yang dapat saya simpulkan, panduan ini adalah satu “blueprint” yang memerlukan masa untuk mempraktikkan setiap strategi yang dinyatakan. Anda perlu hasilkan produk, perlu membina laman web, perlu memasang sistem affiliate, perlu menghasilkan surat jualan yang killer dan perlu ada kemahiran komunikasi untuk menghubungi bakal JV Partner.
Itu hanya sebahagian kerja yang perlu anda lakukan. Anda memang boleh upah sahaja orang lain melakukan kerja-kerja tadi. Itu pun jika anda ada modal. Bagaimana pula jika tak mempunyai modal? Ya, anda terpaksa belajar dan melakukan sendiri.
Pakej 10K bukanlah satu panduan membina perniagaan Internet dalam masa yang cepat, tapi sebaliknya tak salah kalau saya katakan, panduan ini hanya sesuai untuk mereka yang serius dalam perniagaan Internet. Usaha dan kesabaran adalah dua syarat utama untuk mendapat RM10K melalui strategi yang dikongsikan di dalam panduan ini.
Jika anda rasakan panduan ini tidak sesuai bagi anda, banyak lagi panduan lain yang boleh realisasikan kehendak anda dan yang lebih sesuai dengan anda.
Apa yang saya ulas adalah jujur dan ikhlas. Semua pro dan kontra telah saya nyatakan. Seperti yang saya maklumkan dulu, saya tidak akan lagi mengulangi kesilapan yang lepas di dalam mempromosikan sesuatu produk. Saya akan nyatakan pro dan kontranya.
Terserah kepada anda untuk membuat pilihan. Beli atau tidak? Tiada sesiapa yang boleh memaksa anda. Semuanya berbalik kepada keperluan dan pilihan anda sendiri.
Jika mahu beli, sila klik di sini. Harganya hanya RM47.00 sahaja dan akan dinaikkan kepada RM67.00 tepat jam 12.00 malam esok (Selasa), 17/6/2008.
Jika tidak mahu beli, usah lakukan apa-apa tindakan. Lupakan saja.
Wassalam.
p.s. Saya ada beberapa ‘rahsia’ untuk buat RM10K. Siapa mahu tahu?









Terima kasih atas penerangan ringkas yang saudara zul berikan.Saya masih lagi belum mendapatkan produk ini.Atas beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.Tapi dengan penerangan saudara,saya makin merasakan adalah satu kerugian jika saya tidak mendapatkan produk ini secepat yang mungkin.Insyaallah,saya akan cuba mendapatkannya esok..Wasalam.
Saya terpaksa setuju dengan bro Zul
Walaupun ada panduan… tetapi ia tidak bermakna sesuai untuk semua orang
Jangan kecewa jika ada yang tak berjaya dengan mengikuti cara saya. Namun, saya berharap anda dapat sesuatu daripada ebook saya ini. Tak banyakpun…. sikit jadilah..
Labanon, bagi saya pakej ini adalah yang terbaik buat masa ni di antara banyak-banyak produk berkaitan (di Malaysia).
Mana yang kurang tu, boleh tambah jer. Tapi produk ni kiranya among the best. Usaha Labanon dan Team amat-amat saya respek.
Saya tahu, nak hasilkan produk sebegini, hmmm, amat-amat mengambil masa. Saya tahu sebab saya sendiri telah merasainya. Mudah je cakap, tapi nak buat tu, hanya empunya badan yang tahu.
So, tak ada istilah lengkap sebenarnya dalam mana-mana produk. Saya tak pernah lagi jumpa produk yg betul-betul lengkap.
Saranan saya kepada yg berminat, just buy it. Selebihnya boleh diusahakan. Yang penting, adalah GUIDE daripada yg berpengalaman.
PELIK TAPI BENAR..!!…itu lah yg terpaksa sy katakan..
Adly walaupun kecil lagi telah membuktikan dan menyangkal sangkaan org2 diluar sana yg beliau mmg benar & mampu menjana income sebanyak Rm10k sebulan….
Ebook yg telah dikeluarkan umpama Gaya Langkah Jutawan mengatur Strategi…….Tersusun Rapi & Padat…!!!
Dgn harga promosi Rm47 nk dibandingkan dgn pengalaman demi pengalaman dilalui oleh Adly dlm dunia e-biz mmg terlalu murah…
SYABAS diucapkan kerana dpt membongkar rahsia pengalaman Adly kpd smua org2 diluar….
p/s= ilmu yg ada klau kita kongsikan bersama…tidak lokek…Allah janji akan tambahkan lagi…..
buat labanon,
personally pakej ni memang membantu saya setelah saya dah sempat telaah sebahagiannya setakat ni…terutama sekali pelan 60 hari dan sesi temuramah.
buat zulfadli,
review ni memang moderate dan tepat dengan isi kandungan pakej berkenaan. InsyaAllah saya pun mungkin berhajat untuk buat jv dengan zul nanti, tapi nanti saya maklumkan kemudian, harapnya sudi lah.
buat yang belum mendapatkannya,
saya nasihatkan untuk anda mendapatkannya dan cuba keluarkan sedikit modal kerana setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.
Zul… satu ulasan produk yang baik.
Semestinya ia dapat membantu mereka di sana memahami beberapa perkara seperti:
1. Pakej ini adalah panduan dan bukannya “magic pill”. Bukan setakat beli dan peram aje, terus boleh dapat 10K. Kena usaha dan praktik apa yang dibelajar.
2. Walaupun ada kekuatannya yang tersendiri, Rahsia 10K bukanlah untuk semua orang. Sebagai contoh, jika anda fokus kepada Google Adsense, saya rasa memang produk ini tak sesuai dan anda tidak akan dapat 10K dengan membaca ebook Rahsia 10K untuk diaplikasikan di dalam “publishing business”.
3. Ya, disebalik hasil yang besar, ada usaha yang juga besar. Untuk menghasilkan produk yang berkualiti bukannya mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan ilmu yang cukup. Jika tidak, saya pasti produk tak menjadi.
Walaubagaimanapun, saya ikhlas mengatakan bahawa memang jarang kita jumpa anak muda seperti team Flarebiz yang mampu mencipta produk seperti Rahsia 10K.
Syabas!
Zamri Nanyan